Sabar, ikhlas Lillahi Ta'ala | The Hearabouts

Hi hello, i'm Asyraf. This blog is where i pour my ideas, my thoughts. i scribble, i write and i express. Sorry in advance if there's any hiccups here and there. Enjoy reading. May peace be upon you, upon me, upon us all. Tabarakallah, Keep calm and rock on.
| I'M BACK! |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَظْهَرَ الجَمِيْلَ وَسَتَرَ القَبِيْحَ
"Segala puji bagi Allah yang menampakkan yang baik dan menutupi yang buruk."

Monday 26 August 2013

Sabar, ikhlas Lillahi Ta'ala

11 Komen



"Sabar, ikhlas Lillahi Ta'ala"
Bismillahirrahmanirrahim... ikhlas? Sebenarnya kita cakapnya mudah, tetapi untuk didik hati jadi 'ikhlas' tidaklah semudah yang kita sangka. Entah pernah ikhlas atau tidak sebelum ini, itu kita serahkan segalanya pada Allah Ta'ala.

Terdetik untuk menulis entri ini selepas hati aku sendiri dengan tiba-tiba rasa tidak selesa dengan tindakan seorang rakan sekuliah di universiti. Aku rahsiakan namanya, bukanlah tujuan utama aku menulis entri ini untuk memburukkan insan lemah itu, namun pada aku ianya sebagai peringatan untuk diriku sendiri agar lebihkan ikhlas dalam tugas harianku. 

Jam 11 malam, aku dan rakan-rakan yang lain baru saja pulang penggambaran hari pertama bagi sebuah filem pendek pelajar. Perkara biasa bagi pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi ialah apabila menjelang hujung minggu, kami tak dapat bercuti kerana sibuk dengan penggambaran filem, persembahan dan majlis-majlis tertentu. Badan aku waktu itu masih penat dan perlukan rehat. Sekitar jam 11.30 malam, terdetik hati untuk mematikan komputer riba dan mendapatkan rehat yang cukup berikutan keesokannya kuliah pada hari Isnin akan bermula. Setelah mematikan komputer riba, badan direbahkan penuh selesa di katil. Mata yang terasa semakin memberat lekas dilelapkan. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi tanda ada panggilan masuk, nama seorang rakan sekuliah terpapar di skrin telefon.

Walaupun agak letih, namun atas rasa hormat dan tanggungjawab, aku menjawab panggilan telefon tersebut dengan nada yang baik dan menyenangkan hati. Pesan ibu selalu di kepala, "Angah kena selalu bahagiakan orang, nanti Allah bahagiakan kita."

Dia
"Hello? Huh selamat Asyraf jawab call, belum tidur kan?" 

Asyraf
"Aah ye saya, belum tidur lagi, InsyaAllah kejap lagi baru tidur 
(padahal dah terlelap pun tadi)" 

Dia
"Sebenarnya ada kerja nak bagi Asyraf buat, siapkan dua surat kebenaran untuk dua lokasi esok okay? Details location Asyraf google lah sendiri ok. Nanti dah siap attached dekat fb ok, bye, thank you."  

Belum sempat hamba Allah ini menjawab atau bertindak balas untuk mendapatkan penjelasan yang lebih, panggilan telefon terus 'dia' matikan.

"Allahu, esok 'dia' nak surat tu siap, tapi mata ni dah berat sangat"

Bisik aku sendiri.

Aku yang duduk di sisi katil tangkas bangun, bilik tidur sudah gelap, rakan sebilik sudah nyenyak dalam tidurnya. Ini tanggungjawab, jadi perlu berusaha untuk hilangkan mengantuk, langkah terus di atur ke bilik mandi. Whuduk dijadikan ubat sementara. Alhamdulillah segar dan agak bertenaga. Jam tepat 12 malam. Aku kembali menghidupkan komputer riba. Mudah-mudahan lekas siap tugasan yang diarahkan teman tadi. 

Kerja-kerja mencari maklumat lokasi penggambaran untuk hari seterusnya dimulakan. Mujurlah ada Google yang sangat membantu. Walaupun kadang-kadang sumbernya belum tentu tepat, namun diakui banyak memudahkan kerja. 

Sekitar jam 1.30 pagi, aku berjaya mendapatkan keseluruhan maklumat. Jari jemari mula menaip surat seperti yang diarahkan dengan segera. Satu persatu butiran penting dimasukkan. Alhamdulillah, kerja-kerja untuk menyiapkan surat-surat tersebut agak mudah berikutan aku pernah beberapa kali menyediakan surat yang hampir sama untuk projek-projek sebelum ini. 

Sekitar jam 3 pagi, surat siap sepenuhnya. Butiran-butiran penting seperti nama pelajar yang terlibat, lokasi, dan tarikh disemak berulang kali bagi memastikan hasil kerja baik. Kedua-dua surat yang telah sempurna disemak aku simpan dalam folder dengan tersusun. Seperti yang diarahkan, surat-surat tersebut aku perlu hantar melalui facebook akaun. Aku attached satu persatu fail dengan baik. Kepala makin sakit dan terasa berat dek mata yang terlalu lama memandang monitor komputer riba. 

Aku tersenyum berpuas hati dengan hasil kerja sendiri, seingat aku tiada rungutan sepanjang aku menaip surat tersebut. Jam 3.30 pagi, aku menulis SMS ringkas kepada 'dia' untuk memaklumkan bahawa surat sudah siap seperti yang diminta. 

"Salam, maaf ganggu. Asyraf dah siapkan surat dan sudah attached ikut fb, check dulu ye. Terima kasih. Maaf lambat"

Walaupun tugas-tugas menyiapkan surat tersebut sebenarnya bukanlah tugas aku, tetapi bila sudah ada rakan yang minta pertolongan, tidaklah diri ini selalu menolak demi menjaga hati rakan-rakan. Beberapa minit kemudian, aku menerima SMS balasan.


SMS Dia
"k, now aku nak tido, jangan ganggu, salam!"

Waktu itu badan sangat penat, mata mengantuk dan kepala berdenyut-denyut sakit. Agak tersentak menerima balasan SMS sedemikian. Aku menolak telefon bimbit ke sisi meja belajar dan menjauhkan sedikit jaraknya daripada aku. Aku menunundukkan sedikit kepala memandang kaki.

"Terima Kasih"

Bibir ini perlahan membisik sendiri. 

Mata kembali memandang komputer riba. Semua laman internet yang aku buka lekas ditutup. Sesekali tangan kiri lekas mengusap-usap dada. Ada pedih dan sakit terasa di dalam. Barangkali terkesan dengan mesej ringkas tadi. Aku cuba mengukirkan senyuman tawar sendiri. Mengubat ketidakpuasan hati.

Tersandar sebentar tubuh ini di kerusi, dipejamkan mata. Kemudian tiba-tiba sahaja terpacul keluar perkataan "Ikhlas Lillahi Ta'la" dan aku kembali tenang. Kepala dianggukkan berulangkali. Ada sahaja pesanan untuk diri sebelum kembali tidur. Sesekali ada aku minta maaf pada diri sendiri sebab tidak sabar tadi, sedangkan ikhlas aku lebih perlu. Kenapa aku mesti rasa sakit sedangkan tadi aku berjanji untuk ikhlas dengan diri. Mudah-mudahan aku lebih tenang, sabar dan dilebihkan didikan untuk ikhlas dalam setiap urusan.


Kesimpulan untuk cerita aku ni, ikhlas itu ada pelbagai penjelasan dan caranya. Namun yang terbaik adalah Lillahi Ta'ala. Firman Allah SWT yang bermaksud :
 


Maksudnya, jangan kita membelanjakan (menyumbang, membantu, melakukan) sesuatu melainkan kerana mencari redha Allah Ta'ala. Sesungguhnya setiap yang Allah redha itu lebih dari baik.
Kata abah, "Kita akan rasa penat kalau buat satu-satu kerja hanya harapkan balasan pujian daripada manusia (penghargaan manusia), tetapi kita akan rasa bersemangat andai kerja yang kita buat kita fikir ikhlas Lillahi ta'ala"



Sungguh hamba yang bersyukur dengan apa yang ada lebih baik dari yang tidak henti merungut dengan apa yang tiada. Tetapi ingat tau, kena selalu hargai kerja kawan bila kita minta tolong dia siapkan kerja kita. Kesian dia penat buatkan untuk kita. Aek macam kenal.. kannn.. haha

Semoga kita berada dalam golongan-golongan yang dibawah pemerhatianNya. Sekian, Tabarakallah sahabat, terima kasih membaca. Entri biasa, namun InsyaAllah ada pengisiannya. Maaf andai ada salah.


Tinggalkan komen, InsyaAllah Asyraf balas.

Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012- indexs12

11 comments:

Jangan lupa tinggalkan sebarang komen atau pendapat anda untuk rujukan penulis. Dahulukan akhlak. Terima Kasih.