December 2013 | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Wednesday, 25 December 2013

Jom ganti solat!

76 Komen
"Kita ini nak masuk syurga sebenarnya dengan rahmat Allah. Dengan kasih sayang Allah. Kalau diikutkan, amalan kita tidak akan pernah cukup untuk masuk syurga. Tetapi melalui amalan kitalah kita beroleh rahmat Allah."

Bismillahirrahmanirrahim...

Artikel kali ini Asyraf akan kembali fokus kepada isu Solat. Topik yang akan dibincangkan ialah berkenaan dengan Qada' Solat atau Ganti Solat.

Qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya.

Bagi anda yang tidak pernah tinggal solat, Alhamdulillah, anda sangat hebat. Mungkin ada antara kita yang akan tanya. 

"Macam mana kau boleh tinggal solat? Kan wajib tu.." 

Biasalah manusia, ada masa lalu yang masing-masing sendiri malu untuk difikirkan. Zaman jahiliyah yang hitam. Bagi Asyraf, masalah tinggal solat ini merupakan masalah yang sangat-sangat besar dan perlu diambil berat oleh semua orang. Sementara masih di peringkat awal ini. Ada baiknya lekas kita kembali pada Allah Taa'la. 

"Hukuman bagi mereka yang meninggalkan solat?"

Meninggalkan solat itu satu dosa besar. Kalau dalam hudud, orang yang meninggalkan solat secara sengaja adalah satu jenayah yang berat. Apakah hukuman bagi orang tinggal solat dalam hukum hudud? Kalau nak tahu, hukumannya ialah hukum BUNUH. Hukum bunuh dijatuhkan kepada orang yang ingkar dan lalai dalam solatnya. 

Kalau ikut Imam Ahmad, hukuman mati terus dijatuhkan kerana kufur.

Tetapi, mengikut Fuqaha' Mazhab Maliki dan Syafie menetapkan, orang yang meninggalkan solat diberi peluang untuk bertaubat selama 3 hari. Sekiranya tidak mahu, hendaklah dihukum bunuh (potong kepala). Hukum bunuh ini sebagai hukuman had (hudud) bukan disebabkan kafir.

Manakala menurut Fuqaha' Mazhab Hanafi, orang yang meninggalkan solat perlu dipenjara dan disebat dengan kuat sehingga dia menunaikan solat dan bertaubat. Jika tidak, dia perlu dipenjarakan hingga mati.

Jadi jelas disini bahawa orang-orang yang meninggalkan solat fardhu telah melakukan jenayah besar pada diri dan agamanya. Kalau jenayah mencuri pun hanya dipotong tangan. Tetapi solat hukumnya berat, dipotong kepala (bunuh). 


"Adakah wajib Qada/ganti solat yang telah ditinggalkan?"

Ya, mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan tertidur.

Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang. Wajib ke atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah ditinggalkan.
Solat yang ditinggalkan bermula kita akil baligh sehingga sekarang dikira sebagai hutang kita kepada Allah Taa'la. Maka wajib dibayar semula hutang-hutang tersebut sebelum menemui ajal. 

"Saya sudah lama tinggal solat, saya tak ingat berapa banyak solat yang saya tinggal sebelum ini. Adakah wajib ganti semuanya dan macam mana nak ganti semua solat itu?"

Jawapannya, wajib qada' solat yang telah tertinggal itu walaupun sudah lama. Kalau anda tinggal solat selama 40 tahun sekalipun, maka wajib qada' semua solat yang ditinggalkan dalam tempoh 40 tahun tersebut.

Sebenarnya ada dua cara untuk qada' solat, pertama jika anda tahu sebanyak mana bilangan solat yang telah ditinggalkan sebelum ini, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkan itu.

Cara kedua adalah bagi mereka yang tidak tahu dan tidak ingat lagi berapa banyak solat yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, maka buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada. Kemudian qadakanlah solat itu selagi boleh dan berhentilah jika anda sudah yakin solat itu sudah selesai diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas setiap kali selesai solat fardhu, maka lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu dan berdoa moga-moga diterima Allah.

Selain itu anda boleh kira guna kalkulator atau aplikasi di telefon bimbit. Setahu saya ada apps Android (advanced tally counter). Ia memudahkan anda untuk mengira kembali waktu solat yang perlu diqadha.

Saya beri contoh solat yang ditinggalkan selama hampir 21 tahun. Ini bermakna ada 38000 waktu  solat untuk diqadhakan. Ini mengambil kira 5 waktu solat x 21 tahun x 365hari.


"Bagaimana cara untuk niat Solat Qada?"

1.   Solat Maghrib:
"Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala"

2.   Solat Isyak:
"Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala"

3.   Solat Subuh:
"Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala"

4.   Solat Zuhur:
"Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala"

5.   Solat Asar:
"Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala"


"Bilakah waktu yang sesuai untuk Qada solat?"

Sebaik sahaja seseorang itu tersedar daripada lupa atau tidur, maka hendaklah dia tunaikan solat tersebut dengan segera. Begitu juga mengikut jumhur ulama yang mengatakan wajib bagi Muslim mengqada solat yang ditinggalkan dengan sengaja, maka perlu disegerakan qadanya sebaik sahaja dia sedar dan bertaubat.

Waktu solat Qada ini tidak terbatas. Boleh dilakukan bila-bila masa walaupun diluar waktu solat tersebut. Contohnya anda tinggal solat Asar, boleh Qada solat Asar tersebut dalam waktu solat Isyak atau waktu-waktu yang lain.

"Andai kata saya meninggal dunia dan belum sempat habis Qada Solat-solat yang ditinggalkan bagaimana?"

Dalam hal ini, semuanya berbalik kepada Allah Taa'la. Sekiranya kita dijemput kembali lebih awal tetapi kita sudahpun bertaubat. Kita sudah cuba sehabis daya untuk menggantikan solat-solat yang ditinggalkan, InsyaAllah dosa-dosa kita diampunkan Allah. Sebab itu perlunya taubat yang bersungguh-sungguh. Perlunya kerap berdoa memohon keampunan Allah Taa'la dan berdoa agar diterima taubat juga segala amal ibadat kita selama mana hidup di dunia.

Kesimpulannya, adalah wajib bagi saya, bagi anda, dan bagi kita semua untuk qada' atau menggantikan semula solat-solat yang telah ditinggalkan oleh kita sebelum ini. Tiada alasan untuk tidak ambil tahu. Suka saya ingatkan sekali lagi bahawa qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Maka segera ganti solat bila ada kelapangan. Jangan tangguh. Masih ada kesempatan.

Tinggalkan sebarang komen, pendapat, cadangan atau perkongsian tambahan di ruangan komen untuk rujukan saya. Kesudian anda berkunjung ke sini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga ilmu ini Allah redha dan diberkatiNya. 


RUJUKAN TAMBAHAN

http://www.sinarharian.com.my/rencana/tiada-istilah-qada-solat-1.38081
http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/hadis-azab-meninggalkan-solat.html
http://masjidwilayah.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=308:balasan-meninggalkan-solat-lima-waktu&catid=55:ilmiah&Itemid=132
http://insafislam.blogspot.com/2012/03/niat-dan-cara-qadakan-solat-fardhu-5.html
http://jomfaham.blogspot.com/2009/02/hukum-qadha-solat-bacaan-tambahan.html
http://www.slideshare.net/zanshah08/panduan-solatbagipesakitdarijakim
http://www.panduanmalaysia.com/2015/04/hukum-meninggalkan-solat-kerana-malas.html#axzz3j36qFqHJ

AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.
Read More...

Monday, 23 December 2013

Kenapa 'Couple' Haram?

38 Komen
Credit : Life Tumblr

Bismillahirrahmanirrahim...

Artikel kali ini akan membincangkan tentang sebab-sebab kenapa 'couple' itu hukumnya haram dalam Islam. Ramai yang bertanya saya dan mempersoalkan hak mereka sebagai couple. Katanya artikel-artikel couple dalam blog Asyraf ini mengundang pandangan negatif kepada semua couple-couple yang ada di Malaysia. "Semua salah Asyraf! huh.." 

Pertamanya saya minta maaf, tiada niat sedikitpun untuk melukakan hati pihak anda. Adapun saya sentiasa doakan couple-couple di Malaysia ini dimurahkan rezeki agar lekas dapat berkahwin dan hidup bahagia bersama pasangan pilihan anda. Semoga Negara Malaysia terselamat dari musibah dan terus diberkatiNya. Aamiin.

Dush! Dush! Berasap sudah kepala Inche' Asyraf

Kenapa couple haram? Jijik sangatkah couple ini?

Sebenarnya bukan soal jijik, kotor atau sebagainya. Ianya soal tanggungjawab kita kepada Allah Taa'la. Saya tidak melihat tujuan besar kita umat Islam hidup di bumi ini selain tujuan untuk sama-sama berusaha mencari redha Allah. 

Apa dalil yang mengharamkan couple sedangkan Allah ciptakan manusia untuk berpasang-pasangan? 

Ehem, sebelum anda bertanya dalil atau nas yang mengharamkan perbuatan couple ini, nyatakan dahulu kepada saya dalil yang membenarkan anda untuk couple. Bukan mahu berlagak pandai. Saya hanya bertanya untuk kepastian. Jika ada, saya mahu belajar. 

Ramai yang beri rujukan melalui firman Allah SWT  dalam Al-Quran yang bermaksud,

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” (Surah Yasin(36) ayat 36)

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, saya melihat ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. 

Baiklah, sebelum saya lanjutkan kepada larangan yang lebih jelas, mari kita lihat apa itu couple dan dimana tempat couple di dalam Islam? Couple dalam istilah Melayu bermaksud "Pasangan". Perbuatan berpasang-pasangan seperti yang kita tahu dalam Islam menjadi halal apabila pasangan tersebut berkahwin. Tetapi kita perlu faham, budaya couple yang terjadi sekarang bukanlah datang dari ajaran Islam malah tidak pernah dituntut. Budaya couple ini wujud dari ajaran orang-orang Barat (Yahudi) yang mana membenarkan golongan remaja berpasang-pasangan malah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. 

Sebelum ini saya pernah sebut Islam tidak haramkan seks. Ya, memang betul, tapi Islam melorongkan seks itu kepada perkahwinan. Islam tidak haramkan makan dan minum. Tetapi Islam melorongkan makan dan minum itu kepada makanan dan minuman yang halal. Begitu juga cinta, cinta tidak haram. Malah cinta itu fitrah. Tapi Islam mendidik kita untuk meletakkan cinta itu pada tempat yang baik. 

Ada yang cakap,

"Kami couple je, bukan berzina pun!"

"Kami tahu couple haram, tapi kami couple Islamik. Couple yang ikut hukum Islam."

Oleh sebab salah faham beginilah saya tulis artikel ini. Risau dan bertambah risau. Bukan saya cemburu dengan kebahagiaan anda sebagai couple. Tetapi atas rasa tanggungjawab untuk menegur dan menjelaskan supaya semua orang faham kenapa couple itu haram. 

Suka untuk saya ingatkan bahawa tidak pernah wujud istilah "couple islamik" dalam Islam. Kalaupun wujud dalam novel-novel cinta Islamik. Saya rasa itu bukan rujukan yang baik untuk mentarbiyah diri. Kita kena faham, haram itu bukan letaknya pada nama, tetapi letaknya pada perbuatan. Couple itu haram, kalau letak perkataan couple islamik sekalipun, ia tetap haram. Begitu juga riba, kalau ditukar nama kepada "faedah atau upah" sekalipun, ia tetap haram.

Mari kita rujuk firman Allah SWT yang bermaksud,

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). "(Al-Isra' 17:32)

Nampak perkataan yang saya Bold kat atas tadi? "Menghampiri". Kita perlu faham perkataan menghampiri antara lain membawa maksud mendekati. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Allah SWT bukan sahaja melarang kita berzina, tapi menghampiri zina pun Allah larang. Faham tak? Couple itu pun sudah termasuk dalam kategori "menghampiri zina". Kalau kita couple, bermakna kita sudah menapak masuk mendekati zina. Kan dah haram tu.

Anda kata couple Islamik itu halal dan dibenarkan? Halal bagaimana? Kalau anda kata pasangan anda selalu pesan untuk tunaikan solat. Itu belum tentu halal. Kalau anda kata anda dan pasangan anda tidak pernah bersentuhan kulit. Itu pun belum tentu halal. Kenapa?

Sebabnya banyak lagi larangan yang perlu anda ambil berat. Bila dah couple, mesranya sudah lain, layanannya sudah lain, perasaannya pun sudah lain, pergaulannya pun dah jadi lain. Keluar dating? Walaupun tak berpegang tangan, cuma berjalan dan berbual. Anda pasti berdua-duaan. Tidak terjaga ikhtilat dan boleh mengundang fitnah. Fitnah dalam Islam ini pula luas maknanya. Kalau rajin, silakan belajar. Apa pun kesian mak ayah kita tanggung dosa. 

Mari kita rujuk pula Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. 
Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.
Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya seingat saya terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam bab Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Jangan masuk kelas pendidikan Islam belajar cuma untuk SPM sahaja. Fokus untuk hidup. 
Daripada ayat ini tadi jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Saya bagi contoh mudah, bila sudah couple, anda terbayang boyfriend atau girlfriend anda cium pipi anda macam dalam drama TV. Berpeluk macam filem hindustan, makan suap-suap macam drama Korea. Semua perbuatan ini akan mengundang pula kepada zina hati. Zina hati ni anda imagine yang melampau-lampau sedikitpun sudah berdosa. Rosak iman.

SMS, setiap hari kena ucap selamat pagi, nak tidur ucap selamat malam, ada ucapan-ucapan istimewa, romantik lagi mesra, "I Miss U", "I Love U" dan sebagainya. Walaupun cuma dalam SMS (Mesej) di telefon bimbit. Ianya juga sudah membawa kepada zina hati. Tidak terjaga ikhtilat. Sedangkan awak dengan pasangan itu bukan mahram. Boleh berkahwin dan perlu jaga batas pergaulan. Ada maruah bukan?

Apa itu zina hati? Rasulullah SAW jelaskan dalam hadisnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anda boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah SAW bersabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anda buat, anda tetap tak dapat lari daripada zina hati. Tak takut lagi?

"Kenapa Islam larang sangat couple ni? katanya Islam itu mudah, Islam itu indah."

Ya, sebab Islam itu mudah. Islam galakkan anda berkahwin. Sebab Islam itu indah Islam larang couple. Islam jaga martabat dan maruah wanita. Maruah orang perempuan dan juga maruah orang lelaki. Masing-masing berharga. Kenapa kita tak sayang diri? Cuba perhatikan, berapa ramai yang couple kekal sampai berkahwin? Berapa ramai yang couple kemudian clash, kemudian couple dengan orang lain dan clash lagi? Kenapa kita tidak ambil iktibar. Kenapa tak nampak larangan Allah itu semuanya untuk kebaikan kita. Kenapa perlu persoalkan lagi??? Kenapa degil?

"Kami couple, tapi mak ayah kami restu. Boyfriend saya selalu datang rumah. Mak siap masak beri dia makan! Kadang-kadang mak ayah panggil dia menantu. Kenapa awak pula sibuk nak halang?"

Begitu sekali? Kembalilah bertaubat kepada Allah. Anda pun tak boleh meletakkan salah kepada ibu ayah anda 100% dalam permasalahan ini. Boleh jadi ibu ayah anda sendiri tidak tahu akan salahnya membenarkan anak couple. Merelakan anak gadis dibawa ke hulu ke hilir oleh lelaki bukan halal untuk anaknya. Ibu ayah selalunya menganggap itu rakan anda. Sekalipun anda cakap dia 'Boyfriend' anda. Ada ibu bapa yang tak melarang sebab tak tahu ianya salah. Kena sedar, tak semua orang Islam membesar dalam keluarga yang ada didikan agama yang sempurna sejak kecil. Bagi yang kurang didikan agama di rumah, pasti isu couple ini ia seolah suatu kebiasaan yang ditiru oleh masyarakat kita. Couple itu dilihat sebagai budaya yang biasa diamalkan. Sedangkan ia masalah berat dalam konteks agama Islam. Seorang ayah yang merelakan anak gadisnya dibawa keluar oleh lelaki yang bukan halal untuk anaknya ke sana ke sini tanpa ditegur akan mengundang kemurkaan Allah. Rezeki yang diperolehnya tidak berkat. Gaji beribu ringgit masih terasa tidak cukup. Terpaksa berhutang. Itu contoh hilangnya berkat rezeki. Malaikat rahmat juga lari keluar rumah. Ibu Ayah sering bergaduh. Keluarga tak bahagia. Dan banyak lagi masalah akan datang.

Mungkin kita tak nampak salah couple ni sebab masyarakat anggap itu budaya yang kebiasaan. Tapi dalam tak sedar, kita hilang dari pandangan Allah. Allah biarkan kita leka dengan perbuatan itu. Buat masa sekarang, bukan masanya untuk menuding jari ke sana ke mari. Tak perlu salahkan ibu bapa kerana tidak menegur. Ianya berbalik pada kita sendiri. Bagaimana mahu memperbetulkan semuanya? Kita sudah besar. Kenal agama dan kenal diri. 

Mari sama-sama ubah. Kalau dahulu zaman jahiliyah sewaktu zaman Rasulullah SAW ramainya orang menolak dakwah adalah kerana ramai orang yang tidak berilmu, tidak tahu menulis dan membaca. Maka mereka keras menolak dakwah Rasulullah SAW. Tapi hari ini. Zaman jahiliyah berulang lagi. Malah lebih teruk kerana kita boleh membaca, kita ada ilmu. Kita tahu apa itu halal haram. Tapi kita buat juga apa yang Allah larang. Kita tolak teguran, kita persoalkan apa yang telah diharamkan. Sebab apa? sebab kita nak seronok. Nak macam orang lain. Nak bebas.

"Orang yang tahu tidak semestinya sedar, tetapi orang yang sedar pasti akan tahu"

Berapa ramai antara kita yang tahu tentang haram couple, tapi dia tak sedar diri. Jadi dia tetap couple. Tak ambil endah apa orang cakap couple itu haram! Tetapi lain pula orang yang sedar diri bahawa couple itu haram dalam masa yang sama mesti dia tahu apa yang dia perlu buat untuk cari redha Allah. 

Akhir kata, sebagai hamba, pasti kita tahu bagaimana cara untuk melaksanakannya.

Sekian dari saya, maafkan andai ada yang terkurang. Mari jadi hamba Allah yang SEDAR dan TAHU, bukan hanya hamba yang sekadar TAHU tetapi tidak SEDAR. Tinggalkan sebarang komen, pandangan tentang artikel ini, atau rasa marah-marah atau soalan tambahan untuk rujukan saya.

Wallahualam Bissawab.

Credit : Life Tumblr

Kalau anda rajin, mari baca artikel saya sebelum ini tentang couple! InsyaAllah bermanfaat.

1. "Kalau tak couple macam mana nak kenal hati budi dia?"
2. "Couple itu cinta?"



 

AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.
Read More...

Tuesday, 10 December 2013

Bila nak berubah? - I

4 Komen
"...And even if we feel like we don't have anyone in this world to lean on,
there is always Allah s.w.t; who would never leave us alone."
Bismillahirrahmanirrahim...

***
Malam itu Aiman duduk menghadap komputer riba. Tingkap bilik sengaja di buka luas. Angin malam menderu masuk menghembus muka. Selesa. Sejuk angin malam ini. Yalah, petang tadi hujan lebat. Laman sosial miliknya di log masuk. Facebook, Twitter, blog semua diperiksa. Mana tahu kalau-kalau ada berita baru. 'Huh, bosan.' Dalam hati, Aiman merungut sendiri.

Teringat pesan Izwan siang tadi,

"Bila nak berubah? Cepatlah, nanti takut tak sempat..."

"Tak sempat apa kau ni? Bagi aku masa.. aku perlukan masa." Jawab Aiman malas.

Izwan seolah akur. Dia diam. Terus tunduk memandang meja. Sesekali ada juga dia mencuri pandang wajah Aiman. Izwan tahu Aiman tidak suka kalau dia ditegur. Izwan menyambung bicara.

"Tapi Man... aku senang hati kalau dapat tengok kau berubah. Dua bulan lepas kau janji dengan aku kau nak berubah. Tapi sampai sekarang....."

Belum sempat Izwan menghabiskan bicaranya, Aiman terus memotong dengan nada suara yang agak tinggi.

"Sampai sekarang apa??? Sekarang aku munafik? Depan baik, belakang macam Syaitan? Sudahlah Wan. Aku pun dah naik rimas dengan kau. Aku dah tak tahu nak berubah macam mana lagi!" 

Dengus nafas Aiman kuat kedengaran. Menahan marah. Nyata dia benar-benar tidak selesa dengan teguran itu. Rasa seolah diperkecilkan oleh Izwan. Bukan dia tidak berusaha. Selalu sahaja berusaha. Tetapi belum ada hasil. 'Mana boleh berubah begitu cepat. Takkan itupun Izwan tidak tahu!' Rungut Aiman sendiri.

"Aiman, aku minta maaf. Tak ada niat pun nak kecilkan hati kau. Aku sayang kau Man.. Kalau boleh aku nak kita sama-sama berjaya. Lagipun aku yakin kau kuat. Kau sebenarnya lebih baik dari aku. Aku tak pandai berdakwah. Tapi kau ada bakat Man..." Izwan cuba memujuk. 

Aiman hanya mendiamkan diri. Marahnya pada Izwan belum hilang. Tidak sangka Izwan mengungkit lagi hal lama. Biarlah dia dengan caranya. Kenapa Izwan perlu sibuk. Izwan sendiri pun tidak baik mana. Menyampah!

Aiman tahu, keluarga Izwan memang terdidik dengan hal-hal keagamaan. Sangat hebat. Tidak seperti keluarganya yang masih huru-hara. Ibu Izwan, Puan Fatimah. Dia ustazah di sekolah rendah. Ayah Izwan iaitu Encik Mazlan pula orang kuat di masjid. Tidak sah kalau solat berjemaah tidak nampak Encik Mazlan di saf paling hadapan. Tetapi Aiman kenal Izwan, dia sendiri pun bukanlah baik mana. Sudah lama berkawan. Sejak sekolah rendah lagi. Cuma akhir-akhir ini Izwan jauh berubah. Barangkali pengaruh rakan lain di universiti.

"Dulu kau pun nakal juga Wan, tapi sejak kau masuk universiti, kau dah macam pendakwah tak berdaftar pula. Kenapa kau berubah? Takkan sebab girlfriend kot!" Soalan ini terpacul keluar tatkala marah Aiman mulai reda.

Kali ini Izwan pula yang terdiam. Dia mula menarik nafas panjang berulang kali. Entah apa yang difikirkannya. Aiman sabar menanti jawapan balas dari Izwan. Aiman harap Izwan lebih bersikap terbuka.

"Entahlah... Aku.. Aku takut tak sempat..." Ayat Izwan terhenti. 

Suaranya seolah tersekat di kerongkong. Tangan kanan lekas mengusap dada. Sebak. Ada sesuatu yang tidak dapat dilepaskan. Aiman hanya memerhati gelagat Izwan. 

'Drama sangat...' Dalam hati, Aiman membuat kesimpulan sendiri.

Nyata dia bosan dengan Izwan. Langsung tidak dihiraukan kata-kata Izwan tadi. Mahu sahaja dia bangun tinggalkan Izwan di kafe sendiri. Tetapi tidak sanggup pula untuk memperlakukan Izwan sedemikian rupa. Yalah, kawan.

"Kau dari tadi asyik, tak sempat... tak sempat... Apa yang tak sempat? Kau dah nak mati? Baru umur 20 tahun. Panjang lagi masa! Lepaklah dulu." Aiman mula membidas.

Izwan terus diam. Entah bagaimana mahu dijelaskan pada Aiman supaya dia faham. Izwan hanya mahu yang terbaik untuk Aiman. Lagi pula sebelum ini dia pernah berjanji untuk lindungi Aiman. Aiman seolah adik kandungnya sendiri. Tahun ini umur Aiman sudah masuk 18 tahun. Masih muda. Tetapi sudah matang, malah boleh berfikir sendiri. Izwan lebih selesa menggunakan panggilan 'aku' dan 'kau' ketika berbual dengan Aiman. Pastinya itu membuatkan mereka berdua tambah akrab.  

Aiman merenung tajam ke arah Izwan. Dia masih menanti jawapan. Sebenarnya tidak mahu pun mendengar jawapan balas dari Aiman, bosan dengan bebelan sebegini. Tetapi apakan daya perlu juga pasang telinga. Nanti lain pula yang Izwan fikirkan. 

"Aiman, kau tahu apa yang aku maksudkan dengan tak sempat tadi?"

Tiba-tiba sahaja Izwan kembali bersuara. Renungan tajam Aiman tadi lekas dilemparkan ke suatu sudut lain. Malas benar untuk berinteraksi dengan Izwan. Aiman hanya menggeleng perlahan tanda tidak tahu. Ditariknya gelas Teh O' yang sudah cair aisnya. Straw disua perlahan ke bibir. Air teh disedut naik. 'Tawar dah air ni, macam muka kau Izwan!' dalam hati Aiman mengutuk.

"Tak sempat itu kadang-kadang bukan sebab kita yang nak mati, tetapi besar kemungkinan orang yang tegur dan nasihat kita yang akan pergi dulu." Izwan menyambung.

Aiman terkejut dengan kata-kata Izwan. Dia tidak dapat meneka apa yang Aiman cuba maksudkan. Ayatnya terlalu ringkas. Tidak jelas. Nama sahaja pelajar universiti. Tetapi satu ayat pun masih tergagap-gagap untuk dihabiskan. 

"Maksud kau apa, Wan?" Aiman nyata tidak sabar.

"Yalah, pernah kau fikir selama ini siapa yang sayang kau? Mak, ayah, kakak, adik dan abang kau. Kau yakin selamanya mereka akan ada bersama kau? Kau dah puas bahagiakan mak ayah? Mungkin kita boleh tipu mak ayah sekarang. Depan mereka kita jadi baik. Belakang mereka kita buat benda lain. Tapi nanti kalau mak ayah pergi. Tak sempat kau nak jelaskan semuanya. Kau sanggup?"

Bertubi-tubi soalan dilepaskan pada Aiman. Aiman terus tunduk. Pertanyaan Izwan bagai busur yang melepaskan anak panah tepat ke dadanya. Pedih!

Izwan lekas menyambung,

"Kau tanya aku tadi, kenapa aku berubah kan? Inilah jawapannya. Aku pernah disoal perkara yang sama. Sampai sekarang aku ingat soalan maut ni Man. Sakitnya bila fikir orang yang kita sayang selama ini tak sempat tengok kita berubah. Sakitnya hati aku Man, kalau mak ayah aku pergi tanpa sempat dengar penjelasan tentang segala penipuan yang aku sembunyikan selama ini. Sakitnya hati aku bila tak sempat buat mak ayah aku bahagia sebab aku. Kalau atas dunia mak ayah aku percaya aku baik. Akhirat nanti tak sanggup aku didakwa depan mak ayah semata ingin dilihat baik."

Aiman mengangguk perlahan. Dia masih tunduk dan mendiamkan diri. Hanya mampu memasang telinga mendengar penjelasan dari Izwan. Rasa berdosa mula timbul.

"Entahlah Man, aku cuma takut tak sempat. Hari ini mungkin kau boleh dengar teguran membosankan aku ini. Esok belum tentu. Hari ini mungkin kau boleh dengar bebelan mak di rumah, esok belum pasti. Mana tahu Allah jemput balik lebih awal. Sekejap lagi pun aku boleh mati. Sebab tu aku cakap, kadang-kadang tak sempat itu bukan sebab kita nak mati, tapi boleh jadi orang yang tegur kita yang akan pergi."

Izwan menghabiskan ayatnya. Wang kertas RM10 diselitkan rapi di bawah gelas minuman. Aiman hanya diam. Menyesal pun ada. Tetapi lidahnya kelu. Tidak dapat bersuara sepatah pun. Tiba-tiba sahaja Izwan bangun dari tempat duduk. Dihampirinya Aiman. Bahu Aiman ditepuk perlahan.

"Bila nak berubah?" Soalan itu sekali lagi ditanya. 

Namun kali ini nadanya lebih perlahan. Izwan nampak tenang. Dia berlalu meninggalkan Aiman sendiri di kafe. Sempat Aiman berpaling melihat Izwan pergi. Sahabatnya itu menghadiahkan senyuman manis. Aiman terdiam sendiri. Ternyata apa yang diperkatakan Izwan ada benarnya. 

"Abang Eman! Ustazah sekolah Ain suruh Ain beli buku Iqra'. Minggu depan Ain ada kelas mengaji! Macam best je, macam tak sabar je!" Lamunan panjang Aiman mati.

Terkejut dengan jeritan adik bongsunya, Ain. Lemah semangat Aiman. Memang suara Ain yang membuatkan rumahnya tidak pernah sunyi. 

'Nama aku Aiman, nama abang sendiri pun Ain sebut pun tak betul. Hish... Eman pula jadinya.' Aiman ketawa sendiri.

"Tak apa sayang, nanti besok kita ajak Ummi beli Iqra' ya. Nama abang Aimanlah, bukan Eman tahuuu! haha..." Pipi lembut adiknya dicubit perlahan.

Jari kecil Ain tangkas menepis tangan Aiman dan segera berlari keluar dari bilik tidur abangnya itu. Gembira. Dia nampak tidak sabar untuk belajar Iqra'. Terlompat-lompat girang. Baru empat tahun. Usia muda yang perlukan didikan sempurna. 

"Terima Kasih Izwan..." Aiman tersenyum sendiri.


Bersambung....

the One who gave us the brains, the profits, and the titles,
are actually the One who is always able to take them all back.








AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.
Read More...

Monday, 9 December 2013

Adakah hadis "Ummati, Ummati" palsu?

15 Komen
Linked
Bismillahirrahmanirrahim...

Permintaan artikel seterusnya ini saya perolehi melalui wechat. Saudari ini minta bincangkan tentang beberapa kenyataan yang menyatakan lafaz terakhir Baginda Rasulullah SAW "Ummati, Ummati" ketika hampir wafat itu palsu dan direka-reka.

Saya pada mulanya agak berat untuk menulis artikel ini kerana pada saya isu-isu hadis ini sungguh tinggi nilainya. Selayaknya ditanya kepada mereka yang lebih arif. Tetapi memandangkan ramai yang bertanya. Jadi saya siapkan artikel daif ini sebagai ulasan biasa. Pun begitu saya dipandu rujukan-rujukan dari mereka yang lebih arif. Semoga artikel ini membawa kefahaman dan saya harapkan mereka yang lebih arif memberi pandangan penuh anda di ruangan komen untuk rujukan semua, termasuk saya sendiri.

Baiklah, pada saya kekecelaruan ini sudah lama berlaku sebelum ini dan kali terakhir ia menjadi sebutan dan perdebatan hebat seingat saya sekitar tahun 2010. Waktu tu saya pun dok SPM lagi. Lepas sahaja perdebatan isu ini selesai pada tahun tersebut. Semua terus senyap. Namun beberapa hari yang lalu muncul pula satu generasi lagi yang turut berbahas isu sama. Facebook, Twitter penuh dengan kenyataan-kenyataan ini. Ada yang beri penjelasan semberono sahaja, ada yang kupas hadis ikut sedap sendiri, ada yang ulasannya jelas, dan ada pula yang ulasannya buat orang bertambah keliru. Tak kurang ada yang bergaduh. Jadi saya sendiri memandang serius permasalahan ini kerana penyebaran hadis-hadis palsu akhir-akhir ini amatlah menakutkan dan merbahaya. Yang pasti golongan remaja macam kita mudah terpengaruh dan rajin tangan untuk kongsi hadis palsu tersebut tanpa usul periksa.  

Linked
Berbalik pada perbincangan pokok kita, apakah benar cerita dan kenyataan tentang "Ummati, Ummati" itu palsu dan tidak betul? 

Ya, sebenarnya apa yang dinyatakan di laman-laman sosial tentang "Ummati, Ummati" itu sememangnya tiada hadis sahih dan ianya palsu. Pendapat kukuh yang diterima untuk menjawab kekeliruan tersebut, sememangnya Nabi SAW ada menyebut perkataan "Ummati, Ummati", tetapi Nabi SAW sebut kalam tu waktu Baginda Nabi SAW masih sihat. Bukan saat hampirnya wafat seperti yang dihebohkan sebelum ini.

Yang sahih, kalam terakhir disebut Nabi SAW ketika hampir wafat ialah, dalam hadis sahih Nabi SAW menyebut "ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA" (Sahih al-Bukhari). Tiada riwayat yang sahih menyatakan baginda semasa hendak wafat menyebut "ummati, ummati". Perkataan "ummati, ummati" disebut dalam hadis-hadis lain yakni bukan semasa baginda hendak wafat.


إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِىٌّ قَطُّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُحَيَّا أَوْ يُخَيَّرَ » . فَلَمَّا اشْتَكَى وَحَضَرَهُ الْقَبْضُ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِ عَائِشَةَ غُشِىَ عَلَيْهِ ، فَلَمَّا أَفَاقَ شَخَصَ بَصَرُهُ نَحْوَ سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ « اللَّهُمَّ فِى الرَّفِيقِ الأَعْلَى »


(Bahawa tidak seorang Nabi pun yang dicabut nyawanya melainkan diperlihatkan tempatnya dalam syurga. Apabila Rasulullah s.a.w dalam kesakitan dan menghampiri maut, kepala baginda atas peha 'Aishah dalam keadaan pitam. Apabila baginda sedar, matanya memandang ke arah bumbung rumah lalu menyebut: 

"ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA (YA ALLAH! PADA TEMAN YANG MAHA TINGGI)


Jadi adakah benar hadis "ummati, Ummati" itu rekaan syiah? Habis kenapa ustaz/utazah sebelum ini banyak sebut tentang "Ummati, Ummati" dalam ceramah? Apa mereka tidak belajar hadis tu palsu?


Soalan begini banyak muncul di ruangan komen. Masing-masing mula mempersoalkan ceramah-ceramah di Televisyen dan sebagainya sebelum ini yang pernah menggunakan kenyataan sama iaitu "Ummati, Ummati"!

Ada yang cakap Ustaz bukan maksum, ada yang cakap Ustaz moden, ada yang label sesat, pengikut Syiah dan sebagainya.

Minta maaf, saya tidak bersetuju. Saya pun tidak tahu setinggi mana ilmu kita anak muda hingga sanggup melabel ustaz/ustazah yang kita cukup kenal peribadinya sebelum ini "sesat". Agak melampau disitu.

Saya meneruskan rujukan dan memanjangkan permasalahan ini kepada beberapa orang ustaz. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil salah seorang daie kegemaran saya. Ceramah-ceramah beliau sekitar Negeri Perlis menjadi pilihan saya. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Universiti Al-Azhar (1997). Kini bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku-buku agama juga merupakan salah seorang penulis di Telaga Biru Sdn Bhd.

Pertamanya, ramai yang cakap "Ummati, Ummati" tu rekaan Syiah. Sebenarnya jawapan ya atau tidak itu tidak dapat dipastikan secara jelas kerana sebelum heboh tentang permainan kotor Syiah lagi sudah tersebar hadis ini dulu. Maka tidak tahu dari siapa. Yang pasti ianya rekaan. Cuma sekarang sahaja memang jelas sekali hadis-hadis palsu cukup sinonim dengan golongan Syiah. Maka dengan itu perlulah kita berhati-hati. 

Tapi saya tidak pula mendengar secara jelas dan nyata dari ulama mana yang berkata "Hadis ini rekaan Syiah!". Saya belum jumpa dan kalau saudara, saudari pembaca tahu siapa yang cakap. Maklumkan juga pada saya sebab saya nak belajar. Saya tak nak dengar kata-kata itu muncul dari mulut ke mulut tanpa bukti dari siapa. 

Bila saya tanya penuh minat nak tahu "Boleh saya tahu, siapa cakap ini rekaan Syiah? Dari sumber mana?". Jawapan yang saya dapat.

"Ustaz kat TV sekian-sekian yang cakap, bukan saya yang cakap"

"Ada haritu saya dengar dalam ceramah, ustaz tu kata hadis ni Syiah reka, tapi saya lupa bila dan siapa penyampainya"

"Ada akhi seorang tu kat wechat copy paste post ni, jadi saya pun ikut copy paste."

Kalau tidak tahu, tidak ingat dari mana ia datang jangan gatal sebar selagi anda sendiri tak yakin dari sumber mana yang anda perolehi. Bahaya dan sangat bahaya.

Keduanya adakah ustaz/ustazah yang ceramah guna "Ummati, Ummati" sebelum ini tidak belajar dan mereka sesat?
 
Jawapannya tidak, sebelum menghukum seseorang. Ada baiknya bertanya dahulu kenapa dan mengapa penceramah tersebut guna hadis yang lemah dan tidak sahih ini? Kesalahan menggunakan hadis palsu memang tidak dapat dinafikan ada. Cuma tidaklah terus melabel mereka tidak belajar agama dengan betul. Sebenarnya ada beberapa kebenaran yang membenarkan kita beramal dan berhujah dengan hadis dhaif. Jadi sebab itu ada lagi ustaz/ustazah yang masih guna hadis "Ummati, Ummati" dalam ceramah mereka.

Para ulama’ telah berselisih pada keharusan beramal dengan hadith dhaif kepada tiga pendapat:

Pendapat pertama

Tidak boleh beramal dengannya semata-mata samada pada hukum-hakam atau fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu. Ini adalah pendapat Ibnu Arabi Al-Maliki. Sesetengah karangan memasukkan Imam Bukhari, Imam Muslim dan Ibnu Taimiyah di dalam golongan pertama ini. Demikian itu adalah kesilapan besar yang akan kami nyatakan sebab-sebabnya dalam tajuk ulasan pendapat yang pertama.

Pendapat kedua

Boleh beramal dalam semua keadaan apabila tidak didapati hadith yang lain pada sesuatu bab melainkan hanya hadis dhaif. Ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Daud.

Pendapat ketiga

Boleh beramal dengan hadith dhaif pada fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu tetapi dengan beberapa syarat. Ini adalah pendapat jumhur ulama’. Di antaranya Amirul Mukminin Fil Hadith Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Hafiz Imam Nawawi, Imam Al-Suyuti, Al-Hafiz Al-Iraqi, Al-Khatib Al-Baghdadi dan lain-lain. Pendapat ini adalah yang muktamad di sisi Imam Muhaddithin kerana ianya disokong oleh Syeikhul Islam Ibnu Hajar Al-Asqalani. Syeikh Jamaluddin Al-Qasimi pernah menyatakan dalam kitab beliau ‘Qawaid Al-Tahdis’ m/s 113: “”هذا هو المعتمد عند الأئمة Ertinya: “Ini adalah pendapat yang muktamad di sisi imam-imam hadith”. (255-257: (الحديث الضعيف أسبابه وأحكامه)
Sumber : Artikel, Hukum Beramal dan Berhujah dengan Hadith Dhaif, Ustaz Azhar Idrus (Mei, 2013)

Jadi dalam permasalahan ini kita rujuk pendapat ketiga,  
 
1) Para ulama’ dari kalangan muhaddithin dan fuqaha’ dan selain mereka itu berkata: “Harus dan sunat beramal dengan hadith dhaif pada fadhail amalan pada menggemarkan dan menakuti terhadap sesuatu selama hadith itu bukan mauduk”. Adapun hukum-hukum seperti halal-haram, jual-beli, nikah, talak dan lain-lain lagi tidak boleh beramal dengannya melainkan dengan hadith sahih dan hadith hasan kecuali melakukan ihtiyat (berhati-hati) pada perkara tersebut. Apabila hadith dhaif mengenai makruh setengah jualan atau pernikahan maka disunatkan menjauhinya tetapi ia bukan wajib (الأذكار: ص 24،25) (Maksudnya disunatkan beramalkan dengan hadith dhaif iaitu beramal dengan cara meninggalkan atau menjauhi larangan yang difahami daripada hadith dhaif itu) Syeikh Ibnu Hibban di dalam kitabnya (النوائب) meriwayatkan secara marfuk daripada Jabir:

“من بلغه عن الله عز وجل شيء فيه فضيلة فأخذ به إيمانا به ورجاء لثوابه أعطاه الله ذلك وإن لم يكن كذلك”

Ertinya: “Barangsiapa yang sampai kepadanya sesuatu daripada Allah yang memuatkan sesuatu fadhilat lalu ia beramal dengan keimanan serta mengharapkan pahalanya maka Allah memberikan kepadanya yang demikian itu sekalipun sebenarnya bukan begitu”.

2) Dengan itu penerimaan hadith daif yang diperkuatkan dengan sokongan dan riwayat yang lain di dalam perkara menggemarkan, menakutkan, peradaban, sejarah, kisah tauladan dan seumpamanya adalah diperbolehkan. Kerana inilah, Imam Al-Munziri mengumpulkan hadith-hadith tersebut dalam kitabnya (الترغيب والترهيب) Perkara ini adalah ijmak para ulama’ seperti yang di nukilakan Imam Nawawi,Imam Ramli dan lainnya.Bahkan Imam Nawawi menukilkan daripada ulama’ bahawa beramal dengan hadith tersebut adalah disunatkan. (وظيفة الحديث الضعيف: ص 21،22)

3) Segelintir masyarakat mempertikaikan orang-orang sufi kerana beramal dengan hadith dhaif, walaupun disepakati oleh para ulama’ hadith bahawa hadith dhaif sunat diamalkan. Di kalangan ulama’ sufi pula tidak kurang ramainya yang terdiri daripada ulama’ besar dalam bidang hadith. Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh tokoh-tokoh besar sufi seperti Imam Ghazali tidak terdapat di dalam sanadnya perawi yang pendusta. Inilah pendirian yang diambil oleh ulama’ tasawuf. (وظيفة الحديث الضعيف: ص 19)...

Jadi kalau kita lihat kembali hadis "Ummati, Ummati" ini. Banyak ceramah ustaz/ustazah yang kita dengar sebelum ini selalu sebut Nabi SAW sayangkan umatnya, cintakan umatnya, risaukan umatnya! Semuanya mendasarkan pada peribadi yang cukup baik lagi mulia pada Nabi yang kita sanjung Rasulullah SAW. Tidak pula penggunaan hadis ini merosakkan aqidah kita. Yang kita percaya sekarang, Nabi SAW sayangkan kita. Itu betul dan sangat betul. Jadi  disini saya bagi contoh ceramah. Bila kita dengar kisah saat-saat kewafatan Nabi SAW, ada penceramah sebut. 

"Dalam nafas tersekat-sekat, Nabi SAW menyebut kalam "Ummati, Ummati" (Umatku, Umatku). Sayangnya Nabi SAW dekat kita tuan-tuan. Rindunya Nabi SAW dekat kita. Sampai begitu sekali Nabi kita tuan-tuan. Baiknya Nabi dengan kita."

Kemudian kita yang dengar ceramah menangis! Menangis rindukan Baginda Nabi SAW. Maka dengan itu. Kesan rindu kita pada Nabi SAW yang kita peroleh dari ceramah itu saya tak lihat menjadi suatu perkara yang buruk. 

Saya ambil kata-kata dari Ustaz Anwar Hussain,

"Berkenaan penggunaan hadis yang lemah, hadis dhaif ini, kita tidak boleh menggunakan atau mendalilkannya dalam aqidah (dalam beriman kepada Allah SWT atau perkara-perkara yang bersangkut paut pada keimanan kita kepada Allah SWT), maka jika ada kaitan dengan aqidah, tidak boleh guna sama sekali. Keduanya, ia tidak dijadikan dalil bagi hukum-hakam, halal dan haram). Ketiga, kata Imam Nawawi, kita boleh beramal dengan hadis yang dhaif iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan fadhilat-fadhilat amalan"

Maka dengan itu janganlah sewenangnya anda cakap atau tuduh ustaz dan ustazah itu ini. Ada baiknya tanya ustaz dengan ustazah itu terlebih dahulu kenapa gunakan hadis dhaif. Sekurangnya kita boleh belajar. Bila sudah dapat secara jelas. Anda dah faham. Barulah kongsi dengan yang lain. Sekurangnya bila ada orang tanya kenapa dan mengapa? Anda boleh menjawab. Bukannya terus membuatkan orang semua keliru dengan kenyataan-kenyataan sebegitu.
Apa pun, sebagai kesimpulan untuk artikel daif saya kali ini, suka saya ingatkan pada rakan-rakan daie termasuk saya sendiri. Kalau boleh elakkan penggunaan hadis-hadis lemah ini kerana buruk padahnya jika ulas ikut kepala sendiri. Sehabis boleh, sebelum kongsi hadis dengan orang lain. Pastikan ianya sahih. Akhir zaman, macam-macam ancaman untuk agama kita.

Terima kasih pada yang bertanya. Maafkan saya jika ada yang terkurang, terkasar bahasa dan sebagainya. Semoga diredhai Allah.

Tinggalkan sebarang komen, pendapat untuk rujukan saya.
Sekian, Wallahualam, Bissawab.


Kredit Rujukan :
1. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
2. Ustaz Anwar Hussain
3. Ustaz Azhar Idrus
4. Ustaz Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik Ibrahim
5. Ustaz Husin Bin Abdul Kadir
6. Ustaz Muhammad Fuad Bin Abdul Wahab
7. Ustaz Nik Mohd Shahrail Bin Nik Ibrahim
8. Dr. MAZA


AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.
Read More...

Sunday, 1 December 2013

Couple Itu Cinta?

26 Komen
Credit
Bismillahirrahmanirrahim. 

Hai dah jawab salam saya? Kalau sudah anda memang hamba Allah yang Cool lagi Lawa.

Lama sudah saya tak update blog. Bukan tak ada soalan menarik dari pembaca, dan bukan tak ada idea untuk menulis. Cuma agak sibuk minggu ini dengan kunjungan keluarga dan saudara dari Pahang. Apa pun untuk artikel kali ni, sekali lagi saya tertarik dengan hujah-hujah adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang bulatan gembira tentang cintaaaa. Jadi saya terima request artikel kali ini dari seorang abang kita yang tidak mahu namanya disebut di blog melalui Wechat. Terima Kasih sebab bertanya.

Apa pun, artikel saya sebelum ini tentang couple sedikit sebanyak telah mengundang pelbagai pandangan dan luahan rasa dari pihak pembaca kepada saya. Ada yang positif dan ada yang negatif. Tak kurang ramai yang mula mencari tahu latar belakang saya dan keluarga yang kurang baik untuk dipersoalkan. Tak mengapa, tahniah anda memang penyiasat yang hebat. Apa pun saya harap tidaklah dikaitkan tulisan-tulisan dakwah saya selama ini dengan baik buruk peribadi saya dan keluarga. Sungguh saya manusia bukanlah alien atau malaikat untuk suci dari dosa. Maaf andai soalan cepu cemas anda ada yang saya tidak beri jawapan balas di wechat, facebook atau ask.fm. Besar kemungkinan saya tidak selesa dengan 'soalan' anda itu.

Artikel lalu: "Kalau tak couple macam mana nak kenal hati budi dia?"

Credit : Life Tumblr



Baiklah soalan abang yang request artikel di Wechat tu minta saya kupas tentang benda ni...

 "Adakah Couple itu sama ertinya dengan Cinta?"

Kalau anda tanya saya, saya jawab TIDAK.  

"Apakah ada couple sebelum berkahwin?". 

Saya jawab TAK ADA. 

"Apakah ada cinta sebelum berkahwin?". 

Saya jawab ADA. 

"Aek.. apa Asyraf ni, kejap ada, kejap tak ada. Peninglah!"

“Ish macam mana boleh bercinta tapi tak couple?”

Sebelum itu biar saya tanya balik? Cinta dengan couple tu adakah benda yang sama? Nak bercinta, wajib couple aeh? Kiranya kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Gituuuu..?

Patutlah bila saya sebut dalam artikel saya sebelum ni cinta sebelum kahwin tu boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta before nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Sebab dia nampak cinta itu sama dengan couple dan sewaktu dengannya.
 
Tapi saya pula nampak couple itu jauh letaknya di barat, dan cinta itu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun begitulah, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta. Kan?
 
Apa itu cinta?
 
Ewah, macam Professor Cinta pulak kan? Haha. Dah korang asyik tanya bab couple, bab cinta, tu yang saya jadi macam ni. (tak pa na.. saya cakap Kedah. Haha) 

Macam ni, saya tak mau ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa, novel atau mana-mana sumber. Saya buat definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan pandangan yang saya perhatikan selama ini.
 
Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk Syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata dekat dia "Saya cintakan awak". Benda ni anda boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya.  Semua orang la pendek kata.
 
Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata "saya cintakan awak" tadi. So, setakat ni faham apa tu cinta? Suka saya ingatkan sekarang ni kita discuss bab cinta dalam Islam. Bukan cinta Islamik dalam Novel atau cinta dalam drama TV. Jangan dok pening.
 
Okay sambung balik. Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang waras melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau bawa orang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, dipanggil seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorang Pengasih.
 
Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?
 
Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah. Kbye
 
Yang saya kata bercinta sebelum kahwin
 
Cinta itu perasaan. Kita sebenarnya tak tahu bagaimana cinta itu boleh muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali dah ‘tercinta’. Ada yang sebab belajar sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang sebab dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh cinta’ dan sebagainya.
 
Pendek kata, jatuh cinta ini bukan boleh kawal. Jadi, macam mana kita boleh letakkan hukum haram kepada sesuatu yang bersifat ‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar dalam Islam adalah ‘fitrah’.
 
Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.
 
Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.
 
Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam lorongkan semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum adalah makan minum yang halal.
 
Cinta? Saya tidak pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran atau Hadith sahih yang menyatakan perasaan cinta itu perlu ada hanya selepas kahwin. Kalau ada, sila tunjuk pada saya. Saya mahu belajar juga.
 
Maka apa yang saya maksudkan dengan ‘cinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan tidak sama sekali. Jangan keliru.
 
                Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan kat atas tadi.
 
                "Hendak masuk syurga bersamanya."
 
Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah.
 
                Apakah dengan itu kita ‘haram berhubung langsung’?
 
Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang soal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. ^^
                
Untuk saya, itulah namanya ‘cinta sebelum berkahwin’.
 
                Siapa kata tiada? ^^


 
Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.
 
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”
 
    Pernah dengar ayat macam ini? Heh
 
Ini la yang kita namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.
 
Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^
 
      Kalau suka, patutnya bagitahulah (semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitau saja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu saja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Sat nak tanya, siapa la pandai-pandai ajar kalau kita bagitahu dekat orang yang kita suka perasaan kita tu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni? Habaq mai. Geram pulak saya dengar fatwa-fatwa rekaan Professor cinta tak berdaftar dalam laman sosial ni. Satgi korang cakap saya pun sama tak berdaftar.  Haha
 
Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?
 
Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?
 
   USAHA
 
                Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:
 
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.” 
Rekaan siapa ini??????
 
Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?
 
Jadi janganlah ambil fatwa Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.
 
                Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka dia tu, saya suka dia ni. Preparekanlah diri. Buatlah background check (Macam mana nak buat Background check? sila rujuk artikel lalu saya tentang couple). Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.
 
At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.
 
                Kalau pendam sahaja buat apa?
 
                Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.
 
Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.
 
                Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.
 
                Tawakkal Buta?
 
                Jangan sekali.
 
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh torchlight, couple dengan cinta tak sama
 
Credit
Sekarang, saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.
 
        Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.
 
                Cinta sebelum kahwin ada.

"Asyraf dah bercinta sekarang?" Bercinta tu belum, jatuh cinta dulu pernah. Haha. Sekarang malas. Nak belajar. Kbye. Sebarang komen, rasa tidak puas hati, pandangan tambahan mohon tinggalkan dibawah. Besar hati saya jika ada yang sudi tinggalkan pendapat selepas anda membaca. Jangan takut untuk tinggalkan komen. Saya lebih suka ada komunikasi dengan anda. Terima kasih banyak. Maaf kalau ada yang terkurang.

Wallahualam Bissawab



Credit ilmu : Abang Hilal Asyraf

Artikel lalu : "Kalau tak couple macam mana nak kenal hati budi dia?"
 
        

AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.
Read More...