Ya, Selamat Hari Bapa | The Hearabouts

Sunday, 15 June 2014

Ya, Selamat Hari Bapa


"...dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya" (53:39) 


Abah,
Selamat Hari Bapa, 
Mungkin tahun ini, sedikit berbeza.
Sebabnya, abah dah kembali terlebih dahulu menghadap Pencipta.

Bagi angah, pemergian abah tahun ini peristiwa luka,
Tak pernah pun angah duga seawal ini angah akan hilang seorang bapa,
Namun sebagai anak yang dibesarkan dengan didikan agama,
Angah redha dengan janji dan ketentuanNya.

Tiada lagi hadiah berbentuk material dunia,
Hanya doa kami anak-anak kirimkan bersama,
Moga lapang abah di sana.

Sebagaimana sabda Nabi SAW, 
"Apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Muslim) 

Abah,
Ramadhan pun kian hampir,
Setiap hari angah terima panggilan dari kampung,

"Baliklah segera, mak sunyi puasa ni, kita boleh tarawikh sama-sama.."

Nampaknya isteri kesayangan abah antara yang paling terasa hilangnya,
Yalah, kalau dulu makan bersuap penuh mesra,
Solat berjemaah bersama,
Tapi tahun ini ceritanya pasti berbeza.
Hiba...

Namun, angah yakin dengan cinta yang ada,
Mak antara wanita yang setia hadiahkan abah doa,
Sehingga tidur pun butiran tasbih masih kemas di jarinya.
Semoga dipertemukan jua di Syurga sana.

Abah,
Rasa rindu ini memang tak akan hilang,
Angah doakan abah tenang,
Jangan khuatir, kami selalu sayang.



"Wahai Tuhan kami! berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (14:41)

Bagi yang masih punya ayah, hargailah. Saat ini mungkin hati masih degil. Berkata tidak. Dek kerana ada kelemahan ayah yang tidak dapat diterima. Namun, itulah manusia. Pasti ada kurang. Maafkanlah ayah. 

Jangan bila hilang, baru sibuk mencari. Cerita-cerita di blog ini tentang pemergian ayahanda akan Asyraf lanjutkan. Tidak sekali artikel-artikel ini untuk raih simpati. Berlapang dadalah, anggap ia sebagai medan untuk beri teladan. Yang baik ambil, yang buruk buang jauh.

Semoga hari bapa ini didik kita anak-anak untuk lebih menghargai. Artikel-artikel ilmiah seperti sebelum ini In shaa Allah akan kembali ditulis apabila bermulanya Ramadhan nanti. Sekarang tak sempat sebab sudah hampir final exam. Doakan yang terbaik. Terima Kasih.


Al-Fatihah
Khalib Zakaria
(1964-2014)


"Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 - 2014"

No part of this article may be reproduce without Asyraf's express consent.
The author is not liable for any loss or damage incurred while using the information from this blog. Thank you

5 comments:

  1. bersabar nah acap... Allah lebih syg dia.. tabahkan hati, dan terus berjaya! :')

    ReplyDelete
  2. Lumrah hidup insan, ada yang datang dan ada yang pergi.. kadang-kadang ada yang pergi tak kembali.. apa yang kita perlu buat ialah redha dan sabar.. giliran kita menanti..

    *stay strong and keep moving ya akhi.. May Allah bless your late father.. Ameen..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, Asyraf sekeluarga akan ditemukan kembali dengan ayahanda tercinta pada suatu masa yang PASTI, hanya tinggal, kita tidak tahu bila. Di tempat yang kekal, dan lebih membahagiakan... Berdoalah banyak2 untuk impian inu.. Saat ini, tentunya ayahanda Asyraf memerlukan bantuan doa dari keluarga, anak soleh dan solehah..Salam takziah dari saya.

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.