.jpg)
PESANAN ROH KEPADA MANUSIA
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. "
Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Mudah-mudahan diredhaiNya
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...
6 Julai 2013, sekitar jam 12.00 tengahari. Cuaca sangat baik, panas terik hari itu membuatkan bahang hangat matahari terasa sehingga ke dalam kereta. Walau penghawa dingin kereta berfungsi baik, masih pedih kulit ini, Allahurabbi. Aku di tempat duduk sebelah pemandu dan yang memandu kereta ialah sepupu aku, Malek namanya. Kami berbual lancar, berselang gelak ketawa. Masing-masing punya cerita menarik.
Sampai di suatu simpang susur keluar dari Federal Highway, Malek memberhentikan keretanya kerana lampu Isyarat merah. Sambil menanti giliran lampu isyarat hijau, tiba-tiba muncul seorang wanita tua di tengah-tengah jalanraya yang sesak. Dia berjalan di celah-celah kereta yang lain. Langkah perlahan wanita itu diatur, tangan kanannya nampak lemah mengangkat beberapa bungkus tisu muka. Melambai-lambai ke arah setiap pemandu kereta. Mana tahu ada yang ingin membeli tisu yang dijualnya itu. Namun tak ada seorang pun yang membuka cermin kereta untuk membantu.
"Allah Malek, ada makcik minta sedekah"
Ayat itu yang pertama keluar dari bibirku dan tangan ini tak henti-henti menepuk bahu sepupu sambil jari lekas menunjuk ke arah makcik tadi. Malek sabar melayan karenah aku.
"Mana, mana?"
Tanya Malek dengan nada perlahan sambil matanya mencari-cari makcik yang aku maksudkan.
Kebiasaannya, peminta sedekah akan membawa tisu bersama mereka. Mengharap ada yang ikhlas menghulur bantuan dan dibalas dengan beberapa bungkusan tisu muka. Samalah dengan makcik yang aku temui hari ini. Makcik tua itu kemudian berjalan perlahan ke arah kereta kami. Tangan kirinya kemas mengenggam dada menahan sakit, bibirnya kering pucat, mukanya gelap terbakar terik panas, kaki kirinya diheret-heret. Barangkali kaki kiri sakit dan cedera. Dahinya berkerut-kerut, jelas menahan sakit. Malek lekas menurunkan cermin kereta.
Makcik itu mula memandang muka kami. Allahurabbi, Walau tadi muka makcik tua tu berkerut menahan sakit, tapi sekarang dia masih lagi mampu ukirkan senyuman untuk kami berdua. Aku hulurkan wang kertas yang ada dari poket kiri. Alhamdulillah rezeki makcik. Bibir ini hanya mampu senyum membalas senyuman makcik tua itu. Entah kenapa lidah aku kaku tiba-tiba. Hati ini membuak-buak nak bersuara, tapi lidah diam dan bibir bisu. Beri salam untuk makcik itu pun tidak, lambai tangan untuk makcik itu pun tidak.
Makcik itu masih tersenyum, dia hulurkan dua bungkus tisu muka sebagai balasan, ucapan terima kasih tak henti-heti keluar dari bibirnya. Tiba-tiba saja mata ini berair. Entah apa yang aku fikirkan. Barangkali terlalu kesian. Memikirkan aku yang selesa sejuk didalam kereta. Tapi masih merungut panas dan panas, sedangkan ada insan lain yang tak bernasib baik di luar sana. Bagaimana rasanya jika makcik itu adalah aku atau dia ibu aku. Tak mungkin kami sesabar dan sekuat dia.
Aku pandang Malek. Malek tersenyum tenang. Dia baik orangnya, apabila lampu isyarat bertukar hijau, kami meneruskan perjalanan seperti biasa. Tangan aku masih genggam bungkusan tisu muka yang diberi makcik tua tadi. Marah pada diri sendiri sebab tak bercakap dengan makcik tadi. Masa cepat sangat berlalu, dalam beberapa minit, makcik tua tadi hilang dari pandangan. Aku tertunduk dan mula mendiamkan diri. Tak puas hati dengan diri sendiri.
Malek mula bersuara, dia menjelaskan tentang kebaikan bersedekah. Bagaimana mahu ikhlas dalam bersedekah. Sesekali dia soal aku tentang orang yang berkira wang ringgit untuk bersedekah. Alasan kita kadang-kadang seolah tak boleh diterima, katanya takut peminta sedekah itu sindiket la, pura-pura sakit dan menipu untuk dapat duit kan? Sedangkan kita silap, kita suka melatah awal, belum membantu tapi sudah buruk sangka. Walau hakikatnya kadang-kadang alasan sangkaan kita itu betul. Tapi perbuatan dan amal sedekah kita itu sudah dikira. Pahala amalan tetap kita peroleh. Soal peminta sedekah itu tipu. Itu urusan mereka dengan Allah Taa'la. Yang penting kita sudah bersedekah. Sebenarnya mudah, tanya diri sendiri "Aku nak bersedekah atau nak jadi hakim dunia? Menilai manusia ikut suka dengan buruk sangka"
Kata Malek lagi, tugas orang kaya adalah berfungsi sebagai pemberi rasa kepada orang yang tidak bernasib baik. Maksudnya, apa yang kita makan, itu jugalah yang selayaknya kita beri orang miskin makan. Sama kongsi rezeki Allah SWT. Katanya lagi, dunia ini jadi baik sebab kita, bukannya kita jadi baik sebab dunia.
Semua orang inginkan redha Allah, usah banyak alasan kalau ingin membantu. Kita manusia banyak buruk sangka, banyak rungutan, banyak alasan daripada 'sedekah'. Sedekah dua ringgit, tapi merungut dan mengungkit tentang wang sedekah itu berbulan-bulan lamanya. Macam mana Allah nak terima amalan kita sayang?. Hilang sudah ikhlas. Mari muhasabah. Kalau terjumpa peminta sedekah, bantulah. Sedikit yang kita hulur, lebih banyak yang Allah balas. Belum ada hamba Allah yang jatuh miskin kerana hartanya digunakan untuk bersedekah. Kalau kita sedar, Allah selalu sangat beri kita peringatan, harini kita lupa nak bersedekah, kemudian Allah sengaja temukan kita dengan kucing liar minta makanan sebagai wakil. Esok kita lupa lagi, kemudian Allah sengaja pertemukan kita dengan tabung derma dan begitulah seterusnya. Tapi pernah tak kita hulur?
Mana tahu kucing kecil yang datang merayu minta makanan sebenarnya bersuara sebaliknya
"Wahai Tuan, aku ini wakil daripada Allah Taa'la untuk mengujimu. Apa kamu terlupa untuk berkongsi secebis rezekimu denganku harini?"
Semoga cerita ini mampu dijadikan muhasabah diri. Tanya diri kita, apa matlamat sebenar hidup. InsyaAllah. Ringan-ringankanlah tangan untuk membantu. Yang penting, IKHLAS.
Apa pun, dua bungkus tisu yang makcik tua itu beri, saya masih simpan. Sayang nak guna. Tisu yang Berharga.
Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda
“ Barangsiapa meringankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini , nescaya kelak Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat ,”
( HR Muslim )
Selamat Beramal Sahabat, Barakallah.
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...
Apa Khabar sahabat ? Alhamdulillah andai masih sihat. Bagi yang kurang sihat, sabar dan harap lekas sembuh. Tambahan pula sekarang musim jerebu. Ramai yang kurang selesa dan sensitif tubuhnya dengan masalah jerebu ini. Termasuk saya sendiri yang dah mula sakit tekak dan sesak nafas. Walaupun begitu, Alhamdulillah kerana Allah masih beri izin dan kekuatan tubuh badan untuk saya belajar juga ke kuliah seperti biasa.
Entri kali ini saya akan kongsikan sedikit doa yang pada saya boleh diamalkan bersama-sama oleh seluruh Umat Islam di Malaysia, Singapura juga Indonesia dalam mengatasi masalah jerebu ini InsyaAllah. Ianya doa Minta Hujan agar masalah jerebu yang kian kritikal ini akan pulih segera dengan turunnya hujan. Cuaca panas menyebabkan masalah jerebu meningkat dengan begitu cepat dan membahayakan kesihatan kita. Jadi mari sama-sama berdoa pada Allah SWT minta diturunkan hujan di bumi kita. Usahlah merungut marahkan jerebu, tetapi mintalah pada Allah agar dipulihkan semua ini seperti sedia kala. Anggap saja ini ujian dari Allah untuk menguji kesabaran hambaNya. Selalu tenang, istighfar, selawat, jaga solat, InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja. Jadilah Muslim yang bijak. Berhentilah menyalahkan mana-mana pihak. Kita hanya menambah masalah jika asyik menimbulkan isu yang tiada kesudahan. Elakkan dari melakukan perkara yang menyakitkan hati sendiri juga pihak lain. Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu. Sabar, doa dan terus berdoa. Yang penting jaga solat kita.

(KLIK PADA GAMBAR JIKA INGIN BESARKAN GAMBAR)
Selain berdoa, usaha daripada kita sendiri tuan punya badan juga harus dilakukan. Jaga tubuh badan yang sudah diamanahkan Allah SWT kepada kita. Berikut adalah nasihat daripada Dr. Norleen Mohamed daripada MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia
Apa itu jerebu?
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.
Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?
Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:
1. Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
2. Ozon
3. Gas karbon monoksida
4. Gas nitrogen dioksida
5. Sulfur dioksida
Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan
Apakah Indeks Pencemaran Udara?
IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.
Nilai IPU dan Status :
0 hingga 50 = Baik
51 hingga 100 = Sederhana
101 hingga 200 = Tidak sihat (Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas)
201 hingga 300 = Sangat tidak sihat (Orang ramai terjejas)
Lebih daripada 300 = Bahaya (Orang ramai terjejas)
Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.
Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
1. Kesukaran untuk bernafas
2. Serangan jantung
3. Gatal–gatal pada tekak
4. Gatal–gatal pada mata
5. Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
6. Gatal–gatal pada kulit
7. Batuk
8. Selsema
Kumpulan yang berisiko
Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?
Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;
1. Kanak–kanak
2. Warga emas
3. Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
4. Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
5. Perokok
Langkah Pencegahan
Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?
Tip–tip kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.
1. Kurangkan aktiviti luar.
2. Jangan merokok.
3. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
4. Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
5. Dapatkan nasihat perubatan.
6. Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
7. Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda
1. Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
2. Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
3. Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.
Siapakah yang perlu saya rujuk?
Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada doktor anda di:
Unit Kesihatan Persekitaran
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan
Malaysia
JAGA DIRI & KESIHATAN ANDA
Terima Kasih
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...
Alhamdulillah, setelah hampir dua bulan saya bercuti di Kedah (kampung halaman), hari ini saya berpeluang menulis blog di Shah Alam kerana semester akhir sudah pun bermula. Sama-sama doakan yang terbaik ya.
Baiklah, entri kali ini tentang 9 jenis anak syaitan yang setiap hari muncul menghasut kita anak-anak Adam agar binasa bersama mereka di Neraka, Nauzubillah. Sebelum ini saya ada kongsikan semua ini di Twitter saya, namun jika ada sahabat pembaca terlepas perkongsian lalu. Kini saya muatkan dalam Blog untuk mudahkan rujukan.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu:
1. Zalituun
Duduk di pasar atau kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut Sultan/Raja/Pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan populariti.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
InsyaAllah entri akan datang saya akan kongsikan pula strategi untuk kalahkan Syaitan. Kita "manusia", sedar atau tidak, kita antara ciptaan yang hebat. Jadi, kenapa perlu kalah dengan mereka? Jangan tewas lagi. Ubah sekarang. Fasa Taubat sudah bermula, Jangan tangguh. Kalau Syaitan tak pernah putus asa hasut manusia buat jahat, kenapa kita nak putus asa ajak orang buat baik.
KEEP ISTIQAMAH
Sahabat, ingat ada 3 perkara yang menyelamatkan kita
1. Takut kepada Allah ketika berseorangan atau ketika ramai.
2. Adil ketika marah atau ketika suka
3. Bersederhana ketika kaya atau fakir
Sekian, pastikan kita pilih hijrah.
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...
Belum puasa dah ada entri tentang raya? Jangan salah faham, ini cuma penjelasan tentang Takbir Raya pada hari biasa. Entri ringkas ini saya tulis pun sebab ada yang bertanya soalan tentangnya. Saya sendiri tak terfikir untuk menjelaskannya sebelum ini. Jadi, bila dah ada yang bertanya dan ada yang ingatkan, elok juga saya kongsi.
Tapi harap sangat, jangan tanya saya bab hukum, jujur tak berani ulas dan tak pandai. Masih kurang ilmu. Bab hukum kena tanya Ustaz, Ustazah, ahli agama. Kalau salah letak hukum nanti lain pula padahnya. Baiklah, dah sedia? Jadi, mari kita teruskan. Kalau salah mohon diperbetulkan.
Soalan :
1. Betul ke pasang takbir raya jenazah dalam kubur menangis?
2. Betul ke dosa kalau kita pasang Takbir Raya selain daripada hari raya ?
Jawapan :
Soalan kedua-duanya hampir sama. Jadi saya huraikan dalam satu jawapan ya. Secara peribadinya, saya yang masih belajar lagi ini tidaklah pernah menjumpai sebarang dalil (samada secara khusus ataupun umum) mengenai jika takbir raya bukan pada hari raya akan mengakibatkan orang di dalam kubur menangis dan orang yang pasang takbir atau lafaz takbir tu pula menangung dosa.
Jikalau sahabat-sahabat pernah menjumpai sebarang dalil atau hadis sahih mengenai perkara ini silalah berkongsi di sini. Bantu saya dan rakan-rakan lain agar tak keliru dengan hadis palsu, juga fatwa mengarut yang kian bertambah akhir zaman ini. Pada saya, kenyataan seperti jenazah dalam kubur menangis bila dengar takbir selalunya biasa kita dengar dari mulut orang-orang tua. Orang Melayu lekas buat fatwa sendiri, dan malangnya berpuluh keturunan pula percaya.
Berbalik kepada kedua-dua soalan tadi, Kalau rujuk semula Al-Quran juga hadis. Tak berdosa, cuma sedikit pelik sebab tak kena waktu pasang. Tak menjadi suatu kesalahan untuk bertakbir raya bukan pada hari raya kerana jika dilihat kandungan di dalam takbir itu sendiri terkandung kalimah-kalimah memuji dan membesarkan Allah Taala sahaja. Namun ia mungkin kelihatan agak janggal pada pandangan masyarakat kerana kebiasaan takbir raya hanya dilafazkan pada hari raya sahaja.
Sebagaimana firman Allah Taala bermaksud:
"Orang yang mengingati Allah ketika didalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring. " (Surah ali-Imran: ayat 191).
Difahami dari ayat Al-Quran yang saya nyatakan tadi (surah Ali-Imran: ayat 191) bahawa kita digalakkan untuk berzikir di dalam sebarang keadaan dan lafaznya tidak pula ditentukan. Dan perlu diketahui bahawa lafaz takbir hari raya itu bukanlah daripada Al-Quran atau hadis Rasulullah S.A.W. bahkan ia adalah dari para ulama.
Kesimpulannya takbir raya ini dibenarkan pada bila-bila masa sahaja sama juga seperti berzikir dengan lafaz yang lain kerana tiada sebarang dalil dari Al-Quran ataupun hadis Rasulullah S.A.W. yang mengatakan lafaz yang kita kenali sebagai takbir raya itu hanya sah dibaca ketika hari raya puasa atau hari raya haji sahaja. Tak ada yang salah pun pasang takbir raya pada hari biasa. Cuma adat setempat kita orang Melayu yang suka memberat-beratkan perkara yang baik. Lagipun tak ada dalil yang sahih tentang arwah menangis dalam kubur dan sebagainya. Hal ini juga ditegaskan oleh Dr. Danial Zainal Abidin yang menyatakan jenaza menangis dengar takbir itu semua khayalan. Bab kejadian alam ghaib perlukan nas untuk membuktikannya, tetapi tiada nas yang menjelaskan hal ini. Perkara ini sama seperti zikir Imam Syafie, untuk kita lebih dekat dengan Dia dan Kalau ikut sejarah Islam, orang mula takbir masa baru balik dari Perang Ahzab.
Ingat, jangan keliru dengan petua atau pantang larang Melayu. Orang tua-tua suka buat pantang larang sebab tak elok masyarakat pandang. Bukan betul pun sebenarnya. Tak elok kita percaya sampai rosak akidah. Contoh anak dara menyanyi kat dapur, nanti besar kahwin lelaki tua. Sebenarnya orang dulu-dulu tak enak tengok anak dara menyanyi di dapur. Macam kurang adab. Jadinya keluar pantang larang yang menakutkan anak dara supaya mengelakkan mereka dari menyanyi di dapur. Malangnya kita yang berpendidikan sekarang ini pula yang melampau-lampau percaya. Jadi samalah juga dalam kes ini, takbir raya pada bukan hari raya dilihat janggal sebab tak kena waktu. Jadi keluar pantang larang katanya jenazah dalam kubur menangis sedangkan tiada nas yang menjelaskan tentangnya.
Sahabat, sepatutnya sekarang kita sibuk persiapkan diri untuk Ramadhan yang akan datang. Bukannya terlalu suka nak beraya sampai tak kena waktunya.
Wallahualam.
Akhir kalam, Terima Kasih pada yang bertanya dan juga yang turut bantu menjelaskan tentang masalah salah faham ini. Moga ilmu ini diberkati dan diredhaiNya. InsyaAllah.
Keep Calm & Prepare for Ramadhan.
Credit :
Adik Zayrin Anira
Saudari Shahzanani Hidayati
Dr. Danial Zainal Abidin
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...

الَلهمَ بلَغنا رمضان
"Allahumma Ballighna Ramadhan".
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka".
Telah berlalu hari demi hari, minggu demi minggu, dan bulan demi bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman, "Allahumma Ballighna Ramadhan". Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Rasulullah SAW.
"Allahumma Ballighna Ramadhan". Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah SAW apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa
"Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan" (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah SAW dididik dengan tema yang agung ini, "Allahumma Ballighna Ramadhan". Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara, saudari, sahabat saya yang mulia, bagaimanakah halnya kita?
"Allahumma Ballighna Ramadhan", merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan dahagakan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramadhan kali ini.
Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa "Allahumma Ballighna Ramadhan", boleh amalkan setiap kali selesai solat fardhu 5 waktu atau bila-bila sahaja punyai kelapangan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga
1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.
Bagi mereka yang belum habis gantikan puasa lalu, terpaksa ditinggalkan atas sebab keuzuran atau lain-lain hal, segera ganti ya.. Dah tak lama lagi Ramadhan nak tiba, takut tak sempat.
Ramadhan is Loading, Are You Ready?
Tepuk dada, tanya Iman.
Semoga perkongsian ini beroleh manfaat dan diredhaiNya, InsyaAllah

Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...

Sahabat pembaca, terima kasih berkunjung ke sini lagi. Nak tanya, pernah tak tonton filem pendek berjudul "Sebelah Sayap (Broken Wings)" karya dan arahan Mat Luthfi di You Tube? Kalau belum tonton, awak boleh klik sini : Sebelah Sayap.
Sebagai salah seorang pelajar yang kini belajar dalam jurusan perfileman (kat mana saya belajar itu lain cerita), pastinya ada sahaja komen yang ingin diutarakan. Saya tak lah tahu sangat pasal filem, bahasa-bahasa filem pun saya tahu la sikit-sikit. Tapi untuk filem pendek Sebelah Sayap ni, saya lebih tertarik nak bercerita tentang mesej ilmiah terkandung di dalamnya.
Bagai kena penampar ayah saya, memang agak terpukul bila tonton filem pendek ni. Ya, saya selalu luangkan masa untuk tonton video-video karya Mat Luthfi di You Tube. Hebat, sebab tegurannya kena batang hidung sendiri dan mampu buka mata ramai orang.
Berbalik kepada filem pendek "Sebelah Sayap", tajuknya pun sudah ada makna tersirat. Hanya ada sebelah sayap, mana mungkin mampu terbang tinggi. Waktu tu kita hanya mampu fikir untuk putus asa, tunggu sahaja di bawah sana dan menanti waktu untuk dibaham binatang buas. Namun kalau punya sokongan dari sekeliling, tak mustahil untuk terbang tinggi dan tinggi lagi.
Tak mahu ulas panjang, saya yakin kita pasti sependapat. Ayat-ayat yang diutarakan Mat Luthfi seolah buka harapan baru buat kita yang masih merangkak dalam hijrah.
"Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan" - Mat Luthfi
"At least, kalau hang tak dapat pahala sebab berhenti buat dosa, hang dapat pahala cuba berhenti pun jadilah" - Mat Luthfi
Kita pandai agama, belum tentu kita selalu betul dan tak boleh ditegur, sekurang-kurangnya dengarlah nasihat. Memang kita hidup atas bumi Allah ini dengan satu matlamat, Syurga Allah. Matlamat kita sama, yang membezakan kita cuma amalan masing-masing. Usah menilai, serahkan segalanya pada Allah. Kita tak boleh tersekat dengan satu perkataan "agama", dan tiba-tiba berkuasa melabel orang lain ikut suka hati. Islam indah, ajar berkasih sayang dan bukannya membenci.
Tak semua orang sama, ada orang boleh berubah hanya dengan dengar satu dua ceramah. Kalau orang tu membesar dalam environtment Islamik, orang tu bolehlah kalau nak tarbiyah dia dengan dalil-dalil. Tapi kalau bagi sesetengah orang, didikan agama dalam keluarga sendiri dah kurang. Tiba-tiba kita pergi ceramah agama yang dia sendiri tak pernah rela nak dengar, silap haribulan dia cakap kita gila.
Pergi usrah, pergi ceramah sana sini, belum tentu kita hebat. Jangan selesa sangat, beri peluang untuk orang lain berubah. Dakwah bukan setakat ceramah, post Islamik kat twitter, facebook, atau blog. Tapi ada banyak lagi cabang dakwah. Kita kena tunjukkan cara. Islam bukan soal "aku lebih baik, kau hina, so aku tak boleh berkawan dengan kau" tapi Islam soal "mari saya tunjukkan jalan terbaik".
Asal kita semua dari Syurga, jadi sepatutnya kita sama tolong menolong untuk kembali ke sana. Kalau asyik jatuhkan semangat orang. Itu salah. Belajar bagi harapan, peluang, cuba dan cuba lagi InsyaAllah berjaya.
Jangan lupa tonton Sebelah Sayap di YouTube!
Keep praying. Keep hoping. Keep believing. Allah has a plan.
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...

Ada yang bertanya akan gelaran yang berbeza-beza untuk para Nabi, para sahabat dan alim ulama. Maka harus kita faham juga ambil tahu gelaran itu sebenarnya khas untuk siapa. Ilmu ini diperoleh dari seorang Ustaz bernama Yusuf. Saya kongsikan ilmunya melalui blog ini selepas dipelajari saya agar kita sama-sama beroleh manfaat. InsyaAllah.
Gelaran-gelaran yang harus kita faham dan siapa yang menerimanya :
1. S.A.W = "sallallahu alayhi wasallam". Gelaran khas dan khusus hanya kepada Rasulullah, ianya bermaksud ucapan selawat ke atas baginda.
Nota tambahan : Ada pendapat dari Sheikh Ali Jumah, katanya 'makruh' menulis selawat kepada Nabi dengan ringkasan seperti SAW. Diharuskan tulis penuh "sallallahu alayhi wasallam". Ini kerana tulisan penuh yang membawa makna memberi pahala bukan sahaja bagi mereka yang membaca, tapi juga untuk kita yang menulisnya. Jika cuma tulis dengan abjad S.A.W, jika mereka yang membaca tidak menyebut penuh. Maka isinya kosong. Tiada ganjaran untuk mereka, juga tiada untuk kita sendiri. Kalau tulis penuh, kita sudah ajak ramai orang berselawat tanpa kita sedar.
2. A.S = "alaihissalam". Gelaran ini untuk para Rasul dan Nabi Allah, Malaikat-Malaikat dan Imam Mahadi. ianya bermaksud ucapan selawat.
3. R.A = Radhiallahu`anha = "Semoga Allah Redha kepada perempuan" gelaran ini untuk para Wanita yang berjuang bersama Rasulullah sallallahu alayhi wasallam. Seperti Isteri-isteri Rasulullah sallallahu alayhi wasallam dan anak-anak baginda
R.A = Radhiallahu ‘anhu = "Semoga Allah Redha kepada lelaki" contohnya, Saidina Abu Bakar Ash-Shiddiq.
R.A = Radhiallahu ‘anhum = "Semoga Allah Redha kepada mereka" contohnya Ali bin Abi Thalib, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan
Nota tambahan : Gelaran untuk Para sahabat yang berjuang bersama Rasulullah SAW : jika perempuan = Radhiallahu anha, jika lelaki = Radhiallahu anhu, jika mereka maksudnya beramai-ramai = Radhiallahu anhum
4. Rahimahullah = "Semoga Allah Mengasihinya" Gelaran ini digunakan jika kita menyebut nama orang-orang yang dengan ilmunya dalam menegakkan dan membela kalimatullah, membela Islam dan Sunnah. Jika kita menyebut nama Tabi’in, Tabiuttabi’in, para ulama salafus soleh dan seterusnya yang mengikuti jejak mereka, dan telah meninggal terlebih dahulu. Contoh Imam 4 Mazhab.
5. Hafidzahullah = "Semoga Allah Menjaganya". Gelaran ini digunakan jika kita menyebut nama orang-orang yang dengan ilmunya menegakkan dan membela kalimatullah, membela Islam dan Sunnah, dan sampai sekarang mereka masih hidup. contoh Syaikh Ali Hasan Al-Halaby Hafidzahullah
WallahualamSekadar berkongsi, andai ada kesalahan. Mohon teguran nasihat dan tunjuk ajar.Jazakallahu khairan kasira.
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...

Sedikit perkongsian ringkas riwayat hidup Nabi Adam a.s dan Hawa Ringkasan Riwayat Hidup Nabi Adam a.s :
Nama : Adam AlaihissalamDicipta : Setelah Asar Hari JumaatDimasukkan ke Syurga : Hari JumaatTinggal di Syurga : 1/2 jam lebih sedikit waktu syurga bersamaan 43 tahun waktu duniaNikah dengan Hawa : Hari Jumaat di Syurga . Maharnya 3 kali berselawat keatas Rasulullah s.a.wDiturunkan ke Dunia : Pada Hari Jumaat di IndiaTinggi tubuhnya waktu diturunkan : Kepalanya di langit dan dua kakinya dibumiTinggi tubuhnya di Dunia : 60 HastaTinggal di Dunia : 957 tahunWafat : Pada Hari Jumaat dalam usia 1000 tahun
Ringkasan Riwayat Hidup Hawa Isteri Nabi Adam a.s :
Nama : Hawa Lahir : Di Syurga dan diciptakan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam a.sDiturunkan ke Dunia : Di JeddahBertemu kembali dengan Nabi Adam a.s : Di Araffah ( tempat wukuf )Hamil : (20 kali) tiap kalinya melahirkan dua bayi, kembar lelaki dan perempuan, kandungan pertama Qabil & Iqlima, kandungan terakhir Abdul Mughits & Ummu Mughits.Wafat : 1 tahun selepas kewafatan Nabi Adam a.sKuburnya : Di Baittul Maqdis Moga ada manfaat bersama, InsyaAllahSumber : Poster Para Nabi dan Rasul Alaihimussalam, Aceh Indonesia
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...

Sedikit perkongsian buat rakan-rakan yang bakal menghadapi peperiksaan
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
"Bittaufiq Wannajah"(dengan petunjuk dan kejayaan)
Doa memulakan ulangkaji :
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
Doa selepas mengulangkaji :
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْء
Ketika memasuki dewan peperiksaan :
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya:“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
Ketika menerima kertas soalan :
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
Ketika sukar menjawab :
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
Jika kita terlupa jawapan :
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku".
BarakallahUsaha + Doa + Tawakkal = InsyaAllah Berjaya
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...