Gelaran-gelaran yang harus kita faham dan siapa yang menerimanya. | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Saturday, 1 June 2013

Gelaran-gelaran yang harus kita faham dan siapa yang menerimanya.

6 Komen

Ada yang bertanya akan gelaran yang berbeza-beza untuk para Nabi, para sahabat dan alim ulama. Maka harus kita faham juga ambil tahu gelaran itu sebenarnya khas untuk siapa. Ilmu ini diperoleh dari seorang Ustaz bernama Yusuf. Saya kongsikan ilmunya melalui blog ini selepas dipelajari saya agar kita sama-sama beroleh manfaat. InsyaAllah.

Gelaran-gelaran yang harus kita faham dan siapa yang menerimanya :

1. S.A.W = "sallallahu alayhi wasallam". Gelaran khas dan khusus hanya kepada Rasulullah, ianya bermaksud ucapan selawat ke atas baginda.

Nota tambahan : Ada pendapat dari Sheikh Ali Jumah, katanya 'makruh' menulis selawat kepada Nabi dengan ringkasan seperti SAW. Diharuskan tulis penuh "sallallahu alayhi wasallam". Ini kerana tulisan penuh yang membawa makna memberi pahala bukan sahaja bagi mereka yang membaca, tapi juga untuk kita yang menulisnya. Jika cuma tulis dengan abjad S.A.W, jika mereka yang membaca tidak menyebut penuh. Maka isinya kosong. Tiada ganjaran untuk mereka, juga tiada untuk kita sendiri. Kalau tulis penuh, kita sudah ajak ramai orang berselawat tanpa kita sedar. 

2. A.S = "alaihissalam". Gelaran ini untuk para Rasul dan Nabi Allah, Malaikat-Malaikat dan Imam Mahadi. ianya bermaksud ucapan selawat.

3. 
R.A = Radhiallahu`anha = "Semoga Allah Redha kepada perempuan" gelaran ini untuk para Wanita yang berjuang bersama Rasulullah sallallahu alayhi wasallam. Seperti Isteri-isteri Rasulullah sallallahu alayhi wasallam dan anak-anak baginda

R.A = Radhiallahu ‘anhu = "Semoga Allah Redha kepada lelaki" contohnya, Saidina Abu Bakar Ash-Shiddiq.

R.A = Radhiallahu ‘anhum = "Semoga Allah Redha kepada mereka" contohnya Ali bin Abi Thalib, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan

Nota tambahan : Gelaran untuk Para sahabat yang berjuang bersama Rasulullah SAW : jika perempuan = Radhiallahu anha,  jika lelaki = Radhiallahu anhu, jika mereka maksudnya beramai-ramai = Radhiallahu anhum

4. Rahimahullah = "Semoga Allah Mengasihinya" Gelaran ini digunakan jika kita menyebut nama orang-orang yang dengan ilmunya dalam menegakkan dan membela kalimatullah, membela Islam dan Sunnah. Jika kita menyebut nama Tabi’in, Tabiuttabi’in, para ulama salafus soleh dan seterusnya yang mengikuti jejak mereka, dan telah meninggal terlebih dahulu. Contoh Imam 4 Mazhab.

5. Hafidzahullah = "Semoga Allah Menjaganya". Gelaran ini digunakan jika kita menyebut nama orang-orang yang dengan ilmunya menegakkan dan membela kalimatullah, membela Islam dan Sunnah, dan sampai sekarang mereka masih hidup. contoh Syaikh Ali Hasan Al-Halaby Hafidzahullah

Wallahualam
Sekadar berkongsi, andai ada kesalahan. Mohon teguran nasihat dan tunjuk ajar.
Jazakallahu khairan kasira.
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
--> indexs12

6 comments:

  1. disable right click??utk apa saudara???saudara tkut ilmu yg mafaat ni dicuri???masyaallah saudara skrg kan mcm2 cara utk enable kan right click ni,paling senang just disable javascript dh blh copy apa yg saudara post ni tp bgaimana org yg ingin berkongsi tulisan saudara ni tp x thu nk enable kan disable right click ni???

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.