Hijrah Kita : Tips Elak Tinggal Solat Fardhu | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Saturday, 5 October 2013

Hijrah Kita : Tips Elak Tinggal Solat Fardhu

80 Komen
Bismillahirrahmanirrahim,

“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu. Mereka akan menemui al-ghoyya (Neraka Jahannam), kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.” (Maryam : 59-60)


Mukadimah, leteran, bebelan!

Hai Hello, Entri kali ini tentang masalah solat. Aku yakin, mesti ada antara kita yang dah besar panjang ni, masih ada masalah suka tinggal solat kan? Sebenarnya itu bukan masalah, tapi itu penyakit. Masalah boleh selesai dengan pelbagai cara, tapi penyakit ni kena cari ubat. 

Tak kisah apa alasan kita tinggal solat, sengaja atau tidak sengaja, kalau tak solat fardhu 5 waktu jawabnya tetap berdosa besar (Nauzubillah). Rasanya, semua dah tahu, terang-terang dalam rukun Islam ada tersenarai "Solat Fardhu 5 Waktu". Ada yang bertanya dengan bengis, 

"Kalau dah sedar Islam, habis kenapa still tinggal solat?!" 

Soalan ni kalau tanya dekat aku! suatu ketika dulu (heh..). Pun sama jugak, aku akan diam dan diam. Sebab itu kesalahan aku dulu. Allahu, hitam memori lama.

Ehemmm..jap, cuba ingat semula, mungkin pernah dulu ada suatu ketika, waktu kita kecik (tadika lagi mungkin), kita rajin sangat solat. Menangis minta mak belikan kopiah, telekung hanya semata-mata sebab nak solat. Kenapa jadi macam tu dulu? Ada kajian dan beberapa perbincangan hebat oleh pemikir Islam yang menyatakan bahawa kita jadi macam tu sebab anak kecil memang ditakdirkan Allah taa'la lahir je terus jadi macam "span"! Ya, span, letak dalam air apa pun dia serap air tu. Kotor atau bersih air, span tetap serap. Macam tu jugak anak kecil, apa yang orang buat, dia nak ikut sama. Kalau baik yang ditunjukkan orang dewasa, baik jugaklah untuk dia, dan begitu jugak sebaliknya.... Tapi kenapa waktu kecik jeee.. bila besar kita dah tak buat semua tu? Dimanakah silapnya? Bukan salah ibu mengandung. haha

SEKARANG kita dah berakal waras, dah baligh, besar panjang, boleh online facebook, boleh update twitter, dapat masuk universiti, tapi masih ada satu perkara yang Allah nak sangat kita laksanakan tapi kita tinggal. yakni SOLAT!

Baiklah, aku rasa semua sedar salah tinggal solat tu, jadi tak perlu stress dan cari salah sampai buat kita rasa hina tahap nak bunuh diri ennn.. Aku rasa dalam entri ni kita lepak-lepak, minum kopi. Sembang dan bincang macam mana nak settle kan semua ni?

Kalau ikut pengalaman aku, masa sekolah lagi. Dulu aku pun problem dengan solat fardhu. Kejap buat, kejap tak buat. Kadang-kadang full, kadang-kadang tak ada langsung! hmm..


 Jadi harini rasanya ada tips mudah untuk kekal istiqamah. I mean bukan istiqamah dalam semua hal, tapi sekurangnya untuk permulaan ni, solat fardhu paling utama. Semua tips kat bawah ni aku pernah buat untuk ubah diri sendiri. Nak tunggu orang ubah kita mana mampu kan. Sampai bila pun tak berubah kalau kita asyik tunggu nak dengar cakap orang. Jadi bagi yang ada masalah sama, rasanya jangan tangguh. Boleh cuba cara  kat bawah ni, usaha yang aku pernah buat dulu.




TIPS ELAK TINGGAL SOLAT


1. LETAK SEJADAH DI TEMPAT TIDUR 

Benda ni aku mula buat sejak darjah 6. Macam kita semua tahu, sejadah sememangnya jadi alas dan tempat sujud kita sewaktu solat. Bagi aku sejadah ni benda suci yang kita kena jaga. Bila tengok sejadah, mesti dalam hati tiba-tiba terdetik 

"Eh aku tak sembahyang lagi ni!". 

So caranya, aku ambil sejadah kesayangan aku, aku lipat dengan kemas dan letak atas katil atau kat meja belajar aku. Actually apa yang aku nak maksudkan letak sejadah tu dekat tempat yang kita suka duduk dan lepak buang masa (kecuali tempat kotor, itu jangan). Jadi aku ni dulu balik sekolah selalunya akan terus tidur. Solat zohor sah terlepas! Dan tempat kedua aku suka duduk kat meja belajar, aku bukan belajar sangat. Tapi aku suka habiskan baca buku yang tak ada kaitan sangat pun dengan pelajaran. Punya leka baca buku, solat aku entah kemana. 

Bila aku ternampak je sejadah kat depan mata, hati anak Islam ni satu yang best! Kita confirm ada rasa serba salah kat hati, dan aku rasa effect rasa bersalah tu wujud kat bahagian paling dalam sekali, haha!. Dan waktu rasa bersalah tu muncul. PLEASE cepat pergi ambil whuduk dan solat. Lawan jugak bisikan yang asyik nak beralasan tak nak solat tu. Dengan cara ni, sedikit demi sedikit, kita latih diri untuk biasakan diri dengan solat. Sekurang-kurangnya iman kita yang selalu menangis ni tenang juga. Dan InsyaAllah lama kelamaan, FULL 5 WAKTU SEHARI SEMALAM. Alhamdulillah berkesan pada aku, sebulan amalkan benda ni, aku punya solat better lah dan sekarang full tak pernah tinggal lagi dah. 


P/s : Mak abah pun senang hati dan siap hadiahkan aku jubah baru! 


2. DENDA : JANGAN MAKAN KALAU TAK SOLAT


Mungkin bagi yang baca ni, macam kejam pulak kan. Tapi aku pernah buat. Sebenarnya bila dah besar ni, mak ayah tak pukul kita dah. Diorang tahu kita malu. Tak kan besar pun nak kena pukul lagi. Waktu macam ni lah kita kena fikir dan usaha sendiri. Macam mana nak ubah diri jadi lebih baik? Aku rasa kalau besar ni, mak ayah pukul pun tak ada guna. Kau, aku dan yang lain akan lebih memberontak. Kesian mak ayah, tak larat dah nak tegur kita hari-hari sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“Perintahkanlah anak untuk solat ketika telah mencapai usia tujuh tahun. Dan bila telah berusia sepuluh tahun, pukullah dia bila dia enggan menunaikannya.” (HR. Abu Dawud)

Jadi aku ambil inisiatif untuk ajar diri sendiri, bila aku terlepas Subuh. Maksudnya aku sengaja atau malas nak bangun solat Subuh. Tiada makanan tengahari untuk aku. Menjadi tak? ya menjadi. Mak pernah tanya kenapa tak makan, alasan aku cuma "Sekejap lagi". Tapi untuk buat benda ni kena kuatlah, kata nak hukum diri kan. Janganlah kau pegi lahap jugak makanan bila dah lapar. 

Bagi aku cara denda diri ni, bagus jugaklah sebab lepasni kita akan takut kalau tinggal solat sebab tak dapat makan. Mungkin akan ada orang cakap, 

"Nanti kau solat sebab makanan, bukan ikhlas kerana Allah!"

Eh! aku rasa better solat macam ni dari kau tak solat langsung. Aku tak cakap solat sebab makanan, cuma ini salah satu latihan untuk ubah diri. Lama-lama ikhlas lah. Lagipun apa-apa urusan InsyaAllah bergantung dan ditentukan dengan niat. Cuma nak pesan, kalau gastrik, jangan cuba tips ni. Tapi apalah sangat setakat tahan lapar kan, salah sendiri tak solat. Solat tak nak, tapi makan nak, tak adil lah kan.



3. LEKATKAN NOTA "SILA TUNAIKAN SOLAT" PADA DINDING BILIK 

Benda ni dari sekolah sampai Universiti aku buat, roommate aku pun suka. Aku akan print out atau tulis dengan tangan je besar-besar ayat yang ingatkan aku untuk solat. Jadi setiap kali ternampak sign tersebut kat dinding. Confirm aku malu dan cepat-cepat selesaikan solat yang bertangguh. Kadang-kadang kita kena cuba untuk malukan diri sendiri dengan nota besar di dinding!

Gambar Hiasan



4. PEKAKKAN TELINGA DAN BUTAKAN MATA UNTUK PERKARA TIDAK PERLU (POSITIF DALAM SETIAP URUSAN)



Selalu orang yang nak berubah ni penghijrahan dia tak menjadi. Berubah seminggu, minggu depan jadi balik. Salah satu punca adalah orang sekeliling kita. Bila nak berubah ada yang akan ejek kita (Kemudian kita malu!). Kadang-kadang ada jugak yang memuji tetapi sebenarnya nak menyindir (Dan kemudian kita PUTUS ASA). Ini kebiasaan yang aku rasa selalu berlaku. Aku dulu pun pernah alami situasi sama. Macam mana nak atasi?

Berbalik pada diri sendiri, tanya diri hidup dan ibadat yang kita nak lakukan ini untuk siapa? Perubahan ini kerana apa? Bila kita tahu matlamat kita, perkara yang tidak perlu akan kita belakangkan. Letak Allah yang paling utama. 

Jadi sepanjang proses nak berhijrah, endahkan saja apa orang kata. Mulut orang mana kita boleh tutup. Kedua yang penting adalah mata kita, jaga pandangan sehabis mungkin. Apa yang mata pandang, akan turut mempengaruhi diri dan iman kita yang memang lemah kat dalam ni. Jadi pandang yang baik-baik. Ubah dan set fikiran untuk selalu positif. Orang kutuk, orang hina, orang sindir, anggap itu satu teguran. Ambil yang baik, yang buruk buang jauh. InsyaAllah lama-lama kebiasaan kita endahkan orang yang dengki dengan kita akan turut ubah orang tersebut. Mana tahu akan ada yang menyesal dan kembali mohon maaf. Aku pernah orang datang cakap,

"Aku tak boleh la nak tahan telinga dengar tomahan orang, aku down!"

Situasi macam ni aku faham, sebab aku pun lebih kurang jeee.. Kadang-kadang aku akan bertekak balik dengan orang tu. Cuma bila lama-lama berlalu, aku fikir semua tu tak mendatangkan apa-apa. Bila aku bertekak dengan diorang, tu cuma buat semuanya jadi tegang. Tak best. Aku tak suka ada jeling-jeling masam muka. Bagi aku untuk jadi penyabar kena banyak tegur diri sendiri. Lebihkan memandang salah yang ada pada diri kita. Ingat..

"Orang baik, tak akan cakap dia baik"



5. BUAT PENILAIAN HARIAN

Apa itu Penilaian Harian? Penilaian harian yang aku maksudkan ala-ala survey lah. Maksud aku lepas Isyak, sebelum tidur, kau ambil satu kertas kosong, catat solat apa tinggal, dan solat apa yang kau dah laksanakan. Tulis tarikh dan hari pada tiap kertas.

Jadi bila ada catatan, kau akan nampak hutang kau dengan pencipta makin hari makin banyak. Tu tak masuk lagi dosa lain yang kita tak sedar kita buat. Nauzubillah, tapi itu yang aku maksudkan. Kita kena tegur diri sendiri tentang solat! solat tiang agama, tak solat akan mempengaruhi hidup dan kelakuan kita seharian.



6. KURANGKAN HIBURAN LEBIHKAN AL-QURAN

Kurangkan hiburan tu bukan bermakna aku tak layan dah lagu-lagu baru. Aku tetap layan. Maksud aku kurangkan menonton dan dengar lagu yang buat kau leka dengan dunia sekejap. Dengar lagu sikit asyik nak berangan boyfriend/girlfriend je (sedih-sedih kesat air mata.. grrrr), semua tu susah nak buat kita ingat Tuhan. Otak lemah. 

Running Man? roommate aku pun tengok, tapi ada waktu lah, time solat, kena tegas lah. Bangun solat, tak hilang lah running man tu. 

Macam aku sebut kat atas tadi tentang mata dan telinga, kedua ni pengaruh besar pada kita. Kita menonton filem contohnya, kalau kerap tengok adegan yang tak bagus, dalam otak akan terfikir-fikirlah nanti. Rasanya tak baik untuk diri. Sebab aku pernah dengar Ustaz Shamsul Faizal cakap. Ustaz Shamsul ni banyak beri inspirasi untuk aku. Katanya,

"Kita akan hilang kusyhuk dalam solat kerana terlalu banyak perkara melalaikan dilakukan di luar solat, dalam solat pun kita dok berangan"




Bagi aku benda tu betul, sebab waktu solat, even tengah baca surah, kepala otak ni kadang-kadang imagine benda lain. Situasi ni sangatlah bahaya sebab solat tu komunikasi kita dengan Allah Taa'la.

Lebihkan Al-Quran? Untuk elak tinggal solat, penting jugak untuk kita selalu dekatkan diri dengan Al-Quran. Selalu baca Al-Quran sekurangnya satu halaman sehari. Kalau tak sempat, seminggu sekali baca time hujung minggu pun dah cukup baik (InsyaAllah entri lain nanti aku bincang pasal problem kita dengan bacaan Al-Quran pula). 


7. MINUM AIR MASAK DENGAN BANYAK


Siapa kata air masak tak penting? Apa kaitan air masak dengan masalah tinggal solat ni aeh? Sebenarnya air masak bantu kita untuk selalu segar berbanding air yang ada perasa tambahan lain. Amalan minum air masak setiap hari InsyaAllah kurangkan sikit rasa malas untuk solat tu. Oksigen kat otak lebih! Nampak macam benda simple, tapi aku pernah try benda ni untuk ubah diri aku. Tu pun atas nasihat beberapa orang guru dan pensyarah juga pakar motivasi. Sampai sekarang amalkan. Botol besar weyh air.



8. JAGA MULUT (LIDAH)



Dalam tempoh nak berhijrah, latih diri untuk jaga mulut. Jangan keluarkan perkataan yang tak baik, elakkan penipuan dan berterus terang dalam segala urusan. Bila Allah redha, doa kita untuk berubah InsyaAllah lekas dimakbulkan. Mudah-mudahan kita jadi hambaNya yang bersabar dan istiqamah.



9. JANGAN IKUT KAWAN



Jangan ikut kawan? Maksudnya, kalau nak solat, silakan buat. Bila hati terdetik kata nak tunaikan solat dulu, tapi kawan cakap "sekejap lagi", pilih keputusan yang diri sendiri buat. Nanti terlupa, rugi kita. Dah berdosa lagi. Ikut kawan untuk perkara yang mendatangkan faedah, kawan tinggal solat ni sebenarnya musuh yang bahaya. Syaitan paling hampir dengan mereka. Kadang-kadang mereka digunakan oleh Syaitan untuk turut mempengaruhi dan memperbodohkan kita supaya ikut dan tinggal solat. Tapi ingat, kawan anda bukan syaitan, cuma perlu berhati-hati. Pengaruh rakan sangat hebat, sekali kita tinggal solat. Susah nak ubah, kita akan jadi seronok dan malas.



10. SET ALARM REMINDER (AZAN) PADA TELEFON BIMBIT

Telefon bimbit mahal apa guna kalau tak install aplikasi yang ada ingatkan tentang waktu solat. Kalau malas sangat, set alarm. Boleh guna "azan" sebagai nada dering. Jangan malu, nak berubah. Kita kena bersungguh-sungguh. Iman kita lemah, kita kena lawan nafsu. IsyaAllah Allah sayang.


11. RAJIN WHUDUK

Amalan selalu berwhuduk ini baru jugak aku amalkan, boleh dikatakan setiap kali selesai kuliah dan punya waktu lapang untuk balik rehat di rumah, aku akan cuba untuk whuduk. Amalan ni sangat berkesan untuk bantu kita kekal bersih dan tak tinggal solat. Orang yang selalu berada dalam whuduk, ustaz cakap malaikat selalu menghampiri dan syaitan takut nak dekat. Tambahan pula dengan bibir dan lidah yang tak henti berzikir. Subhanallah. hebat nanti. Aku tak adalah macam tu, tapi kita cuba sama-sama. 

Dari amalan whuduk, kita tambah pula dengan zikir, InsyaAllah bukan saja solat terjaga, tapi kebaikan yang lain pasti menyusul. Tak kisah kalau berwhuduk bukan waktu solat pun. Diri lebih bersih dan yang pasti akan selalu tenang.

12. SEGERAKAN SOLAT

"Allahu Akhbar, Allahu Akhbar"

Dengar sahaja azan berkumandang, cepat-cepatlah bangun dan pergi ambil whuduk, waktu azan berkumandang, syaitan juga iblis berlari bertempiaran. Jadi hasutan dari makhluk tersebut kurang pada waktu sebegini malah hati akan rasa lapang. Bila kita segera ambil whuduk, saat selesai sahaja laungan azan, syaitan akan kembali pada kita. Tapi malang bagi Syaitan kita sudah pun terlindung dengan whuduk. Jadi waktu itu tunaikanlah solat dengan segera. InsyaAllah solat awal waktu keberkatannya berganda. Jangan nanti dan nanti dan nanti. Kalau asyik tangguh kita akan malas. Kadang-kadang pura-pura lupa dan menipu diri sendiri. Biar Syaitan menangis, Jangan Iman menangis.


DAH HABIS? Sebenarnya ada lagi beberapa cara yang lagi best aku pernah buat untuk hijrah dan ubah diri supaya terus solat 5 waktu. Orang tinggal solat ni lama-lama Allah lupa kita. Kita nampak kita kaya, pandai dalam pelajaran, orang suka kita, selalu berjaya tapi tak solat. Jangan bangga, itu Istidraj iaitu pemberian yang tidak diredhai Allah Taa'la. Nauzubillah, moga dijauhkan.

Bukan tak nak masukkan semua tips elak tinggal solat dalam entri ni, tapi kalau entri panjang sangat nanti bosan nak membaca. Ni pun dah bosan kan??
Nantikan entri akan datang "Tips Elak Tinggal Solat (2)" InsyaAllah.

Sebelum aku habiskan entri ni, mari ambil tahu sedikit hukum meninggalkan solat.

Apakah Hukum Meninggalkan Solat Fardhu 5 Waktu?

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: 
Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya: Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku. (Hadis Riwayat Al Bukhari)
Huraian Hadith: 
1. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.

2. Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya.


3. Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.


4. Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha' solatnya yang tertinggal itu.

(JAKIM, Ogos, 2008)

Kesimpulannya, mari ubah dan mari berubah. Jaga solat kita.

Mudah-mudahan entri biasa ini sedikit sebanyak membantu kita dalam hijrah. Maaf andai terkasar cara menyampaikan entri ini. Abang kakak, atau adik yang tak selesa dengan panggilan "AKU" yang Asyraf guna dalam entri ini, boleh tinggalkan pesan pada Asyraf melalui E-mail (asyrafkhalib.blogspot.com). Komen pun tak kisah. Andai nasihat membina apa salahnya. Sebenarnya baru pertama kali guna panggilan "Aku" atas permintaan beberapa rakan yang inginkan panggilan sedemikian untuk nampak lebih santai. Maaf, tak mampu nak menjaga hati semua orang. 

Terima Kasih membaca, 
Tinggalkan pesan, pendapat serta cadangan di ruangan 
komen atau di Shoutbox untuk rujukan saya.
Assalamualaikum.


Sekian, Encik Penulis :

"Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

80 comments:

  1. Alhamdulillah! terima kasih untuk tips ini :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum , terima kasih untuk semua tips ni , alhamdulillah dapat mengubah diri saya . insyaalah saya akan beritahu dan ajar tips ni dekat adik saya serta rakan rakan saya supaya mereka rajin solat . insyaallah .

    ReplyDelete
  3. Terima kasih...ilmu & tips yang berguna...semoga penulisa mendapat kebaikan di dunia & akhirat...=)

    ReplyDelete
  4. menarik! :D lagi-lagi yang letak sejadah dengan sticky note ((tak pernah terfikir)) nak try lepas ni ^^ terimas kasih moga Allah reda :)

    ReplyDelete
  5. Ok Tq....jangan makan kalau tak solat...trbaik laa.. :)

    ReplyDelete
  6. Tips yang sangat membantu bg orang yang ingin berhijrah . Teruskan usaha adik Asyraf.

    ReplyDelete
  7. Tips yang sangat membantu bg orang yang ingin berhijrah . Teruskan usaha adik Asyraf.

    ReplyDelete
  8. syok plak bace blog Asyraf nie...banyak ilmu...;)

    ReplyDelete
  9. serius, nice tips. ayat senang faham dannn.. #deep. arigato!

    ReplyDelete
  10. kuatnya awak :(

    ReplyDelete
  11. sedang berusaha, dan tips yg sgt bguna...t.kasih :>

    ReplyDelete
  12. mari ubah dan mari berubah...alhamdulillah terima kasih asyraf :)

    ReplyDelete
  13. Best ...mahu berubah diri...tip tip yang membina...tq

    ReplyDelete
  14. Bleh cba nieh..in sha Allah..

    ReplyDelete
  15. Thanks utk post ini. Saya turut mengalami masalah yang sama iaitu malas dan menangguh solat akhirnya tinggal. Doakan saya untuk menjadi lebih kuat solat. Amin.

    ReplyDelete
  16. Jazakallahu ahsana khairan kasira...

    ReplyDelete
  17. Tips dan pendekatan yg baik..

    ReplyDelete
  18. Tips yang sangat2 berguna . Terima kasih .

    ReplyDelete
  19. terima kasih kerana kongsi tips ini.. :)

    ReplyDelete
  20. syukran bro,buat entri ni. Keep it up!

    ReplyDelete
  21. Bismillahirrahmanirrahim..

    Assalamu'alaikum... Syukran Jazilan atas tips-tips yang diberikan.. Izinkan saya copy untuk diletakkan di dalam catatan hidup... Jazzakallahu Khairan Kathiran.. ^_^

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum,saya ada 1 soalan,sejak saya baligh saya tidak bersolat selama 3 tahun,adakah saya perlu untuk qada solat itu...terima kasih untuk tips

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum...

    Singgah Kat sini...terima kasih Atas sharing y sgt baik ni...

    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum. Tips yg sangat berguna..

    ReplyDelete
  25. Assalam... terima kasih utk tips....

    ReplyDelete
  26. Assalam... terima kasih utk tips....

    ReplyDelete
  27. Tips yang sangat bermanfaat 😊😊😊

    ReplyDelete
  28. alhamdluliilah, terima kasih atas perkongsian.
    semoga kita semua makin rajin dan makin khusyuk bersolat

    ReplyDelete
  29. Teruskan berkongsi . Semoga Allah reda :)

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum,, menghukum diri itu memang cara yang baik untuk sy.. InshaAllah

    ReplyDelete
  31. Terima kasih atas tips dan nasihat yg berguna ini..Memang nampak mudah tetapi jika diiringi niat dan semangat yg kuat..in shaa Allah akn lengkaplah solat kita..

    ReplyDelete
  32. TERIMA KASIH ASYRAF,,teruskan bagi tips2 bermanfaat.. may what u give today,be the best gift in return for the day of tomorrows.

    ReplyDelete
  33. Terima kasih.amat membantu.tip yg cukup baik.

    ReplyDelete
  34. Boleh kongsikan cara lain untuk elak malas bersolat ini selain yang tertera di atas? Seronok untuk mengetahui.. aasif mengganggu

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum.. terima kasih atas prkongsian ni.. mudah2an kta semua dpat brubah dgn pnuh semangat,sabar dan tenang..amin..

    ReplyDelete
  36. Terima kasih sebab beri kesedaran lepas baca blog ni...

    ReplyDelete
  37. dakwah itu dalam pelbagai bentuk kan.. alhamdulillah.. dakwah yang sangat santai

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum, sangat bermanfaat .. ;)))

    ReplyDelete
  39. Terima kasih atas nasihat Asyraf...Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.AMIN..

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum...alhamdulillah saya dah jumpa jalan penyelesaian yang selalu tinggal solat fardhu.inshaAllah dengan bertindaknya nanti inshaAllah akan cuba usaha buat amalkan tip2 tu supaya x berlaku lagi.

    ReplyDelete
  41. alhamdulilah..walaupun aku selalu tinggal solat..aku yakin aku boleh berubah..in sha allah

    ReplyDelete
  42. Thanks sangat2 untuk tips ni! Saya try lawan nafsu, inshaaAllah :) Tapi susah jugak bila abang, kakak, adik saya sendiri yg tinggal solat . So harap sangat2 saya dapat elak walaupun berdamping dgn situasi mcm ni! Huh :(

    ReplyDelete
  43. Tips yang sangat berguna...

    ReplyDelete
  44. Thanks untuk perkongsiannya. sangat-sangat berguna.

    ReplyDelete
  45. Terima kasih . Betool tu yg org sekliling laa kdg2 jd punca atau faktor kita giveup nak berhijrah . Saya dlm proses . Sakit hati . Ilmu ni saya nak share kt kwn2 saya . Insyaallah sama2 berubah . Aminnn ya allah .

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. Semoga yang baca artikle ini....dapat menafaat nya dan membuat perubahan ....dan menjaga solat serta menghasilkan akhlak yang mulia. Akhlak kepada Allah dan sesama makhluk.

    ReplyDelete
  48. Memang terbaik:)

    ReplyDelete
  49. this really helpful!! thanks a lot..

    ReplyDelete
  50. Alhamdulillah terima kasih tip ni memang bermanfaat dan tak bosan..

    ReplyDelete
  51. Bestt aaa entry ni... InsyaAllah bersama sama kita berhijrah untuk jadi hamba yang terbaik disisiNya..

    ReplyDelete
  52. Tips solat yg berkesan, thnk u

    ReplyDelete
  53. Sangat berguna untuk aku yg dh tua bangka. .anak pn dh 2org. .terima kaseh untuk tips yg sngt brguna. . .

    ReplyDelete
  54. thanks for the tips...i will try for the sake of Allah

    ReplyDelete
  55. Walaupun lambat baca but better late than never kan ..terima kasih banyak atas perkongsian ini..good untuk org yg memang tengah cuba untuk istiqomah dalam solat mcm saya

    ReplyDelete
  56. asalamualaikum ustaz...saya nak tnya macam mana dengan solat yg lama kita tinggalkan...adakah kita perlu gantikannya semuala setelah kita bertaubat...btw terima kasih ustaz...

    ReplyDelete
  57. شركة تنظيف منازل بالجبيل

    شركة تنظيف منازل بالدمام

    شركة تنظيف منازل بالقطيف




    Why should you hire a cleaning company for home?
    House cleaning is part of home maintenance. It is a fact of life that must be made from dishes, washing clothes, removing dirt from the ground and so on.
    No one really enjoys the hostage work, but it can't go on unattended for a long time.
    While everyone can agree that cleaning the house should be done, but no one really enjoys it, people are still hesitant to think about a house cleaning company.
    This happens for a number of reasons; people have doubts about strangers in their homes, they don't want people to deal with their
    personal belongings, they don't feel they can justify expenses and are worried about the damage they do.

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.