Susahnya jadi perempuan? | The Hearabouts

Thursday, 17 October 2013

Susahnya jadi perempuan?





"Angah! kenapa aurat wanita lebih banyak dari lelaki?! Hmmm.. susah betul lah adik jadi perempuan." 


Gulp.. Kaku jugak aku bila adik perempuan aku bertanyakan soalan ini tatkala aku mengarahkan dia memakai tudung dan berbaju lengan panjang kalau nak keluar rumah. Dan aku ambil masa agak lama untuk explain benda ni semua sampai dia faham. Budak kecik sorang tu! Banyak tanya betul. Tapi baguslah dia suka dengan penjelasan aku. Alhamdulillah.

Tapi bagaimana dengan anda ?

Ya, ada segelintir wanita 'Malaysia' mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang tuan puan dapat lihat dialog di bawah. 

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apesal laki-laki mudah je? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak. Rimas!”
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Tau buat anak je, masa nak beranak kita tanggung sendiri! Menyampah!”
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”

Dan kemudian datanglah pula makhluk dengan pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan!
Dan Inche'-Inche' lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu...!
Mari istighfar, Astaghfirullahal'adzim. 
Pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Jikalau tadi soalan, cuba renungi pula jawapan-jawapan di bawah.
***
AURAT
“Wahai cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Jadi sedar atau tidak? awak itu berharga?"
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang ramai, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang auratnya hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Kalau anda tutup aurat sempurna, saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Ya, Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut. Tapi kalau awak berseluar pendek? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!
"Eh, Inche Asyraf, nafsu lelaki ada satu, tapi perempuan ada 9 tau! Kenapa lelaki nak gatal terangsang lebih-lebih pulak?!"
Uish.. Janganlah marah Inche' Asyraf. Ya, disebabkan lelaki ada satu nafsu. Maka fokus lelaki sangat terlebih maksima sampai boleh accident sebab dia cuma punya satu nafsu. Kesian lelaki. Tapi Hawa, ada 9 nafsu, kadang-kadang nak shopping, nak make up, nak melancong! Maka nafsu anda macam stabil. Cuma sukar nak kawal emosi. Maafkan saya. 
Maka dengan itu, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang Lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang Perempuan, atau Perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.
(Surah an-Nur Ayat 31). 
Dalam ayat tersebut telah jelas bahawa Allah SWT memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini adalah wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah mereka.
Maka dengan ini cepatlah pandang cermin, dari atas ke bawah. Sempurnakah adik manis tutup aurat? Kita kena kerjasama! Lelaki-lelaki tundukkan pandangan, dan perempuan-perempuan pelihara aurat. Okay?
Janganlah adik-adik ke sekolah tutup aurat sebab takut peraturan sekolah, tapi bila keluar pagar sekolah tercabut tudung. Jangan tipu diri. Allah Maha Melihat.
Adapun menutup aurat Allah sayang. Saya faham bukan senang nak tutup aurat. Tapi demi Allah, besar ganjaran! Berbahagialah... Adapun menutup aurat itu suatu nikmat!
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”. 

(Surah al-A‘raaf Ayat 26)

Ayat tersebut menjelaskan bahawa bahan pakaian yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hambaNya itu sebagai tanda-tanda limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya untuk menutup aurat mereka. Maka mereka yang mengabaikan kewajipan ini dengan mendedahkan aurat mereka adalah orang-orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai nikmat tersebut.


***
TAAT
Ok, saya angguk! memang isteri perlu taat pada suami. Betul tu betul! Jadi, adakah maksud anda lelaki tak perlu taat? Suami perlu dan wajib! taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Awak si Isteri tidak perlu lagi, taatnya sudah bertukar dan hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan! Nak Sorga tak? Taat suami untuk perintah yang baik-baik. Jangan taat untuk perintah-perintah yang bawa kemurkaan Allah ya..
***
MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN ANAK
"Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Ya! kami tahu, kami faham sakit. Mak saya pun asyik ulang cerita benda sama. Ada satu buku tu saya baca. Sakit melahirkan anak dikategorikan sebagai sakit yang paling dasyhat dalam dunia. Allahu takut kami!"
Tapi, Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya Syurga. Ya, Syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Heh.. 
***
TANGGUNGJAWAB
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki juga! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
***
IBADAT
"Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat Sorga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu Syurga yang awak sukai. Ya, dah la Syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"
Saya rasa adapun lelaki boleh laksanakan ibadat tanpa cuti itu satu kelebihan. Tapi awak cuba fikir semula berapa ramai yang laksanakan?! Malah ramai yang tinggal solat fardhu dan tengah bakar diri sendiri. Sedih bukan? Dosa besar tu. Awak ada cuti tak bermakna tak boleh buat ibadat. Zikir pun boleh. Janganlah bila cuti awak landing kemain sedap atas sofa berdengkur. Ada kisah teladan Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Tatkala isteri-isterinya datang haid, Rasulullah SAW mengajar mereka mengaji. Tak boleh pegang Al-Quran tapi boleh mengaji. Kannn?
"Dan! Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata! Untung awak untung!"
Allah SWT, sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Jadi apa komen anda selepas membaca bebelan ini? Syukurlah!
Lelaki? Jangan lepas baca entri ni tiba-tiba nak jadi perempuan! Aku humban kau dalam laut nanti. Ingat, maka kini tiba masa dan tanggungjawab sang lelaki untuk hormati perempuan dan perempuan menghormati lelaki. Bagaimana nak hormati perempuan? Hargai dia, sayang dia! (tapi bukan gedik ber'couple'!), jaga dia (tundukkan pandangan). Perempuan macam mana nak hormati lelaki? Tutup aurat SEMPURNA! Hormat nafsu lelaki. Bantu kami memelihara mata. Jangan manja dengan lelaki yang bukan halal. Itupun kategori hormat.
Akhir kata, jaga ikhtilat, jauhi maksiat. 
Tutup aurat kerana dirimu begitu berharga ! Ewah.. haha
Terima kasih untuk adik comel aku "Siti Nor Alia" sebab sibuk bertanya. Maka terhasil entri bebelan biasa. Moga berguna. Andai ada perkongsian tambahan, komen atau pandangan. Boleh jerit di shoutbox atau komen saja dibawah nanti.
Inche' Penulis :

AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

11 comments:

  1. Terima kasih atas info yang amat berguna ini. Saat ini, saya berasa amat beruntung menjadi seorang wanita! hehe.

    ReplyDelete
  2. Entry yg sangat mmbantu n mmperkuatkn lgi fhman saya..syukur mnjadi wanita

    ReplyDelete
  3. Suka baca entry blog akhi, sangat bermanfaat. Jazakaallah. BarakAllahu feek!

    ReplyDelete
  4. bebelan yang bermanfaat & santai. feeling tgh baca tu mcm baca surat daripada seorang abang untuk adik-adik perempuannya je. haha. trimasss.

    ReplyDelete
  5. thank you very useful information admin, and pardon me permission to share articles here may help Cara menyembuhkan asma secara alami

    ReplyDelete
  6. Thank you so much admin has been pleased to give the information to us and here we are sorry permission to share articles may be useful to you in particular are looking for : Pengobatan campak yang ampuh

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.