Umang-Umang Haiwan Peliharaan Yang Sangat Comel | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Tuesday, 20 August 2013

Umang-Umang Haiwan Peliharaan Yang Sangat Comel

23 Komen

Gambar Hiasan

Banyak sudah entri ilmiah sebelumnya, jadi kali ini izinkan saya untuk share satu benda yang best lagi comel untuk semua iaitu haiwan peliharaan terbaru saya. Kalau sebelum ni Asyraf ada Kucing, Arnab, Hamster, Burung dan Sugar Glider. Tapi kali ni Asyraf tertarik pula dengan sejenis 'siput'.

Apa itu Umang-Umang?

Sebelum tu jom kita berkenalan dulu dengan spesies ni. Pernah dengar nama "Umang-Umang" ? 
Umang-umang atau Kelomang adalah jenis krustasia dekapod yang tergolong dalam keluarga terbesarnya Paguroidea (Wikipedia, 2006). Kebanyakan spesies umang-umang ialah berabdomen panjang dan lembut. Haiwan ini melindungi diri dari ancaman pemangsa dengan memakai sekeping cangkerang kosong yang ditinggalkan haiwan lain. Maksudnya Umag-umang ni bukan siputlah. Tapi Comel kan? Umang-Umang ni asalnya tak ada cengkerang, tapi budak-budak ni 'curi' cengkerang siput lain sebagai rumah atau helmet pelindung. So, umang-umang ni dah nampak macam seekor siput.

Umang-umang selalunya akan pilih cengkerang yang sesuai dengan saiz abdomennya. Hujung abdomen umang-umang disesuaikan agar kuat menggenggam terus kulit cangkerang. Sebaik sahaja bertumbuh besar, umang-umang perlu mencari cangkerang yang lebih besar dan meninggalkan cengekrang yang lama.

Tabiat Umang-umang yang suka mendiamkan diri dalam cangkerang lama ini memberikan nama umang-umang dalam bahasa Inggeris sebagai "hermit crab", ini kerana Umang-umang seolah manusia yang tinggal sendirian dalam gua untuk bertapa.

Sebenanrnya terdapat lebih kurang 1100 spesies umang-umang yang diketahui di dunia, kebanyakannya adalah akuatik dan tinggal dalam air masin dari secetek terumbu karang dan pesisir pantai hingga sedalam dasar laut. Di kawasan tropika pula adanya spesies umang-umang daratan, ada daripadanya agak besar, contohnya Coenobita clypeatus. Umang-umang liar biasanya hidup secara berkumpulan iaitu sekawan 100 ekor atau lebih.

Baiklah dah kenal Umang-umang? Sekarang ini di Malaysia, umang-umang popular sebagai haiwan peliharaan baru. Asyraf pun sebenarnya dah terjebak beli umang-umang ni. Awal tu sumpah takut dan geli nak pegang sebab tengok umang-umang tu rupanya macam labah-labah. Tapi bila tengok cengkerangnya yang diwarnakan semula menggunakan cat jadi comel dan geram pulak. Rupa-rupanyanya umang-umang ni sejenis haiwan yang sangat manja. Kalau kita rajin main dan pandai pegang, umang-umang ini akan memeluk hujung jari kita seolah-olah dia suka dan sangat selesa dengan kita.


Gambar : Umang-umang sewaktu dijual (RM5 Seekor)


Cara memlihara Umang-Umang

Nak bela umang-umang agak mudah sebab kita cuma perlu pastikan pasir dalam aquarium tersebut sentiasa lembap dan sejuk. Adakah umang-umang perlukan air laut ? Ya mereka perlukan air laut tetapi tidak perlu kuantiti yang banyak. Lembapkan pasir umang-umang dengan air tawar pun sudah cukup untuk buat umang-umang anda hidup selesa. Kalau nak umang-umang tu lagi aktif, letaklah dua bekas minuman, satu bekas air tawar biasa dan satu lagi bekas yang diisi dengan air laut atau air masin (Air masin boleh dihasilkan menggunakan garam laut, garam laut ni ada dijual di kedai ikan. Jangan sesekali guna garam untuk memasak). Makanan umang-umang pula ialah terdiri daripada timun, lobak merah yang lembut atau tebu yang sudah dibuang kulitnya. Makanan tu cuma perlu letak dalam akuarium dan tukar dua hari sekali untuk elakkan makanan busuk atau rosak. Cahaya matahari diperlukan untuk memastikan umang-umang sentiasa sihat dan tiada lumut merebak di dalam akuarium (Boleh gunakan lampu akuarium sebagai ganti). 

Hiasan Untuk Akuarium Umang-Umang

Umang-umang sangat suka dan akan menjadi lebih aktif jika akuarium dihias seperti semula jadi. Letak sabut kering atau kayu kering yang bersih sebagai tempat umang-umang masuk berlindung. Tempurung bersih juga membantu. Selain itu hiasan seperti pokok plastik juga boleh diletakkan. Banyak lagi barang hiasan boleh dimasukkan untuk mencantikkan akuarium umang-umang anda. Google InsyaAllah membantu. Hehe. 



Gambar : Contoh hiasan Aquarium Umang-Umang, buat simple je pun boleh lah.


Jangka Hayat Umang-Umang

Walaupun begitu, apa yang menyedihkan saya ialah jangka hayat Umang-Umang tidak lama, jika cara memeliharanya betul, umang-umang mampu bertahan sehingga usia 4-5 bulan. Selepas umang-umang mati, cengkerang mereka boleh disimpan dan cat yang dilukis masih lagi kekal cantik. Walaupun begitu, nasihat saya, kalau sudah beli dan berniat untuk memeliharanya, mestiah dijaga dengan baik supaya tidak menyeksa haiwan comel itu. Lukisan cat atas badan umang-umang tersebut sebenarnya tidak menyeksa haiwan itu kerana cengkerang itu hanya cengkerang tumpangan.

Walaupun lukisan tersebut dilukis untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya membeli, tetapi sebenarnya saya dan rakan-rakan di Universiti juga turut jatuh hati. Gambar kat bawah ni antara umang-umang kitaorang yang masih lagi aktif, manja, comel dan hidup sihat di bawah jagaan kitaorang.


Nama : Bella (Pink), Macha (Biru), Milo (Kuning).


Nama : Buyen Omey (Oren)


Sekian untuk entri kali ini. Jangan lupa beli tau ! 
Nanti share dengan Asyraf gambarnya. 
Tabarakallah, keep calm and rock on. 

Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012- indexs12

23 comments:

  1. macam hermit crab la . nak beli !! tak jual kat blog ke ? kat penang ny mana nak ada . baru tengok je . ingat siput . maaf saya ni agak lembab .

    ReplyDelete
  2. bole tak jual satu kat saya ? nak benda to . comel .

    ReplyDelete
  3. Sy ada jual
    Size
    S
    M
    L

    Memang cute sgt benda ni...nak jaga pun senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jual cengkerang dia tak saiz L? Klu ada whatsapp 0196345845

      Delete
    2. Ada jual cengkerang dia tak saiz L? Klu ada whatsapp 0196345845

      Delete
    3. Ada jual cengkerang dia tak saiz L? Klu ada whatsapp 0196345845

      Delete
  4. Sy ada jual
    Size
    S
    M
    L

    Memang cute sgt benda ni...nak jaga pun senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak beli..blh call or wasap sy +60172514405 ..dah lama cari...

      Delete
    2. Saya nak beli..blh call or wasap sy +60172514405 ..dah lama cari...

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing. Anak baru tangkap umang² dari pantai.

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.