Mari Perbaiki Bacaan Al-Fatihah | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Wednesday, 19 February 2014

Mari Perbaiki Bacaan Al-Fatihah

20 Komen
le owner



Bismillahirrahmanirrahim..

Pernah atau tidak anda terfikir dan berasa pelik kenapa bila anda dah solat, tapi masih rasa solat tak sempurna (ada macam tak kena), anda sudah solat cukup 5 waktu tapi masih lagi melakukan dosa yang berterusan, dan ada waktu hati anda masih rasa tidak tenang? Sedangkan solat itu mencegah kita dari melakukan dosa dan sentiasa membuat hati kita tenang. Dimana silapnya? Mungkin topik dalam artikel kali ini antara sebabnya mengapa semua perkara tadi masih lagi berlaku.

Tahukah anda, semasa solat, wajib kita membaca Al-Fatihah dengan sebutan makhraj yang betul, tajwid yang betul, tartil yang betul, agar solat itu sah. Jika tidak, solat itu tidak sah. Selain rukun qauli yang wajib dipenuhi, iaitu wajib membaca Al-Fatihah secara berlafaz, tidak sah solat jika dibaca berbisik, suara angin, atau dalam hati, sekurang-kurangnya bacaan itu didengari oleh telinga sendiri, baru sah solat.

Haa... selama ini ada yang ambil berat tak soal kesempurnaan solat seperti kesalahan-kesalahan bacaan Al-Fatihah yang mengundang kepada tidak sah solat? Jadi kali ini mari sama-sama kita rujuk semula samada bacaan Al-Fatihah kita betul atau salah. 


Baiklah, antara kebiasaan kesalahan yang dilakukan orang ramai:

1. Huruf Ba ﺐ pada Bismillah tidak berbunyi. Nak sebut slow punya pasal,  sehingga disebut "...Ismillah hirrohma nirrohim". Sebutan ini salah.

2. Huruf Hha pedas ح pada "rahman" dan "rahim" tidak disebut Hha pedas, hanya sebut haa biasa (haa simpul) (ه).

3. Tertukar sebutan pada BismilLAH, "LAH" itu dibaca Lam bertemu Hha pedas (ح), sedangkan Lam bertemu Haa simpul (ـه). 

* Ingat tau.. eja Allah ialah "alif lam lam ha"

4. Salah menyebut huruf Ro baris atas dengan sebutan Raa yang sangat jelas "aaaa" nya. Sedangkan sebutannya "Rohman", bukan rahman, rahman ini cuma ejaan rumi sahaja sebagai tanda ro tu baris di atas.

5. Huruf Alif tidak disebut semasa membaca ayat kedua. Sebab nak cepat, ada yang salah menyebut "...Lhamdulillah...". Pastikan sebut dengan jelas "Al ham du lillah.."

6. Sebutan "Alhamdulillah..." pada ayat kedua juga selalu ada yang salah sebut begini "ALLE HAM DU LILLAH". Sebutan "Alle.." itu salah. Berhati-hati yaa.. Matikan huruf Lam tersebut. Sebutan betulnya "AL ham du lillah"

7. Huruf Hha pedas ح pada "al HAM du" hanya dibaca "haa" biasa/simpul (ه).

8. Sebutan "..duLILLAH", tidak disabdukan "LIL" dengan "LAH", hanya baca "Li-lah" sedangkan patutnya sabdu.

9. Sebutan "robbil 'AAlamin", huruf ain ( ع ) disitu ada yang salah sebut dibaca dengan huruf alif, 'aa jadi aa ( ا ). Ingat, disitu huruf ain bukannya alif.

10. Huruf ro tidak disabdukan pada sebutan "aRRohmaaniRRohim". Ramai orang baca "...a-rohmaani-rohim.." ini salah sangat-sangat, sebab itu nama-nama Allah. Sepatutnya ia dibaca ARROHman dan ARROHim. Dan ramai tak baca huruf Hha pedas (ح) tu betul2 pada Ro mati bertemu Hha, cuma baca macam Haa biasa/simpul. ROHH tu macam Ro pedas. Rohhhhhh, pekatkan "hhhh" tu.

11. Huruf mim pada sebutan "MAAlikiyau" tidak dibaca dua harakat, ramai yg baca 1 harakat "...malikiyau...". Ini salah.

12.Tidak mensabdukan huruf Dal pada sebutan "miDDiin", sedangkan ia sepatutnya bersabdu.

13. Haa... yang ini pun ramai selalu sangat salah, tidak mensabdukan huruf Yaa pada "iYYAkanaq buduwaiYYaa". Sebutan yang betul ialah IY-YA, bukan "I-YA" atau "EE-YA". Kena tekan sikit kat IY dan panjangnya dua harakat, bukan satu harakat.

14. Huruf ain pada "iyyakanAQ" hanya disebut KANAK. Ini pun salah. Disitu nun mati bertemu ain ya, bukan bertemu kaf.

15. Selalu salah baca huruf dal dan wau pada "buDUWA" dengan 2 harakat, sedangkan ia mesti dibaca dengan 1 harakat sahaja. Sebutan yang betul ialah "...buduwaiyyaa...", bukan "...buDUU waiyya..." atau "....budu WAA iyya..."

16. Huruf ain tak disebut dengan betul masa "kanasta'IN". Ramai yang sebut sebagai alif, "ka nas ta in", ini salah. Tekankan sedikit sehingga sebutan itu betul huruf ain.

17. Pada "IHdinaussiro..." ada yang terlebih-lebih tekankan huruf Hha sehingga sebutan melampau menjadi "EHhhh.." "Eiih.." dan sebagainya. Sebutan yang betul ialah sebut Hha biasa sahaja. "Ihdinaussiro."

18. Pada "Ihdinaussiro..." juga, ramai baca nun mati bertemu sin, padahal disitu nun mati bertemu sod. "auss" pada sebutan "NAUS" tu kena tekan sikit. Kalau kitab rumi lama, pengarang eja ia sebagai "Ihdinaush-shiro". Bukan suruh baca "naush" mati dengan syin, tapi supaya ditekankan sod tu. Faham tak? Maksud Asyraf, muncungkan mulut anda bila menyebut "Nauss".

19. "Sirootolmustaqim.." ramai baca huruf Ro tu hanya satu harakat, sepatutnya dua harakat.

20. "...Mustaqim", sebutan patutnya QIM, bukan KIM, sebab huruf tu huruf Qof bukan Kaf.

21. "Sirootollazi..." ramai sebut "SI" itu sebagai huruf sin, bukan huruf sod, padahal "SSI" tu patut ditekankan sikit sebab ia huruf sod. Huruf "Ro" pula patut panjang 2 harakat, tapi ramai yang baca dengan 1 harakat. "laZI", huruf tu huruf dzai, bukan zzai, huruf dzai lembut bunyinya, di hujung lidah kita di belakang gigi.

22. "Na-an'am..." ramai sebut AN tu dengan sebutan huruf AIN, padahal ianya huruf alif, manakala ada juga sebut 'AM tu pula dengan huruf alif, padahal ianya huruf ain. Tak kurang, ada juga yang sebut "ANA'AM". Sebutan begini salah. Jika hadapi kesulitan, dah usaha betulkan masih tak dapat juga, jangan begitu jelas sangat bunyinya.

23. Kesalah seterusnya ialah, suka berhenti pada "Ghairilmaghduu bi'alaihim". Tak boleh berhenti situ. Kalau nak berhenti, henti pada sebutan "Na an'am ta'alaihim". Kemudian sambung nafas baru pada "Ghairil maghdu...". Okay?

24. Pada sebutan yang sama tadi, kita tak sebut huruf "Gha" tau, apabila mim mati bertemu Gha, sepatutnya maghdu, disebut "makdu" atau "maqdu" sahaja.

25. "bi'A laihim", ain disebut alif sedangkan disitu huruf ain.

26. "Waladdoollin". Pada sebutan "Ladd" itu ada yang selalu sebut Lam mati bertemu dal, sedangkan ia bertemu dod. Kena tekan dalam sikit pada dod tu. Lebih kurang begini ruminya, "Walaudd" (lidah melekat pada depan rahang/lelangit). Kemudian, sebutan "DOOOLlin" selalu ramai yang baca tak sampai 6 harakat, sedangkan ia wajib dibaca dengan 6 harakat pada huruf dal bertemu sabdu Lam.

27. Kesalahan seterusnya ialah pada setiap hujung-hujung ayat, harakatnya mestilah dibaca sama dari permulaan hingga habis. Boleh pilih ikut keselesaan anda, ia boleh dibaca pada dua, empat atau enam harakat. Sebagai contoh ia dibaca 4 harakat, "BismillahirrohmanirroHIIMMMM..", Alhamdulillahhirrobbil 'alaMIINNNN" "ArrohmanirroHIIMMMM". Faham tak? Ini macam syair atau pantun lah, rima akhir kena sama panjang dan sebagainya. Tak boleh baca ikut sedap saja, ayat pertama dua harakat di penghujung, ayat kedua enam harakat di penghujung. Ini salah. Nak sempurnakan bacaan. Pastikan penghujung ayat itu habis dengan harakat yang sama, teratur dan berirama.

Semua ini kesalahan-kesalahan biasa yang selalu berlaku dalam bacaan Al-Fatihah. Sebenarnya banyak lagi kesalahan lain. Boleh rujuk dengan yang lebih arif. Nak belajar Al-Quran sebenarnya ada adab, kita kena duduk berhadapan dengan guru. Supaya apa yang kita sebut, dan apa yang diajar oleh guru lebih jelas. Bukan belajar di internet semata. 

Buat sementara waktu, anda boleh rujuk video yang lebih jelas diterangkan oleh Ustaz Don Daniyal di sini. Sangat bagus, sebab dapat lihat pergerakan mulut dan dapat dengar sebutan sebenar yang perlu kita baiki.

Apa pun, harap anda dan saya, kita sama-sama ambil iktibar, perbaiki bacaan Al-fatihah agar betul dan agar solat sah. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Jika tak dapat mencegah kita dari melakukan semua itu, there must be something wrong dengan solat kita. Kan? Lagi satu, kalau lelaki nak kahwin nanti pun, tak boleh failed tajwid Al-Fatihah ni tau. Nak jadi Imam nanti. Jadi, bolehlah perbaiki mulai sekarang. In Shaa Allah, masih belum terlambat.

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, tinggalkan komen untuk rujukan saya dan sila kongsi dengan rakan-rakan yang lain. Boleh klik button share di bahagian kiri bawah artikel ini. Moga Allah ganjarkan pahala kebaikan buat kita semua. Mudah-mudahan Allah redha dengan ilmu yang dikongsi ini. 

Jaga diri, jaga iman. 
Sekian, Wallahualam Bissawab

Kredit Ilmu : 

1. Ustaz Azhar Idrus
2. Ustaz Don Daniyal
3. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
4. Fatih Seferagic

"Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 - 2014"

No part of this article may be reproduce without Asyraf's express consent.
The author is not liable for any loss or damage incurred while using the information from this blog. Thank you

20 comments:

  1. Salam, terima kasih untuk penjelasan panjang lebar ni, sangat bermanfaat. Saya nak tanya, kalau dalam solat berjemaah pula macam mana bacaan Al-Fatihah, kena kuat juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, menurut mazhab imam as-syafiee, setiap jemaah mesti membaca Al-Fatihah untuk diri sendiri. Sebagaimana yang disebut "Tiada solat tanpa Fatihah."

      Justeru itu, dalam solat berjemaah, sewaktu imam baca Al-Fatihah, jemaah perlu diam dan dengar bacaan imam sebaiknya terlebih dahulu sebagai tanda hormat. Selepas imam selesai baca Al-Fatihah, barulah jemaah masing-masing membaca Al-Fatihah pula. Bacaan Al-Fatihah dalam rukun qauli yang saya sebutkan di atas wajib dibaca secara berlafaz itu tadi bukan bermaksud bacaan mesti kuat dan nyaring. Ia cuma perlu berlafaz secara jelas.

      Maka, dalam solat berjemaah, bacalah dengan kadar yang sepatutnya supaya tidak mengganggu jemaah lain dengan syarat sekurang-kurangnya bacaan tersebut mesti didengari pada telinga sendiri sebab macam mana pun bacaan kita, ia mesti berlafaz. Anda cuba baca sekarang, tak perlu kuat pun dah dengar di telinga kan? Dengan itu sah solat kerana sudah mematuhi rukun qauli tadi.

      Wallahual'am

      Delete
  2. Alhamdulillah, perkongsian yang sangat bermanfaat. Izinkan saya kongsi ya :)

    dan sebenarnya saya ada soalan tentang solat, boleh tak solat waktu azan berkumandang? Sebab bas sekolah selalu datang awal selepas azan. Jadi saya kena segera solat. Kalau tak mesti terlepas bas. Macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam Fiqh al-Nafs atau disebut juga oleh ulama sebagai Fiqh al-Aulawiyat. Keutamaan seharusnya diberi pada azan terlebih dahulu. Maksudnya, perlu beri laluan pada azan sebagai tanda hormat dan kita perlu menjawab azan.

      Tapi dalam masalah anda ini, dibolehkan solat waktu azan berkumandang kerana ada keperluan penting. Maka segerakan solat, tak ada masalah. Solat selepas azan itu cuma adab yang dituntut untuk menghormati laungan azan sahaja.

      Pun begitu, selain adab menghormati azan, solat selepas azan selesai juga termasuk bab ihtiyat (berhati-hati), takut waktu solat itu sebenarnya belum masuk lagi atau muazzin terazan awal. Jadi, jika kita tunggu sehingga azan selesai, lebih yakin bahawa kita solat dalam waktunya. (disebut para ulama fiqh)

      Apa pun, kalau anda betul-betul yakin dah masuk waktu, tak salah untuk terus solat ketika azan berkumandang.

      Wallahu'alam

      Delete
  3. Syukran jazilan,ini sungguh bermanfaat...alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. Syukran jazilan atas perkongsian yg panjang lebar.. Nak tnye la dik, kalau orang pelat yg x boleh sebut "R" @ "RO" dengan betul cmne pulak ek hukumnya?

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana berkongsi ilmu...ia sangat membantu :)

    ReplyDelete
  6. Minta izin share ye sahabat :-)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Sama seperti yg dipelajari bersama guru..Semoga mendapat keberkatan Allah s.w.t

    ReplyDelete
  8. Mohon share tuan..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, saya dan keluarga memulangkan kepunyaan tuan yang ada pada kami

    ReplyDelete
  10. f1u05r9n62 u2g79v5q18 r6p69w8j71 l9n77c0t27 z7z52i2o30 c2l25v7f25

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.