Kemunculan Niqabis Gedik? | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
LIKE!
| THANK YOU |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Follow

Friday, 18 October 2013

Kemunculan Niqabis Gedik?

10 Komen

"Menatang apa tu Niqab wahai Inche' Asyraf?"

 “a face veil covering the lower part of the face (up to the eyes) worn by Muslim women” (sumber).

Hang faham dak? Haha, itu definisi aku ambil dari kamus!

Baiklah, Niqab atau Purdah ialah kain yang digunakan untuk menutup sebahagian muka dan hanya menampakkan bahagian mata sahaja. Saya rasa semua sedia maklum, ada pelbagai jenis dan cara pemakaian. Ada purdah arab, purdah melayu etc. Saya tidak berminat untuk mengulas panjang pada definisi dan perincian niqab ini. Saya kira ramai sudah sedia maklum apa itu niqab. Saya juga tidak akan membahaskan hukum pemakaian niqab dan juga khilaf-khilafnya. Kalau ada yang nak tahu jugak boleh baca entri belog akak kita ni (Niqab, Hukum dan Perlaksanaan)

Artikel kali ini lebih kepada pendapat saya sekitar fenomena pemakai niqab. Sebenarnya sudah lama saya menerima puluhan e-mail yang bertanyakan soalan dan minta saya bicarakan tentang fenomena Niqabis yang ada sedikit tergedik-gedik kebelakangan ini. Saya ada balas e-mail tersebut tetapi saya minta mereka nantikan jawapan saya di belog ni.  

"Bukan semua gedik tetapi ada yang gedik!" (Itu kata mereka). Fenomena ini boleh kita kategorikan sebagai penyakit. Ya, penyakit ummah terkini.



Fenomena Gadis Niqab

Sekarang ni saya sendiri pun perasan ramai muslimah-muslimah terutamanya di Malaysia semakin tertarik untuk mengamalkan Islam dalam hidup mereka. Alhamdulillah! Antara yang ketara ialah keinginan untuk memakai niqab atau purdah. Ini merupakan satu penghijrahan yang besar dan anda semua layak untuk mendapat ucapan tahniah! Saya mendoakan anda semua terus thabat dan mujahadah dalam menghidupkan Islam dalam diri. 

Namun begitu, Niqabis gedik juga turut dikesan!

Jeng, Jeng, Jeng!

Saya sebenarnya tak terfikir langsung sebelum ni akan kewujudan Niqabis gedik bla bla bla sebab saya tahu saya pun gedik. EH! haha. Tapi selepas beberapa ketika, berlambak gambar-gambar muslimah berniqab muncul di timeline Facebook atau di Twitter akhir-akhir ini. Benarkah mereka gedik? Ya mungkin ada. Anda nak pose dan gaya yang macam mana? Cakap sahaja, semua ada! Gambar baru lepas makan di restoran dan diupload dengan caption:

"Hihihi..muka baru kekenyangan lepas makan. Alhamdulillahh..rezeki Allah" 
Aw aw aw

-__- 
heh.. Gediknya Patrick itu!



Gedik itu bukan sekitar gambar-gambar sahaja namun turut serta status, ayat-ayat serta cara berinteraksi dengan lelaki ajnabi. Ada yang berbalas-balas komen dengan penuh suasana ‘islamic’ gedik, comel lagi manja. Haih. Dakwah kata mereka. Mungkin ya, mungkin juga tidak.

Ada yang tanya saya!

"Kalau begitu, Adakah Inche' Asyraf seorang yang Anti Niqabis?"

Sama sekali TIDAK! Saya suka dan sayang lagi hormati golongan sebegini.

Tapi dimana silapnya sehingga ramai yang sudah menyedari kemunculan Niqabis Gedik?

Saya pun tidak pasti dimana salahnya. Bagaimana fenomena ini boleh menular dengan laju dalam masyarakat hari ini. Cuma sedikit sebanyak saya tertarik untuk mengaitkan isu ini dengan fenomena cinta islamik yang juga hebat membadai sekarang! Cinta islamik? Wujudkah? Gila Gila

Remaja kita pada hari ini (termasuk Inche' Asyraf) disuap dengan pelbagai bahan bacaan dan tontonan yang berunsur cinta yang kononnya islamik. Buktinya, producer-producer filem juga tidak terlepas pandang akan fenomena menarik ini lalu mereka berlumba-lumba menghasilkan filem-filem cinta islamik dan banyak lagi filem seumpama ini. Ya, memang bagus filem-filem islamik ini andai kena ceritanya. Tapi bagaimana pula dengan pembawaan watak manja-manja, pergaulan melampau seorang muslimah dengan lelaki yang bukan halal untuknya dalam filem sudah disalahertikan oleh penonton? maka besar kemungkinan akan jadi ikutan. Parah!

Artis yang berlakon dalam cerita cinta islamik ramai yang pakai niqab dalam filem. Perkara ini nampak cool dan remaja pun 'eksaited' nak meniru sampai accident. Hurm! Tapi selepas berlakon, saya lihat niqab itu tercabut dari wajah-wajah mereka malah ada pula yang tercabut hijabnya sekali. Sudah jadi buruk agama kita. Apa nilai niqab itu boleh dicabut dipakai ikut suka dek mengejar populariti atau sekadar bahan permainan atau lampin pakai buang???

Remaja kita kini hanyut dalam cinta islamik. Maka mereka cuba mengamalkan islam yang dicorak dan dipandu oleh novel-novel dan kisah-kisah cinta romantik islamik itu. Maka lahirlah niqabis yang update status Facebook mereka berbunyi seperti:

"Kecantikanku ini hanya untuk bakal imamku"

OH!

Gambar koleksi-koleksi buku mereka yang di upload di Facebook juga cukup signifikan menggambarkan ‘bahan tarbiyah’ mereka. Kebanyakannya buku cintan cintun belaka. Cinta tidak salah namun ianya bukan benih yang sepatutnya disemai dalam usaha memahami Islam dan beramal dengannya. Lagi-lagi cinta antara lelaki dan perempuan.


Tambahan: Mungkin kerana terpengaruh dengan novel-novel cinta islamik ini maka mereka memakai purdah untuk menyambut bakal-bakal imam seperti saya (yang suka gadis berniqab). Ok gurau. haha LOL


Pesanan Buat Niqabis

Pertama sekali saya ingin mengatakan bahawa saya kagum tahap dewa dengan tahap mujahadah anda untuk istiqamah dalam memakai purdah. Teruskan dengan keputusan anda itu. Saya akan sentiasa doakan anda semua. InsyaAllah

1) Semoga keputusan anda ini dipandu dengan niat untuk meraih redha Allah semata-mata. Bukan untuk sesiapa atau apa-apa.

2) Anda cantik! “There is no one in this earth more beautiful than a muslim woman who dresses to please Allah.” Ya, anda cantik jika anda lakukan ini semua semata-mata kerana Allah.

3) Jagalah akhlak anda dengan sebaik-baiknya kerana anda membawa imej Islam. Bahkan dengan anda memakai purdah itu, tanggungjawab anda lebih besar dalam menjaga imej Islam itu. Masyarakat akan memandang tinggi anda apabila anda berniqab dan tatkala ada sedikit khilaf atau kesalahan yang dilakukan oleh anda maka ia akan lebih berat dimata masyarakat sekeliling, kerana anda niqabis.

4) Banyakkan membaca bahan-bahan ilmiah yang sepatutnya. Dalami perihal aqidah,akhlak,fiqh dan cabang-cabang ilmu islam yang lain. Novel-novel cinta islamik tu, kurang-kurangkanlah ye. Bukan tak boleh tapi jangan sampai jadikan ‘kitab’ cinta itu rujukan amal anda.

5) Yang terakhir, ayuh kita menjadikan taqwa itu pakaian kita. Kerana itulah sebaik-baik pakaian.

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf, ayat 26).


Tahukah Adik Manis?

Lelaki itu tinggi imaginasinya. Walau hanya dengan melihat gambar anda yang berniqab, tapi akal mereka masih mampu meneka setiap inci dirimu. Memang benar! Melalui gambar, ada yang dapat lihat kurus atau berisinya kamu, tinggi atau rendahnya, malah melalui sebahagian kecil matamu kelihatan sudah cukup mampu menggambarkan kecantikan wajah kamu Hawa!


"EH Inche' Asyraf gilakah? Buka keburukan lelaki!"

Ya, saya gila untuk terus berpesan. Saya tahu sebab saya dalam kalangan mereka! berjalan dan berbual dengan lelaki, lelaki. Normal atau tidak itu kenyataan. Ingat, biar sehebat apapun iman seseorang lelaki itu, biar setinggi mana ilmu agama yang mereka pelajari, namun itu bukanlah jaminan sempurnanya kekuatan iman seseorang itu. Rambut saja sama hitam, tetapi hati lain-lain. Kita tak dapat menduga apa yang ada di dalam hati mereka (termasuk hati saya!). Mata yang melihat sudah tentu akan mendorong akal untuk berfikir tentang gambar perempuan berniqab yang dilihatnya. Akal yang berfikir sudah tentu akan didorong nafsu untuk membayangkan rupamu lebih jauh lagi. Mungkin bukan semua! tetapi itulah kemungkinan yang bakal terjadi andai ada yang tidak menjaga diri.


"Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.”  (HR Bukhari). 
Rujukan: Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.



Pesanan Buat Daie

Saya langsung tidak menyalahkan niqabis yang gedik ini atas apa yang telah mereka lakukan. Namun, saya meletakkan 100% tanggungjawab ke atas para daie di Malaysia khususnya atas apa yang berlaku ini. Ini salah anda. Ini salah saya. Ini salah kita! Pasti ada silapnya pendekatan kita dalam menyampaikan islam sehingga apa yang diterima oleh mereka ialah Islam sebegini. Jangan jadi ostad dan ustadah google, wikipedia. Kena bertanyakan yang lebih arif. Ada bahan yang belum tentu betul melalui internet, termasuk blog Inche' Asyraf ini! Ayuh muhasabah dan perbaiki!


Sebarang komen, padangan atau pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah untuk rujukan Inche' Asyraf. Maaf kalau ada salah.


AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

10 comments:

  1. skrg ni pon sy perasan terlalu byk niqabis yg gedik.
    ramai yg edit gmbr n upload byk2 kt fb, twitter n insta atas alasan nk berdakwah..-_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, apa pun kita doakan yang terbaik. Berlapang dada. Moga Allah redha dengan mereka dan Alalh redha dengan kita. Aamiin :)

      Delete
  2. saya sokong pendapat saudara yang mengatakan mereka menjadikan novel cinta islamik sebagai panduan. sebab saya jumpa org yang mcm ini. bila mereka tunjuk koleksi buku2 mereka, allahul musta'an. tidak ada pun satu buku2 manhaj dan aqeedah.

    dan jgn terkejut kalau saya katakan mereka buat ini semua utk memancing kaum lelaki. akhirnya bertemu jodoh. senang saja. pakai niqob, upload gambar di internet melalui pelbagai cara: twitter (twitter boleh upload gambar ke?, saya tak tahu, tp ni cth), FB (semestinya) dan blog (ni mmg selalu ada, google saja).

    Kadang2 saya ni mmg nakal, suka je tinggalkan komen menegur. ada yang kasar, ada yang ok. Tapi mcm biasa komen saya mestilah tidak approved.

    Pernah jumpa x muslimah yg x pakai niqob pun, tp akhlak sangat terjaga. dia menutup aurat semuanya dan tidak expose pun kat internet. saya penah jumpa juga yg berniqob tp seperti yg disebut oleh anda, dan saya penah jumpa berniqob, tp bagus.

    kesimpulannya mmg niqob ni bagus, yelah dah sunnah. tapi si pemakai yang merosakkannya. ada di kalangan mereka ni mmg kurg ilmu agamanya, walaupun aqeedah. tapi bila pakai org akan anggap mereka ni berilmu. malahan ada saja yang melayan lagu2 k-pop tanpa rs bersalah.

    saya cuma terfikir, jika mereka berjodoh dgn seserg yang 'alim'..sama saja lah kot. laki yang baik x mungkinlah menegur dan intim dgn muslimah non mahram.

    so? they got what they want. But Allah knows best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, syukran atas ulasannya. Ana hargai. Apa pun kita sama-sama doa supaya diberi kesedaran tentang semua ini. Moga Allah redha. Jazakallah.

      Delete
  3. Ana setuju. Memang ramai niqabis yang suka exposed diri dalam laman sosial. Yang tak bestnya, niqabis mcm kami yang tak upload gambar ni pulak yang kena tempiasnya. Sabar aje la. Moga Allah redha segalanya..

    ReplyDelete
  4. Setuju. Jazakallah khair untuk pesanan dan teguran kepada kami. Maafkan ya atas fitnah yang kaum kami taburkan.

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.