Ramadhan kali ini saintis menemui planet aneh.
Jom baca Entri yang saya kongsikan di bawah.
Terbuktinya kebesaran Allah SWT .
Sekadar informasi, di California dengan menggunakan teleskop angkasa NASA pakar astronomi berjaya menemui sebuah planet “neraka ‘yang bersaiz kecil. Planet itu mempunyai permukaan yang dilitupi oleh lava cair.
Dipetik dari skymania, Sabtu (20/7/2012), planet baru yang diberi label UCF-1.01 terletak di 33 tahun cahaya di kumpulan-kumpulan Leo. Dengan demikian planet tersebut menjadi objek yang paling dekat ditemui di luar sistem suria kita. UCF-1.01 ditemui secara tidak sengaja oleh pasukan antarabangsa yang menggunakan balai cerap Spitzer.
Salah seorang saintis tersebut, Kevin Stevenson dari University of Central Florida mengatakan, “Saya melihat objek kecil yang samar dalam cahaya bintang dan saya ingin mengetahui objek tersebut. Saya tahu jika isyarat-isyarat itu berkala boleh dikatakan bahawa itu adalah sebuah planet yang tidak dikenali.”
Sementara itu, Profesor Joseph Harrington dan mahasiswa Nate Nafsu, yang merupakan sebahagian daripada UCF, melakukan pengamatan ratusan jam dari data yang dikumpulkan Spitzer, wahana Deep Impact, teleskop VLT di Chile serta Teleskop yang berada di Kanada, Perancis, dan Hawaii. Dari pengamatan tersebut mereka mencari gambaran yang lebih terperinci mengenai keadaan planet tersebut.
Mengikut kiraan lebar planet sekira 5.200 batu (8.400 km) dan mengorbit dekat dengan bintang induknya planet tersebut berputar mengelilingi orbitnya hanya 1.4 dari putaran bumi. Kemudian suhu di planet tersebut mencapai 600 celcius.
Sumber: Skymania.com
Copyright Blog Kotak Cerita © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...
( Jawab dalam saya dulu baru baca entri kat bawah ni )
SELAMAT MEMBACA
Apabila tiba hari Akhirat kelak, akan ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita bersamanya. Lelaki tersebut adalah adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah seperti yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Mereka ialah
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji Al-Quran dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup jikalau hanya dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anaknya ke neraka.
"Duhai lelaki bergelar ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang ? Adakah kau mengajarnya bersolat ? Menutup aurat ? Memberi pengetahuan agama secukupnya ? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah menjadi bahan bakar neraka Jahannam."
2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia tetap akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
"Duhai lelaki bergelar suami, bagaimanakah keadaan isteri tercintamu sekarang ? Dimanakah dia ? Bagaimanakah akhlaknya ? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana."
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
"Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas, kau juga akan dipertanggungjawabkan kelak... Jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat. "
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran, memfitnah, mengata dan sebagainya. Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
"Duhai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa, kerana ibu juga insan biasa.. Tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api; neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.
Subhanallah, lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita, bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga tarikannya begitu hebat. maka kaum lelaki bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah SWT
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahli keluargamu daripada api neraka dimana bahan bakarnya adalah manusia, jin dan batu-batu..."
Rujukan : Himpunan hadis dan doa harian.
Copyright Blog Kotak Cerita © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...
Sebelum tu, maaf sangat sebab blog ni sunyi untuk beberapa ketika. Saya sendiri tak sempat nak update blog ni sebab bila je start semester haritu, saya dan rakan-rakan banyak fokuskan pada tugasan yang pensyarah berikan. Maklumlah, dah hampir Ramadhan, pensyarah pula masing-masing cuba mengejar masa untuk mengelakkan banyak tugasan luar seperti pengambaran pelajar terpaksa dilakukan dalam bulan puasa. Mana mungkin dengan tugas yang berat, pelajar-pelajar dapat melaksanakannya dengan baik ketika menunaikan ibadat puasa. Nanti ade pulak yang tetiba bagi alasan uzur. Panjang saya membebel, kali ini saya dengan senang hati ingin kongsikan sedikit ilmu dalam entri tentang kewujudan roh yang saya sendiri peroleh maklumat dari hasil pembacaan saya melalui beberapa laman web dan buku yang ada.
"Benarkah Roh Keluar daripada Jasad Ketika Anda Tidur ?"
Satu soalan ringkas yang belum tentu mampu berjawab dengan lengkap dan tepat. Tetapi dengan sedikit percubaan dan kajian tentang topik ini, jadi saya kongsikan setakat mampu. Semuanya berbalik pada Al-Quran dan Hadis yang mampu menjelaskan segalanya dengan lebih tepat. InsyaAllah sama-sama manfaatkannya. Sedikit pesanan awal, kita sendiri diingatkan supaya tidak mengkaji terlalu mendalam tentang kewujudan roh kerana boleh menyebabkan rosaknya akidah seseorang yang juga mengakibatkan terpesong jauh daripada agama Islam. kita tidak boleh membayangkannya kerana sudah terbukti roh tidak boleh tercapai melalui penguasaan akal manusia. Semuanya hanya Allah yang Maha Mengetahui atas tiap sesuatu. Perkongsian ini adalah sekadar untuk ilmu dan pengetahuan kita bersama agar kita kagum dengan keindahan Islam sebenarnya.
Berbalik pada topik yang dibincangkan, sebenarnya Istilah "roh keluar daripada jasad" wujud dan benar. Namun ianya harus dihuraikan secara teliti untuk mengelakkan berlaku kekecelaruan dalam fahaman agama. Roh keluar dalam dua keadaan iaitu keluar secara sepenuhnya atau keluar secara keseluruhan 100% daripada tubuh. Dalam keadaan ini, roh yang keluar daripada tubuh sepenuhnya akan menyebabkan jasad menjadi kaku dan tidak bernyawa. Dalam istilah lain, seseorang itu meninggal dunia apabila roh meninggalkan jasad secara keseluruhannya.
Tetapi berbeza pula dengan peristiwa di mana, roh meninggalkan jasad secara tidak menyeluruh. Sebenarnya roh dan jasad terikat, apabila seseorang itu tidur, roh dan jasad tidak berpisah seluruhnya tetapi berpanjangan dihidungnya. Ibn Mandah menjelaskan
"Apabila roh keluar ketika tidur, ia berkelana mengikut kemahuan Allah SWT ke segala pelusuk negeri yang berpanjangan dari hidungnya."
Ini membuktikan bahawa roh dan jasad tetap terikat ketika waktu tidur, tetapi hanya roh bergerak ke merata tempat secara tidak mutlak. Maksudnya roh tetap keluar dari jasad. Cuma berkelana atau dengan kata lain keluar secara tidak penuh.
Hadis lain pula ada diriwayatkan oleh Al-Baihaqi daripada Abdullah bin Amru bin al-'As, katanya,
"Roh dinaikkan ke langit semasa tidurnya dan disuruh sujud di Arash. Maka sesiapa yang bersuci maka dia sujud dekat Arash, dan sesiapa yang tidak bersuci maka dia sujud jauh dari Arash."
Hadis ini turut menjelaskan bahawa roh keluar dari jasad ketika tidur. Saya tidak yakin untuk mengulas jauh tentang hadis ini kerana saya sendiri belajar dari sumber-sumber lain seperti buku. Saya letakkan hadis ini adalah sebagai salah satu bukti yang menyatakan bahawa roh keluar dari tubuh ketika tidur.
Pendapat lain daripada Syeikh Izzudin Ibn Abdul Salam katanya,
"Allah melakukan mengikut kebiasaannya kepada roh orang yang masih hidup iaitu apabila ia keluar daripada jasad maka orang itu tidur. Pada ketika itu roh akan melihat apa yang dilihat semasa tidur. Jika roh itu naik sampai ke tujuh petala langit maka apa yang dilihat itu adalah benar kerana tiada jalan bagi syaitan untuk sampat kelangit. Tetapi jika apa yang dilihat oleh roh itu tidak sampai ke langit, maka ia adalah penglihatan yang dicampakkan oleh syaitan. Apabila roh itu kembali kepada jasadnya maka terjagalah tuannya daripada tidur."
Pendapat Syeikh Izzudin ini sebenarnya ingin ditulis dalam sebuah artikel yang mebincangkan topik tentang mimpi, tetapi saya ambil dan masukkan pendapat ini kerana beliau ada menyebut tentang keluarnya roh daripada jasad ketika tidur. Kemana hala tuju roh apabila keluar daripada jasad adalah berbalik pada rujukan melalui Al-Quran sendiri.
Melalui artikel yang sama, Al-Syeikh Al-Suhaimi pula katanya,
"Roh orang hidup itu memberitahu kepada hati akan apa yang dilihatnya."
Hal ini, menjelaskan bahawa, roh orang yang hidup yang keluar daripada jasad ketika orang itu tidur mampu berinteraksi dengan hati untuk memberitahu apa yang dilihatnya. Maksudnya dengan lebih jelas, segala peristiwa yang berlaku setelah roh seseorang keluar apabila jasad orang itu tidur adalah sebenarnya apa yang kita mimpi. Sebab itulah ada pendapat lain yang menyatakan, sebelum seseorang itu tidur, beritahu hati kita apa yang kita hendak lakukan serta inginkan agar kita memperoleh mimpi yang baik dan benar InsyaAllah dan apa yang penting, tidurlah dalam keadaan berwhuduk.
Apa yang saya sebutkan tadi dijelaskan oleh Syeikh Khalil Ibn Syahin dalam kitabnya berjudul Al-Isyarat Fi Ilm Al-Ibarat katanya,
"Barang siapa yang mahu mendapat mimpi yang benar, hendaklah dinyatakan apa yang tersimpan dalam hatinya, kemudian tidurlah dalam keadaan berwuduk di atas lambung kanannya dan menyebut nama Allah, dan membaca doa dan mengharapkan mimpi yang benar."
Namun begitu, kita diingatkan bahawa apabila kita tidur (mati sementara), roh akan keluar dari jasad. Ketika itu, syaitan berpusu-pusu menyambut roh tersebut. Maka terjadilah mimpi mengikut rekaan syaitan. Jika pun mimpi tersebut benar, hanyalah mainan syaitan untuk memporak-porandakan kehidupan manusia. Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw yang ada berpesan.
Dari Abu Qatadah r.a. katanya beliau mendengar Rasullullah bersabda :
"Mimpi yang baik datang dari Allah dan mimpi yang buruk dari syaitan. Maka bila kamu bermimpi buruk, meludahlah ke kiri 3 kali, kemudian berlindunglah kepada Allah dari bahaya kejahatannya, nescaya dia tidak membahayakan."
Jangan keliru dengan topik ini sebab Asyraf ada masukkan sedikit perbincangan tentang mimpi, ia sebenarnya sekadar bahan kukuh untuk memberitahu kita bahawa roh keluar dari jasad ketika tidur dan sebab itu terjadinya mimpi. Ada juga yang memberitahu sebenarnya mimpi itu adalah pembalikan cahaya ketika kita tidur. Tetapi Asyraf kurang yakin dengan pendapat itu kerana banyak hadis dan ayat Al-Quran yang menjelaskan bahawa roh akan keluar meninggalkan jasad tetapi tidaklah roh itu melayang sesuka hati kerana terikat dengan jasadnya. Dan firman Allah swt :
"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir". (Az Zumar ayat 42)
Jika pembaca, meneliti terjemahan pada sebutan terakhir dalam ayat ini,
"Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir."
Ianya menjelaskan kepada kita, sudah jelas menyatakan hamba Allah yang mahu berfikir akan dapat melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan sesungguhnya kita berfikir semampu pencapaian akal kita jangan melebih-lebih.
Sekarang anda faham dan mungkin sama pendapat dengan saya tentang kejadian roh keluar daripada jasad ketika tidur ? Kalau faham sekarang Asyraf teruskan perbincangan tentang kejadian ini dengan lebih luas dan InsyaAllah menarik minat para pembaca kerana perkara yang berlaku pada kita secara kita tidak sedar itu adalah sebenarnya bukti kekuasaan Allah swt.
Apa itu Astral Projection atau Out of body experience ?
(Wah tetiba je kan istilah sains pulak Asyraf keluarkan, HAHA)
Sebenarnya kali ini Asyraf nak simpulkan apa yang Asyraf bincangkan kat atas tadi dengan lebih jelas dan padat InsyaAllah. Rakan-rakan pembaca ada yang masih belum yakin bahawa roh akan keluar dari badan kita semasa tidur atau ada yang mungkin ingin tahu lebih lagi ?. Sini Asyraf beritahu semula bahawa roh kita akan keluar daripada badan untuk menunaikan atau memenuhi sesuatu kehendak kita . Apabila kita tidur dengan lena roh kita akan keluar dari badan dan mencari penyelasaian untuk masalah kita atau mencari sesuatu yang kita inginkan. Proses inilah yang digelar dalam istilah sains "Astral projection"atau ” Out of body experience “. Ianya proses yang sama seperti yang Asyraf nyatakan melalui beberapa hadis dan Ayat suci Al-Quran kat atas tadi.
Saya yakin sangat kebanyakan daripada kita pasti ada pengalaman sebegini, pengalaman pertama yang saya ingin kongsikan ialah, semasa tidur kita bermimpi atau terasa seperti jatuh dari tempat yang tinggi atau jatuh dari katil, lalu bangun dari tidur kerana tersentak dengan mimpi tadi. Ada yang jantung berdegup begitu kencang apabila bangun. Situasi ini sering berlaku apabila badan kita mula sedar sebelum roh kita kembali, apabila roh kita masuk kembali kedalam badan semasa badan kita mula sedar kita akan mengalami mimpi atau pengalaman sebegini.
Pengalaman kedua pula, apabila kita bertemu dengan seseorang atau apabila kita kunjungi sesuatu tempat , kita terasa seperti pernah bertemu dengan orang tersebut atau pernah kita kunjungi tempat tersebut sebelum ini. Kita rasa seolah-olah melakukan benda sama berulang kali. Sama juga kadang-kadang apabila kita lakukan sesuatu , kita terasa seperti kita pernah melakukan benda yang sama sebelum ini. Tetapi kita tidak ingat bila peristiwa yang sebelumnya itu berlaku dan kita tertanya-tanya bila kita bertemu dengan mereka ? Bila kita kunjungi tempat tersebut ? dan Bila kita lakukan perkara tersebut ?. Sebenarnya kita lakukan , kita kunjungi dan kita bertemu dengan mereka semasa roh kita keluar dari badan sewaktu kita lena tidur.
Dalam isu lain pula, pernahkah anda terasa sangat susah untuk kejutkan seseorang yang sedang tidur supaya bangun dari tidur nyenyaknya ? Ini kerana roh orang tersebut berada ditempat yang sangat jauh. Jadi kita sebenarnya dinasihatkan menjaga adab ketika mengejutkan seseorang supaya bangun dari tidur. Kenapa saya bercakap sedemikian adalah kerana, apabila kita menjerit-jerit dan memekik dengan terlalu kuat untuk mengejutkan seseorang, roh yang berada di tempat yang sangat jauh terpaksa kembali dengan pantas bersama jasad. Silap anda jika roh tersebut tidak sempat kembali pada jasad pada waktunya. Apa yang akan berlaku pada rakan anda tadi ? Dan pernahkah anda terasa sangat penat selepas bangun ? Ini kerana roh anda telah melakukan banyak perkara semasa keluar dari badan. Sebab itulah kita dinasihatkan tidur secukupnya supaya badan mendapat rehat yang cukup dan roh makin kuat. Alunan zikir dan bacaan Al-Quran mampu menguatkan roh sesorang. Ianya seolah-olah vitamin tambahan untuk roh.
Ada juga peristiwa dimana, kadang-kandang kita boleh terpandang rupa atau bayang-bayang seseorang yang berada ditempat yang jauh. Kadang-kadang kita boleh dengan suara seseorang yang berada ditempat yang jauh. Kadang-kadang kita akan terlihat rupa seseorang, rupa kanak-kanak atau terdengar suara pada waktu malam atau awal pagi, rupa-rupa tersebut biasanya akan dikaitkan dengan makluk halus tetapi itu adalah aktiviti roh yang telah keluar dari badannya. Namun diingatkan ada juga yang kita lihat secara tidak sengaja itu adalah permainan jin yang sekadar menyesatkan manusia.
Biasanya kita akan dengar suara dan lihat bayangan orang yang sangat menyangi kita. Oleh kerana mereka terlalu sayangi kita , roh mereka akan keluar dari badan semasa mereka tidur dan akan mengunjungi kita. Sama juga dengan roh kita juga akan keluar dari badan ini dan mengunjungi orang-orang yang sangat kita sayangi.
Biasanya Roh kita akan keluar dari badan untuk mencapai beberapa perkara iaitu :
1. Untuk berjumpa dengan roh atau orang lain
2. Untuk berjumpa dengan orang yang kita sayangi
3. Untuk mencari pertolongan atau jawapan
4. Untuk mencari penyelesaian bagi masalah-masalah yang sedang kita hadapi
5. Untuk mencari jalan bagi mendapatkan sesuatu yang diingini
6. Menuju ketempat yang telah kita lalui pada hari tersebut
7. Menuju ketempat yang akan kita lalui pada hari berikutnya
8. Untuk menyelesaikan sesuatu yang kita runsingkan
9. Untuk kunjungi alam roh
Biasanya apa yang di lihat oleh roh kita akan dianggap mimpi oleh diri kita. Sesuatu yang dilihat oleh roh kita tidak semestinya sama dengan alam nyata ini. Alam ghaib sangat berbeza dengan dunia ini. Roh kita mungkin akan melihat sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal kita . Lebih kurang 5 % daripada mimpi kita ialah peristiwa benar yang sedang dilihat oleh roh kita , sama ada dialam roh atau ditempat-tempat lain .
Kadang-kadang ada juga orang yang akan melihat diri mereka sendiri yang sedang tidur . Ini berlaku apabila roh mereka yang telah keluar dari badan , sedang memperhatikan badannya sendiri. Comel kan ? Hebatnya Islam !
Tetapi semuanya berbalik pada kekuasaan akal fikiran, jangan sesekali kita membayangkan bagaimana rupa roh kerana itu boleh menyesatkan. Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Solat dan ibadat-ibadat lain seperti membaca Al-Quran mampu menguatkan roh yang ada dalam badan kita.
Bagaimana mahu kuatkan Roh ?
Roh manusia merupakan perkara yang paling rumit untuk difahami sepanjang sejarah hidup manusia. Ia wujud, tetapi tidak dapat dipastikan di mana letak duduknya dalam badan. Ia terlalu penting dalam hidup manusia, di mana kehilangannya bererti ‘mati’ dan tamatlah riwayat hidup di dunia ini dan bermulalah kehidupan di alam lain iaitu alam barzakh dan alam akhirat.
Roh manusia memerlukan makanan yang khusus iaitu IBADAT dan amalan spiritual seperti meditasi dan bertapa. Ketahanan diri seseorang berkait rapat dengan kekuatan rohnya. Roh yang lemah akan menjadikan seseorang itu mudah alahan dan berundur. Sebaliknya roh yang kuat akan menjadikan seseorang itu tegar dan tahan uji, sentiasa bersemangat dan bertenaga. Roh yang lemah akan menjadikan sesorang itu keletihan selepas bermimpi yang mengerikan, sebaliknya roh yang kuat akan sentiasa menjadikan tuannya segar dan tidak kelesuan. Semasa tidur, roh seseorang akan keluar daripada badan tetapi masih bersambung dengan arus tertentu sehingga tubuh itu diganggu lalu menarik perhatian roh untuk kembali semula ke dalam badan. Kalau roh itu keluar tanpa bersambung dengan badan, berlakulah kematian!
Roh yang keluar secara menyeluruh tidak akan kembali lagi ke badan sesiapa pun termasuklah badan tuannya yang asal. Roh manusia tidak boleh memasuki badan orang lain, samada semasa hayat seseorang atau selepas matinya. Jadi saya nasihatkan jangan percaya pada cerita-cerita bomoh atau dukun yang memberitahu yang mereka hebat dan berkebolehan. Sudah dijelaskan dalam Al-Quran Roh manusia tidak sama dengan roh jin dan malaikat. Jin dan malaikat merupakan jisim halus yang tidak memerlukan tubuh kasar. Manakala roh manusia memerlukan tubuh kasar untuk berfungsi menjalankan kehidupan di alam dunia. Apabila terpisah daripada badan manusia, roh itu akan hidup di alam lain yang bukan lagi alam dunia ini meskipun dunia ini masih ada dan belum kiamat.
Apabila seseorang itu membaca Al-Qur’an, atau solat dengan memenuhi syarat dan rukunnya serta hadir hati, atau berzikir, atau semasa khusyu’ belajar, atau ringkasnya dalam keadaan pasrah serta taat kepada Allah maka rohnya akan meningkat tinggi dan semakin kuat ketahanannya. Begitu pula sebalik itu, atau semasa dalam menderhakai Allah, rohnya semakin lemah dan tidak ada ketahanan diri.
Kepercayaan Hindu bahawa roh manusia yang baik akan menjadi burung merak dan seumpamanya adalah kepercayaan karut. Roh manusia mungkin kembali ke alam dunia ini, namun ia tidak akan memasuki mana-mana jasad samada manusia mahu pun haiwan. Manakala dakwaan mampu memanggil roh untuk hadir kepada si pemanggil, ianya hanyalah satu penipuan besar untuk menakut-nakutkan manusia. Sebenarnya yang hadir itu ialah jin-jin yang dipuja dan diseru, lalu menceritakan pelbagai perkara yang luar biasa dan mengkagumkan manusia. Walhal semua itu hanyalah satu proses menggugat kepercayaan kepada Allah dan alam ghaib yang luhur.
Seseorang yang hampir kepada Allah adakalanya diperlihatkan melalui rohnya perkara-perkara yang luar biasa, perkara yang tertutup kepada kebanyakan orang biasa, perkara yang belum terjadi (namun tidak berlaku dengan ada tanda-tanda yang pasti), dan perkara-perkara di alam barzakh. Begitulah ‘karamah/ keramat’ yang berlaku bagi kekasih-kekasih/ wali Allah.
Semasa akhir hayat manusia, rohnya akan dicabut oleh Malaikat Maut melalui ubun-ubunnya yang menyebabkan matanya turut membeliak (membelalak/ terbuka luas) ke atas semasa roh keluar tersebut. Begitulah roh, perlu disegarkan dengan ketundukan dan kepatuhan kepada Allah, dan boleh lemah oleh dosa dan kederhakaan kepadaNya. Nauzubillah.
Akhir kata, perkongsian ilmu saya dalam entri kali ini hanyalah sekadar perkongsian biasa. Semua yang tepat adalah berbalik pada Al-Quran dan Hadis. Sama-sama kongsikan entri ini di facebook atau twitter rakan pembaca. InsyaAllah semoga Allah memberkati kita semua.
Sebarang komen, pendapat atau perkongsian tambahan, tinggalkan komen di ruangan bawah. Yang baik itu datang daripada Allah swt dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri. Sekian Anak Khalib berkongsi untuk blog Kotak Cerita kali ini.
Rujukan :
1. http://rahsiaalam.com
2. http://islamdaniman.blogspot.com
3. http://diamdotcom.blogspot.com
4. http://halaqah.net
5. Don't Be Sad (Jangan Bersedih)
6. Kesempurnaan Solat
Copyright Blog Kotak Cerita © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
--> indexs12
Read More...
"WELCOMING FiTA"
Stop Motion Project
Fakulti Filem, Teater dan Animasi
(Introduction to Animation)
SCREEN
SELAMAT MENONTON
Durasi : 1.09 saat
Pensyarah : Miss Hajar Aznam
Pelajar : Mohammad Asyraf Bin Khalib
Cut Out Stop Motion
Ini kenangan. Hasil kerja individu.
Animasi menggunakan Potongan Kertas (Cut Out Animation)
Stop Motion Technique
Copyright Blog Kotak Cerita © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012- indexs12
Read More...
"Anda rasa anda ibu bapa yang baik bila anda sanggup memasang lampu ketika anak anda tidur dengan tujuan mengelakkan anak anda rasa takut ketika tidur di malam hari ? Sebenarnya ada perkara yang lebih penting perlu anda tahu. Baca entri dibawah ini. Insyaallah sekadar perkongsian Ilmu."
Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.
Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.
Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.
Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan. Wallahu’alam
Sumber : http://www.lamankongsi.com
Copyright Blog Kotak Cerita © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...
Dah Jawab salam saya tadi ? Okay awak memang Awesome.
Bismillah, permulaan entri untuk 3 Jun 2012. Kali ini saya nak cakap tentang Blog, Kalau entri sebelum ni tentang Twitter Facebook, apa salahnya saya selitkan sedikit entri tentang blog. Memandangkan Semakin hari Viewers Blog saya dah makin ramai, syukur sangat, dengan bantuan dan sokongan rakan-rakan serta semangat yang ada, kali ini Blog Kotak Cerita akan terus saya update dari masa ke semasa. Maaf la, Blog saya tak secantik dan tak secomel blog yang lain yang penuh dengan hiasan widget dan pelbagai icon-icon comel yang muncul menghiasi blog diorang... Tapi saya tetap ada semangat untuk terus jadi salah seorang blogger bagi berkongsi Ilmu Allah swt. Panjang saya membebel dengan mukadimah yang membosankan ? HEHE. sekarang sudi-sudilah baca entri tentang Blog cantik atau Kandungan mantap ? yang mana lebih penting ?
" Blog Cantik Bukan Tiket Utama Untuk Perolehi Pengunjung Yang Ramai"
Walaupun saya masih baru dalam dunia blogger, ada sedikit pemerhatian saya lakukan setahun sebelum saya mula aktifkan blog ini. Saya suka menggeledah beberapa blog dan memerhati perjalanan blog dari masa ke semasa. Sememangnya hobi membaca dan menulis memaksa saya untuk terus meneliti beberapa kelainan pada blog-blog yang wujud dalam alam maya ini. Ada blog yang begitu ceria dengan hiasan icon comel yang sememangnya menarik minat sesiapa sahaja untuk berkunjung, tidak dinafikan, blog tersebut mendapat kunjungan ramai pembaca dan pelawat. Saya sendiri terpukau melihat blog tersebut dihias cantik, namun sambutan pelawat untuk blog itu makin berkurangan dari hari ke hari. Saya cuba memerhati perubahan drastik bilangan pengunjung blognya.
Sedikit mengejutkan apabila mendapati punca utama blog tersebut kurang mendapat sambutan ialah perkongsian entri di laman blognya agak membosankan. Beberapa blog berunsur diari online mudah hilang sambutan jika tidak dipraktikkan dengan baik supaya mendapat pelawat yang setia. Apa yang saya maksudkan adalah blogger yang suka menulis entri tentang kisah hidupnya. Tidak dinafikan ada blog yang menulis entri sebegini selalu mendapat sambutan ramai, tetapi bagaimana pula dengan blog yang tidak mendapat lawatan masuk ? adakah blog diorang kena sihir ??? HAHA. sebenarnya tidak, teknik menulis entri juga memainkan peranan penting untuk meraih lawatan masuk pembaca setia. Jika entri terlalu formal dan membosankan, pelawat akan berfikir 10 kali untuk melawat blog anda lagi untuk kali keduanya.
Bagi blog yang banyak mengutarakan entri berbentuk fakta, saya rasa sambutan blog sebegini cukup ramai tambahan pula bgai blog-blog yang khaskan satu-satu isu. Contohnya blog tentang haiwan peliharaan akan mendapat kunjungan tanpa henti peminat haiwan peliharaan. Mana tahu ada juga haiwan peliharaan sendiri yang dengan tiba-tiba melawat blog tersebut (bergurau) HEHE. Jadi sememangnya hiasa blog tidak menjadi batu asas atau tiket utama untuk meraih pengunjung.
Sepanjang pemerhatian saya, blog yang lebih ringkas akan mendapat sambutan ribuan pengunjung kerana blog ringkas lebih mudah untuk diakses tanpa perlu menunggu lama. Tambahan pula, tidak semua pengguna internet mendapat liputan internet yang baik. jadi blog yang ringkas memudahkan kunjungan mereka bagi mendapatkan informasi baru. Namun begitu, saya sebagai pengguna baru masih beranggapan, blog yang berhias cantik tetap mendapat sambutan kerana itu seperti bonus yang ada.
Bagi Blogger yang sudah senior, mereka sendiri tahu untuk menilai blogger yang lain. Ada Blogger yang ikhlas dalam menyampaikan sesuatu mesej dalam entrinya. Ada blogger yang sekadar cuba meraih followers yang ramai seperti ada pertadingan pula. Satu sikap yang perlu wujud antara blogger adalah hormat dan saling menghargai. Bagi Blogger yang baru seperti saya, kami sedikit mengharapkan sokongan dan bantuan daripada senior yang sudah lama menguasai kebolehan ini. Kadang-kadang perkongsian ilmu berada nombor dua dalam list kami, yang pertamanya adalh untuk dihargai. Mungkin ada yang tidak faham, tapi ada betulnya jika difikirkan kembali apabila wujud blogger yang seolah-olah menyindir blogger baru yang masih belajar, mereka sedikit hilang semangat untuk terus meneroka ilmu baru ini.
Hargailah percubaan dan semangat mereka seperti mana mereka menghargai dan menyokong anda sebelum ini. dan begitu juga bagi blogger baru, apabila sudah mula hebat dalam dunia blog. Jangan lupa diri dan teruslah berkongsi. Ingat, Blog yang cantik, comel dan ceria bukan tiket utama untuk meraih pelawat. Ianya berbalik pada kandungan, penggunaan bahasa yang baik dan yang paling penting, adab seseorang blogger melayan karenah pengunjungnya pada setiap masa. Saya baru sebulan bina blog, masih perlukan banyak tunjuk ajar.
Sekadar berkongsi. Sekian
Copyright Blog Kotak Cerita © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012- indexs12
Read More...
Berdasarkan kajian, bulan kelahiran seseorang individu mempunyai sedikit ikatan kukuh
terhadap sikap seseorang individu tersebut. Mereka yang lahir pada bulan yang sama
ada kemungkinan mempunyai sikap yang sama. Berikut Asyraf Kongsikan sedikit bingkisan
Ilmu Kajian daripada Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.Semoga Perkongsian Ilmu ini memberi sedikit pengetahuan baru kepada kita semua Insyaallah.Hanya sesetengah kajian sahaja hampir betul dan tepat dengan sikap sebenar anda. Ada juga yang berpendapat kajian ini hampir 90 % tepat dengan sikap sebenar mereka, semuanya berbalik pada ketentuan Allah swt. May Allah bless us.
Nak Salinan nota ini ? Tengok LINK di bawah Entri Ini.
InsyaAllah membantu.
SELAMAT MEMBACA
___________________________________________________________________________
Kajian mengenai bulan kelahiran dan sikap anda,
oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan
impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jalan tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat
NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak
sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
DOWNLOAD ENTRI INI (Fail PDF)
Copyright Kotak Cerita © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...