Ujian dari Allah + Senyuman dari kita = Syukur | The Hearabouts

Sunday, 26 January 2014

Ujian dari Allah + Senyuman dari kita = Syukur

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, "saya diuji lagi". Sebelum itu,

Saya ada satu soalan,

Cuba berikan satu sahaja nama hamba Allah yang tidak pernah diuji? Satu sahaja.

Tiada bukan?

Setiap hamba Allah pasti diuji. Mengapa? Kerana Allah terlalu sayang kepadanya. Allah tersangatlah rindu kepada hambanya itu. Allah mahukan si hamba pulang kepada Allah dalam sujudnya. Allah mahukan si hamba menitiskan butiran manik jernih berupa air mata kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosanya. Allah  mahu sediakan sebuah "surprise" yang besar buat si hamba di syurga kelak. Kerana Allah adalah sebaik-baik kekasih, maka Dia jua lah yang tahu apa yang terbaik buat kita semua.

Eh, senyumlah!

Redha dengan ujian yang menimpa, kerana ia akan membuatkan kita kaya di dunia, dan kelak kaya di akhirat In Shaa Allah. Jangan bersedih, kerana Allah itu Maha Pengampun dan rahmatnya Maha Luas. Mungkin ada suara kecil dalam diri anda yang berbisik "kenapa orang lain tidak diuji sepertiku?". 

Uishh, itu kerana "kau.... terlalu istimewa" (nyanyi ala-ala Adibah Nor, heh). Anggaplah ujian ini sebagai satu anugerah. Allah beri anugerah ini hanya untuk anda seorang sahaja. Tidak boleh dikongsi-kongsi. Tidakkah terasa diri istimewa? Allah memuliakan diri kita dengan anugerah berbentuk ujian. Allah yakin kita boleh menghadapinya. Sedangkan yang menciptakan kita sendiri yakin dengan keupayaan kita, mengapa tidakkah diri kita? Ingatkah anda kepada SMS cinta daripadaNya yang berbunyi:

"Allah tidak menimpa sesuatu ujian kepada hambanya melebihi kesanggupan hamba tersebut."

If Allah brings you to it, He will help you go through it as long as you remember Him in every single step. (rojak lah pulak ngee)

Kalam Allah yang indah dalam surah Al-Insyirah turut menyebut:

"Fainnama al usri yusra"
Sesungguhnya dalam setiap kesusahan ada kemudahan 

Malahan, kekasih Allah Nabi Muhammad SAW pun diuji dengan ujian yang jauh lebih besar daripada yang menimpa diri kita. Apalah sangat ujian yang kita terima ini? Adakah ujian kepada insan yang mulia itu tanda Allah tidak adil. Atau adakah ia bermaksud Allah tidak menyayangi baginda Rasulullah? Tidak sama sekali. Malah Allah hadiahkan baginda dengan raudhatul jannah yang kekal abadi. Rasulullah SAW meninggalkan penawar buat diri kita yang menimpa musibah:

“ Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup 
kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri
 atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah 
akan meningkatkan darjatnya satu darjat dan menghapuskan
satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan 
kesusahan tersebut”

[riwayat al-Hakim] 


Percayalah Allah melihat setiap pengorbanan kita. Allah tidak pernah mensia-siakan diri kita. Allah tidak pernah menghentikan degupan jantung kita. Di saat kita tidur semalam, adakah Allah menghentikan aliran darah kita? Adakah Allah menyekat pernafasan kita? Tidak! Kerana Allah masih sayangkan diri kita. Usahlah lihat kepada segala bencana atau dugaan sebagai sesuatu yang membuat diri kita lemah, tetapi pandanglah segala nikmat yang tidak terkira banyaknya. Tidak ada seorang kekasih pun yang boleh memberi nikmat setanding Allah SWT. Sekali lagi saya ajukan persoalan yang sama, mengapa Allah berbuat begitu? 

Jawapannya ada pada diri kita sendiri.

Biar KEPAHITAN itu pergi
Agar KEMANISAN mengisi
Biar KEKECEWAAN berlalu
Agar KEGEMBIRAAN mewarnai
Biar PENDERITAAN itu menyapa
Agar KEKUATAN kita dijana semula
Biar diriku DERITA
Agarku tahu KEPAHITAN itu DERITA
Agarku sedar KESENGSARAAN ini tidak sama
Bahkan hanya CEBISAN dari penderitaan Rasulullah saw
ALLAH sekali-kali tidak menzalimi hamba-NyaTapi MANUSIA-lah yang menzalimi diri sendiri.

(Aisyah Syakirah)



Ujian dari Allah + Senyuman dari kita = Syukur

Semoga kuat menghadapi segala ujian.
La Tahzan,
Allah sebaik-baik penghibur.

AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

6 comments:

  1. شركة الحورس هي افضل شركة خدمات منزليه وصيانه منزليه بالمملكه العربيه السعوديه ,حيث لدينا الادوات والاجهزه التي من الصعب ايجادها الا معنا , والعماله التي تدربت علي ايد خبراء في هذا المجال
    شركه رش مبيدات بالطائف
    شركه نقل اثاث وعفش بالطائف
    افضل شركه تنظيف بالطائف
    شركه مكافحة حشرات بالطائف
    شركه كشف تسربات المياه بالطائف
    حيث شركتنا تتميز باداء الخدمه علي افضل وجهه حيث نعد
    شركه تنظيف خزانات بالطائف
    شركة رش مبيدات بالقصيم

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.