Jaga Kulit Muka Cara Sendiri | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Wednesday 19 February 2014

Jaga Kulit Muka Cara Sendiri

62 Komen
Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam artikel sebelum ini Asyraf ada kongsikan petua jaga kulit muka cara Islam, amalan-amalan yang baik untuk penjagaan wajah dan tak kurang ada tutorial bagaimana nak hasilkan pencuci muka sendiri tanpa guna produk di pasaran. Pencuci muka yang kita hasilkan sendiri nyata lebih selesa, jimat, yakin dan selamat untuk digunakan. Bagi yang terlepas semua itu, bolehlah baca artikel tersebut di sini.

Baiklah, memandangkan artikel lalu tentang penjagaan muka semua tu dapat sambutan dan ramai sangat yang request supaya Asyraf lanjutkan dalam artikel yang baru dengan petua pelbagai. Jadi, kali ini Asyraf kongsikan pula petua yang menarik untuk jaga kulit muka cara sendiri. 

Kalau dah nama petua cara sendiri, tentulah Asyraf dah cuba. Alhamdulillah berkesan. Tiba-tiba rasa macam blogger perempuan pula beriya kongsi tips jaga muka. haha. Sebenarnya keperluan menjaga kulit muka bukan lagi khusus pada wanita sahaja, tapi sudah menyeluruh dengan melibatkan golongan lelaki terutamanya bagi jejaka yang aktif bersukan, masih belajar dan sibuk bekerja. Kulit muka yang sihat sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan semua orang.

Suka Asyraf ingatkan, segala usaha kuat kita untuk amalkan pelbagai petua ini cuma ikhtiar sahaja, kerja memulihkan dan kuasa memberi nikmat kesembuhan itu segalanya terletak pada Allah SWT. 

Sebelum itu, mungkin ada pembaca di sini punyai masalah yang sama dengan Asyraf iaitu kulit sensitif dengan produk-produk di pasaran. Bila Asyraf cuba guna pencuci muka yang dibeli, makin teruk kulit muka. Jerawat dan bintik-bintik merah yang menyakitkan. Hampir semua produk dah cuba. Duit pun dah banyak habis. Langsung tak ada kesan. Zaman sekolah dulu kulit muka serius memang tak terjaga. Tapi sekarang Alhamdulillah, Asyraf jaga muka guna cara sendiri. Dengan izinNya, berhasil dan puas hati. Jadi, nasihat Asyraf, pada yang ada masalah kulit sensitif, jangan paksa kulit untuk terima produk-produk tersebut. Nanti bertambah teruk jadinya.

Sememangnya amalan berwhuduk dan ibadah solat sering disebut-sebut orang mampu menyerikan wajah. Tetapi, selain whuduk dan solat, kita juga ada usaha tambahan. Berikut ada beberapa petua penjagaan kulit muka cara Asyraf.

 Petua Kurangkan Masalah Jerawat

Pertamanya, sebelum anda terus amalkan apa-apa petua, kita perlu ambil berat dan cari tahu punca utama yang menyebabkan jerawat muncul pada wajah kita selama ini disebabkan apa? Ini untuk memastikan anda tidak membazir masa mencuba pelbagai petua semberono saja sedangkan petua tersebut langsung tidak serasi dengan masalah jerawat anda. Jerawat muncul disebabkan beberapa faktor utama seperti kulit muka berminyak, debu juga hama dari persekitaran, dan perubahan hormon badan.

 Masalah kemunculan jerawat sewaktu haid.

Jika jerawat itu berpunca dari perubahan hormon badan, sebagai contoh ada wanita yang berhadapan masalah jerawat tumbuh pada wajah secara bermusim sewaktu datang haid. Anda boleh cuba amalkan makan vitamin c atau makanan tambahan (supplements) yang sesuai. Ini kerana sewaktu proses kitaran haid, badan anda tidak menerima nutrisi yang cukup. Emosi tidak stabil, mudah stress, cepat marah dan tertekan. Jadi, anda memang perlu usaha cegah masalah ini. Makanlah makanan yang berkhasiat, lebihkan buah-buahan seperti epal atau buah delima yang sangat baik untuk kulit muka. Dan cuba sehabis baik untuk selalu tenang. - Ini petua dari mak Asyraf yang sebelum ini berhadapan masalah sama. Sengaja tanya mak sebab mak dah lawa sangat. haha.

 Kulit berminyak

1. Kurangkan mencuci muka dengan pencuci

Bagi pembaca yang ada masalah kulit berminyak pula, nasihat saya, elakkan cuci muka terlalu kerap dengan produk pencuci muka (oil control bagai tuuu..) sebab ia sebenarnya menghilangkan minyak pada wajah anda dalam tempoh yang sekejap saja. Selepas satu jam, kulit anda selalunya akan kembali berminyak. Kenapa? Pencuci muka oil control tu sebenarnya merangsang kulit untuk terus hasilkan minyak dengan lebih banyak. Maka dengan itu kulit muka akan bertambah teruk. Bila anda terlalu kerap biasakan cuci muka 4,5 kali sehari dengan pencuci muka, sampai bila-bila pun anda terpaksa beli produk pencuci muka tersebut seumur hidup sebab kulit muka dah tak terkawal. Kalau dah guna satu-satu produk pencuci muka tu, ikutlah aturan penggunaan yang disyorkan. Jangan salah faham, ramai yang fikir bila kulit muka berminyak saja, anda mesti cuci guna produk yang anda beli tu. Sebenarnya salah. Cukuplah dua kali sehari. Kesian muka anda. 

2. Jangan campur produk kecantikan sesuka hati

Dan ingat, jangan rajin buat eksperimen dengan mencampur dan kerap kali tukar pelbagai jenama produk pencuci. Sekejap Garnier, esok Nivea, Lusa Safi. Jahanam muka anda nanti.

3. Teh dan madu sebagai pencuci muka?

Baiklah, disebabkan saya dah tak guna pencuci muka yang jual kat pasaraya semua tu. Bila kulit berminyak saya bersihkan muka dengan serbuk teh. Nak lebih berkesan, anda boleh campur serbuk teh tersebut dengan madu. Gosok di muka ala-ala scrub. Selebihnya sapu pada leher, lengan atau badan. Untuk permulaan, amalkan dua kali sehari (pagi dan malam). Dan rajinlah berdoa. Mudah-mudahan muka tak berminyak lagi. Setakat ini, dah 3 tahun saya buat benda ni. Alhamdulillah. Kulit tak berminyak macam dulu.

Nota tambahan : Nak mudah, cari bekas kaca yang ada penutup (balang kaca kecil). Masukkan madu dan serbuk teh dalam bekas tersebut. Gaul supaya sekata, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. So, tak adalah setiap kali nak cuci muka baru nak sibuk cari serbuk teh, cari madu bagai. Kalau simpan dalam peti sejuk, acuan tersebut tahan lebih lama. Kalau letak diluar saja (suhu bilik) acuan teh dan madu tadi tahan lebih kurang dua minggu. Jangan guna serbuk teh uncang pula, serbuk teh dalam uncang tu agak kasar dan tak sesuai untuk kulit.


le owner
Cari serbuk teh yang halus macam ni. Campur dengan madu. 


4. Wap panas untuk kecutkan jerawat

Seterusnya, bagi yang ada masalah kulit berminyak sampaikan jerawat tak henti muncul, boleh cuba buat ala-ala spa wap panas guna daun bunga tahi ayam. Petua ni agak kelakar sikit, Asyraf dapat dari nenek sebelah mak. Tapi best. Dulu, waktu jerawat teruk, petua ni menjadilah. Kalau jerawat cuma ada satu dua tu, tak perlulah. hehe. Tapi tak salah pun kalau ada yang nak cuba. Caranya ialah, dapatkan daun pokok bunga tahi ayam yang daunnya masih hijau dan sihat (Kuantiti : kalau banyak lagi bagus hehe..). Basuh daun tersebut hingga bersih. Masukkan dalam periuk, isi air separuh penuh dan didihkan atas dapur. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letak di tempat yang selesa dan luas (contoh: lantai ruang tamu). Kemudian, ambil sehelai selimut atau kain yang besar dan tebal. Anda perlu masuk bawah selimut tersebut (ala.. macam tengah main sembunyi-sembunyi tuuu..). Bawa masuk periuk yang air masih panas tadi ke dalam selimut tersebut juga. Letak berhadapan anda dan halakan muka anda pada wap air yang panas naik dari periuk tersebut. Duduklah dalam selimut tu dalam 15-30 minit. Kena banyak sabar, waktu duduk dalam selimut tu, panas betul rasa (berpeluh). Tapi selepas proses ni selesai. Jerawat yang merah-merah di muka sebelum ini dah mula kecut dan ada yang hilang. In shaa Allah. Saya rasa bagi yang jenis ada jerawat yang banyak, merah-merah, jerawat batu yang menyakitkan semua tu, patut cuba petua ini.

Nota tambahan : Air rebusan daun tadi boleh diguna semula dua kali sahaja. Lepas itu, sila buang, cuci bekas dan tukar dengan daun yang baru. Petua ini boleh diamalkan dua kali dalam seminggu. Dan tengoklah perubahan pada wajah.


le owner
Haa. dapatkan daun bunga tahi ayam yang cenggini.. hijau dan sihat. Bunga  tu tak perlu lah.
5. Buat mask sendiri untuk malam hari

Selain itu, ada juga amalan penjagaan kulit muka pada malam hari yang Asyraf selalu buat seperti pakai mask buatan sendiri. Paling mudah, gunakan bedak sejuk, campurkan dengan dua sudu madu, gaul rata dan sapukan pada muka. Boleh kalau anda nak pakai semasa tidur hingga keesokannya. Tapi sebaiknya elakkan sebab lelehan madu akan kotorkan tempat tidur anda. Cukuplah pakai 30 minit sebelum tidur, kemudian cuci dan berwhuduk (tidur ikut sunnah). Masker bedak sejuk dan madu ini kalau diamalkan boleh buat kulit anda tegang dan liang roma pada muka mengecil. 

6. Rehatkan muka di hujung minggu dengan masker timun atau putih telur.

Kalau rajin, setiap kali hujung minggu, anda boleh cuba hasilkan mask dari timun. Tak perlu campur apa-apa. Hanya perlu kisar timun sehingga halus dan sapu pati tersebut pada muka. Biarkan sehingga kering dan cuci. Kalau tak ada timun, dapatkan telur ayam, ambil putih telur sahaja, sapu pada muka. Biarkan kering. 

Suka Asyraf ingatkan, apa-apa pun petua dan proses yang anda lalui, rajin-rajinlah berselawat, baca surah-surah lazim, sekurangnya ada pengisian yang baik untuk diri. Berserah pada Allah dengan segala usaha ini. 


 Penting :119::119::119:

1. Kurangkan menyentuh wajah

Kebiasaan kita, bila jerawat tumbuh, kita suka pegang muka. Tak kurang ada yang rajin tangan memicit jerawat. Asyraf dulu pun macam tu. Nasihat saya, sila elakkan sebab amalan ini cuma menyakitkan muka dan mengundang jerawat semakin teruk. Lelehan darah kotor atau nanah selepas anda memicit jerawat akan merangsang kulit untuk hasilkan jerawat baru. Jerawat yang dipicit juga akan meninggalkan kesan parut hitam yang luar biasa. Kalau tangan anda tu pula baru saja lepas pegang telefon bimbit, tolong jangan sentuh muka. Kulit muka sangat sensitif. 

Kalau ada jerawat yang memang perlu dipicit (sebab ada mengumpul nanah yang banyak), alaskan tangan anda guna kain bersih sewaktu proses mengeluarkan nanah dan segera cuci muka dengan air bersih berulang kali. Tak perlu guna pencuci kerana akan menyebabkan keradangan pada bahagian jerawat yang luka. 

Nota tambahan : Elakkan guna tisu biasa pada muka untuk lap kotoran sebab tisu biasa tu tak sesuai dengan kulit. Kalau tisu basah yang khas untuk muka itu bolehlah. Dan selalu bersihkan tangan guna sabun cuci tangan atau sanitizing gel yang boleh letak dalam poket juga boleh bawa ke merata tempat. Haa... Kain bersih untuk muka tu mesti guna untuk muka je tau, jangan guna untuk lap benda lain. Lepas guna kain tersebut, rendam dalam air panas terlebih dahulu dan cuci macam biasa.


2. Cuci Cadar Tilam dan Sarung Bantal Anda

Untuk memastikan kulit muka anda cepat pulih, rajin-rajinkanlah diri untuk bersihkan dan kemas tempat tidur. Jangan jadi macam sarang tikus. Lelaki atau perempuan. Wajib bersihkan. Kadang-kadang ada yang mengomel pakai produk itu tak berkesan, cuba petua ini tak berkesan, sebenarnya anda kena lebih prihatin dengan persekitaran. Bayangkan setiap malam anda tidur di katil bersama debu hama yang terlalu seni. Anda tak nampak, tapi mengundang masalah pada kulit anda. Buka tingkap bilik setiap hari, pastikan pengudaraan dalam bilik tidur baik dan selesa. Cuci cadar dan sarung bantal sekurangnya dua minggu sekali. Asyraf selalu rendam semua kain-kain ini dalam air panas terlebih dahulu, kemudian baru cuci seperti biasa. 

Buatlah jadual untuk jadi tukang dobi yaa.. Jangan bawa makanan atau minuman atas katil. Memang perangai luar biasa, tapi masih ada yang buat. Nampak macam tak ada kaitan dengan masalah muka. Tapi sebenarnya ada.

3. Jangan sembur Perfume pada wajah atau leher.

Ada orang nak wangi, disemburnya Perfume habis seluruh badan termasuk muka dan bahagian leher yang hampir dengan muka. Kurang-kurangkan tabiat ini sebab kandungan dalam pewangi menyebabkan kulit muka mengalami iritasi dan tidak sihat.

4. Jangan malas dengan rutin

Jangan cepat putus asa bila pelbagai usaha anda buat untuk jaga muka tidak menjadi. Teruskan menjaga rutin harian dengan membersihkan muka dua kali sehari. Jangan risau, bagi yang Muslim, anda automatik bersihkan muka 5 kali sehari dek kerana whuduk. Kerap cuci muka dengan air bersih sahaja tak ada masalah malah ia amalan yang sangat bagus sebab amalan mencuci muka dengan air bersih menggalakkan kulit bernafas. Cuma yang bermasalah kalau anda kerap cuci muka dengan produk pencuci yang ada kandungan kimia. Boleh menipiskan kulit. Tak pasal-pasal keradangan nanti.

5. Kurangkan berjemur

Kurangkan berjemur terlalu lama di bawah panas terik matahari selepas jam 2 petang kerana sinar UV yang sepatutnya baik untuk mengawal bakteria pada kulit akan bertukar fungsi menyebabkan kulit anda kering dan cepat berminyak. 

Cahaya matahari yang baik ialah pada waktu pagi. Jadi, jangan selalu bangun lewat. Hehe.


Haa.. cukuplah kot petua untuk artikel kali ini. Cuba dahulu yang mana mampu. Apa yang pasti selalu ingat Allah Taa'la sahaja yang berkuasa menyembuhkan. Untuk doa-doa amalan menjaga muka, rujuk artikel Asyraf yang lama. Asyraf kongsi tips ini tak kena bayar pun. Kalau ia berkesan, kongsilah dengan yang lain. Asyraf cuma bantu rakan-rakan pembaca yang ada masalah yang sama macam Asyraf alami suatu ketika dulu. Sekarang Alhamdulillah, banyak perubahan. Tulis artikel ini pun sebab ramai gilaaa request. Kalau tak, tak rajin Asyraf nak update. hehe.

Semoga berjaya, dan jangan tinggal solat.
Jaga diri, jaga Iman.
Tinggalkan komen di bawah jika anda suka artikel ini.
Sekian.

Send me sum prayers.

  blogger-emoticon.blogspot.com

Artikel lalu : Cara Islam : Amalan baik untuk miliki wajah berseri



"Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 - 2014"

No part of this article may be reproduce without Asyraf's express consent.
The author is not liable for any loss or damage incurred while using the information from this blog. Thank you

62 comments:

  1. Salam, dah lama Fatin tunggu Asyraf update tips ni. terima kasih! lengkap, padat. Petua yang Asyraf bagi dalam artikel dulu tu banyak yang berkesan. Alhamdulillah :')

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk artikel ni, In Shaa Allah saya cuba. Petuanya menarik ;)

    ReplyDelete
  3. Terbaik, terima kasih. Mohon share ye asyraf!

    ReplyDelete
  4. gd tips tq...tak sabar nak cuba he3..done follow u dik

    ReplyDelete
  5. Salam, saya dah cuba petua yang guna serbuk teh dan madu tu. Alhamdulillah berkesan sangat. Kulit muka jadi halus. Saya ada ikut nasihat Asyraf dalam artikel lalu yang suruh buat jadi mask. Bila biar lama-lama, parut jerawat pun dah makin kurang. Terima kasih sbb kongsi semua ni asyraf!

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, selama ni bila kulit berminyak, saya asyik cuci muka dengan pencuci oil control. Rupanya salah. Patutlah makin teruk. Thanks sbb bagitau. Kalau tak sampai bila pun sy tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la saye pon sme asl rase beminyak je cuci muke..kdg2 smpi 5kali shari

      Delete
  7. assalamu'alaikum..petua yg menarik! terima kasih atas perkongsian saudara..semoga hidupmu diberkati-Nya!

    ReplyDelete
  8. Subhannallah. Terima kasih asyraf :)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas info yang sangat bagus. Cuma nak tanya serbuk teh yang halus tu brand apa?

    ReplyDelete
  10. salam...tips guna teh ngan madu ni berapa lama eh? 30 minit ke?

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum, tq ats petua tu :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. Terima kasih untuk petua tu, tenang nya waktu membaca. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  13. Terima kasih berkongsi petua ini. :D

    Perkongsian: Kulit Muka Bermasalah

    ReplyDelete
  14. Salam alayk, thumbs up for da info. Sy pernah try guna uncang tea(dah guna punya) + lemon. Mcm scrub la gitu, agak berkesan juga la sbb jarang guna but it's okay too utk kulit kering and kusam lepas scrub muka rasa fresh ja

    ReplyDelete
  15. terima kasih.. tgh survey ni..sya pon dah pnat guna produk kat market..xpenah jadi..ada yg berkurang tp rsa xbest bila terpaksa bergantung dgn produk tu..

    ReplyDelete
  16. tips yg sgt berguna..terima kasih byk ye..^_^

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum :)
    terima kasih atas perkongsian petua yang sangat menarik dan berguna. sebelum ni saya wap muka menggunakan air panas tanpa bahan tambahan seperti daun bunga tahi ayam (sebab tak tau pun boleh campur) heeee..
    selepas wap muka seeloknya cuci muka dengan air dingin atau ais agar pori- pori muka yang terbuka kembali tertutup dengan sempurna..

    terima kasih sekali lagi atas perkongsian saudara :)

    ReplyDelete
  18. terima kasih atas semua tips ni ...

    ReplyDelete
  19. thanks for the tips.. sgt brguna..
    insyallh.. bkal mngamal kn.. hehe..

    ReplyDelete
  20. as salam thanks asyraf share tips..

    ReplyDelete
  21. mcm bes jek wt mask sendri...tq utk info menarik...mestu cuba ni...

    ReplyDelete
  22. tq asyraf ...da cuba teh dgn madu ..mmg best :)

    ReplyDelete
  23. salam semuanya, sememangnya banyak petua penjagaan kulit yang boleh diamalkan ,namun saya nak tawarkan kalau ada sesiapa yang ada jerawat atau jeragat yang severe saya mungkin boleh bantu reach saya kat rosliharon@gmail.com

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum .. tips yang sngat berguna .. thanks .. hope you succes in your life friend .. hhe

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum.. Subhanallah! Nice Sharing! saya akan praktikkan info2 tersebut. ;)

    Jemputlah datang ke laman webs. saya http://nutrisiaddeen.com/
    Konsultasi dan cara pengambilan yang betul akan diberikan beserta dengan produk hanya untuk pelanggan di NutrisiAddeen. Diskaun istimewa menanti!

    ReplyDelete
  26. Salam.. macam mana nak buat campuran serbuk teh + madu tu? serbuk teh banyak mana n madu banyak mana? boleh bagitahu nisbah die tak? rasa nak cuba sebab kulit muka saya jenis berminyak, berjerawat dan parut berlekuk.. tensen laaaa..

    ReplyDelete
  27. maksih ya ats artikelnya sangat bermanfaat tp sy mau tanya,kalau untuk tempat kaos
    kaki wanita
    yang koleksinya lengkap di bandung itu dimana ya...
    maaf ya kalau pertanyaannya tidak nyambung dengan artikel

    ReplyDelete
  28. Artikel ni bnyk bg pengetahuan baru pd sy.. Sebelum ni guna bermcm-ii produk tp xberkesan.. Sy ingin cuba pula cra cmni.. Harap berkesan =))

    ReplyDelete
  29. assalammualaikum...
    saya mengalami masalah kulit wajah yg kering...ini kerana saya teralu aktif bersukan..jadi bagaimana untuk memastikan ia sentiasa lembab

    ReplyDelete
  30. as'salam , terima kasih atas perkongsian ilmu. :)

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. Thank u so much for your info:)

    ReplyDelete
  33. Bagus petua2 ..selain 2 bahan natural mcm aloe vera pon sngt bagus..klu nk kulit moisture je..klu malas nk amik aloe vera yg ad kat luar rumah sy suggest guna aloe vera gel from nature republik ..skarng tengah famou..klu ad yg pegi korea lagi murah bole dapat..tp klu kt sini dalam rm28 jugak...klu ad yg berminat ..sy ad kwn yg jual ni no 01152897268 pape what app je ..dye ni trust seller la..sy just nk bantu korg yg rase cm malas nk pi memetik aloe vera..haha cuba jgn x cuba

    ReplyDelete
  34. Nice tips! Thanks for sharing :)

    http://ruangmiss.blogspot.com/

    ReplyDelete
  35. sy br try petua menggunakan teh + madu.. harap ianye menjadi.. thanks for sharing..

    ReplyDelete
  36. sy br try petua menggunakan teh + madu.. harap ianye menjadi.. thanks for sharing..

    ReplyDelete
  37. Mana nak dapat daun bunga tahi ayam tu eh

    ReplyDelete
  38. ayu dh cba yg wap tu. tpi ayu guna air pnas je.alhamdulillah. krawat kcut.

    ReplyDelete
  39. terima kasih untuk post nie..menarik sgt ..

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum. saya selalu picit masa ada bintik hitam pastu bila saya picit selalu jadi warna merah pastu saya malu kalau keluar lebih lebih lagi kalau pakai shawl. macam mana nak hilangkannya?

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum muka saya berluka macam mana nak hilangkannya???lepasluka tu hilang datang lagi luka baru...dan saya ni jenis yg suka kopek luka macam mana nak hilangkan parut dan hilangkan luka dan elakkan muka berparut...heheheh

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum muka saya berluka macam mana nak hilangkannya???lepasluka tu hilang datang lagi luka baru...dan saya ni jenis yg suka kopek luka macam mana nak hilangkan parut dan hilangkan luka dan elakkan muka berparut...heheheh

    ReplyDelete
  43. salam . kalau macam kita campur pkai pncuci muka biasa waktu pagi, malam cuci pkai yang teh+madu tu boleh ke ?

    ReplyDelete
  44. the website you manage is very good and in my opinion this is the best wesbite
    obat leukosit tinggi

    ReplyDelete
  45. GST University Admission result 2020-21 will be published by gstadmission.ac.bd website. GST Eligible List Result Published Very Soon. Candiates Guccho Admission Result check easily our website- jobnewsbd24.com

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.