Cara Islam : Amalan Baik Untuk Miliki Wajah Berseri | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Thursday, 19 September 2013

Cara Islam : Amalan Baik Untuk Miliki Wajah Berseri

105 Komen
Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri. Jadinya sudah pasti ianya merangkumi hal kecantikan umat Islam sendiri. Cantik yang kita maksudkan disini ialah bukan cantik dengan make up dan memperagakan pelbagai pakaian mahal, tetapi ianya tentang kecantikan dan kebersihan kulit wajah. Setiap dari kita mesti inginkan kulit muka yang bersih, bebas jerawat dan berseri. Kulit muka yang cantik akan menjadikan seseorang individu itu lebih yakin untuk berhadapan dengan seseorang. Kadang-kadang ada yang merungut,

"Kenapa la aku tak dapat kulit muka cantik macam dia?"

Sedangkan ratusan ringgit wang dihabiskan untuk produk-produk kulit yang berjenama dan sangat mahal. Tak kurang rawatan kulit muka di pusat kecantikan wajah berulang kali dilakukan namun hasilnya tetap mengecewakan. Lepastu bila orang lain dengar, orang cakap kita tak bersyukur dengan apa yang ada. Sebenarnya jaga kebersihan muka ni penting, dengan dunia sekarang ni muka memang jadi aset utama. Wajah kita mencerminkan siapa kita. 

"Perempuan je kena jaga kulit, Lelaki tak jaga kulit muka pun takpa" 

NO, Lelaki dan perempuan kedua-duanya harus menjaga kebersihan wajah. 

Harini Asyraf bukan nak jual produk kecantikan, tapi ada sedikit tips dan perkongsian yang boleh diamalkan untuk miliki kulit wajah yang lebih berseri. Sebelum ini Asyraf pun malas nak jaga kulit muka, tapi bila dah besar, baru sedar penting untuk miliki wajah yang bersih. Kalau tak mampu beli produk muka yang mahal, InsyaAllah petua-petua ini dapat membantu. 


PETUA 1

Amalkan membaca "Ya Qawiyyu"
Maksudnya "Wahai Yang Maha Kuat"
Dibaca selepas salam kedua selesai solat.

PETUA 2

Jangan cuci muka dengan "Cleanser" atau sabun pembersih muka pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri pada wajah.
Cukuplah dengan air biasa (whuduk). Kalau kulit berminyak selepas bangun dari tidur, boleh guna "serbuk teh" sebagai ganti pencuci muka (Ada Asyraf terangkan kat bawah nanti).

Kita boleh guna Cleanser sebelum tidur (malam hari) untuk rehatkan kulit muka.

PETUA 3

Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau sewaktu menyapu "Moisturizer". 

PETUA 4

Berselawat 3 kali dan tiup perlahan ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan diikuti dengan doa. Kalau yang tak pakai bedak, cuma perlu selawat, tiup atas telapak tangan dan usap pada muka diikuti doa.

"Ya Allah serikanlah wajahku, agar yang memandang berasa senang denganku"

PETUA 5

Membaca doa ketika melihat cermin
"Ya Allah sebagaimana Engkau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku"

PETUA 6

Solat Fardhu 5 waktu dan rajin berwhuduk. Rajin solat, rajin whuduk, Allah anugerahkan cahaya pada wajah. InsyaAllah. Kalau boleh sebelum pakai make up berwhuduk terlebih dahulu.

p/s : kalau whuduk untuk solat fardhu kita buat 5 kali sehari, bermakna sudah 5 kali kita cuci muka kita dalam satu hari. Itu dah lebih dari cukup untuk pastikan kulit muka bersih.

PETUA 7

Lelaki atau perempuan wajib "TUTUP AURAT SEMPURNA". InsyaAllah belajar sayang diri.


PETUA TAMBAHAN : JOM BUAT PENCUCI MUKA SENDIRI!


Selain gunakan produk pencuci muka (cleanser) yang mengandungi bahan kimia. Kita juga boleh hasilkan pencuci muka sendiri yang lebih selamat. Berikut ada beberapa bahan yang biasa Asyraf sendiri guna untuk bersihkan muka tanpa perlu gunakan produk di pasaran. Cara ini lebih selesa, dan Alhamdulillah kulit makin sihat. Tetapi ingat, sebelum mencuba pastikan awak tak membazir. Yang masih sekolah, dapatkan kebenaran mak ayah dulu. Jangan curi buah tomato yang mak simpan dalam peti sejuk pulak yeee..


A. Serbuk Teh yang sudah diguna :

Ini Paling Mudah! Ambil sisa serbuk teh yang sudah diguna, sapukan pada kulit muka dan leher. Gosok pada muka dan leher sebagai pencuci dan scrub. Sel kulit mati yang ada pada muka dan leher akan turut tertanggal. Bilas dengan air bersih.

p/s : Serbuk teh yang belum diguna lagi pula boleh dijadikan mask muka. Basahkan serbuk teh baru yang masih kering dengan air suam. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan selama 20-30 minit atau sehingga air pada serbuk teh tadi kering. Selepas itu gosokkan muka dengan serbuk teh tersebut dan bilas dengan air bersih.

Khasiat : Serbuk teh berfungsi sebagai scrub untuk menghilangkan sel kulit mati pada muka, manakala air teh membantu mengecutkan liang roma terbuka dan jerawat dan parut.

B. Serbuk Kopi Dan Madu

Serbuk kopi yang belum diguna harus digaulkan bersama madu, apabila campuran kopi dan madu sudah sekata, sapukan pada muka, leher, lengan atau pada badan dan boleh dijadikan mask muka. Biarkan selama 20-30 minit dan bilas dengan air bersih. Jerawat hilang dan kulit muka rasa sedikit tegang selepas memakainya. 

p/s : hati-hati nanti baju kotor dengan lelehan kopi yang dicampur madu

C. Tomato dan Bedak Sejuk atau Susu Tepung

1/2 Tomato dihancurkan lalu dicampurkan bersama bedak sejuk atau susu tepung (Saya selalu gunakan susu tepung, tapi guna bedak sejuk pun boleh). Kalau rajin tambahankan satu atau dua sudu madu. Kalau tak ada madu, abaikan. Gaulkan bahan-bahan ini bersama dengan baik kemudian sapu pada kulit muka, biarkan sebagai mask selama 20 hingga 30 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. 

p/s : tiba-tiba rasa macam mengajar memasak pulak yee..

D. Kulit Kayu Manis Untuk Hilangkan Parut Jerawat

Kulit kayu manis perlulah ditumbuk halus terlebih dahulu (kalau Asyraf selalunya asah kulit kayu manis tu pada batu pengasah khas). Petua ini mak dan nenek yang ajarkan. Selepas tumbuk, campurkan serbuk kayu manis tadi dengan sedikit air. Air jangan banyak, lagi pekat acuan, lagi cepat berkesan. Sapukan bancuhan tadi pada kulit muka atau bahagian berparut dan berjerawat. 

p/s : PEDIH! : Hati-hati, sebenarnya kalau pakai bancuhan ini, kulit muka agak pedih masa awal pakai tu. Rasa terbakar je muka dan merah jugak lah. Tapi bila amalkan selalu, betul jerawat mula mengecut dan parut mula pudar. Kalau nak kurangkan pedih, bancuh serbuk tadi dengan bedak sejuk. Kalau tak tahan, dengan rasa pedih tu, cepat cuci dan berhenti pakai. Jangan paksa lah. 
Itu sahaja petua yang ada, sebenarnya banyak lagi, tapi ini antara yang berkesan Asyraf pernah cuba. Eh eh, jangan ketawa, lelaki pun jaga kebersihan muka tau. Tak salah pun. Cuaca dan udara sekarang kurang sihat, jadi bantu kulit kita bernafas. Yang penting mulakan petua-petua tadi dengan Basmallah.



Selamat Mencuba, Terima Kasih.
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012- indexs12
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

105 comments:

  1. assalamualaikum,,input yg sgt berguna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Alhamdulillah. Terima kasih ;)

      Delete
    2. Assalamualaikum.. Adik share petua tok kulit kering.. Siang akk kje so nk hindari sinaran uv.. Pakai pe elok.. Krim pe ye.. Lpas tu mlm.. Tq

      Delete
    3. basuh tomato segar,belah dua dan sapu secara rata di atas permukaan muka. elakkan daripada terkena mata sebab akan pedih. tips home remedy ni daripada mama saya,setakat ni memang buat kulit jadi lembut,tegang dan segar. kalau ada luka di muka,jangan sapu ya.

      Delete
  2. Assalamualaikum .. saudara, saya minta izin untuk salin ye.. info nya sangat berguna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Alhamdulillah, ya saya benarkan. Silakan :)

      Delete
  3. assalamualaikum saudara.....minta izin untuk salin ye :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum saudara,mohon izin untuk share kat fb dan blog k.tq

    ReplyDelete
  5. As'Salam, mohon share jugak di FB,,

    TQ

    ReplyDelete
  6. asalamualaikom terima kasih kerana sudi memberi sedikit ilmu dan nasihat, izin kan saya utk menyalinkan nya,

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..
    terima kasih atas info tdi.
    mohon slin ya!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..nak tny

    Untuk petua last sekali guna kulit kayu manis tu, muka akan jadi merah sampai keesokan hari ke?
    Ada apa2 effect tak kalau kita try petua ni tapi kita still guna pencuci muka biasa, cthnya macam safi balqis? Dan juga serum, toner.

    Sory.. bnyk soalan pula. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. untuk petua yg guna kulit kayu manis tu, pedih dan merah tu sekejap je. Bila bancuhan kulit kayu manis yg kita sapu di muka tu kering. In shaa Allah. Dah tak rasa apa-apa.

      Saya rasa tak ada effect apa-apa kalau masih guna pencuci muka lain macam biasa sebab petua ni semua semula jadi dan selamat. Tak beri kesan pada produk lain.

      Delete
  9. Salam Asyraf, petua guna kulit kayu manis tu menjadilah! Alhamdulillah. Terima kasih sebab share Asyraf. :')

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, akh asyraf.. Ana baru je baca article ni. Insyaallah ana akan cuba petua yang sgt berguna ni.Syukran jazilan jazakallah jaza'...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih asyraf, petua yang Asyraf bagi berkesan. Cuma kena sabar dan banyak berdoa. Alhamdulillah kulit muka saya sekarang dah tak teruk macam dulu. Syukur.

    ReplyDelete
  12. Jzkk atas petua yg diberi. InsyAllah akan cuba. :-)

    ReplyDelete
  13. Terima kasih Asyraf di atas perkongsian yang sangat berguna....Minta izin untuk copy petua-petua tu....

    ReplyDelete
  14. Wow..i suka info waktu pagi..guna serbuk teh bagi kulit berminyak.

    ReplyDelete
  15. sisa serbuk teh ? , amik serbuk yg belum guna pastuh bancuh dan amik serbuk dh guna tu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. sisa serbuk teh yang dah diguna=jadikan scrub.. gosok dileher dan muka.. bilas..
      serbuk yang belum guna =mask .. basahkan dgn air suam..dan sapukan 20-30mnt..bilas ..

      Delete
  16. Terima kasih sbb bagi tips untuk jaga kulit.Memang dsh lama saya cari tips ni.Saya pun nak minta kebenaran untuk share.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum... Mintak izin nak salin ya:)

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum admin, perkongsian yang sangat menarik. :)

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum..

    mohon share ye...

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum..saya mohon utk share ye

    ReplyDelete
  21. ye terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  22. mohon Share ya jika sudi singgahlah ke blog saya http://www.mamakeyshaaneesa.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. Terima kasih atas perkongsian ilmu.mohon dipanjangkan ilmu kpd kawan2 saya :-)
    Jemput singgah blog saya www.nyhealthcare.blogspot.com
    Tips kesihatan dalaman dan luar.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum...ana nak tanya,kalau serbuk kopi dan madu perlu pakai berapa hari ye?
    Syukran.

    ReplyDelete
  25. menarik..boleh cuba...
    mohon share ye..

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum.. sy baru bc blog abg asyraf.. tapi sblm ni sy ad cuba yg kayu manis tu but its not helping malah makin teruk :( tapi syukran jiddan utk tips2 ni.. sy akan cuba tips2 yg lain. syukran :)

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum..mohon copy...info yg amt bguna..tq

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum...
    Saya minta izin untuk salin ye...

    ReplyDelete
  29. Best petua ni. Sebenarnya guna bahan asli dan semulajadi ni lagi elok. Cuma antara rajin ke tak je. Hehe. Tq atas sharing nya :)

    ReplyDelete
  30. Alhamdulilah, dpat ilmu baru, terima kasih yea encik asyraf khalib. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum...perkongsian yang hebat...boleh share diblog...jika sudi kunjungi la blog saya sembangsembangkesihatan.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum . Tumpang tanya kalau mask teh tu boleh tak biarkan semalaman

    ReplyDelete
  33. Wah artikelnya keren..
    cuma lebih keren lagi klo di tambah gambar agar lebih menarik, ..Sambil baca artikel ini, mau tanya untuk tempat kaos kaki muslimah yang memilika banyak piliha model terbaru dimana ya....
    moga makin bagus lg artikelnya ...

    ReplyDelete
  34. Bnyk nyer komen. Haha. Saje nk tmbah komen. Thanks shring ...

    ReplyDelete
  35. Perkongsian yang sangat bermanfaat.. Menarik sekali!

    Tip Kecantikan Semulajadi

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum,nk tanye,serbuk teh tu yang mcm dlm teh uncang "lipton/boh" tu ke? yang buat minum tu? madu tu pulak,yang macam mane?yang buat masak tu ke? sy ada scrub tea tree,tu boleh kira x?please jawab,terima kasih.

    ReplyDelete
  37. mri la jln2 kt blog sy pula..hihi..tenkiu..btw..tips yg bermanfaat

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. as salam. satu perkongsian yg bagus. mohon share di facebook ye. terima kasih :-)

    ReplyDelete
  40. Kalau kulit kayu manis tu pakai berapa hari dlm seminggu?

    ReplyDelete
  41. Satu info yang sangat berguna.tq

    ReplyDelete
  42. bedak sejuk tu ap2 bedak sejuk pon boleh ye..

    ReplyDelete
  43. Assalammualaikum. Nk tnye. Boleh tk serbuk teh yg belum digunakan tu buat sbg pencuci muka setiap hari ?

    ReplyDelete
  44. Ada satu produk tengah viral sekarang ni. Antara bahan dia adalah asid hyaluronik A yang bantu naikkan balik seri wajah. Bahan ni bukan benda asing pun. Badan kita pun ada bahan ni cuma kuantiti dia semakin sedikit bila kita semakin tua. Ramai dah guna. Dah VIRAL pun... Sebab semua yang guna muka jadi cantik. parut hilang. kulit jadi gebu. Tapi saya pun tak sangka betul menjadi. Kawan2 wife saya pun selalu cakap tentang produk ni. Nak tahu bagus ke x klik nama saya. share je nak petua paling senang kan... hehe

    ReplyDelete
  45. Thnks asyraf... Nk cuba jugalah..😊

    ReplyDelete
  46. Saya akan cuba mengamalkan petua tersebut.

    ReplyDelete
  47. Salam.. Sebelum ni pakai kayu manis pedih jgk.. Tapi sekarang dah tak rasa pedih tu.. Kayu manis sy dah tak boleh guna ka macam mana.. Sy pun tak pasti??

    ReplyDelete
  48. Sekarang saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada awak dan kepunyaan awak yang ada pada diri saya.apa sahaja yang saya ambil daripada awak.saya ambil yang haq semata-mata tiada yang lain dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete
  49. Izin berbagi informasi Obat turun berok tanpa operasi reading Obat jamur di kulit kepala stone Biaya operasi varikokel tahun ini together Obat varises alami termanjur are Obat kornea keruh one Obat abses gusi they <a href="http://www.khasiatqncjellygamat.com/cara-mengobati-sakit-telapak-kaki-bagian-belakang-

    ReplyDelete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.