Couple Itu Cinta? | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Sunday 1 December 2013

Couple Itu Cinta?

26 Komen
Credit
Bismillahirrahmanirrahim. 

Hai dah jawab salam saya? Kalau sudah anda memang hamba Allah yang Cool lagi Lawa.

Lama sudah saya tak update blog. Bukan tak ada soalan menarik dari pembaca, dan bukan tak ada idea untuk menulis. Cuma agak sibuk minggu ini dengan kunjungan keluarga dan saudara dari Pahang. Apa pun untuk artikel kali ni, sekali lagi saya tertarik dengan hujah-hujah adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang bulatan gembira tentang cintaaaa. Jadi saya terima request artikel kali ini dari seorang abang kita yang tidak mahu namanya disebut di blog melalui Wechat. Terima Kasih sebab bertanya.

Apa pun, artikel saya sebelum ini tentang couple sedikit sebanyak telah mengundang pelbagai pandangan dan luahan rasa dari pihak pembaca kepada saya. Ada yang positif dan ada yang negatif. Tak kurang ramai yang mula mencari tahu latar belakang saya dan keluarga yang kurang baik untuk dipersoalkan. Tak mengapa, tahniah anda memang penyiasat yang hebat. Apa pun saya harap tidaklah dikaitkan tulisan-tulisan dakwah saya selama ini dengan baik buruk peribadi saya dan keluarga. Sungguh saya manusia bukanlah alien atau malaikat untuk suci dari dosa. Maaf andai soalan cepu cemas anda ada yang saya tidak beri jawapan balas di wechat, facebook atau ask.fm. Besar kemungkinan saya tidak selesa dengan 'soalan' anda itu.

Artikel lalu: "Kalau tak couple macam mana nak kenal hati budi dia?"

Credit : Life Tumblr



Baiklah soalan abang yang request artikel di Wechat tu minta saya kupas tentang benda ni...

 "Adakah Couple itu sama ertinya dengan Cinta?"

Kalau anda tanya saya, saya jawab TIDAK.  

"Apakah ada couple sebelum berkahwin?". 

Saya jawab TAK ADA. 

"Apakah ada cinta sebelum berkahwin?". 

Saya jawab ADA. 

"Aek.. apa Asyraf ni, kejap ada, kejap tak ada. Peninglah!"

“Ish macam mana boleh bercinta tapi tak couple?”

Sebelum itu biar saya tanya balik? Cinta dengan couple tu adakah benda yang sama? Nak bercinta, wajib couple aeh? Kiranya kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Gituuuu..?

Patutlah bila saya sebut dalam artikel saya sebelum ni cinta sebelum kahwin tu boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta before nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Sebab dia nampak cinta itu sama dengan couple dan sewaktu dengannya.
 
Tapi saya pula nampak couple itu jauh letaknya di barat, dan cinta itu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun begitulah, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta. Kan?
 
Apa itu cinta?
 
Ewah, macam Professor Cinta pulak kan? Haha. Dah korang asyik tanya bab couple, bab cinta, tu yang saya jadi macam ni. (tak pa na.. saya cakap Kedah. Haha) 

Macam ni, saya tak mau ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa, novel atau mana-mana sumber. Saya buat definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan pandangan yang saya perhatikan selama ini.
 
Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk Syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata dekat dia "Saya cintakan awak". Benda ni anda boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya.  Semua orang la pendek kata.
 
Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata "saya cintakan awak" tadi. So, setakat ni faham apa tu cinta? Suka saya ingatkan sekarang ni kita discuss bab cinta dalam Islam. Bukan cinta Islamik dalam Novel atau cinta dalam drama TV. Jangan dok pening.
 
Okay sambung balik. Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang waras melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau bawa orang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, dipanggil seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorang Pengasih.
 
Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?
 
Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah. Kbye
 
Yang saya kata bercinta sebelum kahwin
 
Cinta itu perasaan. Kita sebenarnya tak tahu bagaimana cinta itu boleh muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali dah ‘tercinta’. Ada yang sebab belajar sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang sebab dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh cinta’ dan sebagainya.
 
Pendek kata, jatuh cinta ini bukan boleh kawal. Jadi, macam mana kita boleh letakkan hukum haram kepada sesuatu yang bersifat ‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar dalam Islam adalah ‘fitrah’.
 
Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.
 
Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.
 
Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam lorongkan semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum adalah makan minum yang halal.
 
Cinta? Saya tidak pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran atau Hadith sahih yang menyatakan perasaan cinta itu perlu ada hanya selepas kahwin. Kalau ada, sila tunjuk pada saya. Saya mahu belajar juga.
 
Maka apa yang saya maksudkan dengan ‘cinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan tidak sama sekali. Jangan keliru.
 
                Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan kat atas tadi.
 
                "Hendak masuk syurga bersamanya."
 
Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah.
 
                Apakah dengan itu kita ‘haram berhubung langsung’?
 
Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang soal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. ^^
                
Untuk saya, itulah namanya ‘cinta sebelum berkahwin’.
 
                Siapa kata tiada? ^^


 
Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.
 
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”
 
    Pernah dengar ayat macam ini? Heh
 
Ini la yang kita namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.
 
Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^
 
      Kalau suka, patutnya bagitahulah (semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitau saja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu saja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Sat nak tanya, siapa la pandai-pandai ajar kalau kita bagitahu dekat orang yang kita suka perasaan kita tu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni? Habaq mai. Geram pulak saya dengar fatwa-fatwa rekaan Professor cinta tak berdaftar dalam laman sosial ni. Satgi korang cakap saya pun sama tak berdaftar.  Haha
 
Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?
 
Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?
 
   USAHA
 
                Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:
 
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.” 
Rekaan siapa ini??????
 
Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?
 
Jadi janganlah ambil fatwa Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.
 
                Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka dia tu, saya suka dia ni. Preparekanlah diri. Buatlah background check (Macam mana nak buat Background check? sila rujuk artikel lalu saya tentang couple). Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.
 
At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.
 
                Kalau pendam sahaja buat apa?
 
                Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.
 
Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.
 
                Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.
 
                Tawakkal Buta?
 
                Jangan sekali.
 
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh torchlight, couple dengan cinta tak sama
 
Credit
Sekarang, saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.
 
        Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.
 
                Cinta sebelum kahwin ada.

"Asyraf dah bercinta sekarang?" Bercinta tu belum, jatuh cinta dulu pernah. Haha. Sekarang malas. Nak belajar. Kbye. Sebarang komen, rasa tidak puas hati, pandangan tambahan mohon tinggalkan dibawah. Besar hati saya jika ada yang sudi tinggalkan pendapat selepas anda membaca. Jangan takut untuk tinggalkan komen. Saya lebih suka ada komunikasi dengan anda. Terima kasih banyak. Maaf kalau ada yang terkurang.

Wallahualam Bissawab



Credit ilmu : Abang Hilal Asyraf

Artikel lalu : "Kalau tak couple macam mana nak kenal hati budi dia?"
 
        

AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

26 comments:

  1. X ada yg terkurang pun. Saya suka baca.. Terima Kasih..
    Assalammualaikum~

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah saya suka blog abg.. Ringkas tapi padat :) syukron yaaa abg.. Assalamualaikum

    ReplyDelete
  3. Ouh sebelum ni saya penah salah sangka dengan definisi cintan cintun ni. Dan sekarang lebih jelas dan nyata. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. Confius sekejap psal cinta gn couple nie ..tpi alhamdulilah dh faham... jazak'allah khaiir.,.ya asyraf... =D

    ReplyDelete
  5. Ya akhi, moga terus hebat menulis!

    Ini ada pendapat tentang couple islamik ((ehem dekat atas ada minta pandangan tambahan kan)) haha

    Mungkin ada yang mengamalkan couple islamik contohnya kejut subuh, bertukar hadis, beri peringatan dsb. Tapi saya pernah baca, couple islamik tidak pernah wujud malah istilah ini salah satu permainan syaitan dengan menghasut anak2 adam berasakan mereka adalah benar, hubungan mereka (kununnya) diredai dengan mengamalkan gaya hidup couple islamik ini. Tapi sungguh ini permainan syaitan. dan jika mereka sudah berkahwin maka wajiblah solat taubat untuk menghapuskan dosa ketika couple. - Wallahu a'lam sekadar perkongsian. Moga Allah reda.

    ReplyDelete
  6. This is very interesting, You are a ery skilled blogger. I've joined your feed and stay up for in thhe hunt ffor more
    of yoour excellent post. Also, I've shared your website in my
    social networks

    my web-site: boiler servicing []

    ReplyDelete
  7. I visit daily some websites and information sites to
    read articles or reviews, except this webpage offers feature based content.


    Here is my webpage ... Paddy O'Brian ()

    ReplyDelete
  8. Fine way of explaining, and good post to take facts on the topic
    of my presentation subject matter, which i am going to deliver
    in institution of higher education.

    my web blog; brooklyn house inspection

    ReplyDelete
  9. Furthermore, the kerosene fumes are really bad to your health.

    These systems differ in sizes, so make sure you buy the right
    size that will warm your pool water. Among Asian countries,
    China with a large scale PV power plants is now put into service.


    Also visit my blog ... folding solar panels perth

    ReplyDelete
  10. I simply couldn't depart your web site before suggesting that I actually
    enjoyed the standard info a person supply in your visitors?
    Is going to be back incessantly to investigate cross-check new posts

    Here is my blog: weed grass (kpra.jp)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia Asyraf, saya ada satu soalan untuk kamu. Saya ni ada sukakan seseorang jadi saya mintalah pandangan kawan saya bagaimana nak luahkan kepada si dia. Dia ada beritahu bahawa saya perlu menulis surat dan sebenarnya saya agak malu untuk memberitahu kepada si dia. Adakah saya perlu menulis surat atau memberitahu terus kepada si dia yang saya sukakan dia? dan Adakah salah saya meluahkan perasaan kepada si dia?

    ReplyDelete
  12. Mohon copy sebahagian petikan sekadar berkongsi dengan kawan di laman wechat, credit akan ditulis

    ReplyDelete
  13. assalamu'alaikum..setuju benar dengan apa yang ditulis saudara... syukran.. rupanya ada yang berfikir sebegini.. hihi

    ReplyDelete

  14. شركة مكافحة فئران بالمدينة المنورة


    شركة المنزل شركة مكافحة فئران بالمدينة المنورة لديها افضل فريق عمل للتعامل مع الحشرات و
    خاصة الفئران و اصطيادها و القضاء عليها و كشف مكان دخولها و القضاء عليه

    شركة المنزل شركة مكافحة صراصير بالمدينة المنورة تعمل بافضل و احدث المبيدات و احدث تقنيات رش المبيدات للقضاء علي الصراصير مهما كان عددها او حجمها



    شركة مكافحة بق الفراش بالمدينة المنورة


    http://elmnzel.com/pest-control-medina

    ReplyDelete
  15. Given article is very helpful and very useful for my admin, and pardon me permission to share articles here hopefully helped :

    Cara menyembuhkan batuk kering
    Cara mengobati syaraf kejepit di tangan

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.