Persahabatan : "kerana engkau perempuan, dan aku lelaki" | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Wednesday 22 January 2014

Persahabatan : "kerana engkau perempuan, dan aku lelaki"

11 Komen
eheh.. comelnya!
Artikel kali ini Asyraf tulis untuk penuhi permintaan dari seorang adik ni di wechat. Dia tanya pendapat Asyraf tentang persahabatan antara lelaki dan perempuan. Mudah-mudahan bermanfaat, selamat membaca!

credit linked
Bismillahirrahmanirrahim...

LELAKI
“Saya mempunyai seorang sahabat baik, dan dia seorang perempuan”

PEREMPUAN
“Saya lebih suka bersahabat baik dengan lelaki, kerana lelaki lebih memahami, dan juga kool!”

“Kami bukan bercinta, kami hanya bersahabat baik”

“Saya dan dia sudah bersahabat sejak kecil, sudah hilang rasa malu”

Dialog-dialog diatas sering kali terbit dari bibir-bibir kita termasuk saya. Ya, memang tidak dapat dinafikan, sesetengah dari kita, lebih gemar bersahabat dengan mereka yang berlawanan jantina, terutamanya rakan sekelas, atau rakan yang sejak dari kecil sudah biasa bersama. Bagi yang perempuan, bersahabat dengan lelaki dikatakan lebih mudah memahami, cepat mesra, tidak mudah tersinggung dan tidak melecehkan. Dan persahabatan dengan rakan perempuan pula dikatakan sukar kerana gemar merajuk, cepat melenting dan suka iri hati dengan kelebihan sahabat sendiri. Begitulah sebaliknya bagi lelaki yang mana suka pula bersahabat dengan perempuan. Masing-masing punya persepsi sendiri. Justeru, dimanakah pula islam meletakkan kedudukan situasi ini, adakah dibenarkan, ataupun terdapat tembok besar menghalang hal ini dari terus berlaku?

Tujuan Allah menciptakan lelaki dan perempuan diantaranya adalah untuk kita manusia berkerjasama, saling membantu dan tolong menolong dalam melakukan perkara kebaikan.

Dalam surah At-Taubah, ayat ke 71, Allah berfirman “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari perkara yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul- Nya..”

Segala bentuk perhubungan di antara manusia, adalah dengan tujuan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah.  Dan dasar kehidupan sosial dalam masyarakat ialah untuk menghindarkan kerosakan terhadap sesiapa didalam masyarakat sama ada dari segi pegangan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda.

Pertembungan diantara jantina lelaki dan perempuan yang bukan dalam melaksanakan hal- hal ketaatan mudah untuk terjerumus ke lembah kemurkaan Tuhan. Daya tarikan terhadap jantina yang berbeza ini bermula sejak awal usia remaja, apabila perempuan dan lelaki aqil baligh, mereka mengalami perubahan dari segi fizikal, hormon, emosi, dan psikologi, jadi perubahan inilah yang amat perlu difahami. Persahabatan sejak kecil, ‘sudah terbiasa’ dan ‘tidak ada perasaan’ lagi pada rakan lelaki atau perempuan bukanlah suatu pengecualian yang dibenarkan syarak. Bahkan sekalipun tidak ada, perasaan yang aneh, yang sering menjadi penyakit bagi para remaja iaitu daya tarikan diantara lelaki dan perempuan, ianya bakal ada, dan akan datang sekalipun dikawal dengan segenap bala tentera ditubuh sekalipun, kerana ianya fitrah manusia, fitrah yang tidak dipandu dengan syarak, maka ianya bakal menjadi fitnah.

Persahabatan lelaki dan perempuan juga tidak akan sama dengan persahabatan yang halal diantara teman sejenis, adegan sentuh- menyentuh, tampar menampar, sesi luahan perasaan dan tekanan, perkongsian kegembiraan yang sering menghiasi hubungan persahabatan bukanlah selayaknya diberikan pada sahabat yang berlainan jantina kerana garisan yang luas diletakan islam didalam hubungan diantara lelaki dan perempuan.

Allah memerintahkan saya dan seluruh kaum lelaki untuk menundukkan pandangan kami, sebagaimana didalam surah An- Nur ayat ke 30, Allah menyatakan “ katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya”.

Dan perintah Allah kepada anda seluruh kaum wanita menerusi surah An- Nur ayat 31 pula, dengan Allah menyatakan “katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya”

Didalam hal pandang memandangpun islam sudah memberikan panduan yang sangat mengangkat martabat manusia kepada yang lebih tinggi, supaya menjaga manusia dari masalah yang akan datang, kerana dari pandangan, ia mengundang tarikan dan perasaan yang mengundang syahwat, dan sudah tentu jika diawal peringkat sudah tidak dipertahankan, mudarat yang lebih besar bakal menyusul.

Menerusi sebuah Hadith yang direkodkan oleh At-Thabrani dan Al-Hakim, Rasulullah SAW menyatakan “ Pandangan itu anak panah beracun dari anak panah iblis. Barangsiapa yang menghindarinya kerana takut kepada-Ku, Aku akan menggantikannya dengan iman yang ia akan dapatkan manisnya keimanan itu didalam hatinya”

Di zaman ini, pergaulan lelaki dan perempuan terlalu jauh  berbeza dengan beberapa zaman terdahulu yang amat menjaga pergaulan diantara lelaki dan perempuan, anak- anak gadis diasuh dan dididik dalam menjaga tingkahlaku dan begitu taat pada Allah dan Rasul, begitu mendengar kata kedua ibu dan bapa, bertepatan dengan ajaran islam yang begitu menjaga dan mengangkat kaum wanita keperingkat yang mulia.

Menerusi sebuah Hadith yang direkodkan oleh Ahmad, Ibnu Hudzaimah, dan Ibn Hibban dalam kitab sahihnya, Dari Ummu Humaid, Isteri Abu Humaid As- Sai’dy bahawasanya ia datang kepada Rasulullah dan berkata, “ wahai Rasululullah, sesungguhnya aku suka sekali solat bersama engkau”, Rasulullah bersabda, “ aku tahu engkau suka solat denganku, namun solatmu dibilikmu itu lebih baik dari solatmu di kamarmu, solatmu di kamarmu itu lebih baik daripada solatmu di rumahmu, solatmu di rumahmu lebih baik dari solatmu di masjid kaummu, dan solatmu di masjid kaummu, lebih baik dari solatmu di masjidku”. Maka ia diperintahkan (untuk melakukan solat seperti itu), lalu dibangunkan baginya sebuah masjid di tempat yang terjauh dari rumahnya, dan paling gelap, ia solat disana sehingga bertemu Rabb-nya.”

Dengan berleluasanya percampuran di kelas, pejabat dan tempat- tempat keramaian, sering mengundang keburukan jika tidak dikawal dengan keimanan yang diserapkan didalam diri. Pergaulan bebas, bahkan perbuatan zina sudah dianggap kebiasaan, hanya iman yang teguh didadalah menjadi benteng di dalam diri.
Didalam Al- Quran, surah al- Israa’ ayat yang ke 32, Allah menyatakan kepada kita “Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”.

Allah mengarahkan kita untuk tidak mendekati zina, bermaksud, segenap perbuatan, seperti bertepuk tampar dengan sahabat lelaki, sesi luahan perasaan, dan pelbagai lagi yang menjurus kepada zina adalah dilarang sama sekali.

Seorang wanita sebagai contoh yang bebas bercampur dan bersahabat dengan lelaki akan terdorong mempamerkan perhiasannya, ia akan terdetik membuat lelaki itu kagum kepadanya, maka hal inilah akan mengundang kesan negatif yang lebih besar, seperti boros dalam perhiasan, tabarruj, dan mengundang kefakiran.

Islam membenarkan wanita untuk mengikuti solat hari raya dan solat jemaah, dan melakukan perkara ketaatan, dengan islam meletakkan ketentuan tertentu seperti  menjauhi tabarruj (berhiasan berlebihan), melonggarkan pakaian, tidak nipis, dan tidak duduk berkhalwat dengan lelaki yang bukan mahramnya dalam situasi dan keadaan yang bagaimanapun, jelaslah persahabatan diantara lelaki dan perempuan mengundang pergaulan yang berlebihan dari batas yang dibenarkan syarak, kerana kata persahabatan itu sendiri menuntut perhatian dari sahabat, jadi ia hanya berbesuaian dengan sesama jantina sahaja.

Islam melihat percampuran diantara lelaki dan wanita itu berbahaya, islam memisahkan keduanya kecuali dengan cara menikah. Islam mengangkat martabat wanita dan menjadikan wanita sebagai pasangan lelaki dalam melaksanakan hak dan kewajipan, islam meninggikan taraf wanita dan mengangkat nilai kemanusiaannya, islam mengakui hak-hak peribadi, hak- hak peradaban dan hak- hak politik wanita secara secara utuh dan sempurna. Sekalipun ada yang menyatakan islam membezakan antara lelaki dan wanita dalam banyak situasi dan kondisi, serta tidak memberikan persamaan yang setaraf diantara keduanya. Pernyataaan itu benar, namun harus dilihat dalam suatu sudut yang lain, jika terdapat hak wanita dikurangi dalam sudut yang lain, maka islam pasti mengantikannya dengan yang lebih baik pada sisi yang lain. Atau boleh jadi pengurangan itu demi kebaikan wanita itu sendiri.

Diantara wanita dan lelaki itu sememangnya ada fitrah ketertarikan yang kuat diantara satu sama lain, namun begitu, islam telah mengisyaratkan adanya kecenderungan jiwa ini, menyucikannya, dan mengendalikan fitrah ini jauh dari makna kebinatangan, iaitu dengan menyalurkannya kearah yang suci dan terpelihara iaitu dengan jalan pernikahan.

Didalam surah ar- Rum, ayat ke 21, Allah menyatakan “ dan diantara tanda- tanda kekuasaan-Nya adalah, Dia menciptakan untukmu isteri- isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya diantaramu rasa kasih dan sayang”.

Justeru, apa lagi yang membenarkan persahabatan diantara lelaki dan perempuan jika bukan didasari hal-hak ketaatan kepada Allah, jika ia jauh dari tujuan kebaikan, adakah masih ia dibenarkan. Jika sekiranya ia masih diruang lingkup yang dibenarkan syarak seperti terlibat dalam persatuan islam, perbincangan yang tidak mengundang syahwat, pandangan yang sentiasa dijaga, dan mengikut garis-garis syariat, maka dalam keadaan bantu- membantu menjalankan kebaikan, ianya dibenarkan.

Saya sendiri sebelum ini lebih rapat dengan rakan-rakan perempuan di universiti kerana pada saya pelajar-pelajar perempuan ini lebih teliti dalam tugasan-tugasan akademik dan banyak membantu saya dalam pelajaran. Kami selalu makan bersama, berbual kosong malah beriadah bersama. Pun begitu setelah menyedari ikhtilat antara kami lebih perlu diutamakan. Saya mula meletakkan rasa hormat yang lebih pada rakan-rakan perempuan. Saya cuba memperbanyakkan waktu untuk bergaul dengan rakan-rakan serumah (lelaki) dan akan berjumpa dengan rakan-rakan perempuan jika punya keperluan penting sahaja seperti bila mahu menyelesaikan tugasan berkumpulan, terlibat dengan penggambaran filem pendek pelajar dan sebagainya. Itupun saya pastikan supaya tidak berlaku lagi adegan berdua-duaan, bertepuk bertampar sewaktu menyelesaikan kerja.

Memang pada awal perubahan saya dulu, bermacam-macam soalan yang saya terima dari rakan-rakan. Tak kurang ada rakan-rakan sekuliah yang perempuan mula merajuk dan menjauhkan diri. Barangkali terasa hati dengan saya. Sedih saya masa tu. Tetapi doa yang tidak putus kepada Pencipta dimakbulkan jua. Akhirnya, mereka menerima penjelasan dari saya dengan baik dan Alhamdulillah hingga kini walaupun sudah tamat belajar, semuanya senang hati dan tidak langsung berlaku perselisihan faham. Malah jika punya kesempatan, kami tetap berhubung tetapi dalam keadaan yang lebih baik dan terbuka. Walaupun begitu, saya masih dalam proses memperbaiki diri. Apa yang kurang, sama-samalah kita muhasabah diri.

Haa... sebelum tu, ramai juga yang tanya saya kenapa tak mahu berbual di wechat? Kalau tak mahu berbual kenapa bagi ID Wechat? Gituu.. Sebenarnya saya berbual lah, tetapi lebihnya kepada akhi-akhi, tidak ukhti-ukhti. Yang ukhti-ukhti pun saya balas, tetapi saya cuma balas bila ada pertanyaan tentang hal-hal agama atau ada yang nak tegur salah saya sahaja. Jadi saya ambil sedikit waktu untuk terima teguran. Betul kan? Yang perempuan kalau ajak berbual kosong saya selalu tolak. Kan kan? Janganlah meluat dan rasa macam nak tampar-tampar saya ya. In Shaa Allah anda akan faham kenapa saya berbuat demikian suatu masa nanti. Gadis free hair saya minta maaf awal-awal, memang tak dapat nak approve request anda di wechat sebab risau gambar-gambar anda barangkali terselit di moment maka takut tak terlepas dari mata jahat saya T.T Kalau anda letak gambar hello kitty semua tu tak ada masalah. Saya pun bukan baik mana.

Okay berbalik fasal persahabatan antara lelaki dan perempuan, jangan risaulah sangat ya, masih boleh berkawan, tidaklah sampai terputus hubungan. Cuma macam yang saya sebutkan kat atas tadi. Biarlah perhubungan kita dengan yang bukan mahram itu didasari hal-hal ketaatan kepada Allah Taa'la, hal-hal yang baik dan mengikut garis-garis syariat. Semoga kita selalu beringat dan terus berada dalam perhatianNya.

Jikalau ada yang bertanya tentang perubahan anda, katakan saja "kerana engkau perempuan dan aku lelaki" dan begitulah sebaliknya. Eh, itu contoh saja lah, kalau tak menarik sila fikirkan jawapan lain yang lebih bernas! hehe.

Sebarang komen atau pendapat, tinggalkan dalam ruangan komen di bawah untuk rujukan Asyraf. Terima Kasih banyak. 

Sekian, Wallahualam Bissawab.

Kredit ilmu : Nessa Syahira

Good friends are like stars. You don't always see them,
but you know they're always there.

Anda juga mungkin meminati artikel berikut :

1. Kalau tak couple macam mana nak kenal hati budi dia?
2. Couple itu Cinta?
3. Kenapa Couple Haram?


AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

11 comments:

  1. seriously, kalu cite pasal perempuan boleh berkawan lelaki, saya akan kata no sbb memang fitrah kita akan tertarik pd satu sama lain jd pada asalnya kita hanya sekadar kwn akan bertukar menjadi cinta.

    sb 2 lah kalu kwn2 tanya kenapa x de kawn lelaki nilah jwpn tepat yg saya akan bg n mmg kalu saya berurusan dgn biro lelaki akan tegas sedikit dan x kan layan kalu bercakap ttng perkara2 selain keje

    p/s :ttp saya x pernah nak halang sesiapa yg nak berkawan dgn lain jantina...silakan.. kalu anda mampu jaga batas2 :)

    ReplyDelete
  2. Salam.. for me it's still possible to be friends but it's hard sometimes.
    macam orang selalu cakap, mesti ada yang sangkut! haha
    yes, mencegah lebih baik dari mengubati - tak payah cari bestfriend lelaki jika takut terjebak dengan perkara yg tak sepatutnya :D

    jazakallahu khair for this Acap! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih cik tsumiki sbb selalu beri pandangan bernas. sentiasa nantikan komen anda. setuju dgn pandangan anda yg ini. tak salah pun nak berkawan. yang pasti kita tahu batas-batasnya.

      Aamiin, Waiyyak. Barakallahu fik

      Delete
  3. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

    Satu perkongsian yang menarik mengenai hubungan lelaki dan perempuan berkawan. Jemput ke blog saya Jalalboy untuk membaca mengenai Boleh berkawan tetapi jaga batas

    ReplyDelete
  4. This particular is usually apparently essential and moreover outstanding truth along with for sure fair-minded and moreover admittedly useful My business is looking to find in advance designed for this specific useful stuffs…
    bulk athletic shirts
    bulk t shirt deals

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.