Sayang Encik Meow | The Hearabouts

Tuesday, 28 January 2014

Sayang Encik Meow





Eh! Dia ajak main sembunyi-sembunyi..
Bismillahirrahmanirrahim...

Amaran  Artikel ini tidak sesuai untuk dibaca bagi mereka yang tak suka 
Meow Meow 


Selesai solat Isyak, seperti biasa aku luangkan sedikit masa untuk membaca beberapa artikel blog rakan-rakan blogger. Sengaja nak buat mata ini supaya lekas letih dek merenung monitor komputer riba di tengah malam.

Rubah, kucing paling senior dalam rumah aku awal-awal lagi dah pun mengambil tempat di katil. Seperti biasa selimut oren dan bantal hijau (ada gambar ikan Nemo) jadi pilihan untuk dia hempaskan badannya yang agak besar. (Ya, si Rubah kongsi katil dengan aku). Nyata malam ini dia berkeras tidak mahu lelapkan mata selagi lampu bilik tidak dipadamkan untuknya. Ada saja gelagat dibuat untuk cuba menarik perhatian aku. Aku malas untuk memandang. Hiraukan saja dia. Sampaikan sengaja dia berjalan selamba atas komputer riba tanda protes! Jadi, terpaksalah tutup lampu untuk biarkan si gemuk itu tidur dan tak ganggu aku.

Rubah (grooming dulu sebelum tidur)
Al-maklumlah, bila lampu sudah padam, aku pun matikan komputer riba dan bergegas ke bilik mandi (cuci muka, whuduk). Malam ni terasa nak lelapkan mata lebih awal dari biasa. Haa.. Bila bilik dah gelap, Encik Rubah automatik mendapatkan kedudukan lebih selesa untuk mimpi indahnya (agaknya mimpi makan whiskas dengan limpahan sos ikan! hehe). Sementara aku tunggu nak lelap mata, sengaja aku ganggu Encik Rubah yang selesa dengan posisi mengiringnya. Ditepuk-tepuk perut si gemuk ini macam gendang. Walaupun agak cerewet kucing aku yang ini, tapi dia budak baik. Selalu faham aku. Macam biasa, setiap malam Encik Rubah akan sondol kepala di bahu aku minta diusap kepala. Layankan saja sebab selalunya time usap kepala dia ni, aku pun akan sama belayar dalam bahtera mimpi.

Jam 2.17 pagi

Terjaga. Encik Rubah bising lagaknya macam kucing gila. Geram sangat. Dipijaknya pula lengan kanan aku dengan kedua kaki depan dia. Seramlah jugak bila tengah-tengah malam macam ni mata Encik Rubah terbeliak bulat pandang aku bukan main lagi. 

       'nak apa budak sekor ni!' 

Berulang kali Encik Rubah naik turun katil dan berlari ke pintu. Jadi waktu tu aku cuma fikir Rubah nak buang "poo poo" (buang air) dan minta buka kan pintu. Tapi selalunya time Subuh baru dia nak buang hajat pun. Ini awal sangat. Hmm.. Aku turutkan saja, risau nanti katil aku jadi toilet.

Bila buka saja pintu bilik, terus nampak pulak Lucy dan Louis baring tepat depan pintu dengan muka comel dan perut bulat kekenyangan. Nasiblah aku tak pijak. Encik Rubah tiba-tiba dengan penuh gaya jemput budak berdua tu masuk. Lah... aku ingatkan nak pergi 'tunaikan hajat' tadi. Rupanya minta aku buka pintu sebab nak ajak dua ekor ni masuk. Entahlah, malam ni aku rasa ketiga-tiganya berperangai pelik.

 

Lucy dan Louis selalunya tidur di tingkat bawah rumah (ruang tamu), Encik Rubah sekor ni saja yang sibuk nak tidur kat bilik. Lofa pula lebih selesa di luar rumah. Dia tu memang tak nak masuk rumah bila malam. Mungkin sebab terbiasa. Lofa tu stray cat yang Asyraf pernah cerita kudung kaki kanan. Lofa tak suka bergaul dengan kucing lain. Biasalah kucing jalanan, sementara nak biasakan diri sebagai kucing peliharaan. Hidup sebumbung dengan manusia. Jadi aku biarkan Lofa buat pilihan. Supaya dia tak takut.

Okay sambung, alang-alang Rubah dah kejutkan aku bangun tengah malam. Aku bentangkan sejadah dan turun ke bilik mandi untuk segarkan badan dengan whuduk. (Terima Kasih Rubah). Dan seolah faham, ketiga-tiganya melompat naik ke katil untuk beri ruang pada aku tunaikan solat sunat. Alhamdulillah. Selesai saja doa, dush! budak-budak bertiga ni berguling di sejadah. Tiba-tiba saja mata hilang mengantuk. Layankan saja budak-budak ni. Nak nanges pun ada tengok gelagat kucing-kucing aku malam ni. Entahlah, mungkin sebab rasa macam kucing-kucing ni teman baik yang lebih faham aku. Walau tak dapat berkomunikasi dengan satu bahasa. Kami ada cara masing-masing untuk berinteraksi.

Sebenarnya terfikir, bila aku balik ke UiTM semula nanti, dah habis cuti. Tak semua ahli keluarga ada masa yang cukup untuk rawat budak-budak ni. Lagipun tak semua rajin untuk layan perangai cerewet 'anak-anak' aku ni. Siapa nak mandikan kucing, nak beri makan ubat, bawa ke klinik, cuci selimut dan bersihkan tempat 'poo-poo' budak-budak ni. Dan yang pasti aku akan rindu dengan gelagat si gebu ni semua. Rubah, kalau aku dah balik UiTM, mak cakap dia akan tidur dekat luar. Kadang-kadang jelah masuk rumah.

So, kat bawah ni ada gambar-gambar my lovely pets yang masih disimpan. 


Bergusti : Rubah (Calico), Louis (Orange) & Lucy (Grey)
'Sorry gambar Lucy nampak bontot jee. haha.'
Baru balik klinik : Stray Cats
(Kucing liar yang pernah suatu ketika diselamatkan)
Selepas cukup montel dan sihat, aku hadiahkan pada orang yang nak jaga.
Sekarang semuanya selamat di rumah keluarga baru.
Rindu!
Urgh jangan jeles, (2012) Aidilfitri. Tidur dengan Rubah. 
Ini Marble, dah hadiahkan untuk kawan. Comel kan ?
Lucy dan Louis teruja tengok bird. Sampai macam ni jadinya.
Lucy sudah debab!

Lofa posing okeh! makcik ni lebih selesa tidur diluar.
Tapi tempat tidur first class Inche' Asyraf dah siapkan untuk dia
"Lofa"
(Gambar ni waktu minggu pertama jaga dia)
Sombong lagi time ni! Garang gilaaa.. 
Inilah Lucy, Louis dan Lassie time baby.
Lassie (putih) dah tak ada. Kena culik dua bulan lepas :(
Makhluk mana entah culik.
Arghh! Tak nak ingat. Sedih.
Louis sibuk nak tangkap burung lagi
Jadi kalau ada yang tanya, kenapa Asyraf suka sangat dengan kucing? Erm.. kenangan yang ada dalam gambar-gambar ini semua mungkin boleh jadi salah satu jawapannya. 


Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi tak larat Asyraf nak masukkan banyak-banyak. hehe. Asyraf ada bela arnab, kura-kura, burung, ikan dan lain-lain. Macam zoo okeh. In Shaa Allah, akan update lagi nanti. Semoga kita semua terus sayang dengan kucing dan haiwan-haiwan yang lain. 

Ada juga yang tanya, "betul tak bela kucing ni murah rezeki kita?"

Entahlah, pada Asyraf, rezeki itu Allah yang tentukan, kalau niat kita ikhlas, pasti ada. Bukannya bela kucing sebab nak rezeki murah semata. Rezeki tak semestinya datang dalam bentuk wang. Rezeki tu boleh jadi ada orang selalu belanja kita makan. Ada jemputan kenduri yang banyak. Dan duit gaji yang sedikit selalu mencukupi. Sebenarnya nikmat rezeki yang berkat itu lebih perlu difikirkan. 

Jaga diri, jaga iman. Sekian. 

AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

17 comments:

  1. eeeeeeee comel! teringin nak bela kucing tapi abah tak kasi sbb ada asma. wuwuwu. kucing kalau jaga dari kecik memang best! memang dia akan jadi kawan rapat kitaa. arghhh comel gilaa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. Nak buat macam mana kan. takpelah, nanti dah ada rumah sendiri semua, boleh la cuba bela kucing. Aah, kucing boleh jadi kawan bila dia selesa dengan tuannya. Kita pun kurang stress bila dapat main dengan kucing.

      Btw saya pun pesakit asthma ;) Tapi Alhamdulillah, setakat ni tak ada masalah.

      Delete
  2. masya Allah comel gilaaaaa!!!! semua bulu kembang2! nama pun stylo hahahah XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ada yang tak kembang sangat pun bulu. Tapi lepas bawa pegi veterinar. Doktor suntik vitamin. Makin panjang pulak bulunya. Nama tu acap la bagi! haha.

      Delete
  3. comelnye kucing2 Asyraf tu, jeles akak. Akak plak tak bela kucing tapi hari2 bagi makan kat kucing...anak2 suka sangat kat kucing...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, banyak kucing jalanan je akak. Asyraf pungut dan jaga. Sekarang makin gebu. Tak sangka pun. Rezeki Allah.

      Subhanallah, hebat akak, mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan akak, dimurahkan rezeki sbb banyak bantu bg kucing-kucing makan.
      Kenapa tak bela kucing akak? Kan anak-anak suka tu. Takut bulu kucing masuk hidung baby kecik aeh?

      Delete
  4. Hahah tengok Louis tu nampak mcm perangai Mu'iz (my cat). Dia duduk dalam rumah,bila dengar apa-2 cepat2 panjat katil ke,piano ke tengok dri tingkap. Selalu suka termenung ke luar kat tingkap besar kat hall tengok katak,tupai and burung XD ada mood manja,kuis2 kaki suruh belai...ada mood cari pasal XD kejar kaki,gigit2 org plak...hahahah :DD

    ReplyDelete

  5. Egypt clinics
    افضل المراكز لخدمات العنايه والتجميل للرجال والسيدات وزراعه الشعر

    http://rianariana.bravesites.com/
    https://slashdot.org/~riana.m/firehose
    https://rianariana1.livejournal.com/
    https://www.facebook.com/egyptclinics/

    ReplyDelete
  6. احصل مع #دكتورى على جسم مثالى
    مع #نحت_الجسم_رباعى_الابعاد_4D
    https://www.livejournal.com/
    https://www.facebook.com/Doctori.egypt
    https://www.instagram.com/

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.