Gambar Hiasan
Banyak sudah entri ilmiah sebelumnya, jadi kali ini izinkan saya untuk share satu benda yang best lagi comel untuk semua iaitu haiwan peliharaan terbaru saya. Kalau sebelum ni Asyraf ada Kucing, Arnab, Hamster, Burung dan Sugar Glider. Tapi kali ni Asyraf tertarik pula dengan sejenis 'siput'.
Apa itu Umang-Umang?
Sebelum tu jom kita berkenalan dulu dengan spesies ni. Pernah dengar nama "Umang-Umang" ?
Umang-umang atau Kelomang adalah jenis krustasia dekapod yang tergolong dalam keluarga terbesarnya Paguroidea (Wikipedia, 2006). Kebanyakan spesies umang-umang ialah berabdomen panjang dan lembut. Haiwan ini melindungi diri dari ancaman pemangsa dengan memakai sekeping cangkerang kosong yang ditinggalkan haiwan lain. Maksudnya Umag-umang ni bukan siputlah. Tapi Comel kan? Umang-Umang ni asalnya tak ada cengkerang, tapi budak-budak ni 'curi' cengkerang siput lain sebagai rumah atau helmet pelindung. So, umang-umang ni dah nampak macam seekor siput.
Umang-umang selalunya akan pilih cengkerang yang sesuai dengan saiz abdomennya. Hujung abdomen umang-umang disesuaikan agar kuat menggenggam terus kulit cangkerang. Sebaik sahaja bertumbuh besar, umang-umang perlu mencari cangkerang yang lebih besar dan meninggalkan cengekrang yang lama.
Tabiat Umang-umang yang suka mendiamkan diri dalam cangkerang lama ini memberikan nama umang-umang dalam bahasa Inggeris sebagai "hermit crab", ini kerana Umang-umang seolah manusia yang tinggal sendirian dalam gua untuk bertapa.
Sebenanrnya terdapat lebih kurang 1100 spesies umang-umang yang diketahui di dunia, kebanyakannya adalah akuatik dan tinggal dalam air masin dari secetek terumbu karang dan pesisir pantai hingga sedalam dasar laut. Di kawasan tropika pula adanya spesies umang-umang daratan, ada daripadanya agak besar, contohnya Coenobita clypeatus. Umang-umang liar biasanya hidup secara berkumpulan iaitu sekawan 100 ekor atau lebih.
Baiklah dah kenal Umang-umang? Sekarang ini di Malaysia, umang-umang popular sebagai haiwan peliharaan baru. Asyraf pun sebenarnya dah terjebak beli umang-umang ni. Awal tu sumpah takut dan geli nak pegang sebab tengok umang-umang tu rupanya macam labah-labah. Tapi bila tengok cengkerangnya yang diwarnakan semula menggunakan cat jadi comel dan geram pulak. Rupa-rupanyanya umang-umang ni sejenis haiwan yang sangat manja. Kalau kita rajin main dan pandai pegang, umang-umang ini akan memeluk hujung jari kita seolah-olah dia suka dan sangat selesa dengan kita.
Gambar : Umang-umang sewaktu dijual (RM5 Seekor)
Cara memlihara Umang-Umang
Nak bela umang-umang agak mudah sebab kita cuma perlu pastikan pasir dalam aquarium tersebut sentiasa lembap dan sejuk. Adakah umang-umang perlukan air laut ? Ya mereka perlukan air laut tetapi tidak perlu kuantiti yang banyak. Lembapkan pasir umang-umang dengan air tawar pun sudah cukup untuk buat umang-umang anda hidup selesa. Kalau nak umang-umang tu lagi aktif, letaklah dua bekas minuman, satu bekas air tawar biasa dan satu lagi bekas yang diisi dengan air laut atau air masin (Air masin boleh dihasilkan menggunakan garam laut, garam laut ni ada dijual di kedai ikan. Jangan sesekali guna garam untuk memasak). Makanan umang-umang pula ialah terdiri daripada timun, lobak merah yang lembut atau tebu yang sudah dibuang kulitnya. Makanan tu cuma perlu letak dalam akuarium dan tukar dua hari sekali untuk elakkan makanan busuk atau rosak. Cahaya matahari diperlukan untuk memastikan umang-umang sentiasa sihat dan tiada lumut merebak di dalam akuarium (Boleh gunakan lampu akuarium sebagai ganti).
Hiasan Untuk Akuarium Umang-Umang
Umang-umang sangat suka dan akan menjadi lebih aktif jika akuarium dihias seperti semula jadi. Letak sabut kering atau kayu kering yang bersih sebagai tempat umang-umang masuk berlindung. Tempurung bersih juga membantu. Selain itu hiasan seperti pokok plastik juga boleh diletakkan. Banyak lagi barang hiasan boleh dimasukkan untuk mencantikkan akuarium umang-umang anda. Google InsyaAllah membantu. Hehe.
Gambar : Contoh hiasan Aquarium Umang-Umang, buat simple je pun boleh lah.
Jangka Hayat Umang-Umang
Walaupun begitu, apa yang menyedihkan saya ialah jangka hayat Umang-Umang tidak lama, jika cara memeliharanya betul, umang-umang mampu bertahan sehingga usia 4-5 bulan. Selepas umang-umang mati, cengkerang mereka boleh disimpan dan cat yang dilukis masih lagi kekal cantik. Walaupun begitu, nasihat saya, kalau sudah beli dan berniat untuk memeliharanya, mestiah dijaga dengan baik supaya tidak menyeksa haiwan comel itu. Lukisan cat atas badan umang-umang tersebut sebenarnya tidak menyeksa haiwan itu kerana cengkerang itu hanya cengkerang tumpangan.
Walaupun lukisan tersebut dilukis untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya membeli, tetapi sebenarnya saya dan rakan-rakan di Universiti juga turut jatuh hati. Gambar kat bawah ni antara umang-umang kitaorang yang masih lagi aktif, manja, comel dan hidup sihat di bawah jagaan kitaorang.
Nama : Bella (Pink), Macha (Biru), Milo (Kuning).
Nama : Buyen Omey (Oren)
Sekian untuk entri kali ini. Jangan lupa beli tau !
Nanti share dengan Asyraf gambarnya.
Tabarakallah, keep calm and rock on.
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012- indexs12
Read More...
Menulis dan terus menulis, Alhamdulillah, harini ada satu coretan Puisi berbentuk Sajak InsyaAllah. Untuk renungan bersama. Mesir dan Kita. Selamat Membaca.
"Maaf, Mesir"
Mereka,
Berdarah jatuh tersinggung batu,
luka pedih masih bersatu,
ditolak disepak laksana bola berkematu,
Bola? Itu bumi aku,
Keamanan yang menipu.
Hujan ? itu peluru.
Menembusi tubuh anak-anak baru.
Aku? di Malaysia,
Negara berbilang bangsa,
Tapi sayang, aku sendiri membolak balikkan keamanan negara,
Keamanan, hiburan dan ujian dunia,
Wahai tangan yang menulis kata,
khabarkan kepada manusia sekitar dunia,
Kita terlalu kejam walau bersaudara,
Meniliti jauh di dunia maya,
Penderitaan Mesir tersebar merata,
Menggeletar tangan mencoret puisi buta,
Melepaskan gentar yang terpahat di dada,
terhidu hanyir percikan darah di Negeri lindunganNya,
Namun yang hanyir itu bakal ke Syurga.
Aku?
Aku masih membusuk di dunia,
memilih untuk duduk mencuci mata,
mati dengan angan dan akal pelupa,
sedar atau tidak?
Mesir tenat hilang nyawa.
Kita?
Masih dengan pemberontakan buta,
mencipta jurang antara saudara.
Bersatu?
Belum tentu.
Merdeka?
Ya, sudah lama,
Tapi?
Kita Lupa
Wahai Mesir tercinta, Kami punya kuasa,
Cuma, kami terlalu sibuk,
Ya, sibuk bertelagah,
Bertelagah tentang keamanan yang kami ada.
Maaf, Mesir...
Copyright Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012
Read More...
Ini Lafaz Takbir Hari Raya Beserta Maknanya,
Mudah-mudahan diberkati InsyaAllah.
اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah is Great, Allah is Great
اللّهُ أكبر
Allahu Akbar
Allah is Great
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah
there is no God, but Allah
اللّهُ أكبر اللّهُ اكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah is Great, Allah is Great
و لِلّه الحمدَ
walilahil Hamd
to Him belongs all Praise
اللّهُ أكبرُ كَبيِرَا
Allahu Akbaru Kabeera
Allah is the Greatest
وَالحَمدُ لِلّهِ كَثِيرا
wal-Hamdulilahi katheera
And all Praise is due to Him
وَ سُبحَان اللّهِ
wa Subhan allahi
And Glory to Allah
بُكرَةً وَأصْيِلا
bukratan wa aseila
eventide and in the morning
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah
there is no God, but Allah the Unique
صَدَقَ وَعدَه
sadaqa wa’dah
He has fulfilled His Promise
وَنَصَرَ عبده
wa nasara abda
and made Victorious His servant
وأعزَ جُنَده
wa a’azza jundahu
and made Mighty His soldiers
وَهزم الأحْزَابَ وحْدَه
wa hazamal-ahzaaba wahdah
and defeated the confederates
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah
there is no God, But Allah
وَلا نَعبُد الا أياه
wa laa na’budu illa iyyah
He alone we worship
مُخلِصِّينَ لَهُ الدّيِنَ
mukhlessena lahud-deena
with sincere and exclusive devotion
وَلوْ كَرِهَ الكَافِروُن
walaw karehal-Kafeeroon
even though the idolaters hate it
اللّهمَ صَلِّ على سيْدنَا مُحَمد
Allahumma salli ala sayyedna Muhammad
O Allah, have Mercy on our Prophet Muhammad
وَعَلى آلِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala aalie sayyedna Muhammad
and on the family of our Prophet Muhammad
وَعَلى اصْحَابِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala as-haabie sayyedna Muhammad
and on the companions of our Prophet Muhammad
وَعَلى أنصَارِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala ansari sayyedna Muhammad
and on the helpers of our Prophet Muhammad
وَعَلى أزوَاجِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala azwajie sayyedna Muhammad
and on the wives of our Prophet Muhammad
وَعَلى ذُرِّيَةِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad
and on the progeny of our Prophet Muhammad
وَ سَلّم تَسْلِيماَ كَثّيرا
wa sallim tasleeman katheera
and Bestow upon them much peace.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf andai ada salah bagi pihak saya dan keluarga.
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012- indexs12
Read More...
Hi, Hello, First of all, Thank you so much for reading this blog.
Harini kita speaking sikit, Enjoy reading !
Why Lie ?
Bismillahirrahmanirrahim, The point that I like to make often, which the last string of videos is a representation of, is why, in order to criticize, disparage, or refute a person, group, thought, one must lie. Surely if something is batil (falsehood), one simply has to convey the reality of the situation and the people will see it for themselves. Instead we find those who hate Salafiyyah do nothing but lie upon it, and present their lies as a “refutation”. Only uneducated types do not understand that a “refutation” is not the same as “establishing proof”, and they neither understand the difference between “evidence” and “proof” either.
Refutations count as evidence, but they do not count as proof. Understand? For the life of me I still fail to understand the copy/pasters who post mountains of text of something they did not write(or even read themselves, in many cases) and consider even this to be a refutation. It has become the norm now with laymen wanna-be `alims, the Shaykh Google, Allama Facebook, and Mufti Twitter, Milkshaykh, Maltshaykh, closet Shaykh, Keyboard Jihadist types to just hit you with mountains of decontextualized info, often totally inaccurate info, and declare amid their childish “lol’s”, “YOU HAVE BEEN REFUTED”.
Wallahi, today one of these misguided individuals was so oblivious to his own blindness, that in order for his takfir on me to even make sense he should have at least called me a “kafir”, but instead he called me a “mushrik”. He called me a “Salafi Mushrik”. This was the extent of his stupidity and ignorance.
A serious deception is going on here, that people need to be made aware of if they want to safeguard their Deen. If someone wants to deter you away from something but they lie in order to do so, you should become wary. There are many Extremists types that would confuse about Islam with their speech, simply because they are counting on their audiences’ ignorance of fundamental issues within Islam.
All of the ghulaat (extremists) are banking on Muslim and non-Muslim ignorance of Islam. Whether it’s some Khariji who doesn’t even know the definition of a Khariji or a Murji’ or a Qutubi in the first place, or some misguided youth who does not know what he is talking about when he says things like “Wahhabi” and “Madkahli”, or “Neo-Salafi” in a derogatory manner; or it’s some Modernist Muslim or Extreme Soofee type. All of the ghulaat (extremists)are banking on Muslim and non-Muslim ignorance of Islam.All of them. They all have this in common. They make this Deen appear to be something so disgusting to Muslim and non-Muslim alike, that no one could ever declare their speech to be “daw’ah” or “full of hikmah”.
I don’t know how many times I will have to say this or write this, but:
Being able to post Arabic words, type quickly, and copy/paste mountains of text does not make you an `Alim. It doesn’t even make you seem intelligent. You just appear as if you lack the ability to formulate original thoughts. And it certainly does not make you right.
Inee Sa’imun. Inee Sa’imun.
Allahu Musta’an
Wallahu A’lam.
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012- indexs12
Read More...
Alhamdulillah entri kali ini saya buka untuk perbincangan bersama. Jika sahabat pembaca mempunyai pandangan tersendiri tentang isu yang cuba saya ketengahkan ini, sila tinggalkan pendapat di ruangan komen. InsyaAllah akan datang, pandangan yang bernas daripada rakan pembaca saya akan muatkan dalam entri yang seterusnya. Mudah-mudahan ilmu yang saudara/saudari kongsikan ini bakal jadi saham akhirat kita bersama, Aamiin. Walaupun perbincangan ini dibuka kepada semua, suka saya ingatkan agar sama-sama kita jaga bahasa. Usah terlalu emosi. Dahulukan akhlak adalah lebih perlu. Jika ada pendapat melibatkan satu-satu hukum, ada baiknya sertakan dalil atau hadis yang sahih untuk mengelakkan salah faham yang tidak diingini.
"Jalan Pintas yang Mengelirukan"
Sebenarnya apa yang cuba saya ketengahkan tentang "Jalan Pintas yang mengelirukan" ini adalah berkaitan dengan amalan orang kita sejak akhir ini yang kadang-kadang dilihat makin mengelirukan. Saya yakin, sahabat pembaca pernah lalui pengalaman dimana berhadapan dengan orang yang suka minum "air terapi ayat suci Al-Quran", gunakan minyak urut "terapi Al-Quran", makan "ayam terapi Al-Quran" dan banyak lagi produk terapi yang terdapat di pasaran sekarang.
Pertama sekali, Alhamdulillah syukur. Jika kita lihat dari sudut yang baik, amalan ini dilihat mengangkat kebaikan ayat suci Al-Quran itu sendiri yang sememangnya mempunyai seribu satu rahsia didalamnya. Namun begitu bagaimana dengan tuan punya badan itu sendiri? Ini melibatkan kepercayaan yang melampau-lampau seolah-olah ianya jalan pintas yang tiada kesudahan.
Ramai ibu bapa yang memaksa anak kecil mereka makan makanan minda seperti kismis yang sudah diterapikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan meletakkan kepercayaan "Makan Kismis minda terapi ni boleh jadi pandai macam Amalina". Sedangkan jika kita teliti tak semua anak-anak suka makan kismis pun. Kadang-kadang anak itu makan kismis sambil menangis terpaksa. Ya, memang diakui ianya sunnah, namun harus ingat istilah "Ikhtiar" dengan "kepercayaan". Sebenarnya tak salah jikalau nak beri anak makan kismis atau kurma. Amalkan seperti biasa, selawat ke atas Nabi sebelum makan. Itu dah cukup bagus sebab kurma dan kismis ada khasiatnya yang tersendiri. Tak perlulah sampai bawa kurma dan kismis tersebut, dialunkan ayat suci Al-Quran pada kurma dan kismis berkilo-kilo kuantitinya dengan harapan tinggi terbuka minda anak-anak.
Sedangkan dalam Islam, yang perlu diterapikan dengan ayat Al-Quran itu sendiri adalah manusia yang berakal. Apa salah masa yang terluang setiap hari, paling kurang pun setiap kali hujung minggu, kita ajar anak kita mengaji. Boleh juga pasang alunan zikir dan ayat Al-Quran dalam rumah. Manusia ada telinga, ada akal, ada lidah, InsyaAllah akan turut ikut berzikir. Yang pergi bagi Kismis dengar ayat Al-Quran tu tak ada orang suruh pun. Nampak tak kita sekarang melebihkan jalan pintas? Kita faham ada yang cakap nak cari keberkatan, jadi makanan pun kita nak alunkan Al-Quran, begitu? kalau nak keberkatan hidup, banyak lagi cara yang melibatkan tanggungjawab diri sendiri terhadapa agama. Solat kita, tajwid kita? pernah tak kita luangkan masa untuk itu semua?

Mari, muhasabah sekejap, contoh situasi yang selalu sangat berlaku ialah, selalunya Ibu ayah meletakkan kepercayaan tinggi terhadap amalan terapi kismis tadi. Kemudian bila anak-anaknya dapat keputusan tak cemerlang, anak tak pandai juga, dia marahkan anak lagi. Sedangkan dia cuma beri anak makan kismis terapi Al-Quran. Dia tak didik anak baca Al-Quran, dia tak jaga solat anak-anak, dia tak minta anak-anak usaha untuk buat ulangkaji pelajaran. Konsep ikhtiar itu luas saudara/saudari, tak mungkin hanya dengan beri makan kismis terapi, anak terus pandai. Kena ikhtiar cara lain. Maksudnya ikhtiar itu usaha kita untuk ubah anak-anak itu sendiri. Tak perlulah pergi cari bomoh (dukun) untuk jampi si anak tu pula. Tiba-tiba bomoh pula cakap anak kita kena sampuk. Ada penunggu tumpang badan dia, dan paling malang. Kita percaya. Astaghfirullah. Sampai bila nak habis?
Ingat, sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Saudara/saudari, ambil beberapa minit, cuba fahamkan ayat "mengubah apa yang ada diri mereka".
Baiklah saya teruskan lagi, baru-baru ini wujud lagi satu pihak yang menjual "Daging Ayam terapi Al-Quran". Ayam tersebut dialunkan ayat suci Al-Quran 30 juzuk sewaktu proses ternakan dan kemudian disembelih lalu dagingnya dijual kepada orang ramai. Allahurabbi, hebatnya Malaysia. Kita Manusia dengar lagu melalaikan dan berjoget-joget, tetapi ayam pula yang dengar Al-Quran. Setinggi-tinggi martabat ayat suci Al-Quran, akhirnya tergadai dek manusia yang berakal sendiri. Salah tak buat macam tu? Wallahualam. Namun, jika kita fikir secara logik akal. Sebenarnya tanya diri kita, yang nak pandai tu ayam atau kita sendiri? Bukankah lebih baik kita yang belajar Al-Quran. Tak habis-habis dengan keberkatan yang kita cipta sendiri.
Bagaimana dengan air, minyak urut dan lain-lain? Pada saya semua yang diatas tadi tiada salahnya untuk dilakukan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Lagi pula tak dinafikan ada makanan terapi yang berkesan. Begitu juga ubat-ubatan yang mampu menyembuhkan dengan lebih baik apabila diterapikan menggunakan ayat suci Al-Quran. Ianya boleh digunakan bila tiba mudarat yang tidak terduga. Namun harus ingat, banyak lagi amalan yang baik boleh kita laksanakan sewaktu kita sihat. Nabi SAW mengajarkan kepada kita pelbagai cara untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Kalau nak pandai, kita kena belajar, jaga solat kita, selalu berdoa. InsyaAllah, berjaya. Saya yang berpesan ini pun tak pandai mana. Cuma berkongsi. Rezeki Allah siapa tahu. Sebaik-baik perancangan kita, perancangan Allah lebih sempurna.
Dari Uqbah bin Amir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Kelak akan muncul suatu kaum dari umatku. Mereka meminum Al-Quran seperti meminum susu" (Riwayat Thabrani).
Hadis tersebut adalah salah satu daripada himpunan hadis akhir zaman. Inilah yang Rasulullah SAW yang kita cintai risaukan tentang kita umat akhir zaman. Al-Quran kita dah jarang baca. Malas katanya, tak sempat. Sibuk dengan urusan dunia. Jadi kita cari jalan pintas, bila tak sempat nak baca Al-Quran. Kita minum air terapi Al-Quran. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda tentang "mereka meminum Al-Quran seperti meminum susu"
Kadang-kadang bila saya bincangkan isu ini, pasti ada yang akan bertanya "mana dalil yang melarang?". Sebelum bertanya soalan tu, cari dulu "mana dalil yang membenarkan?" Saya tak cakap pun ada larangan. Cuma kalau boleh, elakkan. Amalkan macam biasa sudah. Makan kismis, ada khasiat, minum air Yassin pun ada khasiat. Masing-masing dengan niat tersendiri kerana Allah Taa'la. Jangan jadikan jalan pintas, nanti tak berkesan kita yang nak melenting. Ikhlas tu penting. Apa yang pasti, adil dengan Allah. Buat apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang.
Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
"Kelak akan ada orang orang dari Umatku (Islam) memakan berbagai macam makanan dan memakai berbagai pakaian, banyak berbicara tanpa difikirkan dahulu apa sebetulnya yang dibicarakan itu, maka itulah seburuk-buruk manusia dari sebagian Umatku (Islam)" - (Riwayat Thabrani dan Abu Nu'aim).
Jadinya, usah banyak alasan memperbetulkan apa yang dilarang. Belajarlah agama dari alim ulama, bukan semata-mata Google, Wikipedia, dan sebagainya. Baca blog saya ini pun saya nasihatkan ambil yang baik-baik sahaja. Yang rasa keliru, musykil, terus bertanya dengan yang lebih baik ilmu agamanya. Ustaz kat sekolah atau universiti. Kalau saya salah, betulkan saya. InsyaAllah saya hargai teguran tersebut. Sebab itu dari awal saya cuba elakkan berbicara soal hukum, saya sendiri masih belajar.
Sebarang pandangan tambahan atau pertanyaan tinggalkan di ruangan komen. InsyaAllah akan saya pilih dan muatkan dalam entri seterusnya. Sekali lagi saya ingatkan, komen janganlah beremosi. Dahulukan akhlak dan bawa ilmu yang baik bersama.
Wallahualam, yang baik daripada Allah SWT, yang lemah itu datang dari saya sendiri. Minta maaf jika punya salah. Assalamualaikum.
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012- indexs12
Read More...
.jpg)
PESANAN ROH KEPADA MANUSIA
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. "
Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Mudah-mudahan diredhaiNya
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...
6 Julai 2013, sekitar jam 12.00 tengahari. Cuaca sangat baik, panas terik hari itu membuatkan bahang hangat matahari terasa sehingga ke dalam kereta. Walau penghawa dingin kereta berfungsi baik, masih pedih kulit ini, Allahurabbi. Aku di tempat duduk sebelah pemandu dan yang memandu kereta ialah sepupu aku, Malek namanya. Kami berbual lancar, berselang gelak ketawa. Masing-masing punya cerita menarik.
Sampai di suatu simpang susur keluar dari Federal Highway, Malek memberhentikan keretanya kerana lampu Isyarat merah. Sambil menanti giliran lampu isyarat hijau, tiba-tiba muncul seorang wanita tua di tengah-tengah jalanraya yang sesak. Dia berjalan di celah-celah kereta yang lain. Langkah perlahan wanita itu diatur, tangan kanannya nampak lemah mengangkat beberapa bungkus tisu muka. Melambai-lambai ke arah setiap pemandu kereta. Mana tahu ada yang ingin membeli tisu yang dijualnya itu. Namun tak ada seorang pun yang membuka cermin kereta untuk membantu.
"Allah Malek, ada makcik minta sedekah"
Ayat itu yang pertama keluar dari bibirku dan tangan ini tak henti-henti menepuk bahu sepupu sambil jari lekas menunjuk ke arah makcik tadi. Malek sabar melayan karenah aku.
"Mana, mana?"
Tanya Malek dengan nada perlahan sambil matanya mencari-cari makcik yang aku maksudkan.
Kebiasaannya, peminta sedekah akan membawa tisu bersama mereka. Mengharap ada yang ikhlas menghulur bantuan dan dibalas dengan beberapa bungkusan tisu muka. Samalah dengan makcik yang aku temui hari ini. Makcik tua itu kemudian berjalan perlahan ke arah kereta kami. Tangan kirinya kemas mengenggam dada menahan sakit, bibirnya kering pucat, mukanya gelap terbakar terik panas, kaki kirinya diheret-heret. Barangkali kaki kiri sakit dan cedera. Dahinya berkerut-kerut, jelas menahan sakit. Malek lekas menurunkan cermin kereta.
Makcik itu mula memandang muka kami. Allahurabbi, Walau tadi muka makcik tua tu berkerut menahan sakit, tapi sekarang dia masih lagi mampu ukirkan senyuman untuk kami berdua. Aku hulurkan wang kertas yang ada dari poket kiri. Alhamdulillah rezeki makcik. Bibir ini hanya mampu senyum membalas senyuman makcik tua itu. Entah kenapa lidah aku kaku tiba-tiba. Hati ini membuak-buak nak bersuara, tapi lidah diam dan bibir bisu. Beri salam untuk makcik itu pun tidak, lambai tangan untuk makcik itu pun tidak.
Makcik itu masih tersenyum, dia hulurkan dua bungkus tisu muka sebagai balasan, ucapan terima kasih tak henti-heti keluar dari bibirnya. Tiba-tiba saja mata ini berair. Entah apa yang aku fikirkan. Barangkali terlalu kesian. Memikirkan aku yang selesa sejuk didalam kereta. Tapi masih merungut panas dan panas, sedangkan ada insan lain yang tak bernasib baik di luar sana. Bagaimana rasanya jika makcik itu adalah aku atau dia ibu aku. Tak mungkin kami sesabar dan sekuat dia.
Aku pandang Malek. Malek tersenyum tenang. Dia baik orangnya, apabila lampu isyarat bertukar hijau, kami meneruskan perjalanan seperti biasa. Tangan aku masih genggam bungkusan tisu muka yang diberi makcik tua tadi. Marah pada diri sendiri sebab tak bercakap dengan makcik tadi. Masa cepat sangat berlalu, dalam beberapa minit, makcik tua tadi hilang dari pandangan. Aku tertunduk dan mula mendiamkan diri. Tak puas hati dengan diri sendiri.
Malek mula bersuara, dia menjelaskan tentang kebaikan bersedekah. Bagaimana mahu ikhlas dalam bersedekah. Sesekali dia soal aku tentang orang yang berkira wang ringgit untuk bersedekah. Alasan kita kadang-kadang seolah tak boleh diterima, katanya takut peminta sedekah itu sindiket la, pura-pura sakit dan menipu untuk dapat duit kan? Sedangkan kita silap, kita suka melatah awal, belum membantu tapi sudah buruk sangka. Walau hakikatnya kadang-kadang alasan sangkaan kita itu betul. Tapi perbuatan dan amal sedekah kita itu sudah dikira. Pahala amalan tetap kita peroleh. Soal peminta sedekah itu tipu. Itu urusan mereka dengan Allah Taa'la. Yang penting kita sudah bersedekah. Sebenarnya mudah, tanya diri sendiri "Aku nak bersedekah atau nak jadi hakim dunia? Menilai manusia ikut suka dengan buruk sangka"
Kata Malek lagi, tugas orang kaya adalah berfungsi sebagai pemberi rasa kepada orang yang tidak bernasib baik. Maksudnya, apa yang kita makan, itu jugalah yang selayaknya kita beri orang miskin makan. Sama kongsi rezeki Allah SWT. Katanya lagi, dunia ini jadi baik sebab kita, bukannya kita jadi baik sebab dunia.
Semua orang inginkan redha Allah, usah banyak alasan kalau ingin membantu. Kita manusia banyak buruk sangka, banyak rungutan, banyak alasan daripada 'sedekah'. Sedekah dua ringgit, tapi merungut dan mengungkit tentang wang sedekah itu berbulan-bulan lamanya. Macam mana Allah nak terima amalan kita sayang?. Hilang sudah ikhlas. Mari muhasabah. Kalau terjumpa peminta sedekah, bantulah. Sedikit yang kita hulur, lebih banyak yang Allah balas. Belum ada hamba Allah yang jatuh miskin kerana hartanya digunakan untuk bersedekah. Kalau kita sedar, Allah selalu sangat beri kita peringatan, harini kita lupa nak bersedekah, kemudian Allah sengaja temukan kita dengan kucing liar minta makanan sebagai wakil. Esok kita lupa lagi, kemudian Allah sengaja pertemukan kita dengan tabung derma dan begitulah seterusnya. Tapi pernah tak kita hulur?
Mana tahu kucing kecil yang datang merayu minta makanan sebenarnya bersuara sebaliknya
"Wahai Tuan, aku ini wakil daripada Allah Taa'la untuk mengujimu. Apa kamu terlupa untuk berkongsi secebis rezekimu denganku harini?"
Semoga cerita ini mampu dijadikan muhasabah diri. Tanya diri kita, apa matlamat sebenar hidup. InsyaAllah. Ringan-ringankanlah tangan untuk membantu. Yang penting, IKHLAS.
Apa pun, dua bungkus tisu yang makcik tua itu beri, saya masih simpan. Sayang nak guna. Tisu yang Berharga.
Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda
“ Barangsiapa meringankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini , nescaya kelak Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat ,”
( HR Muslim )
Selamat Beramal Sahabat, Barakallah.
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...
Apa Khabar sahabat ? Alhamdulillah andai masih sihat. Bagi yang kurang sihat, sabar dan harap lekas sembuh. Tambahan pula sekarang musim jerebu. Ramai yang kurang selesa dan sensitif tubuhnya dengan masalah jerebu ini. Termasuk saya sendiri yang dah mula sakit tekak dan sesak nafas. Walaupun begitu, Alhamdulillah kerana Allah masih beri izin dan kekuatan tubuh badan untuk saya belajar juga ke kuliah seperti biasa.
Entri kali ini saya akan kongsikan sedikit doa yang pada saya boleh diamalkan bersama-sama oleh seluruh Umat Islam di Malaysia, Singapura juga Indonesia dalam mengatasi masalah jerebu ini InsyaAllah. Ianya doa Minta Hujan agar masalah jerebu yang kian kritikal ini akan pulih segera dengan turunnya hujan. Cuaca panas menyebabkan masalah jerebu meningkat dengan begitu cepat dan membahayakan kesihatan kita. Jadi mari sama-sama berdoa pada Allah SWT minta diturunkan hujan di bumi kita. Usahlah merungut marahkan jerebu, tetapi mintalah pada Allah agar dipulihkan semua ini seperti sedia kala. Anggap saja ini ujian dari Allah untuk menguji kesabaran hambaNya. Selalu tenang, istighfar, selawat, jaga solat, InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja. Jadilah Muslim yang bijak. Berhentilah menyalahkan mana-mana pihak. Kita hanya menambah masalah jika asyik menimbulkan isu yang tiada kesudahan. Elakkan dari melakukan perkara yang menyakitkan hati sendiri juga pihak lain. Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu. Sabar, doa dan terus berdoa. Yang penting jaga solat kita.

(KLIK PADA GAMBAR JIKA INGIN BESARKAN GAMBAR)
Selain berdoa, usaha daripada kita sendiri tuan punya badan juga harus dilakukan. Jaga tubuh badan yang sudah diamanahkan Allah SWT kepada kita. Berikut adalah nasihat daripada Dr. Norleen Mohamed daripada MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia
Apa itu jerebu?
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.
Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?
Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:
1. Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
2. Ozon
3. Gas karbon monoksida
4. Gas nitrogen dioksida
5. Sulfur dioksida
Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan
Apakah Indeks Pencemaran Udara?
IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.
Nilai IPU dan Status :
0 hingga 50 = Baik
51 hingga 100 = Sederhana
101 hingga 200 = Tidak sihat (Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas)
201 hingga 300 = Sangat tidak sihat (Orang ramai terjejas)
Lebih daripada 300 = Bahaya (Orang ramai terjejas)
Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.
Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
1. Kesukaran untuk bernafas
2. Serangan jantung
3. Gatal–gatal pada tekak
4. Gatal–gatal pada mata
5. Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
6. Gatal–gatal pada kulit
7. Batuk
8. Selsema
Kumpulan yang berisiko
Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?
Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;
1. Kanak–kanak
2. Warga emas
3. Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
4. Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
5. Perokok
Langkah Pencegahan
Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?
Tip–tip kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.
1. Kurangkan aktiviti luar.
2. Jangan merokok.
3. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
4. Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
5. Dapatkan nasihat perubatan.
6. Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
7. Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda
1. Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
2. Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
3. Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.
Siapakah yang perlu saya rujuk?
Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada doktor anda di:
Unit Kesihatan Persekitaran
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan
Malaysia
JAGA DIRI & KESIHATAN ANDA
Terima Kasih
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...
Alhamdulillah, setelah hampir dua bulan saya bercuti di Kedah (kampung halaman), hari ini saya berpeluang menulis blog di Shah Alam kerana semester akhir sudah pun bermula. Sama-sama doakan yang terbaik ya.
Baiklah, entri kali ini tentang 9 jenis anak syaitan yang setiap hari muncul menghasut kita anak-anak Adam agar binasa bersama mereka di Neraka, Nauzubillah. Sebelum ini saya ada kongsikan semua ini di Twitter saya, namun jika ada sahabat pembaca terlepas perkongsian lalu. Kini saya muatkan dalam Blog untuk mudahkan rujukan.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu:
1. Zalituun
Duduk di pasar atau kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut Sultan/Raja/Pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan populariti.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
InsyaAllah entri akan datang saya akan kongsikan pula strategi untuk kalahkan Syaitan. Kita "manusia", sedar atau tidak, kita antara ciptaan yang hebat. Jadi, kenapa perlu kalah dengan mereka? Jangan tewas lagi. Ubah sekarang. Fasa Taubat sudah bermula, Jangan tangguh. Kalau Syaitan tak pernah putus asa hasut manusia buat jahat, kenapa kita nak putus asa ajak orang buat baik.
KEEP ISTIQAMAH
Sahabat, ingat ada 3 perkara yang menyelamatkan kita
1. Takut kepada Allah ketika berseorangan atau ketika ramai.
2. Adil ketika marah atau ketika suka
3. Bersederhana ketika kaya atau fakir
Sekian, pastikan kita pilih hijrah.
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
-->
indexs12
Read More...