June 2013 | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Sunday 23 June 2013

JEREBU : Perkongsian "Doa Minta Hujan" dan Tips Kesihatan Sewaktu berhadapan Masalah Jerebu

5 Komen
Apa Khabar sahabat ? Alhamdulillah andai masih sihat. Bagi yang kurang sihat, sabar dan harap lekas sembuh. Tambahan pula sekarang musim jerebu. Ramai yang kurang selesa dan sensitif tubuhnya dengan masalah jerebu ini. Termasuk saya sendiri yang dah mula sakit tekak dan sesak nafas. Walaupun begitu, Alhamdulillah kerana Allah masih beri izin dan kekuatan tubuh badan untuk saya belajar juga ke kuliah seperti biasa.

Entri kali ini saya akan kongsikan sedikit doa yang  pada saya boleh diamalkan bersama-sama oleh seluruh Umat Islam di Malaysia, Singapura juga Indonesia dalam mengatasi masalah jerebu ini InsyaAllah. Ianya doa Minta Hujan agar masalah jerebu yang kian kritikal ini akan pulih segera dengan turunnya hujan. Cuaca panas menyebabkan masalah jerebu meningkat dengan begitu cepat dan membahayakan kesihatan kita. Jadi mari sama-sama berdoa pada Allah SWT minta diturunkan hujan di bumi kita. Usahlah merungut marahkan jerebu, tetapi mintalah pada Allah agar dipulihkan semua ini seperti sedia kala. Anggap saja ini ujian dari Allah untuk menguji kesabaran hambaNya. Selalu tenang, istighfar, selawat, jaga solat, InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja. Jadilah Muslim yang bijak. Berhentilah menyalahkan mana-mana pihak. Kita hanya menambah masalah jika asyik menimbulkan isu yang tiada kesudahan. Elakkan dari melakukan perkara yang menyakitkan hati sendiri juga pihak lain. Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu. Sabar, doa dan terus berdoa. Yang penting jaga solat kita.


(KLIK PADA GAMBAR JIKA INGIN BESARKAN GAMBAR)


Selain berdoa, usaha daripada kita sendiri tuan punya badan juga harus dilakukan. Jaga tubuh badan yang sudah diamanahkan Allah SWT kepada kita. Berikut adalah nasihat daripada Dr. Norleen Mohamed daripada MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia


Apa itu jerebu?

Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.

Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?

Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:

1. Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
2. Ozon
3. Gas karbon monoksida
4. Gas nitrogen dioksida
5. Sulfur dioksida


Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan

Apakah Indeks Pencemaran Udara?

IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.

Nilai IPU dan Status :

0 hingga 50 = Baik
51 hingga 100 = Sederhana
101 hingga 200 = Tidak sihat (Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas)
201 hingga 300 = Sangat tidak sihat (Orang ramai terjejas)
Lebih daripada 300 = Bahaya (Orang ramai terjejas)

Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?

Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.

Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.

Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;

1. Kesukaran untuk bernafas
2. Serangan jantung
3. Gatal–gatal pada tekak
4. Gatal–gatal pada mata
5. Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
6. Gatal–gatal pada kulit
7. Batuk
8. Selsema


Kumpulan yang berisiko

Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?

Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;

1. Kanak–kanak
2. Warga emas
3. Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
4. Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
5. Perokok


Langkah Pencegahan

Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?

Tip–tip kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.

1. Kurangkan aktiviti luar.
2. Jangan merokok.
3. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
4. Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
5. Dapatkan nasihat perubatan.
6. Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
7. Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.

Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda

1. Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
2. Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
3. Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.

Siapakah yang perlu saya rujuk?

Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada doktor anda di:

Unit Kesihatan Persekitaran
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan
Malaysia
JAGA DIRI & KESIHATAN ANDA
Terima Kasih
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
--> indexs12
Read More...

Tuesday 11 June 2013

9 Jenis Anak Syaitan

7 Komen
Alhamdulillah, setelah hampir dua bulan saya bercuti di Kedah (kampung halaman), hari ini saya berpeluang menulis blog di Shah Alam kerana semester akhir sudah pun bermula. Sama-sama doakan yang terbaik ya.
Baiklah, entri kali ini tentang 9 jenis anak syaitan yang setiap hari muncul menghasut kita anak-anak Adam agar binasa bersama mereka di Neraka, Nauzubillah. Sebelum ini saya ada kongsikan semua ini di Twitter saya, namun jika ada sahabat pembaca terlepas perkongsian lalu. Kini saya muatkan dalam Blog untuk mudahkan rujukan. 
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu:
1. Zalituun
Duduk di pasar atau kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. 
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut Sultan/Raja/Pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan populariti.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim 
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga 
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
InsyaAllah entri akan datang saya akan kongsikan pula strategi untuk kalahkan Syaitan. Kita "manusia", sedar atau tidak, kita antara ciptaan yang hebat. Jadi, kenapa perlu kalah dengan mereka? Jangan tewas lagi. Ubah sekarang. Fasa Taubat sudah bermula, Jangan tangguh. Kalau Syaitan tak pernah putus asa hasut manusia buat jahat, kenapa kita nak putus asa ajak orang buat baik. 
KEEP ISTIQAMAH
Sahabat, ingat ada 3 perkara yang menyelamatkan kita
1. Takut kepada Allah ketika berseorangan atau ketika ramai.
2. Adil ketika marah atau ketika suka 
3. Bersederhana ketika kaya atau fakir
Sekian, pastikan kita pilih hijrah. 
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
--> indexs12
Read More...

Wednesday 5 June 2013

Berdosa tak pasang Takbir Raya pada hari biasa ?

9 Komen


Belum puasa dah ada entri tentang raya? Jangan salah faham, ini cuma penjelasan tentang Takbir Raya pada hari biasa. Entri ringkas ini saya tulis pun sebab ada yang bertanya soalan tentangnya. Saya sendiri tak terfikir untuk menjelaskannya sebelum ini. Jadi, bila dah ada yang bertanya dan ada yang ingatkan, elok juga saya kongsi.

Tapi harap sangat, jangan tanya saya bab hukum, jujur tak berani ulas dan tak pandai. Masih kurang ilmu. Bab hukum kena tanya Ustaz, Ustazah, ahli agama. Kalau salah letak hukum nanti lain pula padahnya. Baiklah, dah sedia? Jadi, mari kita teruskan. Kalau salah mohon diperbetulkan. 


Soalan : 
1. Betul ke pasang takbir raya jenazah dalam kubur menangis?
2. Betul ke dosa kalau kita pasang Takbir Raya selain daripada hari raya ?
 

Jawapan :
Soalan kedua-duanya hampir sama. Jadi saya huraikan dalam satu jawapan ya. Secara peribadinya, saya yang masih belajar lagi ini tidaklah pernah menjumpai sebarang dalil (samada secara khusus ataupun umum) mengenai jika takbir raya bukan pada hari raya akan mengakibatkan orang di dalam kubur menangis dan orang yang pasang takbir atau lafaz takbir tu pula menangung dosa. 

Jikalau sahabat-sahabat pernah menjumpai sebarang dalil atau hadis sahih mengenai perkara ini silalah berkongsi di sini. Bantu saya dan rakan-rakan lain agar tak keliru dengan hadis palsu, juga fatwa mengarut yang kian bertambah akhir zaman ini. Pada saya, kenyataan seperti jenazah dalam kubur menangis bila dengar takbir selalunya biasa kita dengar dari mulut orang-orang tua. Orang Melayu lekas buat fatwa sendiri, dan malangnya berpuluh keturunan pula percaya. 

Berbalik kepada kedua-dua soalan tadi, Kalau rujuk semula Al-Quran juga hadis. Tak berdosa, cuma sedikit pelik sebab tak kena waktu pasang. Tak menjadi suatu kesalahan untuk bertakbir raya bukan pada hari raya kerana jika dilihat kandungan di dalam takbir itu sendiri terkandung kalimah-kalimah memuji dan membesarkan Allah Taala sahaja. Namun ia mungkin kelihatan agak janggal pada pandangan masyarakat kerana kebiasaan takbir raya hanya dilafazkan pada hari raya sahaja. 

Sebagaimana firman Allah Taala bermaksud: 

"Orang yang mengingati Allah ketika didalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring. " (Surah ali-Imran: ayat 191). 

Difahami dari ayat Al-Quran yang saya nyatakan tadi (surah Ali-Imran: ayat 191) bahawa kita digalakkan untuk berzikir di dalam sebarang keadaan dan lafaznya tidak pula ditentukan. Dan perlu diketahui bahawa lafaz takbir hari raya itu bukanlah daripada Al-Quran atau hadis Rasulullah S.A.W. bahkan ia adalah dari para ulama. 

Kesimpulannya takbir raya ini dibenarkan pada bila-bila masa sahaja sama juga seperti berzikir dengan lafaz yang lain kerana tiada sebarang dalil dari Al-Quran ataupun hadis Rasulullah S.A.W. yang mengatakan lafaz yang kita kenali sebagai takbir raya itu hanya sah dibaca ketika hari raya puasa atau hari raya haji sahaja. Tak ada yang salah pun pasang takbir raya pada hari biasa. Cuma adat setempat kita orang Melayu yang suka memberat-beratkan perkara yang baik. Lagipun tak ada dalil yang sahih tentang arwah menangis dalam kubur dan sebagainya. Hal ini juga ditegaskan oleh Dr. Danial Zainal Abidin yang menyatakan jenaza menangis dengar takbir itu semua khayalan.  Bab kejadian alam ghaib perlukan nas untuk membuktikannya, tetapi tiada nas yang menjelaskan hal ini. Perkara ini sama seperti zikir Imam Syafie, untuk kita lebih dekat dengan Dia dan Kalau ikut sejarah Islam, orang mula takbir masa baru balik dari Perang Ahzab. 

Ingat, jangan keliru dengan petua atau pantang larang Melayu. Orang tua-tua suka buat pantang larang sebab tak elok masyarakat pandang. Bukan betul pun sebenarnya. Tak elok kita percaya sampai rosak akidah. Contoh anak dara menyanyi kat dapur, nanti besar kahwin lelaki tua. Sebenarnya orang dulu-dulu tak enak tengok anak dara menyanyi di dapur. Macam kurang adab. Jadinya keluar pantang larang yang menakutkan anak dara supaya mengelakkan mereka dari menyanyi di dapur. Malangnya kita yang berpendidikan sekarang ini pula yang melampau-lampau percaya. Jadi samalah  juga dalam kes ini, takbir raya pada bukan hari raya dilihat janggal sebab tak kena waktu. Jadi keluar pantang larang katanya jenazah dalam kubur menangis sedangkan tiada nas yang menjelaskan tentangnya. 


Sahabat, sepatutnya sekarang kita sibuk persiapkan diri untuk Ramadhan yang akan datang. Bukannya terlalu suka nak beraya sampai tak kena waktunya.

 Wallahualam.

Akhir kalam, Terima Kasih pada yang bertanya dan juga yang turut bantu menjelaskan tentang masalah salah faham ini. Moga ilmu ini diberkati dan diredhaiNya. InsyaAllah.

Keep Calm & Prepare for Ramadhan.


Credit :
Adik Zayrin Anira
Saudari Shahzanani Hidayati
Dr. Danial Zainal Abidin



Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
--> indexs12
Read More...

Monday 3 June 2013

Keep Calm and Prepare for Ramadhan

6 Komen
الَلهمَ بلَغنا رمضان
"Allahumma Ballighna Ramadhan".
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka".

Telah berlalu hari demi hari, minggu demi minggu, dan bulan demi bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman, "Allahumma Ballighna Ramadhan". Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Rasulullah SAW.

"Allahumma Ballighna Ramadhan". Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah SAW apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa 

"Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan" (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah SAW dididik dengan tema yang agung ini, "Allahumma Ballighna Ramadhan". Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara, saudari, sahabat saya yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

"Allahumma Ballighna Ramadhan", merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan dahagakan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramadhan kali ini.

Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa "Allahumma Ballighna Ramadhan", boleh amalkan setiap kali selesai solat fardhu 5 waktu atau bila-bila sahaja punyai kelapangan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).

Ilmu
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Dakwah
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.

Keluarga
1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

Jihad
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

Bagi mereka yang belum habis gantikan puasa lalu, terpaksa ditinggalkan atas sebab keuzuran atau lain-lain hal, segera ganti ya.. Dah tak lama lagi Ramadhan nak tiba, takut tak sempat. 

Ramadhan is Loading, Are You Ready?

Tepuk dada, tanya Iman.

Semoga perkongsian ini beroleh manfaat dan diredhaiNya, InsyaAllah

Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
--> indexs12
Read More...

Penampar Filem Pendek "Sebelah Sayap" dari Mat Luthfi

41 Komen
Sahabat pembaca, terima kasih berkunjung ke sini lagi. Nak tanya, pernah tak tonton filem pendek berjudul "Sebelah Sayap (Broken Wings)" karya dan arahan Mat Luthfi di You Tube? Kalau belum tonton, awak boleh klik sini : Sebelah Sayap.

Sebagai salah seorang pelajar yang kini belajar dalam jurusan perfileman (kat mana saya belajar itu lain cerita), pastinya ada sahaja komen yang ingin diutarakan. Saya tak lah tahu sangat pasal filem, bahasa-bahasa filem pun  saya tahu la sikit-sikit. Tapi untuk filem pendek Sebelah Sayap ni, saya lebih tertarik nak bercerita tentang mesej ilmiah terkandung di dalamnya.

Bagai kena penampar ayah saya, memang agak terpukul bila tonton filem pendek ni. Ya, saya selalu luangkan masa untuk tonton video-video karya Mat Luthfi di You Tube. Hebat, sebab tegurannya kena batang hidung sendiri dan mampu buka mata ramai orang. 

Berbalik kepada filem pendek "Sebelah Sayap", tajuknya pun sudah ada makna tersirat. Hanya ada sebelah sayap, mana mungkin mampu terbang tinggi.  Waktu tu kita hanya mampu fikir untuk putus asa, tunggu sahaja di bawah sana dan menanti waktu untuk dibaham binatang buas. Namun kalau punya sokongan dari sekeliling, tak mustahil untuk terbang tinggi dan tinggi lagi. 

Tak mahu ulas panjang, saya yakin kita pasti sependapat. Ayat-ayat yang diutarakan Mat Luthfi seolah buka harapan baru buat kita yang masih merangkak dalam hijrah. 

"Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan" - Mat Luthfi

"At least, kalau hang tak dapat pahala sebab berhenti buat dosa, hang dapat pahala cuba berhenti pun jadilah" - Mat Luthfi 

Kita pandai agama, belum tentu kita selalu betul dan tak boleh ditegur, sekurang-kurangnya dengarlah nasihat. Memang kita hidup atas bumi Allah ini dengan satu matlamat, Syurga Allah. Matlamat kita sama, yang membezakan kita cuma amalan masing-masing. Usah menilai, serahkan segalanya pada Allah. Kita tak boleh tersekat dengan satu perkataan "agama", dan tiba-tiba berkuasa melabel orang lain ikut suka hati. Islam indah, ajar berkasih sayang dan bukannya membenci.

Tak semua orang sama, ada orang boleh berubah hanya dengan dengar satu dua ceramah. Kalau orang tu membesar dalam environtment Islamik, orang tu bolehlah kalau nak tarbiyah dia dengan dalil-dalil. Tapi kalau bagi sesetengah orang, didikan agama dalam keluarga sendiri dah kurang. Tiba-tiba kita pergi ceramah agama yang dia sendiri tak pernah rela nak dengar, silap haribulan dia cakap kita gila. 

Pergi usrah, pergi ceramah sana sini, belum tentu kita hebat. Jangan selesa sangat, beri peluang untuk orang lain berubah. Dakwah bukan setakat ceramah, post Islamik kat twitter, facebook, atau blog. Tapi ada banyak lagi cabang dakwah. Kita kena tunjukkan cara. Islam bukan soal "aku lebih baik, kau hina, so aku tak boleh berkawan dengan kau" tapi Islam soal "mari saya tunjukkan jalan terbaik".

Asal kita semua dari Syurga, jadi sepatutnya kita sama tolong menolong untuk kembali ke sana. Kalau asyik jatuhkan semangat orang. Itu salah. Belajar bagi harapan, peluang, cuba dan cuba lagi InsyaAllah berjaya.

Jangan lupa tonton Sebelah Sayap di YouTube!

Keep praying. 
Keep hoping. 
Keep believing. 
Allah has a plan.





Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
--> indexs12
Read More...

Saturday 1 June 2013

Gelaran-gelaran yang harus kita faham dan siapa yang menerimanya.

6 Komen

Ada yang bertanya akan gelaran yang berbeza-beza untuk para Nabi, para sahabat dan alim ulama. Maka harus kita faham juga ambil tahu gelaran itu sebenarnya khas untuk siapa. Ilmu ini diperoleh dari seorang Ustaz bernama Yusuf. Saya kongsikan ilmunya melalui blog ini selepas dipelajari saya agar kita sama-sama beroleh manfaat. InsyaAllah.

Gelaran-gelaran yang harus kita faham dan siapa yang menerimanya :

1. S.A.W = "sallallahu alayhi wasallam". Gelaran khas dan khusus hanya kepada Rasulullah, ianya bermaksud ucapan selawat ke atas baginda.

Nota tambahan : Ada pendapat dari Sheikh Ali Jumah, katanya 'makruh' menulis selawat kepada Nabi dengan ringkasan seperti SAW. Diharuskan tulis penuh "sallallahu alayhi wasallam". Ini kerana tulisan penuh yang membawa makna memberi pahala bukan sahaja bagi mereka yang membaca, tapi juga untuk kita yang menulisnya. Jika cuma tulis dengan abjad S.A.W, jika mereka yang membaca tidak menyebut penuh. Maka isinya kosong. Tiada ganjaran untuk mereka, juga tiada untuk kita sendiri. Kalau tulis penuh, kita sudah ajak ramai orang berselawat tanpa kita sedar. 

2. A.S = "alaihissalam". Gelaran ini untuk para Rasul dan Nabi Allah, Malaikat-Malaikat dan Imam Mahadi. ianya bermaksud ucapan selawat.

3. 
R.A = Radhiallahu`anha = "Semoga Allah Redha kepada perempuan" gelaran ini untuk para Wanita yang berjuang bersama Rasulullah sallallahu alayhi wasallam. Seperti Isteri-isteri Rasulullah sallallahu alayhi wasallam dan anak-anak baginda

R.A = Radhiallahu ‘anhu = "Semoga Allah Redha kepada lelaki" contohnya, Saidina Abu Bakar Ash-Shiddiq.

R.A = Radhiallahu ‘anhum = "Semoga Allah Redha kepada mereka" contohnya Ali bin Abi Thalib, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan

Nota tambahan : Gelaran untuk Para sahabat yang berjuang bersama Rasulullah SAW : jika perempuan = Radhiallahu anha,  jika lelaki = Radhiallahu anhu, jika mereka maksudnya beramai-ramai = Radhiallahu anhum

4. Rahimahullah = "Semoga Allah Mengasihinya" Gelaran ini digunakan jika kita menyebut nama orang-orang yang dengan ilmunya dalam menegakkan dan membela kalimatullah, membela Islam dan Sunnah. Jika kita menyebut nama Tabi’in, Tabiuttabi’in, para ulama salafus soleh dan seterusnya yang mengikuti jejak mereka, dan telah meninggal terlebih dahulu. Contoh Imam 4 Mazhab.

5. Hafidzahullah = "Semoga Allah Menjaganya". Gelaran ini digunakan jika kita menyebut nama orang-orang yang dengan ilmunya menegakkan dan membela kalimatullah, membela Islam dan Sunnah, dan sampai sekarang mereka masih hidup. contoh Syaikh Ali Hasan Al-Halaby Hafidzahullah

Wallahualam
Sekadar berkongsi, andai ada kesalahan. Mohon teguran nasihat dan tunjuk ajar.
Jazakallahu khairan kasira.
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
--> indexs12
Read More...

Ringkasan Riwayat Hidup Nabi Adam a.s dan Hawa

4 Komen

Sedikit perkongsian ringkas riwayat hidup Nabi Adam a.s dan Hawa 
Ringkasan Riwayat Hidup Nabi Adam a.s :

Nama : Adam Alaihissalam
Dicipta : Setelah Asar Hari Jumaat
Dimasukkan ke Syurga : Hari Jumaat
Tinggal di Syurga : 1/2 jam lebih sedikit waktu syurga bersamaan 43 tahun waktu dunia
Nikah dengan Hawa : Hari Jumaat di Syurga . Maharnya 3 kali berselawat keatas Rasulullah s.a.w
Diturunkan ke Dunia : Pada Hari Jumaat di India
Tinggi tubuhnya waktu diturunkan : Kepalanya di langit dan dua kakinya dibumi
Tinggi tubuhnya di Dunia : 60 Hasta
Tinggal di Dunia : 957 tahun
Wafat : Pada Hari Jumaat dalam usia 1000 tahun


Ringkasan Riwayat Hidup Hawa Isteri Nabi Adam a.s :

Nama : Hawa 
Lahir : Di Syurga dan diciptakan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s
Diturunkan ke Dunia : Di Jeddah
Bertemu kembali dengan Nabi Adam a.s : Di Araffah ( tempat wukuf )
Hamil : (20 kali) tiap kalinya melahirkan dua bayi, kembar lelaki dan perempuan, kandungan pertama Qabil & Iqlima, kandungan terakhir Abdul Mughits & Ummu Mughits.
Wafat : 1 tahun selepas kewafatan Nabi Adam a.s
Kuburnya : Di Baittul Maqdis 
Moga ada manfaat bersama, InsyaAllah
Sumber : Poster Para Nabi dan Rasul Alaihimussalam, Aceh Indonesia
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
--> indexs12
Read More...