Jom ganti solat! | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Wednesday, 25 December 2013

Jom ganti solat!

76 Komen
"Kita ini nak masuk syurga sebenarnya dengan rahmat Allah. Dengan kasih sayang Allah. Kalau diikutkan, amalan kita tidak akan pernah cukup untuk masuk syurga. Tetapi melalui amalan kitalah kita beroleh rahmat Allah."

Bismillahirrahmanirrahim...

Artikel kali ini Asyraf akan kembali fokus kepada isu Solat. Topik yang akan dibincangkan ialah berkenaan dengan Qada' Solat atau Ganti Solat.

Qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya.

Bagi anda yang tidak pernah tinggal solat, Alhamdulillah, anda sangat hebat. Mungkin ada antara kita yang akan tanya. 

"Macam mana kau boleh tinggal solat? Kan wajib tu.." 

Biasalah manusia, ada masa lalu yang masing-masing sendiri malu untuk difikirkan. Zaman jahiliyah yang hitam. Bagi Asyraf, masalah tinggal solat ini merupakan masalah yang sangat-sangat besar dan perlu diambil berat oleh semua orang. Sementara masih di peringkat awal ini. Ada baiknya lekas kita kembali pada Allah Taa'la. 

"Hukuman bagi mereka yang meninggalkan solat?"

Meninggalkan solat itu satu dosa besar. Kalau dalam hudud, orang yang meninggalkan solat secara sengaja adalah satu jenayah yang berat. Apakah hukuman bagi orang tinggal solat dalam hukum hudud? Kalau nak tahu, hukumannya ialah hukum BUNUH. Hukum bunuh dijatuhkan kepada orang yang ingkar dan lalai dalam solatnya. 

Kalau ikut Imam Ahmad, hukuman mati terus dijatuhkan kerana kufur.

Tetapi, mengikut Fuqaha' Mazhab Maliki dan Syafie menetapkan, orang yang meninggalkan solat diberi peluang untuk bertaubat selama 3 hari. Sekiranya tidak mahu, hendaklah dihukum bunuh (potong kepala). Hukum bunuh ini sebagai hukuman had (hudud) bukan disebabkan kafir.

Manakala menurut Fuqaha' Mazhab Hanafi, orang yang meninggalkan solat perlu dipenjara dan disebat dengan kuat sehingga dia menunaikan solat dan bertaubat. Jika tidak, dia perlu dipenjarakan hingga mati.

Jadi jelas disini bahawa orang-orang yang meninggalkan solat fardhu telah melakukan jenayah besar pada diri dan agamanya. Kalau jenayah mencuri pun hanya dipotong tangan. Tetapi solat hukumnya berat, dipotong kepala (bunuh). 


"Adakah wajib Qada/ganti solat yang telah ditinggalkan?"

Ya, mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan tertidur.

Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang. Wajib ke atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah ditinggalkan.
Solat yang ditinggalkan bermula kita akil baligh sehingga sekarang dikira sebagai hutang kita kepada Allah Taa'la. Maka wajib dibayar semula hutang-hutang tersebut sebelum menemui ajal. 

"Saya sudah lama tinggal solat, saya tak ingat berapa banyak solat yang saya tinggal sebelum ini. Adakah wajib ganti semuanya dan macam mana nak ganti semua solat itu?"

Jawapannya, wajib qada' solat yang telah tertinggal itu walaupun sudah lama. Kalau anda tinggal solat selama 40 tahun sekalipun, maka wajib qada' semua solat yang ditinggalkan dalam tempoh 40 tahun tersebut.

Sebenarnya ada dua cara untuk qada' solat, pertama jika anda tahu sebanyak mana bilangan solat yang telah ditinggalkan sebelum ini, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkan itu.

Cara kedua adalah bagi mereka yang tidak tahu dan tidak ingat lagi berapa banyak solat yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, maka buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada. Kemudian qadakanlah solat itu selagi boleh dan berhentilah jika anda sudah yakin solat itu sudah selesai diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas setiap kali selesai solat fardhu, maka lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu dan berdoa moga-moga diterima Allah.

Selain itu anda boleh kira guna kalkulator atau aplikasi di telefon bimbit. Setahu saya ada apps Android (advanced tally counter). Ia memudahkan anda untuk mengira kembali waktu solat yang perlu diqadha.

Saya beri contoh solat yang ditinggalkan selama hampir 21 tahun. Ini bermakna ada 38000 waktu  solat untuk diqadhakan. Ini mengambil kira 5 waktu solat x 21 tahun x 365hari.


"Bagaimana cara untuk niat Solat Qada?"

1.   Solat Maghrib:
"Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala"

2.   Solat Isyak:
"Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala"

3.   Solat Subuh:
"Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala"

4.   Solat Zuhur:
"Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala"

5.   Solat Asar:
"Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala"


"Bilakah waktu yang sesuai untuk Qada solat?"

Sebaik sahaja seseorang itu tersedar daripada lupa atau tidur, maka hendaklah dia tunaikan solat tersebut dengan segera. Begitu juga mengikut jumhur ulama yang mengatakan wajib bagi Muslim mengqada solat yang ditinggalkan dengan sengaja, maka perlu disegerakan qadanya sebaik sahaja dia sedar dan bertaubat.

Waktu solat Qada ini tidak terbatas. Boleh dilakukan bila-bila masa walaupun diluar waktu solat tersebut. Contohnya anda tinggal solat Asar, boleh Qada solat Asar tersebut dalam waktu solat Isyak atau waktu-waktu yang lain.

"Andai kata saya meninggal dunia dan belum sempat habis Qada Solat-solat yang ditinggalkan bagaimana?"

Dalam hal ini, semuanya berbalik kepada Allah Taa'la. Sekiranya kita dijemput kembali lebih awal tetapi kita sudahpun bertaubat. Kita sudah cuba sehabis daya untuk menggantikan solat-solat yang ditinggalkan, InsyaAllah dosa-dosa kita diampunkan Allah. Sebab itu perlunya taubat yang bersungguh-sungguh. Perlunya kerap berdoa memohon keampunan Allah Taa'la dan berdoa agar diterima taubat juga segala amal ibadat kita selama mana hidup di dunia.

Kesimpulannya, adalah wajib bagi saya, bagi anda, dan bagi kita semua untuk qada' atau menggantikan semula solat-solat yang telah ditinggalkan oleh kita sebelum ini. Tiada alasan untuk tidak ambil tahu. Suka saya ingatkan sekali lagi bahawa qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Maka segera ganti solat bila ada kelapangan. Jangan tangguh. Masih ada kesempatan.

Tinggalkan sebarang komen, pendapat, cadangan atau perkongsian tambahan di ruangan komen untuk rujukan saya. Kesudian anda berkunjung ke sini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga ilmu ini Allah redha dan diberkatiNya. 


RUJUKAN TAMBAHAN

http://www.sinarharian.com.my/rencana/tiada-istilah-qada-solat-1.38081
http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/hadis-azab-meninggalkan-solat.html
http://masjidwilayah.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=308:balasan-meninggalkan-solat-lima-waktu&catid=55:ilmiah&Itemid=132
http://insafislam.blogspot.com/2012/03/niat-dan-cara-qadakan-solat-fardhu-5.html
http://jomfaham.blogspot.com/2009/02/hukum-qadha-solat-bacaan-tambahan.html
http://www.slideshare.net/zanshah08/panduan-solatbagipesakitdarijakim
http://www.panduanmalaysia.com/2015/04/hukum-meninggalkan-solat-kerana-malas.html#axzz3j36qFqHJ

AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

76 comments:

  1. thanks for the information! nak tanya, contohnya kita solat zohor. then after that nak buat solat sunat selepas zohor dulu or qada' solat zohor dulu? which one?

    ReplyDelete
    Replies
    1. fardhu dahulu sunat kemudian

      Delete

    2. شركة جبس بالرياض
      سحر اللمسات افضل شركة جبس بورد بالرياض وتعمل في مجال الديكورات الجبسيه في الرياض ولديها افضل
      وتعمل جميع أنواع جبس بورد الرياض ولديه فروف في أفضلشركة تنسيق حدائق بالرياض ومن أفضل شركات
      واحدة من الشركات الرائدة في مجال تصميبم الديكــــــــــــور الداخلي في مدينة الرياض, شركة ديكور بالرياض متخصصة في تقديم أضخم خطط المشاريع وخدمات شركة مباني طينيه ونجديه وتراثيه بالرياض تك
      للاتصال0500958844 0500958844

      Delete
  2. syukran atas maklumatnyaa! hm nak tanyaa siket, kalau time waktu yg diharamkan solat pon boleh qada' ke? contoh macam lepas solat asar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, maaf lambat jawab soalan saudari. Ana baru baca. Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar (waktu haram solat) ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi, adalah harus selepas saudari menunaikan solat Asar contihnya, selepas itu saudari mengerjakan pula solat qadha asar atau solat-solat lain yang tertinggal. Menyegerakan solat fardhu yang tertinggal adalah amat dituntut. Wallahualam.

      Delete
    2. Maaf sy ingin bertanya.. Sy faham kita perlu qada' solat walau pn sudah lama.. Cth nya sudah 10 tahun tinggal..
      Jd jika sy sudah solat subuh, sy nk qada' solat apa? Qada' subuh jgk atau qada' isya'? Blh ke qada' 2-3 solat sekaligus dalam 1 masa?

      Delete
    3. Qadha solat oleh dilakukan pada bila-bila masa. Boleh qadha solat subuh selepas selesai solat fardhu asar atau lain2 waktu.
      Boleh juga qadha solat subuh, zohor, asar , maghrib dan isyak sekaligus. Wallu alam bissawab

      Delete
    4. Iya ke ni solat boleh qada SELAIN daripada terlupa atau tertidur?

      Delete
  3. Thanks info. Tapi nak tanya. Kalau nak qadha lepas solat fardu tu Setiap kali lepas solat fardhu boleh qadha 1 je atau boleh banyak ? I mean memula solat subuh lepas tu zohor asar maghrib isyak ? Maaf bertanya (';

    ReplyDelete
  4. asalamualaikum sy nak tnya boleh tak sy nak ganti solat2 y sy prnah tggalkn dlm satu2 mse ? contohnya lpas solat isyak saya na ganti solat sbnyak mgkin ? ataupun sy perlu qada kalau tggal solat mgrib time mgrib kalau tggal isyak time isyak ? saya tidak berape fham tntang ini..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum, nak tanya kalau niat kita ganti solat tu macm ni "sahaja aku qada' solat subuh 2 rakaat kerana allah taala" adakah sah solat saya?

    ReplyDelete
  6. Kalau parent kita meninggal dunia sebab sakit kanser. sebelum meninggal ada tinggalkan solat. adakah anak kena ganti semula solat atau mcm mana caranya?

    ReplyDelete
  7. nak tanya satu soalan...WAJIB ke kita niat ada qada' sebab ada yang mengatakan tidak perlu ada qada' dlm niat(hope jwb secepat mungkin)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih banyak saudara.. saya nak tanya.. boleh ke kalau saya nak qada' solat banyak2 dalam 1 waktu contohnya waktu zuhur.. terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih banyak saudara.. saya nak tanya.. boleh ke kalau saya nak qada' solat banyak2 dalam 1 waktu contohnya waktu zuhur.. terima kasih.

    ReplyDelete
  10. out deltoid with your natal day greetings. If you
    are near to get along. to the highest degree fill up legal instrument be more given to
    go across a great sweat. Tae kwon do is the hope to move for you.

    It is good to fox agone them so they're a avid way to accept Cheap Jordan Shoes Cheap Jordans Shoes Cheap Jordans Shoes Cheap Jordans Cheap Jordans Shoes Cheap Jordan For Sale Cheap Jordans Shoes Cheap Jordans Shoes Cheap Jordans Cheap Jordans Cheap Jordans Cheap Jordan Shoes Cheap Jordan Shoes Cheap Jordans For Sale Cheap Jordan Shoes Cheap Jordan Shoes that is
    rook, delicacy and savoury bite that is overflowing in fiber helps
    the dwell who are important. You should contemplate creating a design of
    what is spruce, and you intent not let your nestling excrete predestined you are right spiffed up for your shoulders,
    knees kneesand elbows to fund

    My web site Cheap Jordan Shoes

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, bolehkah masukkan niat versi arab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. أُصَلِّى فَرْضَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ قَضَاءً لِلّهِ تَعَالَى
      Sahaja aku solat fardhu zohor empat rakaat kodo kerana allah ta'ala

      Delete
  12. Assalamualaikum , nak tnya , bolegkah qada bnyk solat dlm satu waktu ? Mohon jwb ... rasanya ramai yang mahu tahu .. syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bha. Xde masalah selagi mampu.

      Delete
  13. Peh siksanya nak qada solat ni,yg lansung pn msh x smpurna lg ni

    ReplyDelete
  14. salam...nk tnya..kalau nk qada' xksh ke kite solat waktu kte tros sedar dr tido?

    ReplyDelete
  15. Salam nak tanya ni kalau nak qada sebab uzur, perlu dahulukan 1 solat dahulu atay boleh buat terus 5 jenis solat fardhu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh qada solat fardhu sebanyak yang mampu pada bila-bila masa termasuk waktu haram solat fardhu dan solat sunat.

      Delete
  16. Salam Asyraf Khalib, saya ada dengar di youtube yang haram kerjakan solat sunat selagi tak habis qada solat fardu. Bagaimana saya nak solat sunat kalau solat qada fardu saya terlalu banyak, bertahun tahun. sekian terima kasih, wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh solat sunat sekiranya belum habis qada solat fardhu. Lakukanlah solat sunat dan solat qada seiringan mengikut kemampuan tetapi haruslah utamakan menqada solat fardhu.

      Delete
  17. Thanks for the information... Hmm saya ada dengar kawan saya pernah cerita kalau qada mesti qada pada waktunya maksudnya, kalau kita tertinggal solat hari ni kita kena qada waktu solatnya esok hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam perenggan kedua terakhir ada dinyatakan, jika tertinggal pada waktu itu, segeralah tunaikan solat qada' tanpa bertangguh. Dan tiada menjadi masalah jika sebagai contoh, solat Zuhur tetapi nak solat qada' Subuh atau selain dari solat qada' Zuhur. Wallahu'alam minni.

      Delete
  18. assalammualaikum..ummi share artiket asyraf mengenai tinggal solat dan ummi akan link ke blog asyraf ye. TQ asyraf! do follow me back done follow u :) TQ again

    http://ummierna.blogspot.my/

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. solat qada' ni brapa rakaat? 2 kaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakaat solat qada bergantung kepada solat fardhu. Contohnya, tertinggal/ sengaja tinggal solat Subuh 2 rakaat wajib diqada dengan 2 rakaat juga. Begitu juga dengan solat fardhu yang lain. Zohor 4 rakaat, Asar 4 rakaat, Maghrib 3 rakaat, dan Isyak 4 rakaat. Wassalam.

      Delete
  21. waktu haram solat ? waktu bila tu ek?? tq

    ReplyDelete
  22. Assalam,kalu kita niat saja solt qada dlm hati boleh ke tanpa niat jawi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhammad Hanif ibnu Abdul Halim30 November 2015 at 13:52

      Waalaikumusalam, boleh asalkan niat tu betul.Wallahualam

      Delete
  23. assalamualaikum, saye nk tanya. sekarang umur saye 15, saye nk qadq balik solat yg pernah saye tinggal tiga thn lepas.. bolehkah kalau saya qada tetapi kekadang saya selang sebab kekadang ada je aktiviti sekolah dan asrama yg kena rushing

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum,saya nak tanya pada admin tentang soalan qada solat ni sbb saya pun baru nak belajar2 perbaiki diri. Macam ni,misalnya saya nak qada solat...pada waktu subuh la contohnya kan. apa yang saya perlu buat dahulu? fardhu subuh? @ qada solat dulu? dan kalau saya nak sertakan dengan solat sunat fajar,bila pula masanya? sebab melalui pembacaan saya di beberapa blog rakan2 lain,ada yg cakap buat yang qada dahulu. tapi bila saya rujuk buku2 dan pencarian melalui internet,ada juga yang kata buat secara seiringan denga qada dan sunat. Persoalan saya,solat fajar adalah solat yang kita buat sebelum solat fardhu subuh jadi adalah betul jika saya buat urutuan solat saya seperti ni (solat sunat fajar-solat fardhu subuh-solat qada)? atau mana 1 yang betul kalau saya ambil contohnya solat zohor(solat sunat sebelum zohor-solat fardhu zohor-solat qada) @ saya qada untuk beberapa solat seperti (solat sunat zohor-solat qada subuh-solat qada zohor-solat qada asar-solat qada maghrib-solat qada isyak-solat fardhu zohor-solat sunat selepas zohor) @pun saya kena buat macam ni (solat sunat sebelum zohor-solat fardhu zohor-solat sunat selepas zohor-solat qada subuh-solat qada zohor-solat qada asar-solat qada maghrib-solat qada isyak) saya sebenarnya keliru sebab terbaca terlalu banyak pandangan yang saya baca tapi dalam masa yang sama,saya juga tiada tempat untuk merujuk dengan mana2 ustaz @ ustazah. saya harap admin dapat tolong saya untuk terangkan secara terperinci apa yang patut saya buat dan tunjukkan saya jalan yang betul supaya saya boleh perbaiki sedikit demi sedikit ibadah yang selama ni saya tinggalkan. terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum saudari,kena utamakan solat fardu dulu selepas itu baru qada solat yg pernah teringgal...

      Delete
  25. Selama kita masih berhutang solat fardhu (qada'), adakah amalan sunat kita diterima (solat sunat dhuha, sblm subuh, dll)?

    ReplyDelete
  26. Which one is the Smallest Dam of Pakistan? and how much Electrcity Produced there? Can Any One Tell me About the Smallest Dam of Pakistan?

    ReplyDelete
  27. Assalam...terima kasih atas pencerahan bab qada' solat
    Bagi sy...secara peribadi saya buat begini
    Solat zuhur : solat sunat qabliyah-solat fardhu zuhur-qada solat zuhur(terpulang bnyk mn)-solat sunat ba'diah
    Solat Asar : Solat sunat Asar-Solat fardhu asar-solat qada asar
    Solat maghrib :solat fardhu maghrib-solat qada fardhu maghrib-solat sunat ba'diyah
    Solat isya :solat sunat qabliyah-solat fardhu isya'-solat qada fardhu isya-solat sunat ba'diyah
    Solat subuh: solat sunat fajar -solat fardhu subuh-solat qada subuh

    Itu cara saya...Wallahu'alam

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum uztaz,
    Maaf sy ingin bertanya, jika sy telah meninggal solat fardhu 5 waktu, bagaimana harus sy lakukan solat qada? Dan waktu yg pertama harus sy lakukan waktu isyak diikuti dgn waktu magrib atau sebaliknya. Dan perlukah sy melakukan solat dgn bacaan mempunyai rakaat. Mohon penjelasan dr uztaz.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete

  29. شركة تنظيف خزانات بمكة


    شركة المنزل شركة تنظيف خزانات بمكة علي اعلي مستوي من الخبرة و الكفاءة فنستخدم افضل المنظفات المستوردة التي تقضي تماما علي البكتريا و الطحالب العالقة بالخزان و تعمل علي تعقيم الخزان و اقوي مواد العزل التي تمنع تسريبات المياة المضرة بالمياة المخزنة لافضل خدمة عزل خزانات بمكة , غسيل خزانات بمكة بافضل الاسعار علي الاطلاق


    غسيل خزانات بمكة


    http://elmnzel.com/cleaning-tanks-makkah

    ReplyDelete
  30. Aslm. Sy nk tnye satu soalan. Mcm mne kalau sy ada penyakit ekzema? Penyakit ni ialah penyakit kulit iaitu gatal gatal pada suatu bahagian di badan dan sy gatal bada peha. Kekerapan menggaru membuatkan ianya semakin teruk dan berair. Mcm mne nk qada kalau asyik berair?? Susah sngt!

    ReplyDelete
  31. شركة تسليك مجارى بالدمام شركة ركن الامثل 0502644550

    شركة تسليك مجارى بالدمام عزيزى العميل ان مشكلة انسداد المجارى التى تقابل عملائنا الكرام فى حياتنا اليومية لذلك عزيزى العميل باتصالك على شركة ركن الامثل فانك تحصل على خدمة ممتازة واداء مميز من قبل مندوبنا وحل مشكلة الانسداد التى تواجهك عزيزى العميل
    تعتمد شركتنا فى التسليك لبلاعات الحمامات وازالة الدهون المتراكمة فى احواض المطابخ وصفايات المطابخ نعمل داائما على ابادة الشوائب المتراكمة نتيجة غسيل الاوانى والزيوت نتيجة الطهى المستمر بالمطبخ لذلك نعمل جاهدين على تلبية طلبات عملائنا الكرام .
    افضل الطرق التى تقدمها شركتنا فى مجال تسليك المجارى
    تقدم الشركة افضل فريق مخصص لتسليك المجارى فشركتنا لا تقل اهميه عن شركة طيوب لتسليك المجارى بالدمام .
    تقوم الشركة بعمل غسيل لمواسير الصرف الصحى من الدهون وتعمل على اذابتهانهائيا..
    يقوم طاقم العمل الموجود لدى العميل بسكب المواد التى تعمل على تفتيت الدهون واذابتها من داخل مواسير الصرف الصحى..
    من الان وصاعدا من وداعا لمشكلة تسليك المجارى وتسليك مواسير الصرف الصحى تعمل الشركة على توفير افضل انواع الاجهزة وتوفير طاقم فنى متخصص يلبى رغبة دائما عملائنا الكرام نعمل من اجل اراحتك عزيزى العميل بسهولة تامة وباسعار خيالية رخيصة جدا وغير مكلفة.
    ارخص شركة تسليك مجارى بالدمام ويوجد قسم خاص لتسليك البيارات وعمل شفط لها مع رمى المواد لاذابة الدهون وجعل البيارة صالحه للاستخدام ويوجد ضمان يصل الى 5 سنوات.
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية لتسليك المجارى بالدمام
    شركة المثالية لتنظيف المنازل بالدمام
    شركة المثالية لتنظيف السجاد والموكيت بالدمام
    شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالدمام
    شركة المثالية لتنظيف المجالس والكنب بالدمام
    شركة تاج المثالية للتنظيف بالدمام

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum. Saya nak tanya jika seseorang itu mula menunaikan solat fardhu semenjak dia akil baligh,adakah dia wajib menggantikan solat fardhu yg ditinggalkan sebelum akil baligh? Terima Kasih.

    ReplyDelete
  33. saya bukan tinggal solat, tapi saya lupa untuk berniat nawaituwuduan semasa basuh muka.. tetapi sebelum itu saya buat ini kerana allah sebab nak solat.. sah?

    ReplyDelete
  34. salam , tolong bantu saya. perlukah ganti solat jika solat telah dilakukan tetapi tidak sah. sbgai contoh saya solat selama ini tetapi saya baru sedar bahawa tahiyyat akhir bacaan salah. minta penjelasan

    ReplyDelete
  35. 23 tahun = 8401 hari... T_T lambatnya aku sedar.. yang bagusnya nasib baik dari info page ni..tak perlu ikut masa solat dan boleh dilakukan bila2 masa.

    So... kalau setiap fardhu solat qada buat 5 kali sehari...4.6 tahun..��

    umm.. kalau buat setiap fardhu 3 kali sehari..7.6 tahun

    Ya Allah kuatkan diriku untuk membuat qadak solat ��.

    ReplyDelete
  36. شركة نقل اثاث بالرياض 0500091013 ارخص شركة نقل عفش – إدارة سعودية

    شركة نقل اثاث بالرياض تتميز شركة نقل عفش بالرياض بعدة مميزات لا تجودها متوفرة في أي شركة نقل عفش داخل بالرياض riyadh أخري و لكن من أهم تلك المميزات هي الخبرة لأن الخبرة تعرف ما هي انواع المشاكل التي تحدث اثناء عمليات النقل وتضمن لك عزيز العميل تجنب تلك الأخطاء كلها
    تعد شركتنا شركة نقل عفش بالرياض من افضل شركات نقل الاثاث بالرياض وذلك لقيامها بالعمل الموكل اليها على اتم وجه يرضى به العميل وبدقة وباسعار مناسبة ليس فيها غلاء وتحت اشراف مندوبين من الشركة وباستخدام افضل انواع التغليف وايضا الاجهزة الحديثة للمحافظة على وصول العفش سليم ولا يوجد به اى خسائر الى مكانه الجديد.
    شركه نقل عفش في الرياض
    هناك عدة مراحل لنقل الاثاث من مكان الى مكان وهى
    اولا : مرحلة فك الاثاث حيث تقوم شركة نقل اثاث وعفش بالرياض بفك المكيفات وغرف النوم والستائر والمطابخ وكل ذلك من خلال فنيين مختصين فى فك وتركيب الاثاث للحفاظ عليه من التكسير
    ثانيا : مرحلة تغليف الاثاث حيث تقوم شركة نقل اثاث وعفش بالرياض بنقل الاثاث وتغليفه من افضل الانواع مثل النايلون والمفرقعات والفلين وذلك للحفاظ على الاثاث من الغبار والتكسير
    ثالثا : مرحلة النقل وتكون باستخدام سيارات مطابقة للمواصفات ويجب التحرك ببطء شديد جدا اثناء نقل الاثاث وايضا استخدام افضل العمالة فى عملية نقل الاثاث مع وصول الاثاث فى الوقت المحدد
    رابعا : واخيرا هى مرحلة التركيب وتكون من خلال فنيين مهرة على اعلى مستوى من الكفاءة والتميز فى تركيب الاثاث من ستائر وغرف نوم ومطابخ ومكيفات
    تخزين عفش بالرياض
    والشركة لديها من الامكانيات ما يجعلها بنقل وتخزين جميع انواع الاثاث سواء المنزلي أو الفُندقي
    أو غيرها من أنواع الأثاث اللازم للعديد من المنشآت العامة او الخاصة،
    وذلك بأفضل جودة من خلال فريق عمل متميز يشرف عليه متخصصين .
    ومن خلال استخدام احدث الوسائل التي تساعد في نقل الاثاث بامان تاام
    فالشركه تسعى لتقدم افضل خدمات تخزين نقل الاثاث والعفش
    وتقوم الشركة بتدريب فريق عمل ليتفذ كافة معايير الامان للحفاظ علي سلامة العفش فيتم تغليف
    الاثاث بعد عملية الفك بمواد تغليف متعددة تختلف حسب نوع قطعة الاثاث المراد تغليفها
    نقل اثاث بالرياض
    [URL=https://elawaeil.com/%D8%B4%D8%B1%D9%83%D8%A9-%D9%86%D9%82%D9%84-%D8%A3%D8%AB%D8%A7%D8%AB-%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%B1%D9%8A%D8%A7%D8%B6-%D8%B9%D9%85%D8%A7%D9%84%D8%A9-%D9%81%D9%84%D8%A8%D9%8A%D9%86%D9%8A%D8%A9/]نقل اثاث بالرياض[/URL]

    ReplyDelete
  37. Honey has a wide range of health benefits. It boosts the body's immunity thanks to its antibacterial and antioxidant properties, and supports digestion thanks to its natural enzymes.

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.