Sakitnya Hati, apa ubatnya? | The Hearabouts

Wednesday, 8 January 2014

Sakitnya Hati, apa ubatnya?

Allah sebaik-baik penghibur


Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah masuk tahun baru, dua kosong satu empat. Geng geng bulatan gembira mesti tertanya-tanya apa kes inche' Asyraf tiba-tiba buang tebiat update artikel di tahun baru dengan tajuk yang mencemaskan sebegini. Yalah, sakit-sakit hati bagai. Dah macam orang putus cinta! 

Sebenarnya, artikel ini ditulis pun untuk memenuhi beberapa permintaan rakan pembaca yang berkali-kali e-mail Asyraf sebelum ini minta tips bagaimana untuk tenangkan hati mereka yang sakit dan kecewa. Bermacam sebablah sakit hati tu kan, ada yang kecewa sebab keputusan exam tak bagus, ada yang sakit hati dengan sikap kawan dan banyaknya sakit hati sebab masalah cinta. Betul?

Baiklah, dalam dunia ini, tiada siapa pun yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan. Rasa lemah dan tidak tenang ini akan membuatkan air mata seolah mahu menitis setiap waktu. Bila mata kita asyik bocor, kita dengan automatiknya jadi hilang keyakinan diri. Tak mahu bersemuka dengan orang. Terasa seolah diri tak berguna sangat. Rasa macam tak siapa pun mahu hargai kita lagi. Kan?

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

Selalu juga saya jumpa nasihat-nasihat di laman sosial yang mengatakan jikalau sedih kita mesti berpura-pura gembira! Kononnya itu membuatkan kita dapat mengelak daripada kelihatan lemah. Kita perlu berpura–pura kuat. Kita mesti tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Dan sampai bila kita harus berpura–pura? Saya rasa kalau kita terus berpura-pura, lagi bertambah sakit hati adalah kan sebab tak ada langsung usaha untuk ubatkan hati tersebut. Orang sekeliling kita pun akan buat tak tahu dengan kita sebab tengok kita okay je. Eh, apa pun hipokritnya rasa kalau nak kena senyum time sakit hati dan kecewa! Tak gitu?

Apa ubat untuk hilangkan rasa sakit hati, kecewa dan tidak tenang?


Saya juga manusia seperti anda, pernah lalui beberapa pengalaman pahit dan mana tahu barangkali pengalaman kita pun hampir sama. Tatkala hati pedih terluka, kecewa, dihina, tidak tenang dan sebagainya, saya cuba ubatkan diri dengan amalan-amalan yang saya kongsikan di bawah. Besar harapan saya agar tips ini sedikit sebanyak membantu mengembalikan rasa tenang, lega dan buat anda kembali bersemangat semula untuk teruskan hidup.

1. Membaca Surah Yassin

Kebiasaan bagi kita bila putus cinta (ehem..), sedih, kecewa atau berhadapan dengan apa jua masalah, laman sosial jadi tempat bercerita dan mengadu nasib. Kita seolah rasa puas hanya dengan membaca maklum balas dan mendapat kata simpati dari komen rakan di facebook dan Twitter. Tetapi rasa puas hati itu hilang sebaik sahaja anda log keluar laman sosial tadi. Maka bermulalah adegan duduk sendirian di bilik, menangis atau mula mengutuk diri sendiri. 

          "Aku ni tak guna, tak guna!" Fiuhh..

Sebenarnya perlu kita akui, mungkin selama ini saya dan anda kurang membaca Al–Quran atau jarang sekali membuka kitab suci ini. Al-Quran dan surah Yassin tersusun rapi di rak-rak tanpa disentuh. Adapun pernah kita ambil untuk baca sebulan sekali atau tidak pernah baca langsung. Hmm... Barangkali ini menjadi salah satu sebab utama kenapa kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk kita kembali hidupkan amalan ini.

Sewaktu saya sedang mengalami “keserabutan” dulu pun, saya amalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Eh, maksud saya tidaklah setiap waktu solat fardhu mahu dibaca. Ikutlah kemampuan anda. Mungkin setiap kali selepas solat Maghrib anda luangkan sedikit waktu untuk membacanya.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa lebih tenang dan sangat tenang. Entahlah. Time baca surah Yassin, serious ada waktu kita akan jadi sebak dengan tiba-tiba. Yalah, barangkali komunikasi kita dengan Allah waktu kita ada masalah ni lebih fokus. Rasa tempat kita sebagai hamba tu lebih jelas. Apa pun memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. 

Setelah selesai membaca Surah Yassin, anda bolehlah beransur menambah bacaan dengan membaca surah–surah yang lain. Sangat menenangkan hati. In Shaa Allah.

Bagaimana bagi wanita yang sedang haid? Tiada halangan untuk anda menenangkan hati dengan bantuan Al-Quran. Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc.. okay? Kalau susah sangat buka Surah.my Asyraf selalu dengar bacaan Al-Quran kat laman web ni. Memang best.

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
"Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar"

Maksudnya : Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu diikuti surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati. Solat tengah malam ni bagi saya sangat kool dan orang yang tengah sakit hati, sedih, semua ni patut dan perlu buat.

Eh, apa pun suka saya ingatkan yang solat sunat Tahajjud ni sebaiknya kena tidur dulu. Alah, tidur dalam sejam atau dua jam. Pukul satu atau dua pagi bangunlah. Ambil whuduk dan solat.
 
Err.. susah nak bangun dah kalau tidur? Okay ni sedikit tips supaya mudah nak bangun.

- Berwudhuk sebelum tidur

- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)

- Baca doa sebelum tidur dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu"

- Kunci jam (actually kalau dah buat 3 benda kat atas ni, anda tak kunci jam pun selalunya automatik terjaga. Magic uollssss.. Tapi kalau nak selamat kunci jam. hehe..)


3. Banyakkan Istighfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah 
Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil 
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung.

Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati. Cemana nak buat bagi masuk dalam hati? Kena buat selalu, belajar ikhlas. Kalau zikir pun macam terpaksa. Confirm tak effect hati.
 
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta atau tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa. Lagu-lagu jiwang semua tu tak bagus time macam ni. Tambahan pula kalau lagu tu macam ada kaitan dengan kisah cinta anda tuu... ia sangatlah tak bagus.
Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh. Elakkan duduk sendirian di bilik. Sibukkan diri dengan kerja lain yang buat kita lupa seketika masalah yang menyakitkan hati.

5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNya. Kadang-kadang mungkin selama ini kita jauh menyimpang. Anggap rasa sakit hati dan kecewa ini teguran Allah Taa'la untuk kita supaya selalu dekat denganNya.
He loves you no matter what.

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )



Apa pun yang penting dalam diri kita ialah sentiasa ingat tujuan utama hidup adalah untuk mencari redha Allah SWT. Esok-esok kita nak balik ke tempat asal kembali. Apa-apa dugaan yang buat kita sedih sekarang ini boleh jadi peneman kita. 

"Hidup ni kalau happy setiap masa pun bosan jugak, sekali-sekali kena ada sedih duka."
 
Tinggalkan sebarang komen, perkongsian tambahan tips ubatkan hati dalam ruangan komen di bawah untuk rujukan semua pembaca termasuk saya sendiri. Mudah-mudahan kita terus menjadi hamba Allah yang hebat. In Shaa Allah.
Wallahualam Bissawab




AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

10 comments:

  1. For most up-to-date news you have to go to see thee web and on internet Ifound this web
    site as a finest website for newest updates.

    my website; drag racing cheats (http://xiahseum1215.cafe24.com/mediawiki/index.php/Drag_Racing_Hack_for_IOS_devices)

    ReplyDelete
  2. Great blog! Is your theme custom made oor did you download it from
    somewhere? A design like yours with a ffew simple adjustements would really makee my blog shine.
    Please let me know where you got your theme. Many thanks

    Feel free to surf to my web page lose weight fast

    ReplyDelete
  3. Excellent blog here! Also your web site loads up fast!
    What web host are you using? Can I get your affiliate link to your host?
    I wish my website loaded up as quickly as yours lol

    Also visit my weblog locksmith chandler

    ReplyDelete
  4. ASSALAMUALAIKUM..ALHAMDULILAH, DI SAAT TERLUKA ALLAH MENEMUKAN BLOG INI..YA MGKIN KITA LALAI MENGIGATI ALLAH MAKA ALLAH BG KESEDIHAN AGAR KITA KEMBALI KEPADANYA..AGUNGKAN CINTA ALLAH SEBLM MENGAGUNGKAN CINTA MANUSIA YG MUDAH BERPALING TADAH, TERIMA KASIH KERANA BERKONGSI


    FROM: CIK FARAH 2015

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.