Kalau tak couple macam mana nak kenal hati budi dia? | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Tuesday 19 November 2013

Kalau tak couple macam mana nak kenal hati budi dia?

29 Komen
Bismillahirrahmanirrahim. 

Scroll punya scroll e-mail semalam, ada la saya jumpa satu e-mail menarik dari sorang adik tu tanya pasal couple. Bagus! Jadi saya pun teringat nak tulis entri ni dan terima kasih pada adik yang bertanya. Macam ni soalan hamba Allah tu,
 
"Abang Asyraf! Saya nak tanya, couple tu haram kan? Ish, kalau tak couple, macam mana nak kenal hati budi orang tu? Macam mana nak tahu dia baik ke tak? Macam mana nak pastikan dia sesuai dengan kita atau tidak?"
 
Kemudian dia kata lagi,
 
"Kalau bercinta itu hanya selepas kahwin, macam mana kalau lepas kahwin tup-tup tak jadi cintanya. Macam mana? Jawab jawab."


Hahaha, semangat betul dia minta saya jawab. Baiklah, pertamanya, saya suka nak sebut. Saya tak ajar dan tak pernah kata tak ada cinta sebelum kahwin. yang saya kata tak ada "couple sebelum kahwin" Beza dua tu! Macam orang lain dok hingaq kata "oii.. Tak wujud cinta sebelum nikah!" gitu... Tapi harini saya kata ada cinta sebelum nikah. Cuma adik, kakak dan abang semua kena faham, tidaklah cinta tu versi hollywood atau versi drama melayu, atau versi korea atau versi jepun yang kita sering lihat di kaca TV atau realiti kehidupan ataupun dalam novel-novel cinta islamik gituh. Sedak!

Tak couple macam mana nak kenal?
 
Baiklah. Kita masuk balik dalam topik asal kita. Kalau tak couple, macam mana nak kenal?

Sebenarnya, Islam ini tidaklah se'rigid' yang disangka. Islam meraikan fitrah manusia. Macam saya kata ni, maaf cakap "Islam tak haramkan seks". Betul kan? Tetapi Islam mendidik kita untuk meletakkan seks tu pada tempatnya (yakni selepas perkahwinan), agar nasab (salasilah keturunan) manusia terjaga, dan tidak pula manusia dijangkiti penyakit merbahaya. Faham dak? Yang haram tu zina. 
 
Begitulah dalam hubungan lelaki dan perempuan. Islam tidak haramkan langsung. Tetapi Islam mendidik kita untuk meletakkannya pada tempat sepatutnya. Dan couple, bergaul tanpa batas, bukanlah apa yang Islam didik dalam hubungan lelaki perempuan!
 
Kalau kita perhatikan secara jelas, satu-satu organisasi Islam itu, digerakkan oleh lelaki dan wanita. Bersama-sama. Mereka berhubungan. Tetapi dalam batas yang ditetapkan. Tidak pula berlebih-lebihan, dan jauh sekali melanggar hukum syara'.
 
Dalam isu rumah tangga, membina rumah tangga bukan perkara yang kecil. Mustahil di dalam Islam, benda sebegitu besar, disuruh membinanya dalam keadaan gelap. Islam yang indah ini, pastinya mendidik ummatnya agar membina sesuatu yang besar seperti rumah tangga ini, dalam keadaan jelas, keadaan faham, bersedia dan berhati-hati.
 
Maka di antara step dalam membina rumah tangga di dalam Islam adalah ta'aruf, yakni berkenalan.
 
Tetapi, indahnya Islam ini, tiadalah perkenalan itu dilakukan semberono sahaja. Tetapi berjalan dalam keadaan terjaga, bersih, dan menyenangkan. Tidak pula membawa kepada maksiat, dan tidak pula memberikan keburukan.
 
Sekali lagi saya highlight! Tak couple maka tak kenal?
 
Itu pada saya hanya satu ketakutan kita, dalam meninggalkan sesuatu yang kita nampak 'biasa'.
 
Kita biasa nampak orang kalau nak kenal, dia couple dulu. So, bila kita diajak meninggalkan 'kebiasaan' itu, kita risau. Haihh..

Saya memahami kerisauan itu. Tetapi jalan yang kita mahu ambil sekarang adalah jalan yang Allah SWT sarankan.
 
Tidakkah kita membaca firman Allah SWT:
 
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur ayat 30-31).
 
 
 
Kalau benar suka, bergeraklah.
 
Kalau benar suka, jatuh cinta kepada seseorang, selain saya tidak menafikan keperluan kita melakukan Istikharah, berdoa kepada Allah SWT, kita juga perlu bergerak berusaha.
 
Tetapi apakah berusaha ini dengan mengorat??? Tidak!

Bagaimana kita boleh hendak beribadah (rumah tangga adalah ibadah) sekiranya kita memulakannya dengan maksiat kepada Allah SWT?
 
Tetapi apakah ketaatan kepada Allah itu akan merencatkan usaha kita untuk membina rumah tangga ini? Sama sekali tidak.
 
Kalau sudah suka, maka pertama sekali buatlah background checking. Saya amat tekankan perkara ini. Anda kenal dengan siapa yang rapat dengan orang yang anda suka itu? Tanyakan.
 
Saya sendiri, bila jatuh hati dengan perempuan yang saya suka, saya pergi bertanya kepada yang rapat-rapat dengannya. Senior-senior, ustaz-ustazah, keluarga, untuk tahu berkenaan dirinya. Saya hingga pergi berziarah ke rumah perempuan yang saya suka. Berkenalan dengan ibu bapanya. Tinggal masa itu saya tidak nyatakan hasrat saya. Sebab saya sekadar nak tengok, perempuan yang saya suka ini, keluarganya bagaimana. Rumahnya bagaimana. Tapi sayang sebenarnya saya sendiri pun belum buka hati ni untuk sesiapa. Ewah! Belajar dulu ah!
 
Kita perlu ingat, kita perlu dipandu keimanan di dalam hal ini, bukan dipandu rasa. Sebab tu saya, background checking adalah perlu. Kita bukan ikut rasa suka kita semata-mata. Suka, terus nak kahwin. Jangan macam tu. Buat background check dulu.
 
Hang kata hang nak berkenalan kan?
 
Ustaz Dahlan bin Mohd Zain pernah cakap, bila benar-benar nak berkahwin ni, mengintai tingkah laku orang yang kita berkenan itu pun dibenarkan. Sebab, kita nak kahwin dengan orang yang betul-betul menyenangkan kita. Jadi, adalah dibolehkan untuk kita mengintai mereka. Tetapi bukanlah mengintai hingga ke privacy mereka (Itu gatal namanya). Dan dengan syarat, benar-benar untuk berkahwin. Bukan berniat jahat, bermain-main dan sebagainya.
 
Jadi, jelas. Background check. Itu level pertama 'berkenalan' dalam hal nak betul-betul nak berumah tangga ini.
 
Kemudian, bila sudah berpuas hati, rasa dia ok dengan kita, maka buatlah move yang kedua.
 
Iaitu hantar wakil untuk menyatakan perasaan kita kepadanya.
 
Tetapi pun, hal ini, lihatlah kondisi diri.
 
Kalau diri tu masih sekolah, kalau diri itu masih tidak mampu sara hatta diri sendiri (macam saya), ibadah masih tunggang langgang (sila nanges), fikir-fikirlah panjang-panjang. Bukan kita nak halang hasrat nak berkahwin tu. Tapi bersediakah? Kalau yang lelaki nak tanggung dosa-dosa isteri, nak didik isteri ke Syurga abadi? Kalau yang perempuan nak taat pada suami? Bersedia tak?
 
Saya, secara peribadi tak ada masalah kalau bincang dalam bab umur, or bab tak ada duit. Asalkan, saya ulang, asalkan, kita lakukan dulu perbincangan dengan kedua-dua ibu bapa kita, penjaga kita. Yang ada ustaz ustazah yang kamcing dengan kita tu, bawak-bawaklah ustaz ustazah itu juga masuk dalam perbincangan ini. Tanya pendapat. Kalau semua rasa kita sesuai teruskan perkara ini, teruskan!
 
Baik, masuk bab hantar wakil itu semula. Yang lelaki hantarkan wakil, mak ayah, penjaga dan sebagainya. Saya tak galakkan hantar wakil dari kalangan rakan-rakan. Kerana, siapa tahu sejauh mana rakan-rakan anda itu 'jauh lebih matang daripada anda'. Wakil ini, bukan taraf posmen karat. Wakil ini, perlulah dari kalangan orang yang anda boleh percaya dia, yang dia itu boleh tarik anda, perbetulkan anda kalau anda salah. Jadi, saya prefer ibu bapa, penjaga, mas'ul atau mas'ulah, dan yang setaraf dengannya. 
 
Yang perempuan pun sama. Selepas buat background check, hantarlah wakil. Kenapa penting hantar wakil ni? Kenapa tak boleh main pendam saja sampailah tiba-tiba jejaka/puteri idaman hati itu tiba-tiba datang kepada kita?
 
Kalau tak bagitahu, tak make the move, akan ada dua situasi.
 
Situasi 1 : Pendam lama-lama, tup-tup dia tak suka kita pun. Frust sahaja bertahun-tahun bazir waktu. Sedangkan, kalau kita tahu, kita boleh sahaja mula cari yang lain pula. Kan?
 
Situasi 2 : Pendam lama-lama, tup-tup rupanya dia suka kat kita. Tinggal kita lambat buat move, dia kahwin dengan orang lain. Padan muka kita.

So, dah terjawab wahai adik, kakak, abang saya yang dikasihi? haha. 

Asalkan jangan couple. Dah janji dengan Allah. Maka tunaikan!

Sekian dari saya, entri biasa. InsyaAllah akan saya jawab lagi pertanyaan lain dalam artikel seterusnya. Sebenarnya saya dapat banyak soalan pasal couple ni. Ramai tak puas hati awat la depa tak boleh couple. Payah sungguh! tak gitu? hehe. Tak pa,tengok mak ayah kita dulu pun tak couple. Boleh ja kawen. Hang ja kalut! haha. 

Ada yang tanya saya "ada awek tak lagi? ada gf tak?" Dengan yakin saya jawab tak ada. Entri ini pun untuk pesan pada diri saya sendiri supaya tak lupa. Alhamdulillah memang tak rasa nak couple pun. Sayang hati kita ni Allah Taa'la bagi amanah suruh jaga baik-baik tapi kita buat main. 


Setakat ini saja yang saya mampu kongsi. Tinggalkan sebarang komen, pendapat, cadangan, rasa tak puas hati atau perkongsian tambahan anda di ruangan bawah untuk rujukan Inche' Asyraf. 

Terima Kasih !

Wallahualam Bissawab.





AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

29 comments:

  1. Lebih indah andai kita bercinta selepas nikah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pning la yng ckp nikah dulu baru bcinta ni! Hbistu kalau x jatuh cinta mcmmna?

      Delete
  2. nice post acap! btw your blog is sooo cooll~

    ReplyDelete
  3. nice one. mohon kupas isu remaja zaman sekarang. termasuklah couple. pada pandangan anta. terima kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih membaca. InsyaAllah artikel selanjutnya tentang isu couple akan saya update segera. Akhi boleh membacanya nanti.

      Delete
  4. seronokbace and thanks for the information :))

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...terima ksih abg asyraf!...smoga sgala amalan abg dredhai oleh Allah!

    ReplyDelete
  6. Alhmdllh tima kasih post...moga menjadi mafaat kepada kita semua

    ReplyDelete
  7. I love all the posts, I really enjoyed, I would like more information about this, because it is very nice. Thanks for sharing. cara menurunkan leukosit yang tinggi

    ReplyDelete
  8. thank you very useful information admin, and pardon me permission to share articles here may help Obat kanker hati

    ReplyDelete
  9. given article is very helpful and very useful for my admin, and pardon me permission to share articles here hopefully helped Cara menyembuhkan radang amandel

    ReplyDelete
  10. given article is very helpful and very useful for my admin, and pardon me permission to share articles here hopefully helped Suplemen untuk mengatasi daya tahan tubuh lemah

    ReplyDelete
  11. given article is very helpful and very useful for my admin, and pardon me permission to share articles here hopefully helped :

    Cara menghilangkan benjolan di leher sebelah kiri
    Cara mengobati tumor rahim

    ReplyDelete
  12. Given article is very helpful and very useful for my admin, and pardon me permission to share articles here hopefully helped Cara mengobati gatal selangkangan

    ReplyDelete
  13. Given article is very helpful and very useful for my admin, and pardon me permission to share articles here hopefully helped :

    Obat dompo
    Obat kutil kelamin pria
    Obat radang amandel tanpa operasi
    Obat radang tenggorokan pada bayi
    Obat benjolan di kepala

    ReplyDelete
  14. z2n10b1o99 e7f96k4n85 g9m54w1b77 q2b01z6n89 t4u49h6p08 y5f14g1e17

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.