February 2014 | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Wednesday 19 February 2014

Mari Perbaiki Bacaan Al-Fatihah

20 Komen
le owner



Bismillahirrahmanirrahim..

Pernah atau tidak anda terfikir dan berasa pelik kenapa bila anda dah solat, tapi masih rasa solat tak sempurna (ada macam tak kena), anda sudah solat cukup 5 waktu tapi masih lagi melakukan dosa yang berterusan, dan ada waktu hati anda masih rasa tidak tenang? Sedangkan solat itu mencegah kita dari melakukan dosa dan sentiasa membuat hati kita tenang. Dimana silapnya? Mungkin topik dalam artikel kali ini antara sebabnya mengapa semua perkara tadi masih lagi berlaku.

Tahukah anda, semasa solat, wajib kita membaca Al-Fatihah dengan sebutan makhraj yang betul, tajwid yang betul, tartil yang betul, agar solat itu sah. Jika tidak, solat itu tidak sah. Selain rukun qauli yang wajib dipenuhi, iaitu wajib membaca Al-Fatihah secara berlafaz, tidak sah solat jika dibaca berbisik, suara angin, atau dalam hati, sekurang-kurangnya bacaan itu didengari oleh telinga sendiri, baru sah solat.

Haa... selama ini ada yang ambil berat tak soal kesempurnaan solat seperti kesalahan-kesalahan bacaan Al-Fatihah yang mengundang kepada tidak sah solat? Jadi kali ini mari sama-sama kita rujuk semula samada bacaan Al-Fatihah kita betul atau salah. 


Baiklah, antara kebiasaan kesalahan yang dilakukan orang ramai:

1. Huruf Ba ﺐ pada Bismillah tidak berbunyi. Nak sebut slow punya pasal,  sehingga disebut "...Ismillah hirrohma nirrohim". Sebutan ini salah.

2. Huruf Hha pedas ح pada "rahman" dan "rahim" tidak disebut Hha pedas, hanya sebut haa biasa (haa simpul) (ه).

3. Tertukar sebutan pada BismilLAH, "LAH" itu dibaca Lam bertemu Hha pedas (ح), sedangkan Lam bertemu Haa simpul (ـه). 

* Ingat tau.. eja Allah ialah "alif lam lam ha"

4. Salah menyebut huruf Ro baris atas dengan sebutan Raa yang sangat jelas "aaaa" nya. Sedangkan sebutannya "Rohman", bukan rahman, rahman ini cuma ejaan rumi sahaja sebagai tanda ro tu baris di atas.

5. Huruf Alif tidak disebut semasa membaca ayat kedua. Sebab nak cepat, ada yang salah menyebut "...Lhamdulillah...". Pastikan sebut dengan jelas "Al ham du lillah.."

6. Sebutan "Alhamdulillah..." pada ayat kedua juga selalu ada yang salah sebut begini "ALLE HAM DU LILLAH". Sebutan "Alle.." itu salah. Berhati-hati yaa.. Matikan huruf Lam tersebut. Sebutan betulnya "AL ham du lillah"

7. Huruf Hha pedas ح pada "al HAM du" hanya dibaca "haa" biasa/simpul (ه).

8. Sebutan "..duLILLAH", tidak disabdukan "LIL" dengan "LAH", hanya baca "Li-lah" sedangkan patutnya sabdu.

9. Sebutan "robbil 'AAlamin", huruf ain ( ع ) disitu ada yang salah sebut dibaca dengan huruf alif, 'aa jadi aa ( ا ). Ingat, disitu huruf ain bukannya alif.

10. Huruf ro tidak disabdukan pada sebutan "aRRohmaaniRRohim". Ramai orang baca "...a-rohmaani-rohim.." ini salah sangat-sangat, sebab itu nama-nama Allah. Sepatutnya ia dibaca ARROHman dan ARROHim. Dan ramai tak baca huruf Hha pedas (ح) tu betul2 pada Ro mati bertemu Hha, cuma baca macam Haa biasa/simpul. ROHH tu macam Ro pedas. Rohhhhhh, pekatkan "hhhh" tu.

11. Huruf mim pada sebutan "MAAlikiyau" tidak dibaca dua harakat, ramai yg baca 1 harakat "...malikiyau...". Ini salah.

12.Tidak mensabdukan huruf Dal pada sebutan "miDDiin", sedangkan ia sepatutnya bersabdu.

13. Haa... yang ini pun ramai selalu sangat salah, tidak mensabdukan huruf Yaa pada "iYYAkanaq buduwaiYYaa". Sebutan yang betul ialah IY-YA, bukan "I-YA" atau "EE-YA". Kena tekan sikit kat IY dan panjangnya dua harakat, bukan satu harakat.

14. Huruf ain pada "iyyakanAQ" hanya disebut KANAK. Ini pun salah. Disitu nun mati bertemu ain ya, bukan bertemu kaf.

15. Selalu salah baca huruf dal dan wau pada "buDUWA" dengan 2 harakat, sedangkan ia mesti dibaca dengan 1 harakat sahaja. Sebutan yang betul ialah "...buduwaiyyaa...", bukan "...buDUU waiyya..." atau "....budu WAA iyya..."

16. Huruf ain tak disebut dengan betul masa "kanasta'IN". Ramai yang sebut sebagai alif, "ka nas ta in", ini salah. Tekankan sedikit sehingga sebutan itu betul huruf ain.

17. Pada "IHdinaussiro..." ada yang terlebih-lebih tekankan huruf Hha sehingga sebutan melampau menjadi "EHhhh.." "Eiih.." dan sebagainya. Sebutan yang betul ialah sebut Hha biasa sahaja. "Ihdinaussiro."

18. Pada "Ihdinaussiro..." juga, ramai baca nun mati bertemu sin, padahal disitu nun mati bertemu sod. "auss" pada sebutan "NAUS" tu kena tekan sikit. Kalau kitab rumi lama, pengarang eja ia sebagai "Ihdinaush-shiro". Bukan suruh baca "naush" mati dengan syin, tapi supaya ditekankan sod tu. Faham tak? Maksud Asyraf, muncungkan mulut anda bila menyebut "Nauss".

19. "Sirootolmustaqim.." ramai baca huruf Ro tu hanya satu harakat, sepatutnya dua harakat.

20. "...Mustaqim", sebutan patutnya QIM, bukan KIM, sebab huruf tu huruf Qof bukan Kaf.

21. "Sirootollazi..." ramai sebut "SI" itu sebagai huruf sin, bukan huruf sod, padahal "SSI" tu patut ditekankan sikit sebab ia huruf sod. Huruf "Ro" pula patut panjang 2 harakat, tapi ramai yang baca dengan 1 harakat. "laZI", huruf tu huruf dzai, bukan zzai, huruf dzai lembut bunyinya, di hujung lidah kita di belakang gigi.

22. "Na-an'am..." ramai sebut AN tu dengan sebutan huruf AIN, padahal ianya huruf alif, manakala ada juga sebut 'AM tu pula dengan huruf alif, padahal ianya huruf ain. Tak kurang, ada juga yang sebut "ANA'AM". Sebutan begini salah. Jika hadapi kesulitan, dah usaha betulkan masih tak dapat juga, jangan begitu jelas sangat bunyinya.

23. Kesalah seterusnya ialah, suka berhenti pada "Ghairilmaghduu bi'alaihim". Tak boleh berhenti situ. Kalau nak berhenti, henti pada sebutan "Na an'am ta'alaihim". Kemudian sambung nafas baru pada "Ghairil maghdu...". Okay?

24. Pada sebutan yang sama tadi, kita tak sebut huruf "Gha" tau, apabila mim mati bertemu Gha, sepatutnya maghdu, disebut "makdu" atau "maqdu" sahaja.

25. "bi'A laihim", ain disebut alif sedangkan disitu huruf ain.

26. "Waladdoollin". Pada sebutan "Ladd" itu ada yang selalu sebut Lam mati bertemu dal, sedangkan ia bertemu dod. Kena tekan dalam sikit pada dod tu. Lebih kurang begini ruminya, "Walaudd" (lidah melekat pada depan rahang/lelangit). Kemudian, sebutan "DOOOLlin" selalu ramai yang baca tak sampai 6 harakat, sedangkan ia wajib dibaca dengan 6 harakat pada huruf dal bertemu sabdu Lam.

27. Kesalahan seterusnya ialah pada setiap hujung-hujung ayat, harakatnya mestilah dibaca sama dari permulaan hingga habis. Boleh pilih ikut keselesaan anda, ia boleh dibaca pada dua, empat atau enam harakat. Sebagai contoh ia dibaca 4 harakat, "BismillahirrohmanirroHIIMMMM..", Alhamdulillahhirrobbil 'alaMIINNNN" "ArrohmanirroHIIMMMM". Faham tak? Ini macam syair atau pantun lah, rima akhir kena sama panjang dan sebagainya. Tak boleh baca ikut sedap saja, ayat pertama dua harakat di penghujung, ayat kedua enam harakat di penghujung. Ini salah. Nak sempurnakan bacaan. Pastikan penghujung ayat itu habis dengan harakat yang sama, teratur dan berirama.

Semua ini kesalahan-kesalahan biasa yang selalu berlaku dalam bacaan Al-Fatihah. Sebenarnya banyak lagi kesalahan lain. Boleh rujuk dengan yang lebih arif. Nak belajar Al-Quran sebenarnya ada adab, kita kena duduk berhadapan dengan guru. Supaya apa yang kita sebut, dan apa yang diajar oleh guru lebih jelas. Bukan belajar di internet semata. 

Buat sementara waktu, anda boleh rujuk video yang lebih jelas diterangkan oleh Ustaz Don Daniyal di sini. Sangat bagus, sebab dapat lihat pergerakan mulut dan dapat dengar sebutan sebenar yang perlu kita baiki.

Apa pun, harap anda dan saya, kita sama-sama ambil iktibar, perbaiki bacaan Al-fatihah agar betul dan agar solat sah. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Jika tak dapat mencegah kita dari melakukan semua itu, there must be something wrong dengan solat kita. Kan? Lagi satu, kalau lelaki nak kahwin nanti pun, tak boleh failed tajwid Al-Fatihah ni tau. Nak jadi Imam nanti. Jadi, bolehlah perbaiki mulai sekarang. In Shaa Allah, masih belum terlambat.

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, tinggalkan komen untuk rujukan saya dan sila kongsi dengan rakan-rakan yang lain. Boleh klik button share di bahagian kiri bawah artikel ini. Moga Allah ganjarkan pahala kebaikan buat kita semua. Mudah-mudahan Allah redha dengan ilmu yang dikongsi ini. 

Jaga diri, jaga iman. 
Sekian, Wallahualam Bissawab

Kredit Ilmu : 

1. Ustaz Azhar Idrus
2. Ustaz Don Daniyal
3. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
4. Fatih Seferagic

"Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 - 2014"

No part of this article may be reproduce without Asyraf's express consent.
The author is not liable for any loss or damage incurred while using the information from this blog. Thank you
Read More...

Jaga Kulit Muka Cara Sendiri

62 Komen
Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam artikel sebelum ini Asyraf ada kongsikan petua jaga kulit muka cara Islam, amalan-amalan yang baik untuk penjagaan wajah dan tak kurang ada tutorial bagaimana nak hasilkan pencuci muka sendiri tanpa guna produk di pasaran. Pencuci muka yang kita hasilkan sendiri nyata lebih selesa, jimat, yakin dan selamat untuk digunakan. Bagi yang terlepas semua itu, bolehlah baca artikel tersebut di sini.

Baiklah, memandangkan artikel lalu tentang penjagaan muka semua tu dapat sambutan dan ramai sangat yang request supaya Asyraf lanjutkan dalam artikel yang baru dengan petua pelbagai. Jadi, kali ini Asyraf kongsikan pula petua yang menarik untuk jaga kulit muka cara sendiri. 

Kalau dah nama petua cara sendiri, tentulah Asyraf dah cuba. Alhamdulillah berkesan. Tiba-tiba rasa macam blogger perempuan pula beriya kongsi tips jaga muka. haha. Sebenarnya keperluan menjaga kulit muka bukan lagi khusus pada wanita sahaja, tapi sudah menyeluruh dengan melibatkan golongan lelaki terutamanya bagi jejaka yang aktif bersukan, masih belajar dan sibuk bekerja. Kulit muka yang sihat sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan semua orang.

Suka Asyraf ingatkan, segala usaha kuat kita untuk amalkan pelbagai petua ini cuma ikhtiar sahaja, kerja memulihkan dan kuasa memberi nikmat kesembuhan itu segalanya terletak pada Allah SWT. 

Sebelum itu, mungkin ada pembaca di sini punyai masalah yang sama dengan Asyraf iaitu kulit sensitif dengan produk-produk di pasaran. Bila Asyraf cuba guna pencuci muka yang dibeli, makin teruk kulit muka. Jerawat dan bintik-bintik merah yang menyakitkan. Hampir semua produk dah cuba. Duit pun dah banyak habis. Langsung tak ada kesan. Zaman sekolah dulu kulit muka serius memang tak terjaga. Tapi sekarang Alhamdulillah, Asyraf jaga muka guna cara sendiri. Dengan izinNya, berhasil dan puas hati. Jadi, nasihat Asyraf, pada yang ada masalah kulit sensitif, jangan paksa kulit untuk terima produk-produk tersebut. Nanti bertambah teruk jadinya.

Sememangnya amalan berwhuduk dan ibadah solat sering disebut-sebut orang mampu menyerikan wajah. Tetapi, selain whuduk dan solat, kita juga ada usaha tambahan. Berikut ada beberapa petua penjagaan kulit muka cara Asyraf.

 Petua Kurangkan Masalah Jerawat

Pertamanya, sebelum anda terus amalkan apa-apa petua, kita perlu ambil berat dan cari tahu punca utama yang menyebabkan jerawat muncul pada wajah kita selama ini disebabkan apa? Ini untuk memastikan anda tidak membazir masa mencuba pelbagai petua semberono saja sedangkan petua tersebut langsung tidak serasi dengan masalah jerawat anda. Jerawat muncul disebabkan beberapa faktor utama seperti kulit muka berminyak, debu juga hama dari persekitaran, dan perubahan hormon badan.

 Masalah kemunculan jerawat sewaktu haid.

Jika jerawat itu berpunca dari perubahan hormon badan, sebagai contoh ada wanita yang berhadapan masalah jerawat tumbuh pada wajah secara bermusim sewaktu datang haid. Anda boleh cuba amalkan makan vitamin c atau makanan tambahan (supplements) yang sesuai. Ini kerana sewaktu proses kitaran haid, badan anda tidak menerima nutrisi yang cukup. Emosi tidak stabil, mudah stress, cepat marah dan tertekan. Jadi, anda memang perlu usaha cegah masalah ini. Makanlah makanan yang berkhasiat, lebihkan buah-buahan seperti epal atau buah delima yang sangat baik untuk kulit muka. Dan cuba sehabis baik untuk selalu tenang. - Ini petua dari mak Asyraf yang sebelum ini berhadapan masalah sama. Sengaja tanya mak sebab mak dah lawa sangat. haha.

 Kulit berminyak

1. Kurangkan mencuci muka dengan pencuci

Bagi pembaca yang ada masalah kulit berminyak pula, nasihat saya, elakkan cuci muka terlalu kerap dengan produk pencuci muka (oil control bagai tuuu..) sebab ia sebenarnya menghilangkan minyak pada wajah anda dalam tempoh yang sekejap saja. Selepas satu jam, kulit anda selalunya akan kembali berminyak. Kenapa? Pencuci muka oil control tu sebenarnya merangsang kulit untuk terus hasilkan minyak dengan lebih banyak. Maka dengan itu kulit muka akan bertambah teruk. Bila anda terlalu kerap biasakan cuci muka 4,5 kali sehari dengan pencuci muka, sampai bila-bila pun anda terpaksa beli produk pencuci muka tersebut seumur hidup sebab kulit muka dah tak terkawal. Kalau dah guna satu-satu produk pencuci muka tu, ikutlah aturan penggunaan yang disyorkan. Jangan salah faham, ramai yang fikir bila kulit muka berminyak saja, anda mesti cuci guna produk yang anda beli tu. Sebenarnya salah. Cukuplah dua kali sehari. Kesian muka anda. 

2. Jangan campur produk kecantikan sesuka hati

Dan ingat, jangan rajin buat eksperimen dengan mencampur dan kerap kali tukar pelbagai jenama produk pencuci. Sekejap Garnier, esok Nivea, Lusa Safi. Jahanam muka anda nanti.

3. Teh dan madu sebagai pencuci muka?

Baiklah, disebabkan saya dah tak guna pencuci muka yang jual kat pasaraya semua tu. Bila kulit berminyak saya bersihkan muka dengan serbuk teh. Nak lebih berkesan, anda boleh campur serbuk teh tersebut dengan madu. Gosok di muka ala-ala scrub. Selebihnya sapu pada leher, lengan atau badan. Untuk permulaan, amalkan dua kali sehari (pagi dan malam). Dan rajinlah berdoa. Mudah-mudahan muka tak berminyak lagi. Setakat ini, dah 3 tahun saya buat benda ni. Alhamdulillah. Kulit tak berminyak macam dulu.

Nota tambahan : Nak mudah, cari bekas kaca yang ada penutup (balang kaca kecil). Masukkan madu dan serbuk teh dalam bekas tersebut. Gaul supaya sekata, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. So, tak adalah setiap kali nak cuci muka baru nak sibuk cari serbuk teh, cari madu bagai. Kalau simpan dalam peti sejuk, acuan tersebut tahan lebih lama. Kalau letak diluar saja (suhu bilik) acuan teh dan madu tadi tahan lebih kurang dua minggu. Jangan guna serbuk teh uncang pula, serbuk teh dalam uncang tu agak kasar dan tak sesuai untuk kulit.


le owner
Cari serbuk teh yang halus macam ni. Campur dengan madu. 


4. Wap panas untuk kecutkan jerawat

Seterusnya, bagi yang ada masalah kulit berminyak sampaikan jerawat tak henti muncul, boleh cuba buat ala-ala spa wap panas guna daun bunga tahi ayam. Petua ni agak kelakar sikit, Asyraf dapat dari nenek sebelah mak. Tapi best. Dulu, waktu jerawat teruk, petua ni menjadilah. Kalau jerawat cuma ada satu dua tu, tak perlulah. hehe. Tapi tak salah pun kalau ada yang nak cuba. Caranya ialah, dapatkan daun pokok bunga tahi ayam yang daunnya masih hijau dan sihat (Kuantiti : kalau banyak lagi bagus hehe..). Basuh daun tersebut hingga bersih. Masukkan dalam periuk, isi air separuh penuh dan didihkan atas dapur. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letak di tempat yang selesa dan luas (contoh: lantai ruang tamu). Kemudian, ambil sehelai selimut atau kain yang besar dan tebal. Anda perlu masuk bawah selimut tersebut (ala.. macam tengah main sembunyi-sembunyi tuuu..). Bawa masuk periuk yang air masih panas tadi ke dalam selimut tersebut juga. Letak berhadapan anda dan halakan muka anda pada wap air yang panas naik dari periuk tersebut. Duduklah dalam selimut tu dalam 15-30 minit. Kena banyak sabar, waktu duduk dalam selimut tu, panas betul rasa (berpeluh). Tapi selepas proses ni selesai. Jerawat yang merah-merah di muka sebelum ini dah mula kecut dan ada yang hilang. In shaa Allah. Saya rasa bagi yang jenis ada jerawat yang banyak, merah-merah, jerawat batu yang menyakitkan semua tu, patut cuba petua ini.

Nota tambahan : Air rebusan daun tadi boleh diguna semula dua kali sahaja. Lepas itu, sila buang, cuci bekas dan tukar dengan daun yang baru. Petua ini boleh diamalkan dua kali dalam seminggu. Dan tengoklah perubahan pada wajah.


le owner
Haa. dapatkan daun bunga tahi ayam yang cenggini.. hijau dan sihat. Bunga  tu tak perlu lah.
5. Buat mask sendiri untuk malam hari

Selain itu, ada juga amalan penjagaan kulit muka pada malam hari yang Asyraf selalu buat seperti pakai mask buatan sendiri. Paling mudah, gunakan bedak sejuk, campurkan dengan dua sudu madu, gaul rata dan sapukan pada muka. Boleh kalau anda nak pakai semasa tidur hingga keesokannya. Tapi sebaiknya elakkan sebab lelehan madu akan kotorkan tempat tidur anda. Cukuplah pakai 30 minit sebelum tidur, kemudian cuci dan berwhuduk (tidur ikut sunnah). Masker bedak sejuk dan madu ini kalau diamalkan boleh buat kulit anda tegang dan liang roma pada muka mengecil. 

6. Rehatkan muka di hujung minggu dengan masker timun atau putih telur.

Kalau rajin, setiap kali hujung minggu, anda boleh cuba hasilkan mask dari timun. Tak perlu campur apa-apa. Hanya perlu kisar timun sehingga halus dan sapu pati tersebut pada muka. Biarkan sehingga kering dan cuci. Kalau tak ada timun, dapatkan telur ayam, ambil putih telur sahaja, sapu pada muka. Biarkan kering. 

Suka Asyraf ingatkan, apa-apa pun petua dan proses yang anda lalui, rajin-rajinlah berselawat, baca surah-surah lazim, sekurangnya ada pengisian yang baik untuk diri. Berserah pada Allah dengan segala usaha ini. 


 Penting :119::119::119:

1. Kurangkan menyentuh wajah

Kebiasaan kita, bila jerawat tumbuh, kita suka pegang muka. Tak kurang ada yang rajin tangan memicit jerawat. Asyraf dulu pun macam tu. Nasihat saya, sila elakkan sebab amalan ini cuma menyakitkan muka dan mengundang jerawat semakin teruk. Lelehan darah kotor atau nanah selepas anda memicit jerawat akan merangsang kulit untuk hasilkan jerawat baru. Jerawat yang dipicit juga akan meninggalkan kesan parut hitam yang luar biasa. Kalau tangan anda tu pula baru saja lepas pegang telefon bimbit, tolong jangan sentuh muka. Kulit muka sangat sensitif. 

Kalau ada jerawat yang memang perlu dipicit (sebab ada mengumpul nanah yang banyak), alaskan tangan anda guna kain bersih sewaktu proses mengeluarkan nanah dan segera cuci muka dengan air bersih berulang kali. Tak perlu guna pencuci kerana akan menyebabkan keradangan pada bahagian jerawat yang luka. 

Nota tambahan : Elakkan guna tisu biasa pada muka untuk lap kotoran sebab tisu biasa tu tak sesuai dengan kulit. Kalau tisu basah yang khas untuk muka itu bolehlah. Dan selalu bersihkan tangan guna sabun cuci tangan atau sanitizing gel yang boleh letak dalam poket juga boleh bawa ke merata tempat. Haa... Kain bersih untuk muka tu mesti guna untuk muka je tau, jangan guna untuk lap benda lain. Lepas guna kain tersebut, rendam dalam air panas terlebih dahulu dan cuci macam biasa.


2. Cuci Cadar Tilam dan Sarung Bantal Anda

Untuk memastikan kulit muka anda cepat pulih, rajin-rajinkanlah diri untuk bersihkan dan kemas tempat tidur. Jangan jadi macam sarang tikus. Lelaki atau perempuan. Wajib bersihkan. Kadang-kadang ada yang mengomel pakai produk itu tak berkesan, cuba petua ini tak berkesan, sebenarnya anda kena lebih prihatin dengan persekitaran. Bayangkan setiap malam anda tidur di katil bersama debu hama yang terlalu seni. Anda tak nampak, tapi mengundang masalah pada kulit anda. Buka tingkap bilik setiap hari, pastikan pengudaraan dalam bilik tidur baik dan selesa. Cuci cadar dan sarung bantal sekurangnya dua minggu sekali. Asyraf selalu rendam semua kain-kain ini dalam air panas terlebih dahulu, kemudian baru cuci seperti biasa. 

Buatlah jadual untuk jadi tukang dobi yaa.. Jangan bawa makanan atau minuman atas katil. Memang perangai luar biasa, tapi masih ada yang buat. Nampak macam tak ada kaitan dengan masalah muka. Tapi sebenarnya ada.

3. Jangan sembur Perfume pada wajah atau leher.

Ada orang nak wangi, disemburnya Perfume habis seluruh badan termasuk muka dan bahagian leher yang hampir dengan muka. Kurang-kurangkan tabiat ini sebab kandungan dalam pewangi menyebabkan kulit muka mengalami iritasi dan tidak sihat.

4. Jangan malas dengan rutin

Jangan cepat putus asa bila pelbagai usaha anda buat untuk jaga muka tidak menjadi. Teruskan menjaga rutin harian dengan membersihkan muka dua kali sehari. Jangan risau, bagi yang Muslim, anda automatik bersihkan muka 5 kali sehari dek kerana whuduk. Kerap cuci muka dengan air bersih sahaja tak ada masalah malah ia amalan yang sangat bagus sebab amalan mencuci muka dengan air bersih menggalakkan kulit bernafas. Cuma yang bermasalah kalau anda kerap cuci muka dengan produk pencuci yang ada kandungan kimia. Boleh menipiskan kulit. Tak pasal-pasal keradangan nanti.

5. Kurangkan berjemur

Kurangkan berjemur terlalu lama di bawah panas terik matahari selepas jam 2 petang kerana sinar UV yang sepatutnya baik untuk mengawal bakteria pada kulit akan bertukar fungsi menyebabkan kulit anda kering dan cepat berminyak. 

Cahaya matahari yang baik ialah pada waktu pagi. Jadi, jangan selalu bangun lewat. Hehe.


Haa.. cukuplah kot petua untuk artikel kali ini. Cuba dahulu yang mana mampu. Apa yang pasti selalu ingat Allah Taa'la sahaja yang berkuasa menyembuhkan. Untuk doa-doa amalan menjaga muka, rujuk artikel Asyraf yang lama. Asyraf kongsi tips ini tak kena bayar pun. Kalau ia berkesan, kongsilah dengan yang lain. Asyraf cuma bantu rakan-rakan pembaca yang ada masalah yang sama macam Asyraf alami suatu ketika dulu. Sekarang Alhamdulillah, banyak perubahan. Tulis artikel ini pun sebab ramai gilaaa request. Kalau tak, tak rajin Asyraf nak update. hehe.

Semoga berjaya, dan jangan tinggal solat.
Jaga diri, jaga Iman.
Tinggalkan komen di bawah jika anda suka artikel ini.
Sekian.

Send me sum prayers.

  blogger-emoticon.blogspot.com

Artikel lalu : Cara Islam : Amalan baik untuk miliki wajah berseri



"Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 - 2014"

No part of this article may be reproduce without Asyraf's express consent.
The author is not liable for any loss or damage incurred while using the information from this blog. Thank you
Read More...

Monday 17 February 2014

Ya, semua orang pandai. Senyumlah.

13 Komen
"Allah sebaik-baik penghibur.."
Bismillahirrahmanirrahim

***

       "Alhamdulillah, sekarang saya sambung belajar di Giatmara cikgu." Jawab Mubarak dengan penuh yakin dan bersemangat.

      "Oh ya? Alhamdulillah. Tapi sebelum ini, kamu tak cuba mohon politeknik atau kolej-kolej lain dulu ke Mubarak? Giatmara tu bagi cikgu boleh la... Tak apalah, sambunglah di mana pun. Asalkan kamu dapat belajar. Cuma rugilah kamu tak macam kawan yang lain..." 

Mubarak terdiam tatkala mendengar jawapan balas daripada Puan Sapilah. Nyata Puan Sapilah seolah tidak suka mendengar anak muridnya di sekolah menengah dahulu kini cuma mampu melanjutkan di institut kemahiran sahaja.

       "Erm.. Terima Kasih cikgu. Saya minta diri dulu." 

Senyuman Mubarak tawar. Dia terus tunduk dan beredar dari kaki lima pejabat sekolah. 

***

Okay, stop. Pernah alami situasi yang lebih kurang macam yang dialami Mubarak kat atas ni? 

Baiklah, cuba sekarang pula kita ubah situasi, (dengan izin Allah Taa'la) kita dapat sambung belajar ke Universiti Malaya atau Universiti Sains Malaysia. Maka, automatik keliling pinggang orang datang ucap tahniah dengan kita.

"MasyaAllah, Subhanallah, hebatnya kamu. Tahniah sebab dapat sambung ke USM. Cerah masa depan! Nanti jangan lupa cikgu lah bila dah berjaya. Cikgu bangga dengan kamu. Tahniah sekali lagi."

Fuh, berkali-kali ucapan tahniah diterima. Berbeza pula dengan mereka yang dapat sambung belajar di tempat-tempat pengajian yang biasa-biasa sahaja, maka ucapan yang diterima pun biasa-biasa juga. Macam nak tak nak je ucapan tu, kan?

Pertamanya, berlapang dada bila anda berhadapan dengan situasi sebegini. Anggap mereka ini sakit tekak atau ada masalah lain pada ketika itu. Pura-pura faham, walaupun alasan berlapang dada anda tu tak berapa nak logik untuk diterima oleh akal sihat anda. Hehe.

Kenapa perlunya kita sebagai manusia kepada kata-kata penghargaan? Sebelum kita teruskan, saya rasa perkataan "penghargaan" tu elok kita ubah kepada "motivasi". Kata-kata yang "memotivasikan" diri. Sebab apa saya ubah? sebab saya tak nak ada yang salah faham sampaikan nanti ada yang berhujah dengan kuot-kuot yang berbunyi...

"Jangan mengharapkan penghargaan manusia, cari redha Allah Taa'la sudah cukup!"

"Kalau buat sesuatu sebab nak pujian dari manusia, itu tak ikhlas namanya, nak menunjuk!"

Kan? Sebenarnya bukan penghargaan yang itu yang saya nak bualkan. Dalam mendepani dunia yang makin mencabar sekarang ini, manusia perlukan kata-kata motivasi untuk terus membakar semangat diri. Kata-kata motivasi ini bukannya bermaksud pujian yang membawa kepada bangga diri seseorang individu. Tetapi sekadar ucapan-ucapan baik yang menyenangkan hati kita. 

Ya, mungkin ada antara pembaca disini yang memang "hati kering" tak pernah ambil kisah tentang penilaian orang sekeliling dengan pencapaian anda. Yalah, bila orang rendah-rendahkan anda sekalipun anda masih mampu bersuka ria dengan layanan mereka. Tetapi tidak bagi sesetengah orang. Bukan saya maksudkan mereka ini orang yang sensitif dan 'emo' tak kena masa, tetapi ini fitrah sebagai manusia yang mana masing-masing dikurniakan perasaan. Manusia perlu dihargai. Faham ya, "dihargai" jauh beza dengan istilah "dipuji".



Ya, semua orang pandai. Senyumlah

Jangan berkecil hati jika ada yang memandang rendah pada diri, sebab hari ini saya pujuk anda dengan satu kuot. 

"Semua orang pandai, cuma Allah kurniakan kepandaian itu berbeza-beza."

Faham? Sebenarnya macam ni, cuba anda duduk dan fikirkan sekejap. Saya beri contoh, ada seorang doktor pakar. Beliau mendapat kelulusan dari universiti terkemuka dunia. Doktor ini sangat pandai. Semua orang suka dengannya. Suatu hari, ketika doktor tersebut keluar bercuti, kereta BMW miliknya rosak. Soalan saya, adakah doktor yang pandai itu boleh membaiki keretanya sendiri? Jawapannya tidak. Doktor pakar tersebut tetap akan menghantar keretanya ke bengkel untuk dibaiki oleh mekanik. Maka dengan ini, doktor tersebut pandai, dan mekanik yang membaiki kereta doktor itu pun pandai. Cuma kepandaian kedua-dua individu tadi berbeza. Betul kan?

le owner


Allah Taa'la Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Tak siapa duga, segala aturan kejadian yang berlaku atas muka bumi ini tersusun dengan indah sekali. Siapa kita hari ini pun sudah ditentukan sebaiknya oleh Allah SWT. Ada orang yang pandai, lalu dia diizinkan Allah untuk menjadi petani, ada orang yang pandai, diizinkan Allah dia menjadi cikgu, ada orang yang pandai, lalu diizinkan Allah dia menjadi pemandu lori dan begitulah seterusnya. 

Setelah Allah SWT menyempurnakan kejadian langit dan bumi, manusia masing-masing ditugaskan sebagai khalifah untuk mentadbir bumi. Walau kita manusia telah dijadikan sebaik-baik ciptaan pun, kita masih lagi memerlukan antara satu dengan yang lain. Saling melengkapi sesama makhluk.

Sebab itu kita selalu dengar orang cakap, "cukuplah Allah sebaik-baik pemerhati dan sebaik-baik penolong." Sebabnya, manusia tak mahu berbalah dek saling mengejar "penghargaan".

Walaupun begitu, tugas kita sebagai manusia adalah untuk sama-sama menghormati hak dan kebolehan orang lain. Kerana apa? kerana walau bekerja sebagai tukang sapu sekalipun, kudrat dan pengetahuan yang dimiliki oleh tukang sapu itu milik Allah jua sebenar-benarnya. Kita tidak punya hak untuk mengatakan dia itu dan ini. 

Sebab itu, bila mana ada individu yang berpeluang belajar ke institut pengajian tinggi, mereka ini sedikitpun tidak berhak merendah-rendahkan orang yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran. Tak kiralah sama ada dalam nada bergurau atau tidak, keperluan untuk menjaga hati orang sekeliling lebih perlu diutamakan.

Yalah, kalau sudah hebat belajar pandai hingga menara gading, tak kan lah secebis akal untuk berfikir bagaimana mahu menjaga adab dengan orang sekeliling sudah tiada. Barangkali belajar terlalu tinggi, gayat sangat agaknya. Sampai terlupa hal yang 'remeh' (kecil). Tak gitu?

Pada saya, manusia ni memang tak harap pun pada ucapan penghargaan atau pujian semua tu, cukuplah berkata yang baik-baik untuk menyenangkan hati. Kalau rasa tak mampu bercakap yang baik-baik. Lebih elok diam. Rasanya itu lebih baik.

Rahsia Allah SWT tak siapa tahu, tak siapa mampu jangka apa yang akan terjadi akan datang. Bukan kita tahu masa depan kita nanti bagaimana. Mungkin boleh jadi dia yang cuma belajar di Giatmara tadi sudah jadi usahawan berjaya. Dan mana tahu, kawan sekolah kita yang dulunya tak berpeluang ke universiti sudah ada syarikat kuih terkemuka. Dan kita pula yang dulunya meletup-letup canang sijil tebal ke merata desa kini masih ke huluke hilir mencari kerja. 

Nah, sekarang mari kita muhasabah. Siapa kita hari ini dan selayaknya apa yang kita perlu buat untuk cari redha Ilahi. Usahlah fikirkan sangat kejayaan hari ini. Mungkin ya, semua atas usaha gigih sendiri. Tapi, ada waktu kita perlu duduk dan renung ke dalam diri, dan hayati kuot ringkas ini...

"Dunia ini diciptakan untuk orang yang tiada rumah di akhirat.."

Ringkas, pedih dan padat. Seribu makna kalau kita hayati. Hari ini  andai kata kita seorang menteri, esok di akhirat siapa kita disisi Ilahi? Harini andai kata kita seorang pelajar universiti, apa esok ilmu-ilmu yang kita pelajari atas dunia ini mendapat redhaNya ilahi atau ilmu ini akan humban kita ke dalam api? Apa yang sudah kita kongsi? Apa yang sudah kita beri? Siapa yang sudah kita sakiti. Makin berjaya, makin berkuasa dan makin hebat kita atas dunia, maka makin banyaklah perkara yang dipertanggungjawabkan pada kita. Segalanya bakal disoal kelak. 

Apa pun ini bukan bermakna kita cuma perlu duduk, bermalasan, tak perlu belajar, dan sekadar bersyukur dengan apa yang ada sahaja. Kena lah usaha, bukankah Allah Taa'la perintahkan kita untuk bekerja dan menuntut ilmu. Jadi tak ada alasan untuk kata, 

"Sudahlah, aku redha dengan ketentuan Allah untuk aku setakat ini." 

Heh, itu cari bala namanya, biarlah stabil dunia dan akhirat. Bak kata seorang alim, "Dan sebaik-baik manusia itu, dia kaya di dunia dan kaya juga di akhirat."


Ingat, semua orang pandai, cuma kepandaian itu dikurniakan berbeza-beza. Kerana itu kita perlu saling melengkapi. Semoga artikel ini memotivasikan diri dan mampu pujuk hati. Tinggalkan komen dibawah untuk rujukan saya. 

Jaga diri, jaga Iman
Sekian.

le owner : qadimul quran



"Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 - 2014"

No part of this article may be reproduce without Asyraf's express consent.
The author is not liable for any loss or damage incurred while using the information from this blog. Thank you
Read More...

Tuesday 4 February 2014

Your Interview with Allah is coming...

13 Komen
'Allahumma hasibni hisaban yasira... Allahumma hasibni hisaban yasira. Astaghfirullah hal azhim...'
Ya Allah, hisablah diri hamba dengan seringan-ringan penghisaban.
Ya Allah, hisablah diri hamba dengan seringan-ringan penghisaban. Ampunkan hamba.
Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini mari kita sama-sama muhasabah, bagaimana persediaan kita untuk berhadapan dengan satu interview paling besar yang mana bakal dilalui dan dirasai oleh semua orang tatkala kita dihimpunkan di suatu kawasan lapang yang sangat luas, iaitu Mahsyar.
 
Setelah Allah SWT mengabulkan permohonan sahibul wasilah, Muhammad Rasulullah SAW, untuk memulakan hisab, semua jantung manusia di Padang Mahsyar berdegup kencang. Satu persatu manusia dipanggil untuk menghadap Hakim Tertinggi, Yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui, Allah SWT untuk dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatannya selama di dunia.

Satu persatu nama disebutkan. Orang yang namanya disebut melangkah ke hadapan untuk menghadap Allah SWT sambil disaksikan oleh jutaan manusia yang lain.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Tidaklah salah seorang daripada kamu semua melainkan ia akan diajak berbicara secara langsung oleh Tuhan-Nya, tanpa ada di antara kedua-duanya seorang penterjemah. Ia memandang ke arah kanannya, namun tidak melihat apa-apa kecuali amal perbuatan yang pernah ia lakukan. Ia memandang ke arah kirinya, namun ia tidak melihat apa-apa kecuali amal perbuatan yang pernah ia lakukan. Ia memandang ke hadapannya, namun ia tidak melihat apa-apa melainkan api Neraka. Maka jagalah dirimu daripada api Neraka walau hanya dengan sebelah kurma." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hal ini sebagai penghormatan besar yang Allah SWT anugerahkan untuk Khatam al-Anbiya' Muhammad SAW dan umatnya. Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad yang terdiri daripada perawi-perawi thiqat (terpercaya) daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Kita ialah umat yang terakhir, namun akan menjadi umat pertama yang dihisab. (Akan terdengar suara) yang memanggil: Di manakah umat yang ummi dan Nabinya? Kita (umat) yang terakhir juga yang terawal."

Apa yang Ditanya ?

Jauh dalam lubuk hati, setiap manusia sedar bahawa mereka tercipta untuk suatu tugasan tertentu. Islam lalu menjelaskan tujuan penciptaan itu, yakni untuk menzahirkan penghambaan sepenuhnya kepada Tuhan alam semesta (Rabbul 'Alamin) yang telah menciptakan dirinya dan semua makhluk, lalu menggariskan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi bagi menjamin kebahagiaan semua makhluk di muka bumi ini.

Jadi, sedar ataupun tidak, setiap manusia lahir dengan membawa nikmat Allah SWT yang harus digunakan untuk melaksanakan perintah Illahi. Di Akhirat nanti, semua nikmat yang pernah Allah SWT berikan kepada seseorang akan dipersoalkan termasuklah usia, kesihatan, kekayaan, jawatan, populariti dan lain-lain. Apakah yang telah dilakukan dengan semua nikmat ini untuk Allah SWT dan agama-Nya?

Daripada Abu Barzah al-Aslami, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Tidak akan berpindah kaki seorang hamba (dari padang mahsyar) sebelum ia dipersoalkan tentang lima perkara; tentang usianya, untuk apa ia dihabiskan? Tentang masa mudanya, untuk apakah ia dilalui? Tentang tubuhnya, untuk apakah ia digunakan? Dan tentang hartanya, dari manakah ia diperoleh dan untuk apakah ia dibelanjakan? Dan apakah yang telah ia lakukan dengan ilmunya?"

Dalam hadis riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat lalu Allah berfirman kepadanya: 'Bukankah Aku telah memberimu penglihatan, pendengaran, harta dan anak; bukankah Aku juga yang menundukkan untukmu binatang ternak dan tumbuh-tumbuhan; dan bukankah aku juga yang menjadikanmu pemimpin yang berkuasa? Lalu apakah engkau pernah terfikir akan menemui hari (hisab) ini?' Orang itu menjawab: 'Tidak pernah.' Allah lalu berkata: 'Hari ini Aku melupakan dirimu sebagaimana engkau dahulu melupakan Aku.'"

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi. Beliau lalu berkata, "Makna ucapannya, 'Pada hari ini Aku melupakan dirimu adalah 'pada hari ini aku meninggalkanmu di dalam azab.'"


Solat dan Kewajipan Lain

Allah SWT juga akan mengajukan pelbagai soalan tentang kewajipan yang Allah SWT amanahkan kepada manusia. Soalan pertama berkaitan dengan hak Allah SWT sebagai Tuhan. Adakah hamba tersebut menjalankan kewajipannya untuk tunduk dan sujud kepada Allah SWT?

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya perkara pertama yang akan Allah tanyakan kepada seorang hamba nanti adalah solatnya. Jika baik solatnya itu, maka ia akan berjaya dan selamat. Namun jika rosak solatnya itu, maka ia akan kecewa dan menyesal."
Setelah itu, soalan-soalan lain yang berkaitan dengan perilaku seseorang kepada makhluk Allah SWT akan mengikuti.

Kejahatan yang sekecil mana pun yang dilakukan kepada orang tua, suami atau isteri, adik atau kakak, teman, guru, murid, pelanggan, pesaing, sama ada dalam bentuk ucapan ataupun perbuatan, bahkan perlakuannya kepada binatang, semuanya akan dipersoalkan.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Barang siapa yang pernah menzalimi saudaranya, maka mintalah agar dihalalkan sekarang, kerana pada hari itu tidak ada (wang) dirham dan dinar, maka akan diambil pahala kebaikannya untuk orang (yang dizalimi itu). Jika ia tidak memiliki pahala kebaikan, maka akan dibebankan kepadanya dosa-dosa orang tersebut." (Riwayat al-Bukhari)

Keadilan yang selama ini selalu ternoda, pada hari itu akan menampakkan wajahnya dengan jernih. Hari itu merupakan masa orang lemah yang haknya selalu dirampas dapat memperoleh keadilan dengan sempurna. Pada hari itu, tidak ada lagi orang yang ketawa angkuh kerana berasa lebih tinggi daripada keadilan. Semuanya tunduk dan hina di hadapan keadilan Allah Yang Maha Adil.

Malik bin Dinar seorang ulama tabiin yang sangat soleh meriwayatkan hadis daripada Hasan al-Basri bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang hamba yang menyampaikan sebuah khutbah (ceramah atau syarahan) melainkan Allah SWT akan bertanya kepadanya, 'Apakah yang engkau niatkan dengan khutbah ini?'"

Hadis ini memang mursal (terputus) kerana Hasan al-Basri tidak pernah berjumpa dengan Nabi SAW. Namun kerana kebersihan hati Malik bin Dinar, setiap kali meriwayatkan hadis ini beliau selalu menangis. Beliau berkata, "Kamu menyangka aku menyukai memberi syarahan padahal aku yakin bahawa suatu hari Allah SWT akan menyoal niatku dalam syarahan tersebut?"

Ketakutan Ulama

Proses hisab ini berlangsung sangat lama dan melalui pelbagai kejadian besar yang insya-Allah akan kita sebutkan pada kesempatan berikutnya. Orang yang beruntung ialah orang yang selalu membayangkan dirinya berada di hadapan Allah SWT dan selalu mempersiapkan diri agar dapat menjawab setiap pertanyaan yang akan diajukan kepadanya dengan baik. Begitulah keadaan semua tokoh salaf kita yang terdahulu.

Ibn al-Jauzi dalam kitab tarikhnya al-Muntazam, bercerita mengenai Sayidina Umar bin al-Khattab yang sedang dalam perjalanan pulang dari Syam ke Madinah. Apabila melalui sebuah padang pasir, beliau melihat sebuah khemah yang dihuni oleh seorang wanita tua. Wanita tua itu tidak mengetahui bahawa dia sedang berbicara dengan Umar, Amirul Mukminin. Dia bertanya, "Wahai pemuda, apa khabar Umar bin al-Khattab?"

Umar menjawab, "Dia sedang dalam perjalanan dari Syam ke Madinah."
Perempuan itu berkata, "Semoga Allah tidak memberikan kebaikan kepadanya."

Umar bertanya hairan, "Mengapa?"

Dia menjawab, "Kerana sejak dia menjadi pemimpin, aku belum pernah menerima bantuan satu apa pun daripadanya."

Umar berkata, "Mungkin itu kerana Umar tidak tahu rumahmu yang terpencil di tengah padang pasir seperti ini."

Wanita itu berkata, "Subhanallah. Aku tidak pernah menyangka ada seseorang yang menjadi pemimpin suatu negara namun dia tidak mengetahui semua rumah rakyatnya."

Umar menangis dan meratap, "Duhai celakanya Umar. Bagaimanakah engkau akan menjawab ucapan wanita ini di Akhirat nanti?"

Abu Darda, seorang sahabat Nabi SAW berkata, "Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti adalah aku berdiri untuk dihisab nanti adalah jika dipersoalkan, 'Engkau telah memiliki ilmu, lalu apa yang telah engkau lakukan untuk ilmumu itu?'"

Seorang sahabat Nabi SAW yang lain bernama Ka'ab bin Malik dia berkata, "Andai seseorang memiliki amalan ibadah 70 orang nabi, nescaya pada hari itupun dia tetap khuatir tidak akan selamat." Hasan al-Basri berkata, "Aku pernah menemui sekumpulan manusia yang meskipun mereka telah menginfakkan sebilangan pasir ini (di jalan Allah SWT), mereka tetap takut tidak dapat selamat daripada kengerian hari itu."

Ibn al-Jauzi menghikayatkan dalam kitab Mawai'z, berkata suatu hari seorang ulama tabiin yang bernama Taubah bin al-Muallim sedang memuhasabah dirinya. Dia menghitung lama hidupnya di dunia, ternyata usia telah mencapai 59 tahun. Dia lalu menghitung dalam bilangan hari, ternyata ia telah melalui 21, 500 hari. Dia lalu menjerit sambil berkata, "Duhai celakanya diriku! Aku akan menemui Allah SWT dengan membawa 21, 500 dosa (jika satu hari berdosa satu kali). Bagaimana jika ternyata aku berdosa setiap hari sebanyak 20, 000 dosa?!" Dia lalu pengsan dan tidak lama kemudian meninggal dunia. Lalu ada suara berkata, "Duhai, itu adalah satu lompatan ke Syurga Firdaus!"

Hisab Diri Sebelum Dihisab

Jadi, marilah kita merenung dan mengaju sebuah pertanyaan, mengapa kita tidak pernah berasa ketakutan seperti yang mereka rasakan? Jawapannya tidak lain adalah kerana kita belum benar-benar meyakini kebenaran hisab. Akidah yang wajib kita yakini ini belum masuk ke dalam hati dengan hati dengan sempurna sehingga tidak melahirkan hasil yang sewajarnya.

Jika kita meninggal dunia pada hari ini dan saat ini, kita akan menghadap Allah SWT dengan akidah yang belum sempurna.

Bersyukurlah kepada Allah SWT yang masih memberikan kita kesempatan untuk muhasabah diri kita sendiri sebelum Dia menghisab kita. Setiap titis air mata yang terbit dari hati yang penuh penyesalan pada hari ini sangat tinggi harganya di sisi Allah SWT. Sementara pada hari itu, walaupun mata mengeluarkan darah sebagai gantinya, Allah SWT tidak akan pedulikannya sama sekali.

Hasan al-Basri berkata, "Seorang Mukmin ialah orang yang selalu meluruskan diri dan selalu menghisab dirinya kerana Allah SWT. Hisab pada hari esok akan menjadi ringan bagi orang yang selalu bermuhasabah diri di dunia, dan hisab itu akan menjadi berat bagi orang yang melalui proses ini tanpa persiapan."

Jaga diri, jaga Iman, 
Sekian.



AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.
Read More...

Bye FiTA, Hello APB (UiTM)

18 Komen
“dan bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.”
(QS Al-jumuah : 10)
Bismillahirrahmanirrahim...

:102:

Tamat sahaja pengajian diploma selama dua tahun setengah di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Puncak Perdana Shah Alam tahun lalu (2013), aku sudahpun sedia merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda. Tak mahu buang masa lagi. Pun begitu, nyata aku masih sedikit terlewat ke peringkat Ijazah berbanding rakan-rakan yang sambung STPM (cuma dua tahun) di sekolah. Dulu, lepas SPM, bukannya aku tak nak sambung STPM, tapi ada halangan lain yang akhirnya membawa aku untuk terus memilih diploma UiTM. Dan Alhamdulillah, yakin dengan perancangan Allah Taa'la. Tak pernah menyesal, malah sekarang aku lebih selesa melangkah masuk ke universiti. Walaupun sedikit lambat tempoh masa untuk ke tahap yang lain, pengalaman baru, ilmu baru, dan kawan-kawan baru, sedikit sebanyak membakar semangat untuk terus berjaya. 

Melangkah ke FiTA pada mulanya bukan kerana minat, dan sebenarnya awal-awal dulu aku tak tahu pun kursus apa sebenarnya yang ditawarkan untuk aku di UiTM. Main masuk je. Waktu tu FiTA dikenali sebagai TEKA (Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik) dan aku ditawarkan ke Program Seni Layar yang mana kini sudah bertukar nama ke Program Skrin. Hampir sebulan lebih di situ, barulah faham yang mana aku sebenarnya berada dalam bidang seni perfileman. Dan aku adalah pelajar program Skrin (ala-ala pengarahan filem). Mak abah yang excited sangat anaknya masuk UiTM tak henti beri kata semangat dari jauh. Mulanya agak pelik juga dengan budaya baru di fakulti filem (yalah, budak lepasan SPM), tapi Alhamdulillah aku dapat sesuaikan diri dan follow sepenuhnya pengajian filem dengan baik. Dan yang mengejutkan (walaupun tak minat), pernah juga aku merasa dapat Anugerah Dekan waktu Diploma sebab keputusan peperiksaan cemerlang. Alhamdulillah.

Sekejap masa berlalu, tup.. tup.. dah habis exam untuk semester akhir. Waktu tu, bermulalah adegan sedih, sebak, leleh sebab ada antara rakan-rakan kami yang dah tak nak sambung belajar lagi dah bila tamat diploma (nak kerja), ada pula yang akan bertukar ke fakulti lain (termasuk aku) dan ada juga yang masih terkandas di peringkat diploma (terpaksa repeat paper). Jadi, semua ni buat aku dan rakan-rakan mula berpisah haluan belajar. Walau cuma dua tahun setengah kitaorang bersama, sumpah aku cakap, masuk universiti memang best. Tak macam zaman sekolah. Member dekat Universiti pada aku saling menerima. Walaupun ehemm... ada yang kutuk-kutuk belakang. Abaikan, itulah dunia. Apa pun kitaorang semua dah macam keluarga sangat. Okay lap air mata. Sedih ni. Aku sayang SCREENHEADS. 

:97: Kenapa tukar fakulti / bidang pengajian :s:

Soalan cepu cemas ni, aku rasa beratus kali aku kena soal bila aku buat keputusan muktamad untuk tukar fakulti lain di peringkat ijazah nanti. Yalah, elok-elok di FiTA, tak ada masalah dengan pelajaran, tak ada masalah dengan kawan-kawan dan pensyarah, tiba-tiba je nak tukar fakulti. 

Sebenarnya, alasan klise aku ialah minat. Sepanjang aku berada di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, aku sudah cuba sehabis daya untuk jatuh cinta dengan bidang pengajian pengarahan filem ni. Lagipun, hasil pemerhatian aku, aku rasa peluang pekerjaan dalam bidang perfileman ni pun cukup-cukup luas. Jadi apa salahnya aku cuba jatuh cinta dengan bidang ini. Mana tahu aku boleh jadi pengarah filem suatu hari nanti. Jadi, waktu tu aku buat macam-macam cara dan cuba juga cari jalan terbaik supaya peluang yang Allah beri sehinggakan aku dapat sambung diploma ni aku hargai dengan baik. Gituuu.. Usaha punya usaha, akhirnya aku cuma berjaya jatuh cinta dengan assignment bertulis jee.. Maksudnya aku sekadar buat assignment dengan penuh minat untuk cuba dapatkan pointer yang baik. Sebab tu bila ada shooting, konsert yang memerlukan tenaga kerja dari mahasiswa dari FiTA, aku malas sangat. Tapi, nama pun mahasiswa, kena beri komitmen yang terbaik.

Semester akhir, aku mula sedar yang aku belum nampak hala tuju aku dalam industri perfileman. Sebenarnya aku pun tak tahu aku nak kerja apa nanti (kritikal). Memanglah aku yakin kalau aku ditakdirkan bekerja dalam industri filem suatu masa nanti pun, aku tetap boleh buat kerja yang diberi berdasarkan komitmen sepanjang di FiTA sebelum ni. Tapi sampai bila aku nak buat kerja dengan tak ada rasa seronok, minat dan yang pasti aku mesti bosan lagi stress. Jadi, aku fikir, ijazah ini peringkat permulaan untuk hadapi alam pekerjaan selepas tamat belajar. Dan aku tak mahu suatu masa nanti aku kerja dalam keadaan yang tak menyeronokkan, stress dan bosan. Ya, walaupun kita yakin boleh buat satu-satu kerja tu, tetapi kita tak akan bertahan lama kalau setiap hari bangun pagi nak pergi kerja dengan rasa yang terpaksa. Lama-kelamaan kualiti kerja pun jatuh.

"Kita jadi betul bukan sebab dunia betul, tetapi dunia jadi betul sebab kita betul" - Quoted  

:121: Jadi kemana hala tuju selepas ini :120:

In Shaa Allah, dengan izin-Nya aku akan lanjutkan pengajian ke :99: Program Sarjana Muda, Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Professional.

Alhamdulillah, puas berfikir, puas merancang, puas berusaha, akhirnya Allah izinkan juga untuk ke Akademi Pengajian Bahasa. Sebenarnya tak sangka pun nak dapat tawaran belajar ke situ sebab calon yang memohon mesti lalui proses temuduga terlebih dahulu. 

Temuduga APB :116:

:50: Disember 2013, aku bertolak dari Kedah ke Shah Alam seorang diri semata nak hadir temu duga UiTM untuk mohon masuk ke Akademi Pengajian Bahasa. Terpaksalah menginap di hotel berhampiran UiTM sebab tak ada tempat nak tumpang tidur sementara nak tunggu hari temuduga keesokannya. 

Haa.. walaupun nama program pengajian ini Pengajian Bahasa Gunaan "Bahasa Melayu", tetapi sewaktu proses temuduga, soalan bahasa Inggeris yang pertama disoal oleh penemuduga. Yang best waktu temuduga tu, calon temuduga kena sumbat masuk 4 orang sekaligus dalam bilik temuduga. Tak ditemuduga seorang diri tau (hilanglah gementar kejap), katanya terlalu ramai calon memohon masuk ke APB tahun ini sehinggakan terpaksa dibahagi enam dewan untuk tempatkan calon. Perghh, ramaiiiinyaa pesaing.. Aku ditempatkan di dewan keempat. Macam biasa, calon lelaki sikit sangat, kurang dari 10 orang dalam dewan empat tu. Yang lain semua perempuan. Dewan-dewan lain, tak tahulah macam mana. 

Kami diarahkan untuk mencari 4 orang rakan yang akan masuk bersama dalam bilik temuduga. Jadi, aku pun join group budak dari Terengganu (Izzat), dan dua orang lagi dari Kuala Lumpur. Diorang bertiga semuanya lepasan STPM. Aku sorang je diploma UiTM. Tapi, disebabkan mulut aku yang terlebih ramah ni. Cepatlah kami mesra dan berkongsi cerita. Kalau diorang buka topik tentang STPM, aku akan cepat-cepat tukar topik baru sebab aku tak banyak tahu fasal STPM ni. Yalah, aku tamat sekolah menengah dengan SPM je.

Kumpulan demi kumpulan selesai temuduga, dan akhirnya tiba giliran group aku. Sepanjang nak masuk bilik temuduga tu, macam-macam doa keluar dari mulut. Yalah, risau. Mak abah kat Kedah taruh harapan tinggi supaya aku dapat sambung Ijazah macam anak orang lain. Jadi, aku akan cuba yang terbaik. 

Memandangkan ahli kumpulan aku asyik bertolak-tolak nak tentukan siapa patut langkah masuk bilik temuduga terlebih dahulu, jadi aku tawarkan diri untuk elak penemuduga tunggu lama. Masuk sahaja dalam bilik temu duga, Masya-Allah, sejuk macam dalam peti ais. Aku tak tahulah sama ada sebab air cond terlalu kuat atau memang aku dah gementar semula. 

Aku pastikan aku selesa di tempat duduk, dua orang penemuduga mula menyemak kad pengenalan asal, dokumen-dokumen UiTM dan sijil calon. Tiba-tiba penemuduga yang wanita menjerit.

"See.. Kan I dah cakap, ada budak Kodiang apply APB!" (sambil ketawa pegang kad pengenalan aku)

Err.. calon dari Kodiang? itu aku. Jadi aku pun tersengih tahan malu. Tak sangka penangan Kodiang ni hebat betul. Dulu di FiTA pun aku diberi gelaran "Acap Kodiang" oleh pensyarah. Sekarang di APB, penemuduga pula nampaknya suka benar dengan nama Kodiang. Ketawa kuat betul.

Selepas puas diorang ketawa, penemuduga pun mula perkenalkan diri. Aku waktu tu, gementar tak habis lagi sampai dah tak dengar siapa nama kedua-dua penemuduga. Menyesalnya tak fokus. Rakan calon yang sekumpulan dengan aku muka tak bersalah je masing-masing. 

Kami kemudiannya diarahkan pula untuk perkenalkan diri, yang pasti aku orang pertama kena perkenalkan diri. Dengan lafaz Bismillah, aku pun mula bercerita tentang latar belakang diri. Sesi perkenalkan diri aku pun jadi panjang sebab aku seorang je dari diploma UiTM. Banyaklah pula soalan diajukan termasuklah alasan kenapa aku untuk tukar course. Alhamdulillah, dapat jawab (sebab dah prepare).

Selesai kami berempat perkenalkan diri, soalan penilaian temu duga bermula dalam bahasa Inggeris. Soalannya agak mudah tentang Internet. Tapi tak sangka, sangkut habis la tentang masalah sumber tak kukuh dari Wikipedia, blog, dan isu-isu plagiarism. Melalut! Kemudian soalan kedua juga dalam Bahasa Inggeris tentang Smartphone. Nasiblah aku ada baca artikel fasal smartphone sebelum ni. Jadi dapatlah jawab dengan baik. Penemuduga yang lelaki asyik sebut "Good point!". Huh, barulah rasa yakin untuk terus menjawab. 

Soalan-soalan bahasa Melayu pula banyak sentuh tentang isu-isu bahasa Melayu di Malaysia. Kitaorang disoal tentang bahasa 'selanga' dalam filem-filem Melayu. Soalan tu macam soalan bonus untuk aku sebab aku dari fakulti Filem, pernah buat research tentang bahasa-bahasa filem. Jadi, syukur, lancar juga jawapan. Kemudian ada lah dua tiga soalan lain yang agak sukar turut disoal. Kena banyak baca isu semasa. Soalan tu pun berkait tentang isu bahasa. Soalannya ringkas, tapi jawapan terpaksa dihurai dengan panjang lebar semata mahu puaskan hati kedua penemuduga. Yang pasti aku ni suka cari masalah betul, tengah sedap-sedap aku jawab soalan dan bercerita tentang isu bahasa, tersilap pula sentuh tentang Akta Bahasa Kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Nah, tak pasal aku kena jawab soalan tambahan. Diminta pula aku untuk huraikan tentang akta tu. Nasiblah aku ada study. Ingat la Akta Bahasa Kebangsaan, Perkara 152 bagai tu. Dan nampaknya penemuduga puas hati.

Sesi menjawab soalan bersama 4 rakan calon lain lancar dan Alhamdulillah seronok. Selesai temuduga, kedua-dua penemuduga tak henti berkongsi ilmu tentang APB. Selesanya dapat berbual. Sempat jugalah aku tanya peluang pekerjaan andai dapat sambung ke APB. hehe. Okay, puas hati.

Keputusan Permohonan Ke Program Sarjana Muda

30 Januari 2014, jam 5.00 petang. Keputusan permohonan ke Program Sarjana Muda UiTM diumumkan melalui laman web UiTM. Aku menggigil bukan main lagi waktu nak buat semakan. Yalah, kalau permohonan aku gagal. Maknanya aku perlu menunggu sesi seterusnya atau terpaksa buat rayuan. Mak abah mesti kecewa dan marah. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, aku masukkan nombor kad pengenalan seperti yang diarahkan dan klik butang "semak".

:108: Dan, Alhamdulillah, keputusannya "Berjaya". Aku ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke Program Sarjana Muda Pengajian Bahasa seperti yang diimpikan sebelum ini. Ringan tubuh menyembah lantai, sujud syukur.

"Barangsiapa menginginkan kebahagiaan dunia, maka tuntutlah ilmu, barangsiapa menginginkan kebahagian akhirat, maka tuntutlah ilmu, dan barangsiapa menginginkan kebahagiaan dunia dan akhirat, maka tuntutlah ilmu." (HR. Thabrani)


:face44: "UiTM tak hebat", "Course tak ada masa depan, merugikan"!

Bagi yang pernah dengar ayat macam kat atas ni, pertamanya senyum dan tenanglah. Yakinlah, di mana pun kita belajar, bukan itu tiket utama untuk tentukan kejayaan kita di masa akan datang. Saya tidak mahu melihat kualiti yang hanya dinilai oleh manusia semata. "IPT ini bagus, IPT ini tak berkualiti". Penanda aras ini sedikit sebanyak melatih kita mencipta jurang sesama sendiri. Tak kurang akan wujud rasa kurang selesa dan saling bermusuhan. Rasanya mahasiswa yang berkualiti harus lebih matang. Bukan sewenang meletak label yang terlalu general pada satu-satu kelompok atau institusi pengajian. Kalau belajar di luar negara sekalipun, tetapi anda pemalas, kejayaan tak akan datang bergolek. Begitu juga kalau anda tak henti beroleh kejayaan, andacemerlang sentiasa. Tapi mulut terbiasa merendahkan hak dan status orang lain. Allah tak redha pun dengan segala nikmat kejayaan tu. Rugi. Kejayaan kita suatu hari nanti, semua akan berbalik pada usaha individu itu sendiri dan ketentuan Allah jua yang sebenar-benarnya.

"Course tak ada masa depan, merugikan?" Ini pun satu lagi kenyataan yang saya rasa keanak-anakan (macam budak-budak). Kalau masuk IPT untuk belajar sapu sampah sekalipun, itu ilmu Allah juga. Jangan hina apa yang orang lain belajar. Jangan rendah-rendahkan. Kalau tidak boleh berkata yang baik. Maka diamlah. Itu lebih baik dan akan buat jutaan orang senang hati. Kita merancang, Allah pun merancang, tetapi perancangan Allah jua yang terbaik. Mana tahu tup...tup orang yang kita hina dan rendah-rendahkan suatu ketika dulu lebih berjaya dari kita nanti. 

"Allah berhak mengangkat darjat sesiapun yang Dia kehendaki dan Allah berhak menjatuhkan sesiapapun yang Dia tidak kehendaki" - Kuot


:47:Tak sabar rasanya nak sambung belajar 28 Februari nanti. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. 

Selamat tinggal FiTA, Terima Kasih untuk segala ilmu dan kenangan yang hebat di sana. In Shaa Allah Asyraf akan melawat FiTA nanti. Doakan kejayaan Asyraf dunia dan akhirat.

:face69:

Jaga diri, jaga Iman.
Sekian.


''Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar , maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan ''
- Imam Syafie -






AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.
Read More...