9 Jenis Anak Syaitan | The Hearabouts

Tuesday, 11 June 2013

9 Jenis Anak Syaitan

Alhamdulillah, setelah hampir dua bulan saya bercuti di Kedah (kampung halaman), hari ini saya berpeluang menulis blog di Shah Alam kerana semester akhir sudah pun bermula. Sama-sama doakan yang terbaik ya.
Baiklah, entri kali ini tentang 9 jenis anak syaitan yang setiap hari muncul menghasut kita anak-anak Adam agar binasa bersama mereka di Neraka, Nauzubillah. Sebelum ini saya ada kongsikan semua ini di Twitter saya, namun jika ada sahabat pembaca terlepas perkongsian lalu. Kini saya muatkan dalam Blog untuk mudahkan rujukan. 
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu:
1. Zalituun
Duduk di pasar atau kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. 
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut Sultan/Raja/Pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan populariti.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim 
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga 
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
InsyaAllah entri akan datang saya akan kongsikan pula strategi untuk kalahkan Syaitan. Kita "manusia", sedar atau tidak, kita antara ciptaan yang hebat. Jadi, kenapa perlu kalah dengan mereka? Jangan tewas lagi. Ubah sekarang. Fasa Taubat sudah bermula, Jangan tangguh. Kalau Syaitan tak pernah putus asa hasut manusia buat jahat, kenapa kita nak putus asa ajak orang buat baik. 
KEEP ISTIQAMAH
Sahabat, ingat ada 3 perkara yang menyelamatkan kita
1. Takut kepada Allah ketika berseorangan atau ketika ramai.
2. Adil ketika marah atau ketika suka 
3. Bersederhana ketika kaya atau fakir
Sekian, pastikan kita pilih hijrah. 
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
--> indexs12

7 comments:

  1. The article is very interesting. And I also want to share articles about health, I'm sure this will be useful. Read and share it. Thank you very much :)


    Cara Mengobati Kuku Cantengan
    Solusi atasi sakit kepala Vertigo

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.