Abah, angah dah nak konvo. | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Thursday 8 May 2014

Abah, angah dah nak konvo.

22 Komen

Abah,
Ini anak abah, angah...

Abah tahu tak, angah dah ambil jubah konvokesyen,
Ingat lagi kan 26 April 2014 haritu, abah berulang kali cakap dalam panggilan telefon,

"Nanti angah pakaikan abah jubah konvo angah tu ya, mesti segak."

Lama kita berbual malam tu, abah happy sangat. 
Tak macam selalu.

Tapi... maafkan angah abah, 
Abah tak sempat pun nak pakai jubah yang angah pegang sekarang ni.
Sebab tu, angah tetap tunaikan hasrat abah. Angah pakaikan abah baju. 
Angah yang mandikan abah, angah yang kafankan abah, dan angah juga yang masuk bersama ke liang lahad untuk kebumikan abah. 
Angah harap abah suka.

Sumpah abah hensem masa dalam 'selimut putih' tu. 
Ya. Angah rindu abah.
Waktu angah dijemput hadir untuk raptai dan dapatkan jubah konvokesyen 4 Mei hari tu.
Angah termenung lama di tangga dewan.
Angah biar kawan-kawan masuk dulu. 
Kalau boleh angah tak nak masuk ambil pun.

Pertamanya sebab abah dah tak ada,
keduanya sebab malu. Angah nangis abah.
Ya. Jujur, angah rindu abah.

Rasanya dah 3 tahun angah tak sempat puasa dengan abah.
Semuanya sebab angah belajar jauh di Shah Alam.
Raya baru angah sempat balik.

Bila angah dah sambung ijazah, abah happy kan?
Sebab cuti puasa tahun ni angah janji nak balik,
abah cakap nak buka puasa sama-sama dengan angah.
Abah bertambah selera kalau semua anak-anak ada.
Tapi tak sempat juga.

Ya. Angah rindu abah.
Waktu abah tenat hari tu, angah balik tau abah.
Angah tinggal semua kuliah.
Angah jenguk dan jaga abah.
Tapi abah dah tak sedar masa tu.
Abah tak tahu anak abah ni balik.

Waktu doktor cakap abah kritikal, 
angah duduk tepi katil abah,
angah merayu dengan Allah, 

"Wahai Allah, aku belum bersedia"

Ya. Angah rindu abah.
Angah tak pernah bersedia.
Angah rasa terlalu awal.

Tapi angah tahu, Allah sayang abah.
Abah sangat baik. Abah baik dengan semua orang.
Allah sayang abah, Dia nak abah rehat.
Angah redha abah pergi.

Walaupun abah dah kembali dulu,
angah yakin abah dengar angah sekarang.
Selalu dalam doa angah kirim hadiah,
mudah-mudahan abah dengar anak abah ni.

Abah...
Angah rindu abah.
15 Mei nanti konvokesyen angah.
Abah janji nak datang, 
tapi abah ada temu janji yang lebih utama dengan Allah Taa'la

Angah nak abah rehat,
Jumpa kat sana nanti ya,
Angah akan teruskan belajar.
Penuhi hasrat abah.
Jangan risau. Angah akan jaga mak dan adik-adik.

Ya. Angah rindu abah.
Sangat rindu.
Semoga tenang di sana.

Al-Fatihah buat arwah abah


Khalib Zakaria (1964-2014)
Kembali ke rahmatullah pada 28 April 2014.

"Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 - 2014"

No part of this article may be reproduce without Asyraf's express consent.
The author is not liable for any loss or damage incurred while using the information from this blog. Thank you

22 comments:

  1. assalamu'alaikum..sy ternampak saudara kt meja sedangkan org lain berpusu nk p raptai..diharapkan saudara sekeluarga tabah..in shaa Allah arwah gembira dgn kejayaan saudara..tabahkan hati ea.bykkn berdoa..doa anak soleh penting..

    ReplyDelete
  2. tersentuh. insya Allah dia sedang bergembira kat sana. banyakkan doa untuk abah. doa anak soleh jadi pengiring dia

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akhi, be strong please. Tho you're not ready, He expected you to be. Allah nak uji abang. If you love him, pray for him. Make him proud. Masa convo tu memang abah takde, tapi dia senyum dekat syurga sana tengak akhi berjaya. May him rest in the doa of an obedient son. We'll be here if you need our support.

    ReplyDelete
  4. Salam. Bertabahlah. I cant hold my tears, sorry.

    ReplyDelete
  5. Be strong. Insyaallah, your father is doing well

    rasabagus.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan Allah tidak akan menduga seseorang hamba melebihi kemampuannya ... ingat ini sentiasa dan in syaa Allah sentiasa redha dengan apa yang mendatang,kekal tabah dan meneruskan perjalanan hidup dengan cekal.

    ReplyDelete
  7. setiap ketabahan anda akan sentiasa di perhatiNya.
    teruskanlah itu. kerana ketabahan itu menyenangkan ..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. i can't hold my tears.

    terkedu, Ya Allah nilah hakikat yg setiap manusia pasti tempuh. Mudah2 an kita semua diberi kekuatan dan kasih syg oleh-NYA.


    salam takziah buat keluarga saudara.....

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..
    Sungguh tak mnyesal follow blog abg asyraf.. byk input bmnfaat.
    And i'm sorry about what had happened. Semoga Allah mmberi kekuatan kepada abg asyraf skeluarga..

    ReplyDelete
  10. I can't hold my tears. Saya pun pernah melalui benda yang sama. Kehilangan abah tersayang. Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga semasa saya menduduki PMR paper last. Hasrat hati tak nak ambil paper last tu sebab nak uruskan jenazah abah bersama-sama. Tapi atas nasihat keluarga, terpaksa pergi juga. Menjawab kertas Bahasa Arab dengan penuh air mata. Mama cakap, kalau abah boleh bercakap masa tu, dia pun marah kalau tak pergi exam. Semoga roh arwah abah kita ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amiin.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Al-fatihah, sdih membaca nye, sye juga telah kehilangan ayh sama mcm saudara,,mmg sdih, tpi kte kne redha, allah lbih sayang kan mereka,, ayah meninggal semasa saya lepas spm, teringat kata2 ayah, dia nak sangat tgk anak dye yang bongsu berjaya dan smbung pelajaran ke menara gading, tapi x sempat,, kata2 akhir dye pesan dekat kakak, tolong jge kan adik, tlg uruskan adik untuk belaja,.sbb sye x smpat dah, semga roh mereka di sana sentiasa tenang, amin>

    ReplyDelete
  13. Al fatihah . semoga roh abah asyraf dlm kalangan org yg beriman . Aminn . perbanyakkan bacaan Al Quran utk arwah

    ReplyDelete
  14. Menitis air mata saya baca kisah awak. Al-fatihah buat arwah ayah awk asyraff. Semoga tenang di sana. Saya pernah alami saat macam awak, saat mana saya exam abah saya sakit. Tapi allah masih bagi saya dah keluarga lagi peluang jaga abah.

    ReplyDelete
  15. It is great to have visited your website. Thanks for sharing useful information. And also visit my website about health. God willing it will be useful too

    Pengobatan Penyakit Kusta secara Alami
    Pengobatan untuk penyakit Bell's Palsy
    Obat Disfagia/Susah Menelan Alami

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.