Bye FiTA, Hello APB (UiTM)
|
“dan bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.” (QS Al-jumuah : 10) |
Bismillahirrahmanirrahim...
Tamat sahaja pengajian diploma selama dua tahun setengah di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Puncak Perdana Shah Alam tahun lalu (2013), aku sudahpun sedia merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda. Tak mahu buang masa lagi. Pun begitu, nyata aku masih sedikit terlewat ke peringkat Ijazah berbanding rakan-rakan yang sambung STPM (cuma dua tahun) di sekolah. Dulu, lepas SPM, bukannya aku tak nak sambung STPM, tapi ada halangan lain yang akhirnya membawa aku untuk terus memilih diploma UiTM. Dan Alhamdulillah, yakin dengan perancangan Allah Taa'la. Tak pernah menyesal, malah sekarang aku lebih selesa melangkah masuk ke universiti. Walaupun sedikit lambat tempoh masa untuk ke tahap yang lain, pengalaman baru, ilmu baru, dan kawan-kawan baru, sedikit sebanyak membakar semangat untuk terus berjaya.
Melangkah ke FiTA pada mulanya bukan kerana minat, dan sebenarnya awal-awal dulu aku tak tahu pun kursus apa sebenarnya yang ditawarkan untuk aku di UiTM. Main masuk je. Waktu tu FiTA dikenali sebagai TEKA (Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik) dan aku ditawarkan ke Program Seni Layar yang mana kini sudah bertukar nama ke Program Skrin. Hampir sebulan lebih di situ, barulah faham yang mana aku sebenarnya berada dalam bidang seni perfileman. Dan aku adalah pelajar program Skrin (ala-ala pengarahan filem). Mak abah yang excited sangat anaknya masuk UiTM tak henti beri kata semangat dari jauh. Mulanya agak pelik juga dengan budaya baru di fakulti filem (yalah, budak lepasan SPM), tapi Alhamdulillah aku dapat sesuaikan diri dan follow sepenuhnya pengajian filem dengan baik. Dan yang mengejutkan (walaupun tak minat), pernah juga aku merasa dapat Anugerah Dekan waktu Diploma sebab keputusan peperiksaan cemerlang. Alhamdulillah.
Sekejap masa berlalu, tup.. tup.. dah habis exam untuk semester akhir. Waktu tu, bermulalah adegan sedih, sebak, leleh sebab ada antara rakan-rakan kami yang dah tak nak sambung belajar lagi dah bila tamat diploma (nak kerja), ada pula yang akan bertukar ke fakulti lain (termasuk aku) dan ada juga yang masih terkandas di peringkat diploma (terpaksa repeat paper). Jadi, semua ni buat aku dan rakan-rakan mula berpisah haluan belajar. Walau cuma dua tahun setengah kitaorang bersama, sumpah aku cakap, masuk universiti memang best. Tak macam zaman sekolah. Member dekat Universiti pada aku saling menerima. Walaupun ehemm... ada yang kutuk-kutuk belakang. Abaikan, itulah dunia. Apa pun kitaorang semua dah macam keluarga sangat. Okay lap air mata. Sedih ni. Aku sayang SCREENHEADS.
Kenapa tukar fakulti / bidang pengajian
Soalan cepu cemas ni, aku rasa beratus kali aku kena soal bila aku buat keputusan muktamad untuk tukar fakulti lain di peringkat ijazah nanti. Yalah, elok-elok di FiTA, tak ada masalah dengan pelajaran, tak ada masalah dengan kawan-kawan dan pensyarah, tiba-tiba je nak tukar fakulti.
Sebenarnya, alasan klise aku ialah minat. Sepanjang aku berada di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, aku sudah cuba sehabis daya untuk jatuh cinta dengan bidang pengajian pengarahan filem ni. Lagipun, hasil pemerhatian aku, aku rasa peluang pekerjaan dalam bidang perfileman ni pun cukup-cukup luas. Jadi apa salahnya aku cuba jatuh cinta dengan bidang ini. Mana tahu aku boleh jadi pengarah filem suatu hari nanti. Jadi, waktu tu aku buat macam-macam cara dan cuba juga cari jalan terbaik supaya peluang yang Allah beri sehinggakan aku dapat sambung diploma ni aku hargai dengan baik. Gituuu.. Usaha punya usaha, akhirnya aku cuma berjaya jatuh cinta dengan assignment bertulis jee.. Maksudnya aku sekadar buat assignment dengan penuh minat untuk cuba dapatkan pointer yang baik. Sebab tu bila ada shooting, konsert yang memerlukan tenaga kerja dari mahasiswa dari FiTA, aku malas sangat. Tapi, nama pun mahasiswa, kena beri komitmen yang terbaik.
Semester akhir, aku mula sedar yang aku belum nampak hala tuju aku dalam industri perfileman. Sebenarnya aku pun tak tahu aku nak kerja apa nanti (kritikal). Memanglah aku yakin kalau aku ditakdirkan bekerja dalam industri filem suatu masa nanti pun, aku tetap boleh buat kerja yang diberi berdasarkan komitmen sepanjang di FiTA sebelum ni. Tapi sampai bila aku nak buat kerja dengan tak ada rasa seronok, minat dan yang pasti aku mesti bosan lagi stress. Jadi, aku fikir, ijazah ini peringkat permulaan untuk hadapi alam pekerjaan selepas tamat belajar. Dan aku tak mahu suatu masa nanti aku kerja dalam keadaan yang tak menyeronokkan, stress dan bosan. Ya, walaupun kita yakin boleh buat satu-satu kerja tu, tetapi kita tak akan bertahan lama kalau setiap hari bangun pagi nak pergi kerja dengan rasa yang terpaksa. Lama-kelamaan kualiti kerja pun jatuh.
"Kita jadi betul bukan sebab dunia betul, tetapi dunia jadi betul sebab kita betul" - Quoted
Jadi kemana hala tuju selepas ini
In Shaa Allah, dengan izin-Nya aku akan lanjutkan pengajian ke Program Sarjana Muda, Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Professional.
Alhamdulillah, puas berfikir, puas merancang, puas berusaha, akhirnya Allah izinkan juga untuk ke Akademi Pengajian Bahasa. Sebenarnya tak sangka pun nak dapat tawaran belajar ke situ sebab calon yang memohon mesti lalui proses temuduga terlebih dahulu.
Temuduga APB
Disember 2013, aku bertolak dari Kedah ke Shah Alam seorang diri semata nak hadir temu duga UiTM untuk mohon masuk ke Akademi Pengajian Bahasa. Terpaksalah menginap di hotel berhampiran UiTM sebab tak ada tempat nak tumpang tidur sementara nak tunggu hari temuduga keesokannya.
Haa.. walaupun nama program pengajian ini Pengajian Bahasa Gunaan "Bahasa Melayu", tetapi sewaktu proses temuduga, soalan bahasa Inggeris yang pertama disoal oleh penemuduga. Yang best waktu temuduga tu, calon temuduga kena sumbat masuk 4 orang sekaligus dalam bilik temuduga. Tak ditemuduga seorang diri tau (hilanglah gementar kejap), katanya terlalu ramai calon memohon masuk ke APB tahun ini sehinggakan terpaksa dibahagi enam dewan untuk tempatkan calon. Perghh, ramaiiiinyaa pesaing.. Aku ditempatkan di dewan keempat. Macam biasa, calon lelaki sikit sangat, kurang dari 10 orang dalam dewan empat tu. Yang lain semua perempuan. Dewan-dewan lain, tak tahulah macam mana.
Kami diarahkan untuk mencari 4 orang rakan yang akan masuk bersama dalam bilik temuduga. Jadi, aku pun join group budak dari Terengganu (Izzat), dan dua orang lagi dari Kuala Lumpur. Diorang bertiga semuanya lepasan STPM. Aku sorang je diploma UiTM. Tapi, disebabkan mulut aku yang terlebih ramah ni. Cepatlah kami mesra dan berkongsi cerita. Kalau diorang buka topik tentang STPM, aku akan cepat-cepat tukar topik baru sebab aku tak banyak tahu fasal STPM ni. Yalah, aku tamat sekolah menengah dengan SPM je.
Kumpulan demi kumpulan selesai temuduga, dan akhirnya tiba giliran group aku. Sepanjang nak masuk bilik temuduga tu, macam-macam doa keluar dari mulut. Yalah, risau. Mak abah kat Kedah taruh harapan tinggi supaya aku dapat sambung Ijazah macam anak orang lain. Jadi, aku akan cuba yang terbaik.
Memandangkan ahli kumpulan aku asyik bertolak-tolak nak tentukan siapa patut langkah masuk bilik temuduga terlebih dahulu, jadi aku tawarkan diri untuk elak penemuduga tunggu lama. Masuk sahaja dalam bilik temu duga, Masya-Allah, sejuk macam dalam peti ais. Aku tak tahulah sama ada sebab air cond terlalu kuat atau memang aku dah gementar semula.
Aku pastikan aku selesa di tempat duduk, dua orang penemuduga mula menyemak kad pengenalan asal, dokumen-dokumen UiTM dan sijil calon. Tiba-tiba penemuduga yang wanita menjerit.
"See.. Kan I dah cakap, ada budak Kodiang apply APB!" (sambil ketawa pegang kad pengenalan aku)
Err.. calon dari Kodiang? itu aku. Jadi aku pun tersengih tahan malu. Tak sangka penangan Kodiang ni hebat betul. Dulu di FiTA pun aku diberi gelaran "Acap Kodiang" oleh pensyarah. Sekarang di APB, penemuduga pula nampaknya suka benar dengan nama Kodiang. Ketawa kuat betul.
Selepas puas diorang ketawa, penemuduga pun mula perkenalkan diri. Aku waktu tu, gementar tak habis lagi sampai dah tak dengar siapa nama kedua-dua penemuduga. Menyesalnya tak fokus. Rakan calon yang sekumpulan dengan aku muka tak bersalah je masing-masing.
Kami kemudiannya diarahkan pula untuk perkenalkan diri, yang pasti aku orang pertama kena perkenalkan diri. Dengan lafaz Bismillah, aku pun mula bercerita tentang latar belakang diri. Sesi perkenalkan diri aku pun jadi panjang sebab aku seorang je dari diploma UiTM. Banyaklah pula soalan diajukan termasuklah alasan kenapa aku untuk tukar course. Alhamdulillah, dapat jawab (sebab dah prepare).
Selesai kami berempat perkenalkan diri, soalan penilaian temu duga bermula dalam bahasa Inggeris. Soalannya agak mudah tentang Internet. Tapi tak sangka, sangkut habis la tentang masalah sumber tak kukuh dari Wikipedia, blog, dan isu-isu plagiarism. Melalut! Kemudian soalan kedua juga dalam Bahasa Inggeris tentang Smartphone. Nasiblah aku ada baca artikel fasal smartphone sebelum ni. Jadi dapatlah jawab dengan baik. Penemuduga yang lelaki asyik sebut "Good point!". Huh, barulah rasa yakin untuk terus menjawab.
Soalan-soalan bahasa Melayu pula banyak sentuh tentang isu-isu bahasa Melayu di Malaysia. Kitaorang disoal tentang bahasa 'selanga' dalam filem-filem Melayu. Soalan tu macam soalan bonus untuk aku sebab aku dari fakulti Filem, pernah buat research tentang bahasa-bahasa filem. Jadi, syukur, lancar juga jawapan. Kemudian ada lah dua tiga soalan lain yang agak sukar turut disoal. Kena banyak baca isu semasa. Soalan tu pun berkait tentang isu bahasa. Soalannya ringkas, tapi jawapan terpaksa dihurai dengan panjang lebar semata mahu puaskan hati kedua penemuduga. Yang pasti aku ni suka cari masalah betul, tengah sedap-sedap aku jawab soalan dan bercerita tentang isu bahasa, tersilap pula sentuh tentang Akta Bahasa Kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Nah, tak pasal aku kena jawab soalan tambahan. Diminta pula aku untuk huraikan tentang akta tu. Nasiblah aku ada study. Ingat la Akta Bahasa Kebangsaan, Perkara 152 bagai tu. Dan nampaknya penemuduga puas hati.
Sesi menjawab soalan bersama 4 rakan calon lain lancar dan Alhamdulillah seronok. Selesai temuduga, kedua-dua penemuduga tak henti berkongsi ilmu tentang APB. Selesanya dapat berbual. Sempat jugalah aku tanya peluang pekerjaan andai dapat sambung ke APB. hehe. Okay, puas hati.
Keputusan Permohonan Ke Program Sarjana Muda
30 Januari 2014, jam 5.00 petang. Keputusan permohonan ke Program Sarjana Muda UiTM diumumkan melalui laman web UiTM. Aku menggigil bukan main lagi waktu nak buat semakan. Yalah, kalau permohonan aku gagal. Maknanya aku perlu menunggu sesi seterusnya atau terpaksa buat rayuan. Mak abah mesti kecewa dan marah. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, aku masukkan nombor kad pengenalan seperti yang diarahkan dan klik butang "semak".
Dan, Alhamdulillah, keputusannya "Berjaya". Aku ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke Program Sarjana Muda Pengajian Bahasa seperti yang diimpikan sebelum ini. Ringan tubuh menyembah lantai, sujud syukur.
"Barangsiapa menginginkan kebahagiaan dunia, maka tuntutlah ilmu, barangsiapa menginginkan kebahagian akhirat, maka tuntutlah ilmu, dan barangsiapa menginginkan kebahagiaan dunia dan akhirat, maka tuntutlah ilmu." (HR. Thabrani)
"UiTM tak hebat", "Course tak ada masa depan, merugikan"!
Bagi yang pernah dengar ayat macam kat atas ni, pertamanya senyum dan tenanglah. Yakinlah, di mana pun kita belajar, bukan itu tiket utama untuk tentukan kejayaan kita di masa akan datang. Saya tidak mahu melihat kualiti yang hanya dinilai oleh manusia semata. "IPT ini bagus, IPT ini tak berkualiti". Penanda aras ini sedikit sebanyak melatih kita mencipta jurang sesama sendiri. Tak kurang akan wujud rasa kurang selesa dan saling bermusuhan. Rasanya mahasiswa yang berkualiti harus lebih matang. Bukan sewenang meletak label yang terlalu general pada satu-satu kelompok atau institusi pengajian. Kalau belajar di luar negara sekalipun, tetapi anda pemalas, kejayaan tak akan datang bergolek. Begitu juga kalau anda tak henti beroleh kejayaan, andacemerlang sentiasa. Tapi mulut terbiasa merendahkan hak dan status orang lain. Allah tak redha pun dengan segala nikmat kejayaan tu. Rugi. Kejayaan kita suatu hari nanti, semua akan berbalik pada usaha individu itu sendiri dan ketentuan Allah jua yang sebenar-benarnya.
"Course tak ada masa depan, merugikan?" Ini pun satu lagi kenyataan yang saya rasa keanak-anakan (macam budak-budak). Kalau masuk IPT untuk belajar sapu sampah sekalipun, itu ilmu Allah juga. Jangan hina apa yang orang lain belajar. Jangan rendah-rendahkan. Kalau tidak boleh berkata yang baik. Maka diamlah. Itu lebih baik dan akan buat jutaan orang senang hati. Kita merancang, Allah pun merancang, tetapi perancangan Allah jua yang terbaik. Mana tahu tup...tup orang yang kita hina dan rendah-rendahkan suatu ketika dulu lebih berjaya dari kita nanti.
"Allah berhak mengangkat darjat sesiapun yang Dia kehendaki dan Allah berhak menjatuhkan sesiapapun yang Dia tidak kehendaki" - Kuot
Tak sabar rasanya nak sambung belajar 28 Februari nanti. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Selamat tinggal FiTA, Terima Kasih untuk segala ilmu dan kenangan yang hebat di sana. In Shaa Allah Asyraf akan melawat FiTA nanti. Doakan kejayaan Asyraf dunia dan akhirat.
Jaga diri, jaga Iman.
Sekian.
|
''Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar , maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan '' - Imam Syafie - |
AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.
Baru baca hari ni.. apepun bidang yang Acap ceburi, abang doakan yang terbaik. Semoga Acap terus sukses dunia akhirat.. Jadi yang terbaik utk parents, agama bangsa & negara.. And lastly, welcome to UiTM Shah Alam :)
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletemesti cuak giler kan interview
so kire dekat je la eh dgn um?
Tahniah Asyraf. Nanti bila awk dah ke UiTM semula, jarang lah awk update blog. Tak bestnyaaa..
ReplyDeleteSelamat datang ke APB, Inche Asyraf heee :) Dah lali dengan kata-kata manusia kat luar sana yg kata UiTM xlaku laa apa laa. kos ini laku ke. kos ni xfemes laa oh whatever.. Allah bukan nilai U apa kita ambil. menuntut ilmu kat mana-mana pun xkisah, yg pntg mcm kita nak jaga keredhaan Allah dalam menuntut ilmu tu. Pandai pun xguna kalau xjaga redha Allah :)
ReplyDeletep/s : Umur sama jeee, bukan laah senior sangat pun. Inche Asyraf lewat satu sem je pun heee :)
Encik asyraf. Saya nak tanya. Sebelum nasuk diploma di fakulti filem uitm. Ada interview kan? Bileh tak bagitahu apa soslan2 potensi yang diranya. Dan ada kena bawa hasil kerja kita ke time interview?
ReplyDeleteEncik asyraf. Saya nak tanya. Sebelum nasuk diploma di fakulti filem uitm. Ada interview kan? Bileh tak bagitahu apa soslan2 potensi yang diranya. Dan ada kena bawa hasil kerja kita ke time interview?
ReplyDeleteAbg asyraf saya mendapat english D dan math D dlm keputusan spm saya,adakah saya layak dlm bidang ni. Saya minat sangat.
ReplyDeleteAbg asyraf saya mendapat english D dan math D dlm keputusan spm saya,adakah saya layak dlm bidang ni. Saya minat sangat.
ReplyDeleteentry last year eh ni, baru google then jmpa.. wah memang setiap tahun tarikh pengumuman dan kemasukkan sama ke? sy tahun ni punya intake, umum 30 jan 2015 masuk 28 feb 2015.. tp bahasa inggeris... makna nye awk senior sy lah dekat fakukti bahasa,cuma lain kos.. :-)
ReplyDeletenak tanyala, msa dip ko dpat fakulti filem kan! so masa interview masuk dip soalan apa jer panel tanya, balas cepat ek sebab aku minat gila2 course screen ni, aku pun macam kau gak dip amik business management tpi xde hati so degree aku nak amik screen
ReplyDeleteAkak ada tips ke nak ambil bidang perfileman ni dan apa yang kita belajar
ReplyDeleteYuran untuk kos FiTA tu berapa?
ReplyDeleteLagi satu, ada interview apa2 ke?
DeleteYuran untuk kos FiTA tu berapa?
ReplyDeletembt shoes clearance
ReplyDeletelongchamp bags
ralph lauren sale clearance uk
salvatore ferragamo shoes
cheap nfl jerseys china
coach handbags outlet
birkin bags
jordan 11 win like 96
cheap nfl jerseys
nmd r1
20180505czq
ReplyDeleteشركة تركيب اثاث ايكيا بالرياض
تركيب ستائر بالرياض
شركة تركيب ستائر بالرياض
شركة تركيب اثاث ايكيا بالرياض
فني تركيب ستلايت بالرياض
فني تركيب ستلايت بالرياض
curry 7
ReplyDeletejordan shoes
kyrie 7 shoes
kevin durant shoes
supreme clothing
supreme clothing
supreme clothing
golden goose
golden goose sneakers
supreme outlet
i7g98d3w12 b7t38o8d07 q2j72j4m27 s8y95z2w98 n6a89c7z82 a4d94z1s50
ReplyDelete