Audit Diri : Jom Periksa Solat Kita | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Sunday 20 October 2013

Audit Diri : Jom Periksa Solat Kita

14 Komen







Apakah kita merasa kemanisan solat sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabut ayat 45 tadi? Atau kita berhadapan situasi hebat seperti dibawah ini...

"Solat aku cukup, tapi hati tak tenang"

"Solat aku cukup, tapi mulut tak henti mengata orang"

"Solat aku cukup, tapi maksiat tetap berulang"

"Solat aku cukup, tapi selalu berhutang"


Perkara ini telah disebut oleh Baginda Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

"Sesiapa tidak terhalang kerana solatnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka dia sebenarnya bertambah jauh dari Allah"


Dimana silap kita? Jadi, harini Inche' Asyraf dengan rendah hati nak ajak rakan pembaca termasuk saya sendiri untuk sama-sama kita audit diri. 
Kita bermula dengan usaha memeriksa solat kita. 

Selamat Membaca



SOLAT KITA BUKAN SEKADAR PERGERAKAN ZAHIR



Selepas Allah SWT mengatakan bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Allah SWT mengikat kenyataan tersebut dengan "dan mengingati Allah itu adalah lebih besar". Secara tidak langsung memberi gambaran kepada kita bahawa Allah SWT meletakkan proses hati dalam berhubung dengan Allah itu satu yang amat penting dalam maksud pensyariatan solat.

Menurut Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya, mengatakan bahawa tujuan solat yang lebih besar adalah untuk mengingati Allah. Kemudian barulah tujuan solat itu diisbatkan kepada usaha untuk meninggalkan perkara kemungkaran. Sebab itu al- Imam Ibn Kathir telah mensyaratkan kepada kita tiga perkara asas apa yang dinamakan dengan solat. Dan tidaklah dinamakan solat sekiranya ia tidak menepati tiga perkara asas iaitu, ikhlas, khasy-yah (takut), dan mengingati Allah. Ini kerana ikhlaslah yang mengarah kita kepada perbuatang makruf. Manakalah khasy-yah (takut) pula menghalang kita dari perbuatan mungkar.

Sebab itu perbuatan solat secara zahirnya sahaja bukan penentu atau jaminan seseorang itu meninggalkan mungkar secara pasti. Walaupun ayat ini menyatakan demikian, namun ayat al-Quran perlu diteliti secara keseluruhan. Boleh jadi solat dilakukan tanpa khusyu’, sambil lewa dalam solat, malas bila mengerjakannya, solat dalam keadaan tergesa-gesa malah mungkin ianya dilakukan semata-mata untuk berpura-pura dengan maksud riya’. Sudah pasti solat itu tidak seutuh benteng untuk mencegah kemungkaran.


 
APAKAH SOLAT KITA DILENGAH-LENGAHKAN?

Di dalam Al-Quran diceritakan bagaimana mungkin perbuatan mungkar mampu ditinggalkan secara pasti dengan melakukan solat semata-mata, sedangkan dalam ayat yang lain Allah menyatakan kemurkaan kepada orang yang solat. Ini dapat dilihat pada ayat ke 4 surah al-Maa’un yang bermaksud :

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya”

Ibnu Abbas memberi gambaran bahawa yang dimaksudkan orang yang celaka disini ialah orang-orang yang munafiq. Dimana mereka mengerjakan solat ketika di hadapan banyak orang dan tidak mengerjakannya ketika ia dalam keadaan bersendirian. Samada lalai ketika dalam solat mahupun lalai untuk mengerjakannya pada waktu yang ditetapkan. Pendapat mengenai ayat ini ditegaskan kepada orang yang lengahkan solat juga dipersetujui oleh Masruq dan Abu ad-Dhuha.

Menurut ‘Atha’ bin Dinar pula. Allah SWT telah menggunakan kalimah (‘an) "yang lalai dari solatnya". Allah tidak menggunakan kalimah ( fi ) "yang lalai di dalam solatnya". Ini bermaksud jelas bahawa lalai disini adalah lalai dengan melengah-lengahkan solat.

Di dalam kitab Al-Durr Al-Manthur karangan al-Imam As- Suyuthi mengatakan bahawa, daripada Sa’ad B. Abi Waqash telah berkata: Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang FirmanNya: “(yaitu) orang-orang yang lalai dari (tentang) solat mereka” Nabi SAW telah bersabda: Mereka ialah orang-orang yang melewatkan solat dari waktunya.

Dapat dipastikan disini bahawa salah satu ciri-ciri orang yang munafiq ialah suka melambat-lambatkan solat sehingga di hujung waktu.


Tambahan : Tips Elak Tinggal Solat

 
SOLAT ORANG MUNAFIQ?

Sebab itu bukan semua solat yang dikerjakan oleh orang kebanyakkan itu sudah pasti menghindarkan dirinya dari perbuatan mungkar. Kerana dikalangan orang yang solat juga terdapat orang munafiq. Iaitu orang yang berpura-pura dengan solatnya. Justeru itu tidak menghairankan bapa kepada orang munafiq iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul sendiri pernah solat di belakang baginda Rasulullah SAW.

Gambaran yang lebih jelas telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran. Bagaimana kita mampu mengenali ciri-ciri solat orang yang munafik. Di dalam surah al-Nisa’ ayat ke 142 Allah SWT menyatakan bahawa :

“Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali”


TANDA SOLAT MUNAFIQ IALAH SOLAT DENGAN MALAS

Sebab itu diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih dari Ibn Abbas bahawa dimakruhkan kita melaksanakan solat dalam keadaan malas. Namun hendaklah dikerjakan dalam keadaan wajah ceria, kemahuan yang tinggi dan begitu gembira. Ini kerana ia sedang bermunajat kepada Allah. Sesunggguhnya Allah di hadapannya, mengampuninya dan memperkenankannya jika ia memohon.

Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa Allah sudah pasti tidak dapat ditipu oleh orang munafiq. Malah Allah mengetahui segala rahsia batin. Sebab itu dinyatakan tanda-tanda orang munafiq dalam melakukan ibadah solat. Antaranya ialah jika mereka melakukan solat, mereka akan melakukan dengan malas. Ini kerana di dalam hati mereka tidak mempunyai niat yang betul. Tidak memiliki iman. Malah tidak merasa takut dan tidak memahami maknanya.

Sebab itulah pada zaman Rasulullah SAW, orang-orang munafiq kerap kali kelihatan hanya pada waktu solat Zohor, Asar dan Maghrib. Namun keupayaan mereka tidak memungkinkan mereka untuk bangun dan berjemaah solat Subuh dan Isyak. Ini kerana apabila solat dilakukan bukan dengan kemahuan hati yang ikhlas, maka bila datangnya waktu yang malas, mereka meninggalkannya.

 
SOLAT DALAM KEADAAN RIYA’

Itu gambaran ciri-ciri zahir seorang munafiq dalam melakukan solat. Kemudian Allah menyambung semula ayat 14surah an-Nisa berkenaan dengan ciri-ciri batin yang terdapat di hati seorang munafiq dalam melakukan solat. Allah menyebut, “mereka  riya’ di hadapan manusia”. Iaitu mereka melakukan solat tanpa ada hubungan dengan Allah akan tetapi untuk tatapan manusia.

Dari Imam Ahmad meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa memperdengarkan amalan amal perbuatannya kepada orang lain, maka Allah akan memperdengarkan amal orang itu kepada makhlukNYA serta menghina dan merendahkannya.” 


SOLAT DENGAN TERGESA-GESA

Antara sebab-sebab lain solat itu tidak mampu mencegah kita daripada perbuatan mungkar ialah, apabila ianya dilakukan dengan remeh temeh. Ianya dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Ini jelas pada sambungan ayat sebentar tadi iaitu “Mereka tidak mengingati Allah kecuali sedikit sekali”
Ibnu Kathir berkata, ini kerana ketika solat mereka tidak khusyu’ malah tidak mengerti apa yang diucapkan. Bahkan dalam solat mereka bermain-main serta berpaling dari kebaikan yang ingin dicapai. 

Imam Malik meriwayatkan dari Anas bin Malik ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Itu adalah solat orang munafiq. Itu adalah solat orang munafiq. Itu adalah solat orang munafiq. Ia duduk menunggu matahari, hingga apabila matahari itu berada di antara dua tanduk syaitan, kemudian ia solat (bagaikan burung) mematuk empat kali (solatnya cepat). Mereka tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, kecuali sedikit sahaja”. Hal yang sama diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi dan Nasai’e. 


MARI JADIKAN SOLAT SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI KITA DENGAN ALLAH

Solat adalah satu komunikasi yang sangat baik antara Allah dan manusia. Ia menjadi sebahagian pengikat antara hamba dan makhluk. Bahkan dalam setiap urusan disuruh untuk kita berurusan dahulu dengan Allah, kemudian barulah dengan manusia yang lain. Sekiranya penghubung komunikasi tersebut hanya sekadar acuh tak acuh, mana mungkin perisai kemungkaran itu boleh dihasilkan.

Sebab itu Nabi Muhammad SAW dalam setiap urusan kehidupan akhirat malah urusan dunia sentiasa menyuruh umatnya mendahului dengan solat dua rakaat. Ini dapat dilihat dalam kisah solat istikharah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah maksudnya : Adalah Rasulullah SAW , mengajar kami melakukan istikharah (memohon petunjuk bagi mendapat pilihan yang tepat) pada segala urusan atau pekerjaan. Baginda bersabda apabila seseorang itu ada cita-cita mengenai satu-satu urusan, pekerjaan , hendaklah ia dirikan sembahyang dua rakaat bukan sembahyang fardhu dan kemudian berdoa. ( Riwayat al-Jamaah) 

Setiap perbuatan menggambarkan bahawa proses mengingati Allah itu adalah sebahagian dari kekuatuan pengawalan nafsu dari terus melakukan perbuatan mungkar. Jelas disini, bukti menunjukkan bahawa solatlah sebahagian dari cara yang paling berkesan dalam menghubungkan hati manusia untuk mengingati Allah SWT. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

” Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku.” (Surah Toha : 14)

 
JADIKAN SOLAT TEMPAT MENGADU KESEDIHAN DAN KESUSAHAN

Malah setiap kali menghadapi ujian, cabaran mahupun kesulitan dalam hidup Baginda sepanjang menyebarkan ajaran Islam, Baginda akan mengambil waktu untuk melakukan solat terlebih dahulu memohon petunjuk daripada Allah SWT dan memohon ketenangan jiwa untuk melaksanakan misi Islam. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah : 143)

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka.” (Al-Ma’arij:19-23)

Maka benarlah firman Allah di dalam Surah Al-Mukminun ayat pertama dan kedua, “Sesungguhnya berjayalah orang mukmin, iaitu mereka pada solat yang khusyu’ pada solat mereka”. 

Makin erat hubungan hati manusia dengan pencipta makin berjayalah seseorang itu di dunia dan di akhirat.
 

Justeru, ketepatan amalan solat berdasarkan hadis-hadis yang sahih mengikut tatacara yang tepat dengan sifat solat Nabi SAW perlu dipelajari. Agar solat kita tidak ditolak oleh Allah hanya kerana kejahilan kita memahami sunnah. Dalam masa yang sama, benteng untuk mencegah kemungkaran bukan sekadar pergerakan anggota zahir badan semata-mata. Namun ianya juga berkait rapat dengan hubungan hati. Solat adalah ikatan batin antara manusia dengan Allah. Andai manusia cukup beradab sopan dengan Allah bermula dari saat takbir hingga salam. Mengapakah latihan sebanyak 5 kali sehari itu tidak boleh membentuk jiwa yang beradab sopan dengan Allah sepanjang kehidupan kita.

Janganlah apabila kita melakukan maksiat, maka kita menyalahkan solat kerana ianya tidak mempu menjadi benteng. Tetapi periksalah keadaan solat kita. Adakah ianya benar-benar solat yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Selepas membaca artikel ini, mari tanya diri, 
Apakah kita sudah rasa cukup dengan amal sebelum ini?
Apakah kita cukup yakin Allah SWT dah terima solat kita sebelum ini?
Apa jawapan kita nanti?



Mari audit lagi, mari muhasabah diri. 

Waktu bila kita solat?

1. Solat, tapi bila rasa nak solat je lah, kalau time malas tinggal. 
2. Solat aku cukup lima waktu, tapi solat Subuh selalunya subuh gajah! (solat ketika matahari dah terbit). 
3. Aku solat lima waktu tapi Subuh selalunya diqadha masa solat zohor. 
4. Solat aku cukup lima waktu tapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu Isyak. 
5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja, hari minggu atau cuti umum, solat subuh tu diqadha (tak bangun ler tu). 
6. Solat cukup lima waktu tapi amat jarang atau pun tak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu. 
7. Solat tak cukup lima waktu, tapi solat sunat tarawikh time bulan 
puasa cukup pulak dikerjakan (Dok percaya fadhilat palsu! Haih)
8. Solat cukup lima waktu tapi selalunya di rumah, jarang 
ataupun tak pernah solat jemaah di masjid/surau (bagi lelaki macam aku, Sentap woi!). 
9. Solat cukup lima waktu tapi kurang berusaha jaga kusyhuknya sedar-sedar kita dah bagi salam, kadang-kadang terlupa rakaat ke berapa dah. (Allah terima dak solat gini? Hmm..) 
10. Sentiasa berusaha nak solat di masjid/surau secara berjemaah 
termasuklah solat subuh. (Kalau gini bagus!)
11. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat fardu. (10 Bintang kita bagi kat dia)
12. Solat lima waktu tapi bila demam atau sakit sakit je, dah tak solat dah, qadha bila dah sihat. (Heh.. okei la jugak kalau qadha, tapi ada yang lupa terus)
13. Solat lima waktu tapi bila musafir je naik highway (contoh bila balik 
kampung), solat ditinggalkan alasan R&R penuh! qadha kemudian bila sampai rumah. 
14. Solat sekali seminggu, solat Jumaat sahaja. (Ada ke??)
15. Solat bila ada masalah je.. (Contoh bila dekat nak exam baru kalut cari telekung dan sejadah! Yang ni tak malu)
16. Solat bila orang disekeliling solat sebab malu, kalau tak buat tak tau je. 
17. Solat sebulan sekali tu pun kalau rajin! 
18. Solat setahun sekali, tupun solat sunat hari raya aidilfitri. 
19. Solat seumur hidup sekali, itupun disolat oleh orang bila dah 
meninggal. 
20. Tak pernah solat langsung. Sedar-sedar dah mati! 

Ya, Inche' Asyraf tahu, Allah sayang kita, bila kita tak solat, kita buat maksiat, dia bagi lagi peluang supaya taubat. Taubat sayang taubat! Tapi ingat sayang ingat, Allah jadi benci kita bila kita mati kita tak sempat taubat. Apa kita sedar peluang sebelum ini? Sekarang ini? Bila lagi nak tunggu? Tua nanti? yakin ke hidup sampai tua niiii... confident je kau aeh..

"Inche' Asyraf! kawan saya tak solat tapi dia kaya! kawan dia ramai! Dia selalu pandai, dapat nombor 1 dalam kelas. Saya solat tapi susahhhh..!"

Eh Istighfar! jangan tampar Inche' Asyraf. Awak pernah dengar perkataan istidraj? Istidraj tu ialah pemberian dari Allah yang tak diredhaiNya. Faham? maksudnya Allah bagi nikmat kekayaan, kejayaan, dia pandai, orang suka! tapi Allah tak redha pun hidup dia. Sikit pun Allah tak ambil peduli. Allah biar dia leka dan Allah lupakan dia. Tengok contoh orang kafir yang berjaya, rumah banglo mewah, kereta besar, tapi sembah patung! Nak jadi macam tu ke?? 

Jadi solatlah, mudah-mudahan kita tergolong dalam mereka yang berada dibawah pemerhatianNya. Aamiin!


Sebarang komen, pandangan, dan perkongsian tambahan. Sila tinggalkan diruangan komen untuk rujukan saya.

AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

14 comments:

  1. Solatlah sebelum kita disolatkan.

    ReplyDelete
  2. saya nak share ok entry anda utk dalam blog saya..

    ReplyDelete
  3. It is imperative that we read blog post very carefully. I am already done it and find that this post is really amazing.
    cara menghilangkan darah kotor
    pengobatan lipoma

    ReplyDelete
  4. It is imperative that we read blog post very carefully. I am already done it and find that this post is really amazing.
    obat ginjal bengkak
    obat keloid
    obat benjolan di payudara
    obat infeksi saluran kencing
    obat patah tulang

    ReplyDelete
  5. It is imperative that we read blog post very carefully. I am already done it and find that this post is really amazing. obat leukosit tinggi
    obat keloid
    cara menyembuhkan patah tulang panggul
    obat ginjal bocor

    ReplyDelete
  6. I am happy to be here and this wonderful article. I have found here lots of interesting information for my knowledge I need. all the details you provide to us, it was very helpful and useful, thanks for sharing this

    amazing post.


    Cara menghilangkan benjolan di selangkangan
    khasiat obat herbal
    Cara menormalkan penglihatan yang buram
    Obat herbal Penyakit Kulit
    cara menyembuhkan kejang kejang
    Cara menghilangkan cairan paru paru
    cara menghilangkan benjolan
    Toko obat herbal sapnudin
    Penyebab kelebihan sel darah putih

    ReplyDelete
  7. i read a lot of stuff and i found that the way of writing to clearifing that exactly want to say was very good so i am impressed and ilike to come again in future.
    cara menyembuhkan iritasi mata
    obat luka gangren
    obat benjolan di tangan
    obat tumor
    obat ginjal bocor

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.