JEREBU : Perkongsian "Doa Minta Hujan" dan Tips Kesihatan Sewaktu berhadapan Masalah Jerebu | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Sunday, 23 June 2013

JEREBU : Perkongsian "Doa Minta Hujan" dan Tips Kesihatan Sewaktu berhadapan Masalah Jerebu

5 Komen
Apa Khabar sahabat ? Alhamdulillah andai masih sihat. Bagi yang kurang sihat, sabar dan harap lekas sembuh. Tambahan pula sekarang musim jerebu. Ramai yang kurang selesa dan sensitif tubuhnya dengan masalah jerebu ini. Termasuk saya sendiri yang dah mula sakit tekak dan sesak nafas. Walaupun begitu, Alhamdulillah kerana Allah masih beri izin dan kekuatan tubuh badan untuk saya belajar juga ke kuliah seperti biasa.

Entri kali ini saya akan kongsikan sedikit doa yang  pada saya boleh diamalkan bersama-sama oleh seluruh Umat Islam di Malaysia, Singapura juga Indonesia dalam mengatasi masalah jerebu ini InsyaAllah. Ianya doa Minta Hujan agar masalah jerebu yang kian kritikal ini akan pulih segera dengan turunnya hujan. Cuaca panas menyebabkan masalah jerebu meningkat dengan begitu cepat dan membahayakan kesihatan kita. Jadi mari sama-sama berdoa pada Allah SWT minta diturunkan hujan di bumi kita. Usahlah merungut marahkan jerebu, tetapi mintalah pada Allah agar dipulihkan semua ini seperti sedia kala. Anggap saja ini ujian dari Allah untuk menguji kesabaran hambaNya. Selalu tenang, istighfar, selawat, jaga solat, InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja. Jadilah Muslim yang bijak. Berhentilah menyalahkan mana-mana pihak. Kita hanya menambah masalah jika asyik menimbulkan isu yang tiada kesudahan. Elakkan dari melakukan perkara yang menyakitkan hati sendiri juga pihak lain. Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu. Sabar, doa dan terus berdoa. Yang penting jaga solat kita.


(KLIK PADA GAMBAR JIKA INGIN BESARKAN GAMBAR)


Selain berdoa, usaha daripada kita sendiri tuan punya badan juga harus dilakukan. Jaga tubuh badan yang sudah diamanahkan Allah SWT kepada kita. Berikut adalah nasihat daripada Dr. Norleen Mohamed daripada MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia


Apa itu jerebu?

Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.

Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?

Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:

1. Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
2. Ozon
3. Gas karbon monoksida
4. Gas nitrogen dioksida
5. Sulfur dioksida


Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan

Apakah Indeks Pencemaran Udara?

IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.

Nilai IPU dan Status :

0 hingga 50 = Baik
51 hingga 100 = Sederhana
101 hingga 200 = Tidak sihat (Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas)
201 hingga 300 = Sangat tidak sihat (Orang ramai terjejas)
Lebih daripada 300 = Bahaya (Orang ramai terjejas)

Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?

Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.

Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.

Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;

1. Kesukaran untuk bernafas
2. Serangan jantung
3. Gatal–gatal pada tekak
4. Gatal–gatal pada mata
5. Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
6. Gatal–gatal pada kulit
7. Batuk
8. Selsema


Kumpulan yang berisiko

Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?

Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;

1. Kanak–kanak
2. Warga emas
3. Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
4. Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
5. Perokok


Langkah Pencegahan

Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?

Tip–tip kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.

1. Kurangkan aktiviti luar.
2. Jangan merokok.
3. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
4. Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
5. Dapatkan nasihat perubatan.
6. Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
7. Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.

Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda

1. Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
2. Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
3. Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.

Siapakah yang perlu saya rujuk?

Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada doktor anda di:

Unit Kesihatan Persekitaran
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan
Malaysia
JAGA DIRI & KESIHATAN ANDA
Terima Kasih
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
--> indexs12

5 comments:

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.