Salahkah kami minat Kpop? | The Hearabouts

Friday, 22 November 2013

Salahkah kami minat Kpop?

Bismillahirrahmanirrahim...

K-POP : "Korean Pop" (Muzik Pop Korea) adalah sejenis muzik yang berasal dari Korea Selatan. Hebatnya K-Pop ini tempiasnya menyebabkan berlaku fenomena hebat disebut Hallyu atau Korean Wave iaitu Gelombang Korea. Negara kita juga salah sebuah negara yang menerima tempias cukup hebat! 

Sebenarnya ramai yang tanya saya tentang K-Pop dan bagaimana pula pandangan dari sudut agama Islam, sebelum ni saya ada menjawab beberapa pertanyaan di Twitter. Alhamdulillah ramai yang berpuas hati. Tapi memandangkan soalan yang sama berulang kali ditanya hingga ke harini. Jadi saya rasa patut dan perlu saya muatkan jawapan penuh saya sebagai artikel blog yang daif ini. Sebelum itu suka saya ingatkan yang saya kurang menyentuh bab hukum atas alasan klise kurangnya ilmu. Dan saya tak minat K-Pop! Heh~ Jadi rajin-rajinkanlah bertanya kepada yang lebih arif. Artikel ini cuma jawapan biasa dari saya.


"Salah ke kami minat K-Pop?"

Minat adalah suatu keadaan dimana seseorang mempunyai perhatian terhadap sesuatu dan disertai keinginan untuk mengetahui dan mempelajari mahupun membuktikan rasa sukanya. 


Pada saya perasaan "minat" itu adalah fitrah setiap dari kita. Setiap orang Allah anugerahkan rasa suka, cinta atau minat dan tidak ada sesiapa yang dapat menghalang perasaan itu melainkan tuan punya tubuh itu sendiri. Pun begitu Allah SWT berikan akal kepada manusia untuk meletakkan rasa minat itu pada tempat yang baik bahkan mengikut syariat agama. Sebab tu sebelum ni dalam artikel saya tentang couple, saya cakap cinta itu fitrah. Tak salah bercinta. Tapi Islam didik kita meletakkan cinta itu pada tempatnya. 

(Artikel : "Kalau tak couple macam mana nak kenal hati budi dia?")

Berbalik pada perbincangan kita, hasil rujukan saya melalui beberapa sumber termasuklah buku dan beberapa ulama-ulama yang begitu arif dengan hukum dalam Islam menyatakan tidak salah minat dengan artis K-Pop dengan syarat anda tidak menjadikan individu tersebut sebagai idola anda. Apa yang jelas dalam istilah idola ini ialah rasa minat itu tidaklah fanatik (taksub) sehinggakan bilik tidur, telefon bimbit, cadar tilam, sarung bantal, malah baju anda pun penuh dengan gambar artis korea tersebut. Kenapa tak boleh?

"Orang Islam tidak akan ambil orang-orang yang lagha (dalam hiburan seperti penyanyi, pelakon, penari) sebagai orang yang sangat dipuja. Yang kita puja ialah Rasulullah SAW." - Ustaz Azhar Idrus

Pun begitu, minat untuk tengok bakat artis Korea dalam menyanyi, berlakon drama dan sebagainya tidaklah menjadi suatu kesalahan adapun ianya menghiburkan anda. Saya pun pernah tengok drama Korea. hebat! Tapi perbuatan itu tidaklah dituntut dalam Islam dan pastikan ada had. Had yang macam mana? Tidak berimaginasi yang melampaui batas sehinggakan ada individu yang jenis setiap suatu hal dalam hidup dikaitkan dengan kpop, baju anda pun nak jadi kpop, rambut pun nak tiru artis kpop, nak cari suami pun yang macam artis kpop. Dalam bilik tidur ada poster artis kpop, nak tidur kena wish goodnight dekat gambar tu dulu, kena cium gambar artis kesayangan anda dulu baru tidur anda lena. Itu anda kena terima hakikat bahawa anda Islam dan agama larang anda begitu. 


"Adakah berdosa pergi konsert K-pop?"

Haram dan dilarang bagi lelaki-lelaki mahupun perempuan-perempuan untuk mengunjungi majlis-majlis maksiat. Apa itu majlis-majlis maksiat? Majlis-majlis maksiat adalah majlis, himpunan atau aktiviti yang boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat. 

Firman Allah SWT :
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ”  [an-Nisa’ 4:140]
Al-Qurthubi RH didalam tafsirnya pula menjelaskan :
قوله تعالى : ( فلا تقعدوا معهم حتى يخوضوا في حديث غيره ) أي غير الكفر , ( إنكم إذا مثلهم ) : فدل بهذا على وجوب اجتناب أصحاب المعاصي إذا ظهر منهم منكر ؛ لأن من لم يجتنبهم فقد رضي فعلهم ، والرضا بالكفر كفر . قال الله عز وجل : ( إنكم إذا مثلهم ) فكل من جلس في مجلس معصية ، ولم ينكر عليهم يكون معهم في الوزر سواء .

وينبغي أن ينكر عليهم إذا تكلموا بالمعصية وعملوا بها فإن لم يقدر على النكير عليهم فينبغي أن يقوم عنهم حتى لا يكون من أهل هذه الآية

“Firman Allah swt : (فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِه - maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain”) – bermaksud bercakap selain dari kufr; (ْإِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُم – “kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.” – Ini menunjukkan bahawa adalah wajib mengelakkan/menjauhi mereka yang melibatkan diri dengan dosa jika mereka terang-terangan melakukan mungkar! Kerana sesungguh sesiapa yang tidak menjauhinya sebenarnya meredhakan perbuatan mereka, REDHA dengan KUFUR itu sendiri adalah KUFUR. Allah swt berkata (إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ – “kerana sesungguhnya, tentulah kamu sama seperti mereka.”). Maka barangsiapa yang duduk didalam satu majlis dimana dosa dilakukan dan tidak menegahnya, maka keatasnya bebanan dosa yang sama seperti mereka.

Maka berdosa bagi kita yang secara sengaja mengunjungi konsert-konsert K-Pop, tengok video-video menari K-pop sebab kebanyakan ulama kategorikan konsert sebegini sebagai majlis maksiat. Kalau kita tengok sendiri memang tiada satu pun konsert K-Pop yang tak ada menari-menari. Tengok pakaian penari mereka pun kita sudah berdarah mata.  Kita yang menyokong terjerit-jerit bagai nak gila. Dan saya rasa semua tahu benda tu salah dan anda tak sepatutnya lakukan itu. Maka segera elakkan dan kembali kepada Allah. Kita tahu comel-comel awek K-pop niiii.. tapi sabar. Comel lagi Bidadari yang Allah sedia kat kita di Syurga nanti.


"Peminat K-Pop selalu kena hina, diorang bagus sangat ke? Allah dah tentukan Syurga ke kat diorang? Tak rasa berdosa ke menghina?"

Amboi soalan, begitu cepu cemas saya membacanya. Apa pun terima kasih bertanya. Sebelum tu mari Istighfar sekejap. Redakan rasa marah dalam hati. 

Baiklah, begini... Saya selalu sangat scroll timeline Twitter dan Facebook. Boleh kata hari-hari ada saja post bergaduh pasal K-Pop. Team anti Kpop bla bla, team itu dan ini. Lagi banyak bergaduh lagi laju saya scroll sebab malas nak tengok. Nak tergelak, terkentut, bermacam terr.. saya rasa. 

Bagi anda yang tak suka K-pop ni pun satu, kena faham istilah tegur, nasihat dan hina itu perkara berbeza. Sungguhpun anda menghina mereka yang minat K-Pop atas niat suci lagi murni anda untuk halang maksiat, halang perkara tak baik dari berterusan. Suka saya ingatkan tak ada satu pun lesen untuk menyokong alasan anda bagi menghina diterima. Setiap hinaan tetap dicatat dan ada dalam buku amalan masing-masing. Kena sedar tu. Tegur dan cubalah nasihat baik-baik. Jelaskan dengan penuh adab kenapa dan mengapa. InsyaAllah, saya tak rasa fans Kpop akan kecil hati dan marah anda sebab mereka pun sayang Islam. Kan kan kan!

Dan bagi anda yang begitu minat dengan Kpop, suka juga saya nasihatkan supaya kurangkan berkongsi gambar artis yang anda minat di laman sosial kerana tiada satu pun manfaat kepada rakan-rakan yang lain malah mengundang rasa kurang selesa pengguna lain. Memang pada dasarnya Twitter dan facebook hak masing-masing, tetapi perlu sedar yang laman sosial tidak didaftarkan untuk anda sendiri. Sebab itu adanya button add friend, follow dan sebagainya untuk menghubungkan anda dengan yang lain. 


Kesimpulan

Apa pun saya tak rasa kita patut meletakkan kesalahan ini 100% kepada peminat artis K-Pop sebab dulu pada awal kemunculan dan kemasukan ke Malaysia tiada siapa pun menegahnya. Dan saya yakin internet tetap akan menyebarkan hiburan dalam masa yang singkat sahaja. Tak kisahlah Kpop atau Bollywood atau Hollywood atau Playwood. Banyak lagi masalah selain dari fanatik K-Pop ni wujud dalam Malaysia. Apa yang pasti kesedaran kita pada tanggungjawab untuk diri dan agama sangat penting. Mak ayah kita pun tak larat nak tegur. Kita kena sedar sendiri lah kan.

Sebenarnya macam ni lah, semua orang ada melakukan kesalahan. Termasuk saya sendiri. Banyak dosa pada Allah Taa'la (Nanges). Jadi saya rasa semuanya berbalik pada diri sendiri. Bagaimana nak selamatkan diri kita sebab dunia pun dah tak larat dah. Sampai masa kita kembali padaNya. Gunakan kesempatan yang ada untuk sebarkan yang baik-baik. Saya melihat usaha dakwah di laman sosial pun bertambah. Alhamdulillah. Tapi masalah kita ada yang suka menghentam sesama sendiri mencari salah orang itu dan orang ini sedangkan aib sendiri tak terjaga lagi. Tak perlulah terus salah menyalahkan. Mari muhasabah, rehat dan pandang diri. 

"Apa-apa yang mendekatkan kita dengan Allah tak best nak buat, dan apa-apa yang menjauhkan kita dari Allah sungguh seronok dan beronok-ronok nak sertai. Melainkan bagi mereka yang beriman kepada Allah Taa'la dan beramal soleh, pasti merasa manisnya untuk terus beribadah."

Saya mohon maaf andai ada salah berkongsi ilmu dan kalau ada melukakan hati sesiapa maafkanlah saya. Sekian dari saya. Sebarang komen, pendapat, rasa tidak puas hati sila tinggalkan di ruangan bawah. 


Wallahualam Bissawab



AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

101 comments:

  1. Replies
    1. Tak setuju

      Delete
    2. Kenapa tak setuju kalau awak islam mestilah setuju macam blogger tu cakap *terimalah hakikat bahawa kita tu islam* kau islam kan.

      Delete
    3. assalamualaikum,bagus cara bloger ni sampaikan,,saya kpoppers dn agk fanatik,,tapi dgn ape perkara yg tlh dibincangkan di ats sgt diterima scr postif oleh saya,,bagi saya ape2 pun kite kne ade prinsip al-quran,,pada aslnye,saya ade tetfikir jugak nk pegi konsert,tapi lps bace ni trus x nk pegi dh,,yelah bnde tu trg2trgn pusat maksiat,,nnti tetiba ditimpa bencana mcm mne,,saya sbg islam masih waras dgn perkara mcm2 ni,,so yg anti kpop,,jgn nk menuduh je keje,,siasat dulu,,ni tak,,main hina je,,kye plastik lah lip sync lah,mmg sume mcm tu ke??so nk berdakwah tu ada adabnya,sekian

      Delete
    4. Setuju! Tak kisah kalau nak tgur.. tapi janganlah melebih ii sampai mnyakitkan hati fans ii kpop ni.. sebab mase tu maybe dia tk thu? N skrg dia dh tahu.. mungkin dia tk fanatik sngt? Saya mint kpop sebb kpop pon ada pelajaran dn pengajaran dia jugak.. dan ada motivasi.. saya tak terlampau fanatik.. macam blogger ni terangkan.. tetapi saya minat diorang macam tgok video dorng.. simpan gamabr diorng je.. kesimpulannya.. nak tegur tu.. tegur dengan cara yang baik yang mnyebabkan fans ii kpop ni tk terasa hati ☺ sori jika saya reply berbelit ii 😂

      Delete
    5. Stuju sgt

      Delete
    6. Setuju ! Sy sbgai peminat kpop akan slow² tinggalkan dunia kpop , sy ada jga terfikir ingin ke konsert tp selps baca ni , sytknk terfikir nk pergi dh , sy selalu jgk kena tegur dgn parent adik² sy semua dh mula minat dgn kpop , selepas ni sy akan slow² lah tinggalkan dunia kpop , insyaAllah , tp sy nk tanya jgk lah.. betul ke apabila kita meminati sesuatu mcm artis lah kan , kita dikira tak matang , sbb kwn sy ckp mcm tu , tkut je klu salah sbb tu sy tnya..

      Delete
  2. Assalamualaikum, macam mana nak buat orang tak boleh nak highlight apa yang kita type kat blog kita?
    Sorry, soalan ni jauh tersasar dari entry ni :D

    ReplyDelete
  3. terjawab persoalan. me as a kpopper pun setuju ngn post ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya sy bukan islam ...bagi sy kpop dh popular sgt kat malaysia...sbb kpop lh persahabatan sy masalah sikit ...ni bukan psal kpop jek ...tpi kwn sy tu tak suka kalau ada org ckp psal BTS(JUNGKOOK)...lgi pun bias dia ....sy ni tak boleh minat group lain yg dia minat ....masalah nya sy minat BTS ...rata rata semua org minat...makin lama makin besar sampai mak dia datang ke rumah sy nak cari gaduh ...kwn beragama islam ...sy ini beragama hindu ... kerap sy tengok islam ni x suka klu apa yg dia minati bukan semua lh ...ckp psal kpop jek dh nk marah ...lgi pun dia kata BTS(JUNGKOOK) dia punya ...sampai sekarang kita ni dh berpisah dgn dia...sy dh abaikan dia ...simple klu dh jdi kpopper jgn mencabar diri dan show off kat org lain

      Delete
    2. Sye Mintak maaf....tpi bukan semua umat islam canntu....awq Maafkan dia k... Sye betul II Mintak maaf bgi pihak dia walaupun Sye takberape kenal Dia....❤💙....sye minat Bts jugak.... My bias is suga.... Tpi Sye tak mcn Kwn Awq tu😊

      Delete
    3. Ye saya setuju sangat.. sepupu saya pun marah.. kadang ii saya sendiri yang marah.. ya Allah teruk nya aku nih

      Delete
  4. Setuju.Yalah,rata2 remaja masa ini tlalu taksub dgn kpop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak tanya satu soalan.Jenis lagu kpop yang macam mana kita tak boleh dengar?

      Delete
    2. yang terdapat kekerasan atau pun lirik yang tidak sesuai dengan ajaran islam, seperti pelecehan terhadap perempuan, tempat haram, kata-kata kasar, dan lain-lain.

      Delete
  5. Okay , semakin memahami hukum untuk segala persoalan mengenai kpop :)
    Terima Kasih .

    ReplyDelete
  6. Saya minat kpop dan saya sayang Islam. Tapi nak hilangkan perasaan minat kpop ni memang susah , tapi pasal kurangkan share gambar artis kat twiter dan facebook saya akan cuba kurangkan insyaAllah. Lagi satu , kalau kita tengok video menari artis Lelaki tak salah kan , i mean dorang punya pakaian tak seksi pun. Terima kasih atas nasihat Asyraf Khalib :)))

    ReplyDelete
  7. Thank you :) puas dengan jawapan ni

    ReplyDelete
  8. Slm . mcm mane nak highlight text ?? Ana dah buat byk kali xboleh jgk .. apa-2 pun ana berpuas hati dgn post akhi ..

    ReplyDelete
  9. bagaimana jika kita menegok video artis kpop yang wanita tu, tetapi kita juga wanita. Awak nak minta tolong pada yang tahu . trimakasih.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih. Saya kpoppers dan saya boleh terima cara teguran ni. Ramai haters yg tegur dgn cara kasar. :)

    ReplyDelete
  11. saya pun peminat kpop tapi saya setuju dgn artikel ni. bukan semua peminat yg taksub sampai sembah kpop ni. kami ingat agama, Islam is our priority no matter what :) terima kasih atas artikel ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes...sye pun sma...tpi ramai kata yg spe minat kpop ni x ayg agama islam

      Delete
    2. Setuju....dulu saya x minat kpop...tapi bila saya rasa seorang diri..ada sepupu pulak yg minat kpop...saya ni pun serba salah tapi bila baca artikel ni..saya rasa macam ada benarnya...minat boleh asal jgn terlalu taksub sampai sanggup hilang keluarga lah..hilang kawan lah...di sebab kan kpop banyak orang yg semakin lupa diri tapi kami kpopers akan cuba elakkan supaya lebih mengelakkan dari lupa tuhan...sebab tuhan lah tempat kita memohon...tq asyraf khalib atas penjelasannya..doakan kami supaya tak terlampau taksub...

      Delete
  12. setuju. thanks for this information Asyraf Khalib.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih ats perkongsian ^^,

    ReplyDelete
  14. Entry yg awesome..lpas bce ni buat sy sdar akn makna minat tu sndiri..sy pon lyn jgak lagu2 kpop tp x lah smpai fanatik. Smoge entry ni dpt dikongsi dgn kpopers kt luar sne agar kte x tersasar jauh dr akidah kite yg sbnr..wallahualam

    ReplyDelete
  15. bila ditanya balik kat UAI , dia kata kpop 99% haram ikut dia la ,tapi kalau tgk citer korea tu sama la jgk tak tutup aurat ,haram dipandang , kita tgk perempuan yg tak pakai tudung pun haram , abistu knp mesti tgk citer korea ,tgk je la cerita yg beradasarkan islam seperi di tv alhijrah yg memakai tudung,persoalannya di sini muzik apa yg dibenarkan ,ok muzik yg dibenarkan adalah muzik yg berjihad ,perkahwinan,dll tapi percintaan tiada seperti lagu yg selalu dicipta oleh mereka ....wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum. Nak tanya sikit boleh tak? Salahkah jika perempuan minat artis perempuan? Melihat video tarian dorang? Tapi still kami perempuan. Adakah itu salah? Adakah itu berdosa?

      Delete
  16. MUHAMMAD DANISH BINA AZMAN9 December 2014 at 06:12

    KPOP 99% HARAM, Nabi Muhammad dh bagitahu ttg kpop ni akan berlaku sejak 1400 tahun yg dulu dia kata umat dia joget depan org ramai dan ramai org bersorak (ikut UAI) sy sedikit pun tak setuju dgn benda ni

    ReplyDelete
  17. MUHAMMAD DANISH BIN AZMAN9 December 2014 at 06:17

    JAWAB DUA PERSOALAN SY DI ATAS, BUKANKE HARAM MEMANDANG AURAT WANITA YG BUKAN MAHRAM WALAUPUN RAMBUT,SEBAB RAMBUT TU AURAT,HAA DI SITU KITA TAHU CERITA KOREA ATAU DRAMA YG DIOEANG BUAT TU HARAM ,KNP?,SEBAB PELAKON PEREMPUAN YG SENANG DIPEGANG² OLEH ORG YG BUKAN MUHRIM NI HARAM SEPERTI CERITA KOREA ATAU DRAMA YG BOSAN TU (SORRY KPOPERS ATAU PEMINAT KOREA SBB MEMANG BOSAN CITER ALIF BA TA LAGI BESY)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm tapi bukan ke drama melayu pun girls tak tutup aurat ? :)

      Delete
    2. emm emm.. and plus the fact diorng non- muslim but what going on wt pelakon melayu ye ? islam jga but .... ;)

      Delete
    3. No need to write all with capslock . U shouldnt just point on kdramas/kpop when Malaysian MUSLIM artists also didnt cover their aurat sweetie .

      Delete
    4. Bgi sya,drama Korea and drama Melayu x de beza..yg perempuan x ttup aurat..pgang sna sni..yg bezanya agama..Korea majoritinya Kristian mnakala plakon drama melayu majoriti Islam..Klau susah sngat tngok je karton..

      Delete
    5. Kan.. betol tu.. bukan ke lebih baik jika kita tgk video2 yg bermanfaat? Drpd buang mse tgk cerita2 yg tah pape baik kita hafaz al-quran ke berzikir ke kan lgi bgus.. kalaw dah bosan sngt pun cari lagu tentang agama.. ataupun layan lah video tarannum ke kan sedap kalw didngr.. maaf jika tersilap kata😊🙏

      Delete
  18. Saya bersetuju dengan pendapat ini, tetapi saya berpendapat tidak perlulah untuk kita meminati K-Pop atau apa sahaja yang membawa budaya negatif yang merosakkan akhlak. Lebih baik kita meminati hiburan yang mendidik jiwa ke arah kebaikan. Lagi bagus.^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat seseorang tu tak boleh dihalang . Tuan punya badan ja yg boleh ubah :^)

      Delete
  19. Setuju.. Harap media lebih berhati-hati dlm menyebarkan maklumat.. Tak nak terjadi seperti insiden baru-baru ni..

    ReplyDelete
  20. Minat kpop takde masalah.. cuma jgnlah terlalu taksub hinggakan poster korea ditampal dlm bilik.. home wallppr taruk gmbr k pop.. bg perempuan x rasa malu ke bila tengah pakai/buka baju ada poster lekaki korea.. dan kalau boleh elakkan pergi konsert kpop yg tdk tutup aurat dan melalaikan.. malaysia punya kalau boleh jgnlah pergi.. Ok sekian dakwah singkat saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la jugak dgn laki pun yg tampal poster kelab bola. Nk pukul sama rata pukul dulu kepala sendiri bodoh

      Delete
  21. sy minat kpop sbb music tpi xlah smpi simpan gmbr artis.

    ReplyDelete
  22. Berdosa tak kalau kita post gambar artis korea perempuan? Sebab kan nampak rambut..walaupun diorang takde dosa takde pahala ..tapi dosa aurat rambut tu kita yg tanggung ke? Please tolong jawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ja lah kalau minat apapun... bola pun mcm tu jgk tak semestinya kpop.. statement awak tu boleh melukakan hati org tau. awak kena selit sekali dgn minat minat yg lain yg boleh menjadikan lagha selain kpop utk tidak timbul salah faham. ni asyik kpop saja jadi isu. kamu ingat yg minat kpop ni semua takde tuhan ke.. Yg minat bola tu sanggup stay up demi match korang dgn fanclub bola fav korang sampai terleka subuh tah kemana tu mcmmna pulak.

      Delete
    2. Bagi saya sebaiknya tak perlu la post gambar diorang mungkin bagi diprang tu bukan aurat tapi kita kena ingat orang yang tengok tu mungkin orang muslim jadi akan timbulah dosa. Saya just cakap berdasarkan kefahaman saya kalau salah tolong tegur. No hate I'm also kpop fans 💗

      Delete
  23. Saya kpoperz...saya pon setuju..saya nak tanya soalan kalau kita tengok video dengar lagu jer tak berdosa kan?

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. aku tak taulah klu sekarang ni pun org tengok artis kpop ni boleh menjerit-jerit fanatik smpai nk histeria, klu akhir zaman nanti Dajjal muncul mcm mane agaknye ek Nauzubillah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah jgk kau melaungkan gol utk club bola hg tu pukui 3 pagi samoai gangguborg tidoq subuh kemana.. Sama ja... Kau tu pun pengikut dajjal sekali

      Delete
  26. ape beza kpop nan artis Malaysian?

    ReplyDelete
  27. sebenarnye apa yg kite lihat pada hari ini adalah cerminan untuk akhir zaman, klu kite skrang ni org boleh terjerit-jerit, obses dan fanatik sangat tengok kpop ni, akhir zaman nanti akan muncul seorang hamba Allah dari keturunan syaitan iaitu Dajjal yg akan mempunyai berbilion-bilion org pengikut. Pada zaman tu nanti, orang bukan setakat fanatik sampai terjerit-jerit sampai lupa diri tapi lebih dr tu lagi. So, ingatlah klu skrang ni org boleh jadi terlalu obses dan fanatik terhadap artis-artis kpop ni tak mustahil anak-cucu kite akan jadi lebih teruk pd mase depan. Pd aku kpop ni lebih membawa kepada keruntuhan ahlak seorang muslim dan membawa diri ke arah yg lalai, tk kiralah klu orang nk cakap bleh tengok kpop tapi jangan jadikan seseorang itu sebagai idola, pada aku klu kite tak minat sesuatu atau seseorang takkan kite nk tengok. but that is my opinion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Palatao lah kau.. Sama ja lahh kalau minat bola pun tgk match diorang pukul 2 3 oagi sampai subuh kemana pi.. Salah sendiri taknak pulak nk cari. Salah kpop jgk.. Haa nnti kat akhirat kau bawak la messi kau CR kau sekali.. Mcm kpop fans semua ni jahil sgt bab agama

      Delete
  28. Assalamualaikum, nak tanya kalau pergi fansigning event pun dikira sebagai kita pergi ke majlis maksiat walaupun tiada menari menyanyi semua tu ? Terima kasih 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. As long kalau benda tu buat kau happy kau pergi je konsert diorang ke fanmeeting. Biar jelah depa puak acah ustaz hati hitam ni ckp apapun. As long u tahu batas u as a muslim. Nk kata pegi konsert diorang haram.. Knp pii stadium bola tu tak haram ke sama ja kan konsep dia

      Delete
  29. Assalamualaikum, nak tanya kalau pergi fansigning event pun dikira sebagai kita pergi ke majlis maksiat walaupun tiada menari menyanyi semua tu ? Terima kasih 😊

    ReplyDelete
  30. Terjawab jugak persoalan saya tentang hukum pergi ke konsert artis K-pop :-)

    ReplyDelete
  31. terima kasih banyakk sangat,, baru baca artikel ginian bikin teduh hati, tegurannya mudah di pahami, tak macam orang lain klo nak tegur kpopers menyangkutkan islam, kazar sangat, tak macam artikel ni malah saya sangat senang di tegur macam ni,, terima kasih ya

    ReplyDelete
  32. Nak tanya la boleh ke yang bergelar isteri suke tengok vedio korea dan drama korea juga gambarnya.. Apa hukum dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceraikan jelah isteri kau tu.. Dia tak layak utk kau

      Delete
    2. Astaghfirullahalazim,tegur jelah tk patut kot smpi nk cerai.blh tk jgn ckp benda bukan²

      Delete
    3. cerai tu salah dik kau pon tau cerai tu salah TAK SEMUA ORANG BETUL ADA SALAHNYA ingat ! jangan lalai !

      Delete
  33. its 2018 and i agreed with this article. thank you !

    ReplyDelete
  34. Tdi d atas jika kita menonton konser nya itu berdosa. Lalu jika sya menonton kegiatan mereka d belakang panggung misalnya : funny moment dsb itu bagaiman hukumnya?

    *mohon jawabannya

    ReplyDelete
  35. Alhamdulillah rse teng lps baca blog ni .. Tq sgt2..sy pon mint kpop tp bru thun ni.. Sy setuju sgt w article ni..

    ReplyDelete
  36. Asallamu'alaikum, saya ingin bertanya jika kita tidak boleh melihat video K-Pop apakah boleh kita hanya mendengarkannya saja

    ReplyDelete
  37. bg saya yg komen tu semua bg pendapat sendiri. tambah2 yg tksuka tu keja nk hentam je. tp ada satu komen tu saya setuju, dia ckp, knp perlu point kpd kpop je sedangkan artis malaysia sndiri yg islam pun still buat konsert, berlakon tk tutup aurat, pgg2 ngn bukan muhrim. jadinya kt sini, taksub ngn mana2 artis sama ja bukan kpop je yg haram nye. bukan la nk bangga, tp penah gi konsert kpop. sebelum konsert mula solat asar dulu pe. adakah tu juga dikira lalai. i mean mcm as long as buat apa2 tp still ingat tuhan tu okay je kut. tq

    ReplyDelete
  38. terima kasih. saya selalu tegur dgn cara yg kurang baik.... bukannya tegur teruk sgt, tp saya cuma tercabar dgn hinaan mereka terhadap saya.... Apa2 pun, trima kasih utk maklumat ini... Semoga sesiapa yg menyebarkan perkara ini mendapat pahala yg berterusan...... AMINNN..

    ReplyDelete
  39. Kita boleh minat lagu tu kalau kita tau apa maksud lagu tu...kan?

    ReplyDelete
  40. im as a fanatic kpoper sentap jugak la baca but then i tersedar banyak juga benda yang i buat tu sebenarnya tak boleh. and it is true minat seseorang tu tak boleh halang. =)

    ReplyDelete
  41. Saya minat satu kpop group ni sebab dia lawak. Tapi tak suka pun dengar lagu diorang, cuma minat tengok variety shows diorang yang kelakar tu je.. Dosa tak kalau macam tu? Sebab dalam hidup yang menye-stress-kan ni, kita perlukan ketawa .. huhu!

    ReplyDelete
  42. Nak tanya,saya ni laki,kalau tgk vedio manari lagu btsjaa kat fon pun slah ke dlam islam? Walaupun muhrim

    ReplyDelete
  43. Terima kasih atas penerangan yang diberikan. Saya juga minat kpop tp bukanlah sehingga taksub. Saya hanya mendengar lagu sahaja dan jarang menonton stage performance dan MV. Terima kasih lagi sekali atas penerangan ��������

    ReplyDelete
  44. Sy seorg hafizah,sebelum sy start mghafal sy memang dah sedia minat dgn satu boyband korea,di sini sy nak tanye,salahkah sy utk sukakan diorg sbb sy suka sgt dgn diorg punya friendship,usaha diorg.sy bukan jenis kpoppers yg 24 jam dngr lagu kpop,siap beli album bagai,beli baju ape semua,sy bukan jenis mcm tu ,sy bukan jenis yg pgi streaming lgu diorg smpai tak tido ape semua tu,sy sendiri tak dngr lagu diorg but sy dngar yg piano version shaja ,tp sesetgh lagu yg sy rasa tak serabut.jadi di sini,adakah still salah? Tq

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum,saya dah 4 thun jdi kpopers sya penah brniat untuk pegi ke consert mereka dan seblum sya nak pergi consert kpop sya nak jejak dlu Mekkah yg indah skli dan tmpat tenang kn diri..sya setuju dngan blogger ni and sya rasa sedar skit apa yg sya buat..tpi sya masih tk boleh tk minat kpop...tpi sya masih ingat ALLAH SWT😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lpas tu sya minat dorng sbb diorg ada usaha yg lebih dan friendship mereka bikin kpopers...saya tau mesti ada yg trlebih mcm smpai nk beli patung lilin kpop utuk hiaskan bilik mereka..lepas tu sya ada soalan.
      1.jika ada kpopers yg trlebih,perlu ke kita nasihat?
      2.ada kah berdosa besar mnjadi kpopers?
      Itu jerr saya nak tanya.😊

      Delete
  46. Saya sebagai peminat kpop..tak salahkah kalau simpan lagu mereka dalam phone sbb saya ni sngat suka dengar lagu lagu .tapi taklah semualah yang says simpan tu lagu kpop macam² lagu lagi ada..tpi saya sebelum dengar lagu saya akan pastikan yang maksud lagu tu baik..tolong jawab ye..

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum...sye nk tnya lh...sbb sye baru tahun ni minat BTS KPOP slh ke klo sye minat?
    Kawan sye mmg x bgi minat kpop just dia kata kpop tu haram lh...just dia kata baik ko bercinta or couple dia kata x haram yg hara kpop...dia kata kpop tu kpop ni lah apa lah...mcm hina kpop tu...lepastu sye kata lah bercinta tu x haram ke smpai peluk ii pagang ii dating lah apa lah...

    Sye nk tnya lah klo bercinta or couple tu haram atau tau...tkasih��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haram. Walaupun tak pegang-pegang

      Delete
  48. Terima kasih atas perkongsian sebenarnya saya pun mengalami benda yg diatas...mmg bnyk yg berlaku...terima kasih sangat sangat

    ReplyDelete
  49. Sepanjang i cari pencerahan tentang boleh kah minat kpop ni, I think this one i boleh terima positively! Thank you

    ReplyDelete
  50. Dah lama saya cari tentang hukum minat kpop ni. Yang ni paling buat saya puas hati. Dapat juga pencerahan yang jelas. Terima kasih penulis!

    ReplyDelete
  51. Maaf bertanya, boleh bg pendapat ttg artikel ni https://www.google.com/amp/s/peribadirasulullah.wordpress.com/2015/01/15/6-sebab-k-pop-haram/amp/

    ReplyDelete
  52. Saya menangis baca artikel ni jujur saya cakap saya minat kpop, tapi allah slow ii bagi hidayah dekat saya and sekarang saya dah rajin solat ,baca al quran dan tiktok saya pun banyak keluar dakwah tenang rasa.Tapi saya still rasa minat terhadap kpop setiap kali saya tengok video diorang saya rasa serba salah like"berdosa ke aku minat kpop" tapi lepas baca artikal ni saya rasa ok sikit cuma saya kena kurangkan minat saya dan fokus kepada allah swt terima kasih akak sudi share dekat sini!! Sekarang saya dh tahu batas saya untuk kpop ini

    ReplyDelete
  53. Ini baru lah the real tegutan untuk kpopers...saya pun seorang kpopers saya suka cara awk tegur..sebenarnye btul la ape yg akk nie ckp klu korang tegur kpopers jgn terlalu taksub dgn artis ii kpop dgn cara yg btul kitaorg terima je dan cuba untuk berubah sikit demi sedikit...

    ReplyDelete
  54. class="LC20lb MBeuO DKV0Md">Ver Doramas Online - Mira Doramas Sub Español Online

    ReplyDelete
  55. Saya setuju. Saya nak tanya, boleh ke saya dengar lagu Kpop tanpa melihat music videonya? Dan maksudnya baik baik sahaja.

    ReplyDelete
  56. Saya perempuan, saya nak tanya boleh ke kalau saya tengok Kpop group perempuan yang dia pakai baju aurat terdedah tapi takde la seksi sangat

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.