Berdosa tak pasang Takbir Raya pada hari biasa ? | The Hearabouts

Wednesday, 5 June 2013

Berdosa tak pasang Takbir Raya pada hari biasa ?



Belum puasa dah ada entri tentang raya? Jangan salah faham, ini cuma penjelasan tentang Takbir Raya pada hari biasa. Entri ringkas ini saya tulis pun sebab ada yang bertanya soalan tentangnya. Saya sendiri tak terfikir untuk menjelaskannya sebelum ini. Jadi, bila dah ada yang bertanya dan ada yang ingatkan, elok juga saya kongsi.

Tapi harap sangat, jangan tanya saya bab hukum, jujur tak berani ulas dan tak pandai. Masih kurang ilmu. Bab hukum kena tanya Ustaz, Ustazah, ahli agama. Kalau salah letak hukum nanti lain pula padahnya. Baiklah, dah sedia? Jadi, mari kita teruskan. Kalau salah mohon diperbetulkan. 


Soalan : 
1. Betul ke pasang takbir raya jenazah dalam kubur menangis?
2. Betul ke dosa kalau kita pasang Takbir Raya selain daripada hari raya ?
 

Jawapan :
Soalan kedua-duanya hampir sama. Jadi saya huraikan dalam satu jawapan ya. Secara peribadinya, saya yang masih belajar lagi ini tidaklah pernah menjumpai sebarang dalil (samada secara khusus ataupun umum) mengenai jika takbir raya bukan pada hari raya akan mengakibatkan orang di dalam kubur menangis dan orang yang pasang takbir atau lafaz takbir tu pula menangung dosa. 

Jikalau sahabat-sahabat pernah menjumpai sebarang dalil atau hadis sahih mengenai perkara ini silalah berkongsi di sini. Bantu saya dan rakan-rakan lain agar tak keliru dengan hadis palsu, juga fatwa mengarut yang kian bertambah akhir zaman ini. Pada saya, kenyataan seperti jenazah dalam kubur menangis bila dengar takbir selalunya biasa kita dengar dari mulut orang-orang tua. Orang Melayu lekas buat fatwa sendiri, dan malangnya berpuluh keturunan pula percaya. 

Berbalik kepada kedua-dua soalan tadi, Kalau rujuk semula Al-Quran juga hadis. Tak berdosa, cuma sedikit pelik sebab tak kena waktu pasang. Tak menjadi suatu kesalahan untuk bertakbir raya bukan pada hari raya kerana jika dilihat kandungan di dalam takbir itu sendiri terkandung kalimah-kalimah memuji dan membesarkan Allah Taala sahaja. Namun ia mungkin kelihatan agak janggal pada pandangan masyarakat kerana kebiasaan takbir raya hanya dilafazkan pada hari raya sahaja. 

Sebagaimana firman Allah Taala bermaksud: 

"Orang yang mengingati Allah ketika didalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring. " (Surah ali-Imran: ayat 191). 

Difahami dari ayat Al-Quran yang saya nyatakan tadi (surah Ali-Imran: ayat 191) bahawa kita digalakkan untuk berzikir di dalam sebarang keadaan dan lafaznya tidak pula ditentukan. Dan perlu diketahui bahawa lafaz takbir hari raya itu bukanlah daripada Al-Quran atau hadis Rasulullah S.A.W. bahkan ia adalah dari para ulama. 

Kesimpulannya takbir raya ini dibenarkan pada bila-bila masa sahaja sama juga seperti berzikir dengan lafaz yang lain kerana tiada sebarang dalil dari Al-Quran ataupun hadis Rasulullah S.A.W. yang mengatakan lafaz yang kita kenali sebagai takbir raya itu hanya sah dibaca ketika hari raya puasa atau hari raya haji sahaja. Tak ada yang salah pun pasang takbir raya pada hari biasa. Cuma adat setempat kita orang Melayu yang suka memberat-beratkan perkara yang baik. Lagipun tak ada dalil yang sahih tentang arwah menangis dalam kubur dan sebagainya. Hal ini juga ditegaskan oleh Dr. Danial Zainal Abidin yang menyatakan jenaza menangis dengar takbir itu semua khayalan.  Bab kejadian alam ghaib perlukan nas untuk membuktikannya, tetapi tiada nas yang menjelaskan hal ini. Perkara ini sama seperti zikir Imam Syafie, untuk kita lebih dekat dengan Dia dan Kalau ikut sejarah Islam, orang mula takbir masa baru balik dari Perang Ahzab. 

Ingat, jangan keliru dengan petua atau pantang larang Melayu. Orang tua-tua suka buat pantang larang sebab tak elok masyarakat pandang. Bukan betul pun sebenarnya. Tak elok kita percaya sampai rosak akidah. Contoh anak dara menyanyi kat dapur, nanti besar kahwin lelaki tua. Sebenarnya orang dulu-dulu tak enak tengok anak dara menyanyi di dapur. Macam kurang adab. Jadinya keluar pantang larang yang menakutkan anak dara supaya mengelakkan mereka dari menyanyi di dapur. Malangnya kita yang berpendidikan sekarang ini pula yang melampau-lampau percaya. Jadi samalah  juga dalam kes ini, takbir raya pada bukan hari raya dilihat janggal sebab tak kena waktu. Jadi keluar pantang larang katanya jenazah dalam kubur menangis sedangkan tiada nas yang menjelaskan tentangnya. 


Sahabat, sepatutnya sekarang kita sibuk persiapkan diri untuk Ramadhan yang akan datang. Bukannya terlalu suka nak beraya sampai tak kena waktunya.

 Wallahualam.

Akhir kalam, Terima Kasih pada yang bertanya dan juga yang turut bantu menjelaskan tentang masalah salah faham ini. Moga ilmu ini diberkati dan diredhaiNya. InsyaAllah.

Keep Calm & Prepare for Ramadhan.


Credit :
Adik Zayrin Anira
Saudari Shahzanani Hidayati
Dr. Danial Zainal Abidin



Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
--> indexs12

9 comments:

  1. Assalamualaikum.. Ustaz saya mahu tnya... Bolehkah kita memainkan lagu raya pada bulan selain daripada bulan syawal??

    ReplyDelete
  2. Deep in the dark I don't need the light
    There's a ghost inside me
    It all belongs to the other side
    We live, we love, we lie

    Cara Mengatasi Sakit Tulang Belakang
    Obat Vertigo
    Obat Laringitis
    Obat Penambah Hb Darah

    ReplyDelete
  3. Deep in the dark I don't need the light
    There's a ghost inside me
    It all belongs to the other side
    We live, we love, we lie

    Cara Mengatasi Sakit Tulang Belakang
    Obat Vertigo
    Obat Laringitis
    Obat Penambah Hb Darah

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.